Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
SHAH ALAM – Selepas mendakwa wujud firaun- firaun kecil dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba menjatuhkannya, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mendakwa Pas dikelilingi pemimpin yang disifatkan ’badut hingusan’ yang tiba-tiba melatah terhadap spekulasi penyertaannya dalam parti itu.
Menyifatkan ‘badut hingusan’ tersebut sebagai golongan jahil, Zulkifli berkata, beliau pelik dengan reaksi daripada pemimpin itu yang membantah keras beliau diterima masuk dalam Pas sedangkan masih belum ada permohonan untuk tujuan tersebut.
“Teman (saya) agak geli hati, pelik dan hairan melihat beberapa badut hingusan ‘dok terkinja-kinja’ melenting tidak tentu fasal konon membantah saya masuk Pas, sedang saya mohon masuk pun tidak. Entah bila teman mohon masuk Pas pun tak tahu.
“Yang parahnya ada antara badut-badut hingusan ini bab kutip derma jihad cukup hebat, tapi kalau tengok cara mereka memaki hamun dan mencaci, iblis pun menangis. Tapi saya maafkan badut-badut hingusan ni sebab mereka ini golongan jahil,” katanya dipetik daripada blognya, semalam.
Setelah Lembaga Disiplin PKR memutuskan memecat Zulkifli, beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar memberi reaksi Pas tidak wajar menerima kemasukan beliau dalam parti kerana mengambil kira etika perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam PR.
Zulkifli yang mengumumkan diri Ahli Parlimen Bebas semalam berkata, beliau selesa dan akan kekal dengan kedudukannya sekarang.
“Setakat ini saya tidak terfikir untuk menyertai mana-mana parti politik tetapi saya tetap bersama dengan perjuangan Islam. Saya sentiasa memgalu-alukan sebarang pandangan, bimbingan dan cadangan yang boleh membantu memartabatkan: Islam,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi bagi mengulas dakwaan ‘badut hingusan’ dalam Pas berkata, Zulkifli boleh berkata apa sahaja yang dia mahu.
“Bagi kami, beliau tidak laku dalam Pas’,” katanya.
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 11 Mac 2010
BERKATA2 BIAR BERHEMAH DAN SOPAN...darah kita belum tumpah...badan kita belum tercalar mempertahankan Islam...sebagai perjuang2 Islam yg telah gugur .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan