Selasa, 9 November 2010

BENDA KEDEPAN HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU...HATI2 DAN AKAL2 MANUSIA ALLAH YANG KUASAI....BERTAQWALAH..TAWADUKLAH SERTA ADIL....

Azmir Azhari's Photos - Wall Photos


USTAZ
NI KALAU PUJI PAS... DIKATAKAN ORANG PAS.... KALAU PUJI UMNO DIKATA
ORANG UMNO.... KALAU PUJI PKR DIKATA ORANG PKR.... KALAU PUJI DAP
DIKATA LIBERAL.... KALAU KRITIK PR DIKATA PENCACAI UMNO.... KALAU
KRITIK UMNO DIKATAKAN PENCACAI PR.....

KRITIK SALAH... TAK KRITIK PON SALAH....

DAPAT PULAK JENIS KARAT...

KALAU KRITIK DIKATAKAN PENCACAI .... TAKPON TAK PAHAM ISLAM....

KALAU MEMUJI MELAMBONG2.... INI LA SAHABAT KU.... RAKAN SEPERJUANGAN..... WAKAKAKAKAKAKAKA.....
------------------------------------------------


Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada:
Jika Tidak, Bagaimana Nak Jadi Penguasa Saksama?
-------------------------------------------------

DR MAZA

Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam
BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut
nama YB DSAI sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk
sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.

Saya kata bahawa, jika
tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan
politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima
hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.

Namun hari ini, hanya beberapa hari kemudian para penganalisa politik
juga mengakui bahawa PR kehilangan momentum (lihat: Polls wins reveal a
focused Umno, floundering Pakatan, say analysts).
Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini,
dengan sikap ‘buta warna parti’ saya dapat rasakan sejauh manakah
pertarungan itu di sudut ketangkasan dan ‘manfaat yang dapat dirasai
oleh rakyat’.

Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja
akan terikat dengan ‘kenangan semalam’, sebaliknya mereka juga terikat
dengan ‘realiti hari ini’ dan ‘impian masa depan’. Aliran politik yang
mampu menyedarkan tentang ‘kisah semalam’,
membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan
keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di
persada politik demokrasi.

Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas,
mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung
dan membuat perancangan jelas untuk masa depan; akan menjadi pilihan
rakyat yang bijak. Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti; rakyat
akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut.

Sebab itu, jangan hairan jika ‘momentum Barack Obama’ boleh
surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan
impian rakyat seperti yang dijanjikan. Walaupun kempennya hebat, tetapi
apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza.
Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal
memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu
meneruskan momentum yang lepas?
Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum.

Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya; keperluan
‘mentajdidkan’ pemain utama (main player). Jika tidak, mungkin negara
kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!
Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat
jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!


-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tiada ulasan: