Rabu, 3 Mac 2010

BILA AKAL TIDAK BERPAKSI AGAMA

NEGARA

'Jutawan Lebanon' aniaya isteri

KUALA LUMPUR - Farinnie Mohd. Farid mendedahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa suaminya yang didakwa jutawan Lebanon, Elie Yousseff Najem memaksa dirinya melakukan seks di hadapan kamera web bagi tatapan orang luar.

Malah, sikap keji lelaki itu yang turut menunjukkan kemaluannya di hadapan kamera web kepada rakan sembang di Internet menyebabkan wanita itu mengambil keputusan nekad melarikan diri daripada cengkaman Elie setelah dua tahun berkahwin.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata demikian semasa perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap Elie, 50, yang dinamakan sebagai defendan kes yang didengar di hadapan Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh.

Farinnie, 24, selaku plaintif ketika disoal peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, sejak berkahwin dengan Elie pada 6 Oktober 2005, dirinya telah dianiaya, didera fizikal dan mental sehingga menyebabkan rasa takut dan tertekan yang teramat sangat.




lagi




DUNIA

Peliwat bersiri mengaku bunuh 14 budak lelaki




JAKARTA - Indonesia semalam sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang lelaki tempatan yang cuma dikenali sebagai Baekuni setelah dia mengaku meliwat dan membunuh 14 budak lelaki sejak 15 tahun lalu.

Kes tersebut mengulangi kekejaman Robot Gedek yang meliwat dan membunuh 12 budak lelaki di Jakarta pada 1990-an. Robot bagaimanapun meninggal dunia pada 2007 akibat serangan jantung sebelum sempat menjalani hukuman mati.

Baekuni, 49, dilaporkan mesra di kalangan kanak-kanak miskin dengan panggilan Babe yang bererti bapa. Dia dikatakan seorang yang baik hati dan sering membawa mangsa pulang ke rumah sewanya untuk tinggal secara sementara.

Seorang penyiasat polis, Leftenan Kolonel Nico Afinta berkata, suspek ditahan pada Januari lalu ekoran penemuan anggota badan seorang mangsa, Ardiansyah, 9, di dalam beg plastik di tepi sebatang sungai berdekatan kediaman Baekuni.

"Kebanyakan mangsa yang sudah dikenal pasti (oleh pihak berkuasa didapati) berusia antara enam hingga 12 tahun. Mereka dibunuh dengan kejam antara 1995 hingga awal Januari lalu selepas diliwat. Ini menyamai modus operandi kes-kes yang dilakukan Gedek sebelum ini," kata Nico.

Suspek yang menjalankan perniagaan makanan ringan dan rokok dipercayai memujuk mangsa bermalam di rumahnya sebelum meliwat dan membunuh mereka. Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang. - Agensi




lagi



DUNIA

Potong hidung isteri kerana aibkan mentua


Bibi Aisha menunjukkan telinganya yang rabit di Kabul Afghanistan semalam.


KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya.

Dalam satu wawancara yang disiarkan televisyen tempatan, mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.

Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya.

Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun.

Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.

Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat dan diberi perlindungan oleh sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang turut mengurus ribuan kes serupa.

"Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi. - Agensi

Tiada ulasan: