Rabu, 10 Mac 2010

BILA ALLAH NAK MEMUSNAHKAN...IA HANYA SEKELIP MATA....RENUNGKAN MAHA KUASANYA ALLAH...BERHENTILAH BUAT KEMUNGKARAN

5 kampung musnah



2010/03/10

OKCULAR (Turki): Ribuan penduduk yang kesejukan terpaksa berkumpul di sekeliling unggun api selepas gegaran gempa bumi memusnahkan hampir seluruh kediaman di lima kampung di timur Turki, kelmarin.

Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter itu dilapor membunuh 51 orang dan kerosakan paling teruk dialami kampung masyarakat Kurdish di Okcular.


Gabenor Elazig berkata, 15 daripada 900 penduduk kampung itu terbunuh dan seluruh rumah di kampung itu rosak atau musnah.


Pusat Kajian Gempa Bumi di Kandilli melaporkan, gempa bumi itu berlaku jam 4.32 pagi dengan pusatnya berhampiran kampung-kampung di Basyurt, Elazig. Wilayah itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.


Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Pengarah Kandilli, Mustafa Erdik menggesa supaya penduduk tidak kembali ke rumah mereka.


“Rumah mungkin runtuh akibat gegaran selepas gempa yang mungkin berterusan beberapa hari lagi,” kata Mustafa.

Hingga kini, lebih 100 gegaran selepas gempa, termasuk sekuat 5.5 pada skala Richter dicatat semalam.


Pusat Krisis Bencana Turki melaporkan, selain mangsa yang terbunuh, 34 penduduk dirawat kerana cedera dalam bencana itu.

Tiada ulasan: