Bela anak maya, anak kandung mati
2010/03/07
SEOUL: Sepasang suami isteri yang ketagih komputer membiarkan anak kandung mereka mati ketika asyik membesarkan anak maya dalam talian.
Mereka ditangkap semalam.
Polis berkata, pasangan itu begitu taksub menjalani kehidupan di alam maya dalam talian dan membesarkan ‘seorang anak’ menerusi profil mereka dalam permainan gaya Hidup Kedua yang dikenali sebagai Prius.
Permainan itu membenarkan pengguna memilih pekerjaan, berinteraksi dengan masyarakat di dunia maya dan memperoleh anak untuk dibesarkan apabila mencapai satu peringkat. Kim Yoo-chul, 41, dan isteri, Chooi Mi-sun, 25, menelefon polis apabila mereka pulang selepas sesi 12 jam di kafe Internet dan mendapati anak sebenar mereka mati.
Pegawai bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat bayi itu.
Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan dia mati akibat kekurangan zat.
Kim dan isteri ditahan atas tuduhan mendera dan cuai.
Polis berkata, pasangan itu terlalu taksub dengan anak perempuan yang dibesarkannya dalam talian hingga tidak mempedulikan anak sebenar mereka.
Mereka mengaku memberi anak itu susu tepung yang sudah tamat tempoh dan sering memukulnya.
Kim dan Chooi berkenalan menerusi laman sembang Internet pada 2008.
Permainan online amat popular di Korea Selatan. Peserta profesional permainan Internet itu disambut bagai selebriti menerusi pertandingan yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Korea Selatan. Bagaimanapun, pengkritik berkata, populariti yang membolehkan syarikat komputer meraih keuntungan besar, perlu dibayar dengan harga mahal dengan beberapa kejadian pelik yang menjadi tajuk akhbar.
Seorang lelaki berusia 28 tahun mati baru-baru ini selepas bermain permainan kegemarannya, Starcraft selama 50 jam tanpa berhenti makan atau minum.
Dalam kejadian lain, seorang pemain yang marah kerana penentangnya membunuh karektor yang sekian lama diwujudkannya, mencari alamat musuhnya, mengambil teksi dan menikam mangsanya. - Agensi
lagi
Guru diugut gambar bogel
KUALA LUMPUR - Teknologi Internet semakin digemari ramai sama ada untuk mencari maklumat atau berkenalan.
Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan kesan buruk hingga menyebabkan pengguna Internet menjadi trauma dan ketakutan jika disalahgunakan di samping kebaikan yang dibawa.
Kejadian yang menimpa seorang guru wanita berusia 45 tahun Selasa lalu harus dijadikan iktibar agar kejadian yang sama tidak berulang walaupun kes-kes seumpama itu telah banyak disiarkan di akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan