Isnin, 1 Mac 2010

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA....TERMASUK GEMPA ATAU PERKARA YANG MANUSIA TAK FIKIR....BERHENTILAH BERBUAT DERHAKA KEPADA ALLAH SWT

Hentian Puduraya ‘tenggelam’



2010/03/01

KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam semalam mengakibatkan banjir kilat di Hentian Puduraya, malah paras air naik mendadak menyebabkan laluan itu sukar dilalui kenderaan ringan terutama motosikal.

pix_middle
TENGGELAM...dua gambar menunjukkan sekitar Puduraya digenangi banjir kilat.
TENGGELAM...dua gambar menunjukkan sekitar Puduraya digenangi banjir kilat.
Fenomena banjir kilat itu sekali gus menyebabkan keadaan trafik terganggu selain sesak teruk dan sempat dirakam jurufoto.


Bagaimanapun, keadaan pulih beberapa jam kemudian dan aliran trafik kembali lancar.

TENGGELAM...dua gambar menunjukkan sekitar Puduraya digenangi banjir kilat.
TENGGELAM...dua gambar menunjukkan sekitar Puduraya digenangi banjir kilat.



LAGI


Lebih 300 terbunuh



2010/03/01

SANTIAGO: Satu daripada gempa bumi terkuat di dunia yang berlaku di Chile kelmarin menumbangkan kediaman, jambatan dan lebuh raya di tengah negara itu dan menyebabkan tsunami di beberapa pelusuk dunia.

Penduduk Chile berhampiran pusat gempa berkata, mereka terpelanting seolah-olah digegarkan oleh gergasi ketika kejadian.


Ketua agensi kecemasan negara itu berkata setakat ini kira-kira 300 orang terbunuh.


Gempa 8.8 magnitud itu dapat dirasakan sejauh Sao Paulo di Brazil, 2,900 kilometer ke timur.


Kerosakan sebenar masih belum jelas kerana puluhan gempa susulan, satu daripadanya sekuat gempa yang menyebabkan kemusnahan teruk di Haiti pada 12 Januari lalu, terus menggegarkan negara Andean yang sering dilanda bencana itu. Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan ‘keadaan bencana’ di tengah Chile dan berkata, kerajaannya belum meminta bantuan daripada negara lain.


Bencana yang mula berlaku awal pagi Sabtu lalu (waktu tempatan) turut meruntuhkan beberapa bangunan apartmen baru dan menyebabkan sebuah penjara terbakar.

Berjuta-juta penduduk kini menghabiskan masa di jalan raya, tidak berani pulang ke rumah.


Jambatan yang runtuh dan kereta serta trak yang berselerak di jalan raya menyukarkan usaha pasukan penyelamat untuk tiba di kawasan terjejas.


Sehingga petang semalam, Michelle, dalam ucapan ke seluruh negara menerusi televisyen berkata, sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh sementara 15 lagi hilang.



LAGI


Mangsa tanah runtuh Bandung meningkat 29 orang



2010/03/01

BANDUNG: Sebanyak 29 mayat dikeluarkan dari runtuhan tanah yang menimbus perkampungan berhampiran ladang teh di Tenjolaya, Bandung, ketika penyelamat membayangkan usaha mengesan mangsa mungkin ditamatkan tidak lama lagi.

Ketua unit pengurusan bencana wilayah Jawa Barat, Udjwala Prana Sigit, berkata hasil penemuan tiga mayat kelmarin, jumlah keseluruhan korban akibat bencana pada 23 Februari itu kini meningkat menjadi 29 orang.


Katanya, gerakan mencari akan diteruskan bagi mengesan 16 mangsa yang belum ditemui, tetapi penyelamat akan menentukan kaedahnya.


“Sebelum itu, pelbagai pihak, termasuk pegawai daerah, ulama, pemimpin masyarakat dan waris mangsa yang masih hilang akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan langkah terbaik,” katanya. - Agensi


LAGI


Tsunami landa pantai Pasifik



2010/03/01

TOKYO: Ombak tsunami sehingga 1.5 meter melanda wilayah Pasifik, dari timur jauh Russia dan Jepun hingga ke Pulau Chatham di New Zealand semalam selepas gempa bumi di Chile yang meragut lebih 300 orang.

Pihak berkuasa mengarahkan beratus-ratus penduduk di Jepun, New Zealand, Filipina dan Kamchatka di Russia berpindah berikutan gempa bumi di Chile itu, antara yang paling kuat sejak satu abad lalu. Di Jepun, ombak tsunami setinggi 1.45 meter melanda pelabuhan perikanan di Otsuchi, utara pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo.


Ombak kecil pula melanda beberapa pula lain, termasuk Minamitori, 1,950 kilometer ke selatan Tokyo dan Hokkaido di utara. - AP


LAGI



DUNIA

Lebih 300 maut di Chile - Tsunami landa beberapa buah negara selepas gempa


SEBAHAGIAN penduduk melihat sebuah bangunan runtuh di Concepcion kelmarin.


CONCEPCION, Chile - Tsunami melanda beberapa buah negara termasuk di Pulau Robinson Crusoe di Chile sehingga menyebabkan lima orang terbunuh manakala 11 lagi hilang selepas gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter melanda Concepcion kelmarin.

Setakat ini angka kematian di kawasan yang dilanda gempa bumi itu di sini ialah lebih 400 orang manakala 100 orang didapati terperangkap di sebuah bangunan.

Para penyelamat kini sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap selepas gempa bumi yang berpusat 325 kilometer dari barat daya ibu kota Santiago pada kedalaman 35 kilometer pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) berlaku kelmarin.


KAPAL dihanyut tsunami di Pelabuhan
Talcahuano, Chile.


Antara fakta menarik mengenai kesan gempa bumi itu ialah:

* Sebanyak 1.5 juta penduduk Chile terjejas dan 500,000 buah rumah musnah akibat gempa bumi.

* Tsunami kecil melanda Hawaii, Jepun, Rusia, New Zealand, Kepulauan Polynesia dan beberapa pulau di Lautan Pasifik.

* Di pelabuhan, Talcahuano, dekat bandar Concepcion, Chile, sebuah bot dihanyutkan ombak tsunami ke daratan.

* Tsunami setinggi 1.2 meter melanda Pelabuhan Kuji, timur laut Jepun.

* Para pegawai Jepun mengarahkan 570,000 penduduk di sepanjang pantai Pasifik supaya berpindah.

* Bandar yang dibina pada abad ke-18, Curico di Chile musnah teruk.

* Gempa bumi di Chile itu antara 10 terkuat di dunia. Gempa terkuat dunia ialah pada 22 Mei 1960 tidak jauh dari pusat gempa yang berlaku di Concepcion, Chile.

Gempa yang paling kuat pada skala 9.5 Richter itu cuma menyebabkan 1,655 orang terbunuh manakala 3,000 lagi cedera serta dua juta hilang tempat tinggal. Ia mencetuskan tsunami yang menyebabkan 61 maut di Hawaii, 138 di Jepun dan 32 di Filipina.

* Sebanyak 100,000 orang diarah berpindah di Hawaii.

* Dua terbunuh di Argentina akibat gempa bumi pada skala 6.0 Richter beberapa jam selepas gempa bumi di Chile kelmarin.

* Enam buah kapal tentera Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbour dipindahkan kerana bimbang tsunami.

* Gempa bumi mencatatkan kematian rendah setakat ini di Chile berbanding Haiti sebanyak 300,000 orang yang berlaku pada 12 Januari lalu.

* Bilangan kematian rendah itu kerana bangunan di Chile dibina mengikut piawaian pembinaan dan penduduk sudah bersedia menghadapi gempa bumi berbanding di Haiti.

Sumber: AFP. AP dan Reuters


LAGI


Taufan di Eropah, 53 terbunuh



2010/03/01

PARIS: Ribut taufan yang melanda bahagian barat Eropah menyebabkan keadaan laut bergelora dan hujan lebat, mengakibatkan 53 terbunuh dan lebih sejuta penduduk terputus bekalan elektrik.

Presiden Nicolas Sarkozy melawat kawasan yang terbabit di kawasan pantai Atlantik yang mana 45 penduduk terbunuh akibat banjir dan dipukul angin kencang.

Ribut di Atlantik itu melanda kawasan pantai barat Perancis dan Sepanyol, membawa cuaca buruk dengan hujan lebat sepanjang pantai dari Portugal hingga ke Belanda dan jauh ke kawasan pedalaman hingga Jerman.

Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah dari Perancis dengan angin kencang selaju 150 kilometer sejam dan keadaan ombak bergelora setinggi lapan meter serta banjir teruk hingga ke paras bumbung rumah. - AFP



lagi


DUNIA

Bandar musnah dipukul tsunami


SERPIHAN akibat tsunami di Pelluhue, Chile kelmarin.


PENCO, Chile - Kesan pasir, lumpur dan rumpai laut masih melekat di restoran dan rumah selepas ombak besar tsunami melanda sebuah bandar di bandar Penco, di pesisir pantai Chile akibat gempa bumi kuat pada Sabtu lalu.

Gempa bumi kuat yang berukuran 8.8 pada skala Richter itu melanda sebelum subuh sehingga mencetuskan tsunami yang menenggelamkan bandar ini selain beberapa kampung berhampiran.

Banyak kediaman ditenggelami air manakala sejumlah manusia dan haiwan turut hanyut ke tengah laut.

"Ombak itu setinggi kira-kira enam meter," kata seorang penduduk tempatan yang terselamat, Carlos Palma.

Bandar ini yang dihuni kira-kira 50,000 orang, terletak kira-kira 10 kilometer dari Concepcion iaitu pusat gempa bumi itu yang setakat ini, telah membunuh lebih 700 orang ketika angka kematian dijangka terus meningkat.

Gempa itu antara paling kuat pernah direkodkan dan berpusat pada kedalaman 35 kilometer di bawah bumi, mencetuskan ombak tsunami ke pesisir pantai Chile yang didiami 16 juta penduduk.

Tsunami kecil turut melanda negara-negara di Lautan Pasifik termasuk di New Zealand dan Jepun.

Beberapa penduduk berkata, bandar Dichato yang terletak dekat sini musnah dilanda tsunami dan ombak besar itu mungkin kembali melanda pada bila-bila masa.

"Dichato musnah sama sekali. Banyak bot tersadai di atas bumbung-bumbung rumah," kata seorang wanita.

Kebanyakan penduduk bandar itu bermalam di kawasan terbuka kelmarin kerana takut dihempap bangunan dan serpihan.

Di utara bandar ini, dua lagi bandar iaitu Curico dan Talco turut terjejas teruk dan terputus bekalan air serta elektrik sejak Sabtu lepas. - AFP


jangan begini...atau ditiru


DUNIA

5,200 berbogel di Sydney


SERAMAI 5,200 orang berbogel di Sydney Opera House, Australia semalam.


SYDNEY - Seramai 5,200 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel pada waktu pagi yang sejuk pada sesi rakaman gambar beramai-ramai di Sydney Opera House di sini semalam.

Peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bentuk badan dan saiz itu berkumpul di tangga bangunan tersebut menjelang subuh.

Gambar mereka dirakamkan jurugambar terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Spencer Tunick.

Tunick kemudiannya mengarahkan mereka untuk mengangkat tangan, berbaring dan berpelukan.

Tunick terkenal kerana minatnya merakamkan gambar bogel secara beramai-ramai untuk tujuan seni.

"Saya ingat hanya orang tua dan golongan yang suka berbogel sahaja yang datang tetapi semua orang berada di sini," kata seorang pelajar berusia 19 tahun, Art Rush yang turut berbogel. - AFP


lagi terbaru


Mangsa gempa bumi Turki meningkat 20 orang



2010/03/08

ANKARA: Dua puluh orang maut dalam gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter yang menggegar timur Turki di wilayah Elaziq awal pagi tadi. Angka itu dijangka meningkat kerana masih ramai dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan. - AFP



LAGI



Mangsa tanah runtuh Bandung meningkat 29 orang



2010/03/15

BANDUNG: Sebanyak 29 mayat dikeluarkan dari runtuhan tanah yang menimbus perkampungan berhampiran ladang teh di Tenjolaya, Bandung, ketika penyelamat membayangkan usaha mengesan mangsa mungkin ditamatkan tidak lama lagi.

Ketua unit pengurusan bencana wilayah Jawa Barat, Udjwala Prana Sigit, berkata hasil penemuan tiga mayat kelmarin, jumlah keseluruhan korban akibat bencana pada 23 Februari itu kini meningkat menjadi 29 orang.

Katanya, gerakan mencari akan diteruskan bagi mengesan 16 mangsa yang belum ditemui, tetapi penyelamat akan menentukan kaedahnya.

"Sebelum itu, pelbagai pihak, termasuk pegawai daerah, ulama, pemimpin masyarakat dan waris mangsa yang masih hilang akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan langkah terbaik," katanya.



LAGI


Lebih 300 terbunuh



2010/03/15

SANTIAGO: Satu daripada gempa bumi terkuat di dunia yang berlaku di Chile kelmarin menumbangkan kediaman, jambatan dan lebuh raya di tengah negara itu dan menyebabkan tsunami di beberapa pelusuk dunia.



Penduduk Chile berhampiran pusat gempa berkata, mereka terpelanting seolah-olah digegarkan oleh gergasi ketika kejadian.

Ketua agensi kecemasan negara itu berkata setakat ini kira-kira 300 orang terbunuh.


Gempa 8.8 magnitud itu dapat dirasakan sejauh Sao Paulo di Brazil, 2,900 kilometer ke timur.

Kerosakan sebenar masih belum jelas kerana puluhan gempa susulan, satu daripadanya sekuat gempa yang menyebabkan kemusnahan teruk di Haiti pada 12 Januari lalu, terus menggegarkan negara Andean yang sering dilanda bencana itu.

Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan 'keadaan bencana' di tengah Chile dan berkata, kerajaannya belum meminta bantuan daripada negara lain.

Bencana yang mula berlaku awal pagi Sabtu lalu (waktu tempatan) turut meruntuhkan beberapa bangunan apartmen baru dan menyebabkan sebuah penjara terbakar.

Berjuta-juta penduduk kini menghabiskan masa di jalan raya, tidak berani pulang ke rumah.


Jambatan yang runtuh dan kereta serta trak yang berselerak di jalan raya menyukarkan usaha pasukan penyelamat untuk tiba di kawasan terjejas.



Sehingga petang semalam, Michelle, dalam ucapan ke seluruh negara menerusi televisyen berkata, sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh sementara 15 lagi hilang.

Bagaimanapun, Ketua Agensi Kecemasan Kebangsaan, Carmen Ernandez berkata kemudian: "Kami percaya lebih 300 orang terbunuh dan yakin ia akan terus meningkat.

Menurut Michelle, gempa itu menjejaskan kehidupan 1.5 juta penduduk. - AFP



Tiada ulasan: