Khamis, 11 Mac 2010

TIADA MUSTAHIL BAGI ALLAH....RENUNGKANLAH

DUNIA

Misteri ratusan burung jatuh dari langit


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.


BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.

Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi




lagi



Yu paus dua tan ditemui


Orang ramai menyaksikan ikan yu paus yang dinaikkan di Pangkalan Kekal Lestari, Pasir Putih, Kelantan semalam.


Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.

Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.

Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.



DUNIA

Gempa Mexico gegarkan Los Angeles


SEORANG lelaki berjalan dekat rumahnya yang retak akibat gempa bumi di Mexicali, Mexico kelmarin.


LOS ANGELES - Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda sempadan Mexico-Amerika Syarikat (AS) telah menggegarkan bangunan-bangunan di bandar perfileman Los Angeles selain turut dirasai di San Diego, selatan California, Arizona dan Las Vegas tanpa sebarang kerosakan teruk dilaporkan.

Menurut pihak Agensi Kajian Geologi AS (USGS), gempa yang berlaku pada pukul 3.40 petang waktu tempatan pada kedalaman 32.1 kilometer itu berpusat di Guadalupe Victoria, Mexico dengan menyebabkan dua orang terbunuh.

Seorang mangsa terbunuh apabila rumahnya di Mexicali runtuh.

Seorang lagi penduduk menjadi panik dan berlari ke tengah-tengah jalan sebelum dia dilanggar oleh sebuah kereta.

Walaupun dianggap antara gegaran paling kuat di rantau tersebut selama berdekad-dekad, warga California masih boleh menarik nafas lega kerana tidak banyak kemusnahan yang berlaku.

Namun, kira-kira 100 orang dilaporkan cedera kerana terkena serpihan pelbagai barangan.

Kawasan sempadan tersebut telah dilanda gempa sekuat 3.0 pada skala Richter minggu lalu.

Di Pheonix, Arizona, seorang penduduk, Jacqueline Land memberitahu katil di tingkat dua pangsapuri terasa seperti kapal yang bergoyang perlahan di lautan.

"Saya berkata pada diri sendiri, mustahil ia adalah gempa bumi. Saya berada di Arizona," katanya. - Agensi



Tiada ulasan: