Isnin, 1 Mac 2010

BAGAIMANA PANDANGAN ALLAH SWT....HANYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI

Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah


Jimadie Shah Othman
Mac 1, 10
2:14pm

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.

Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas prosiding tersebut pagi tadi, Fathul Bahri mengesahkan tangkapan dan pendakwaan terhadapnya itu.

“Saya sekarang ini dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi menangani kes ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat agama di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara.

Menceritakan pengalannya ditangkap pada kira-kira 11.30 malam tadi, Fathul Bahri berkata, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Katanya, selepas sejam mengajar, sekumpulan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan anggota polis - sekurang-kuranya 30 orang - hadir dan menghentikan program tersebut.

Gagal pohon tauliah di Selangor

Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian pelajarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, tambahnya.

Selain Fathul Bahri, JHEAINS turut dilaporkan menahan tiga lagi lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun atas tuduhan bersubahat.

Dalam tangkapan semalam, Fathul Bahri dan kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat.

Jika disabitkan bersalah, Fathul Bahri dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Pada 12 November tahun lalu, isu kegagalan permohonan tauliah Fathul Bahri dan enam lagi sarjana Islam di Selangor terkemuka pernah ditimbulkan dalam seidang DUN di negeri itu oleh wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib.

Perkara tersebut dikaitkan banyak pihak dengan pendekatan 'Wahabi' yang didakwa digunapakai golongan tersebut. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagaimanapun dilaporkan menafikan tanggapan tersebut.

Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah, sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan.

Beliau kini sedang menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur.



LAGI



NEGARA

Ditahan berceramah tanpa tauliah - Pendakwah bebas bersama tiga pengikut didakwa hari ini


Seorang pendakwah (duduk belakang bersongkok) bersama dua daripada tiga pengikutnya yang ditahan di Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Seorang pendakwah bebas dari Perlis termasuk tiga orang pengikut kanannya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berikutan memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah pusat agama Maahad Ittiba Sunnah di sini semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Musatafa berkata, bertindak atas maklumat diterima, JHEAINS telah menahan pendakwah dan pengikutnya itu di pusat agama tersebut pada pukul 11.30 pagi.

"Pendakwah berusia 31 tahun dari Perlis ditahan selepas siasatan mendapati dia memberi ceramah tanpa tauliah dari JHEAINS.

"Tiga orang lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun turut ditahan ekoran dipercayai bersubahat dengan pendakwah terbabit," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Tiada ulasan: