xmustahil ni berlaku sbb hukum Allah tidak dilaksanakan...
hukum yang ada tidak digeruni...
ingat!...adakah kita xmati....dan lepas bgitu saja...
Lelaki Bangladesh cabul di khalayak ramai
2010/03/24
KUALA LUMPUR: Kebiadapan warga asing menjadi-jadi apabila kumpulan terbabit sering mensasarkan wanita tempatan terutama berdahi licin tempat pemuas nafsu.
Malah, ada segelintir lelaki Bangladesh dikatakan bukan saja tanpa segan silu memikat wanita tempatan sebaliknya berani mencabul mereka biarpun di hadapan khalayak ramai.
Itulah keberanian segelintir lelaki Bangladesh yang bermaharajalela sehinggakan kehadiran mereka menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk terutama wanita.
Dalam kes terbaru kira-kira jam 12 malam di pangsapuri Manjalara, di sini, semalam, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan pihak berkuasa selepas mencabul seorang wanita berusia awal 20-an.
Semua bermula apabila mangsa pergi ke kawasan pangsapuri berkenaan untuk mengambil semula barangnya dari rumah yang disewa sebelum ini.
Difahamkan, pemilik rumah terbabit menghubungi wanita berkenaan untuk berbuat demikian kerana rumah itu akan disewa penghuni baru.
Menurut sumber, mangsa yang berpindah dari rumah terbabit sejak beberapa bulan lalu ditemani rakannya untuk mengambil barang masih ditinggalkan di kediaman berkenaan.
“Sebaik mangsa keluar lif, dia dihampiri seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an manakala rakannya pula menunggu di kawasan tempat letak kereta.
“Lelaki terbabit cuba memikatnya, namun mangsa tidak mengendahkan walaupun lelaki terbabit menggunakan pelbagai cara,” katanya.
Berang dengan tindakan wanita itu, mat bangla berkenaan terus memeluk sebelum meraba buah dada mangsa.
ni lagi
Tiga pelacur ‘mak cik’ kena tangkap
2010/03/24
KUALA LUMPUR: Kedut sudah penuh di muka dan uban kian menonjol di kepala, namun semua itu tidak menjadi halangan sekumpulan wanita berstatus ‘mak cik’ untuk menjadikan kerjaya pelacur sebagai mata pencarian utama.
Difahamkan, kebanyakan pelacur tempatan terbabit sanggup menggadai maruah dan harga diri dengan berpeleseran berbekalkan gincu tebal dan bedak pipi merah bagi menarik pelanggan mendapatkan perkhidmatan mereka.
Namun, kegiatan tidak bermoral ini ditumpaskan selepas polis Kuala Lumpur memberkas pelacur jalanan terbabit menerusi operasi gempur bagi membersihkan ibu kota dari aktiviti pelacuran dilakukan warga tempatan atau warga asing.
Tiga pelacur warga tempatan berusia 40-an diberkas polis ketika asyik menjalankan aktiviti ‘lelongan’ perkhidmatan seks di sekitar ibu kota secara terbuka, kelmarin.
Sumber polis berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7 ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur terhadap dua wanita dalam keadaan mencurigakan di kaki lima sebuah bangunan di Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini.
Menurut sumber polis, tangkapan terbabit dibuat berdasarkan risikan dan penyamaran yang dilakukan di kawasan terbabit.
Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM
2010/03/24
KUCHING: Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kes seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur semalam, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu.Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa budak perempuan itu sudah melarikan diri ke rumah neneknya di Kampar, Perak dan tidak lagi bersekolah kerana tidak tahan dengan sikap ibunya.
Murugiah berkata PBA berharap kes itu dapat diselesaikan melalui sistem timbang tara iaitu penyelesaian secara bermusyawarah yang diperkenalkan oleh biro terbabit sejak empat bulan lalu.
Beliau berkata melalui sistem timbang tara itu, pengadu akan bersemuka terus dengan pihak yang diadu dan tindakan perlu dilakukan dalam tempoh lima hari bekerja ataupun selewat-lewatnya dua minggu bekerja bergantung kepada kes yang diadu. - Bernama
Bunuh ‘malaikat maut’
am@hmetro.com.my
2010/03/24
KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan
PERSENDA AGAMA...dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib.
Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.
Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.
Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.
Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.
Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.
Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol
Elemen agama sebelum ini kerap digunakan syarikat pembangun permainan video untuk pelbagai platform permainan video yang memerlukan pemain berinteraktif dengan perkara ghaib umpamanya syurga, neraka, malaikat, syaitan dan iblis, yang digambarkan berdasarkan imaginasi.
Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga dan neraka.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.
“Ia haram dibeli dan haram dimainkan orang Islam. Jadi, umat Islam terutama generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit terutama membabitkan persoalan akidah.
“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,” katanya.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mazlan Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sampel permainan terbabit dan belum meneliti kandungannya.
“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak untuk dijual di pasaran terbuka,” katanya.
Beliau berkata, penjualan terbuka permainan seumpama itu tidak wajar kerana dikhuatiri menggugat akidah orang Islam.
“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.
“Kami minta, rujuk dengan kami sebelum mengambil keputusan menjual bahan terbabit dan kami akan nilai sama ada bercanggah dari segi teks dan huraian,” katanya.
Pencen servis kuda, telan pula pil kuda
hadzlan@hmetro.com.my
2010/03/24
KUALA TERENGGANU: Sukan sepak takraw popular dengan servis kuda, namun lain pula yang cuba dipopularkan bekas pemain sepak takraw skuad wanita kebangsaan berusia 20 tahun apabila dia diberkas bersama tiga rakannya selepas didapati miliki 34 biji pil kuda bernilai RM1,190 dipercayai untuk diedarkan di pasaran gelap di negeri ini.
RAMPAS...Roslan menunjukkan pil kuda yang dirampas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata pembabitan wanita itu dalam penyalahgunaan dadah terbongkar selepas sepasukan anggota polis menyerbu bilik sebuah hotel di Cerong Lanjut di sini, Ahad lalu.
Menurutnya, serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan sepasukan polis membabitkan seorang pegawai dan lima anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan berkenaan mengetuk pintu dan memperkenalkan diri sebelum menemui empat individu dalam bilik berkenaan membabitkan dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun serta dua wanita berusia 20 dan 23 tahun.
“Selepas diperiksa, polis menemui sejumlah pil khayal menyebabkan mereka dibawa ke balai dan diarah menjalani ujian air kencing,” katanya.
Menurutnya, siasatan turut mendapati seorang daripada wanita berkenaan bekas pemain sepak takraw kebangsaan, namun siasatan lanjut dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapati dia tidak lagi mewakili negara.
“Semakan juga dibuat dengan pengurus Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu yang mengesahkan wanita itu tidak lagi menyertai Majlis Sukan Terengganu selepas temasya Sukma 2008,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan. Sementara itu, dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun serta dua wanita berusia 18 dan 20 tahun selepas didapati memiliki dua botol plastik disyaki mengandungi heroin bernilai RM2,800.
Serbuan dilakukan dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail di sini, Ahad lalu kira-kira jam 11.30 malam hasil maklumat orang ramai dan semua yang ditahan kemudian diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis morfin dan methamphemine.
Roslan berkata, berdasarkan tangkapan terbaru itu, polis kini memantau pergerakan sindiket yang cenderung menjadikan bilik hotel sebagai lokasi membungkus dadah sebelum diedarkan ke pasaran gelap.
“Kita dapati golongan itu cenderung menjadikan bilik hotel sebagai transit untuk melakukan aktiviti pembungkusan dadah,” katanya
Bayi mangsa dera masih bergantung alat bantuan pernafasan
|
|
KUALA LUMPUR 24 Mac - Bayi lelaki berusia empat bulan, Faiz Abdullah yang disyaki didera oleh kedua ibu bapanya sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian otak kanannya mula menunjukkan perubahan positif.
Ketua Jabatan Neurosurgeri Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Saffari Mohd. Haspani berkata, keadaan Faiz semakin baik setelah selamat menjalani pembedahan pada 11 Mac lalu, malah dia sudah mula membuat pergerakan.
Menurutnya, berdasarkan imbasan otak Faiz, pakar menjangkakan dia masih memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya kerana sebelum ini otaknya bengkak kerana terdapat darah beku.
''Kita menjangkakan Faiz mungkin berhadapan dengan masalah perkembangan dari segi pemikiran kerana mengalami kecederaan di bahagian otak kanan.
''Bagaimanapun, jangkaan itu belum boleh dipastikan lagi kerana dia masih kecil, tetapi dari segi pergerakan Faiz tidak mempunyai sebarang masalah,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Exco Puteri UMNO ke Institut Pediatrik HKL di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan sepasang suami isteri berusia 22 dan 28 tahun disyaki mendera seorang bayi lelaki di Taman PD Utama, Port Dickson, Negeri Sembilan sehingga menyebabkan bayi tersebut mengalami pendarahan pada otak dipercayai akibat goncangan kuat.
Pada 11 Mac lalu, pasangan tersebut ditahan polis selepas bayi berkenaan dibawa ke Hospital Port Dickson dan dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban sebelum dihantar ke HKL berikutan keadaannya yang membimbangkan.
Mengulas lanjut Mohd. Saffari berkata, Faiz bagaimanapun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan masih perlu ditempatkan di ICU bagi memudahkan pakar merawat kecederaan pada otaknya.
RM53,000 untuk cari suami baik
2010/03/25
DAMMAM: Seorang gadis melakukan sesuatu di luar dugaan dengan menyerahkan kira-kira SR60,000 (RM53,077) kepada Jawatankuasa Sokongan Keluarga Wilayah Timur Arab Saudi untuk membantunya mencari suami.
Gadis itu yang dirahsiakan identitinya memaklumkan kepada ahli jawatankuasa, wang itu ditawarkannya kerana dia ingin memiliki seorang suami yang alim meskipun lelaki itu bukan daripada golongan kaya.
Bapanya didakwa menolak mereka yang gagal membayar wang hantaran yang tinggi.
“Gadis itu hanya inginkan suami yang baik dan warak supaya dapat membimbingnya menjalani kehidupan,” kata Pengerusi, Ghazi Al-Shamri. - Agensi
Kemaruk cinta gadis Filipina
am@hmetro.com.my
2010/03/25
KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk panahan cinta gadis Filipina, seorang suami sanggup meninggalkan isteri dan enam anaknya lebih empat bulan lalu untuk menetap sebumbung bersama gadis berkenaan secara tidak sah.
Bagaimanapun, lelaki dan gadis Filipina berusia awal 20-an terbabit dicekup ahli jawatankuasa surau dan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan lebih sebulan lalu. Difahamkan, lelaki tempatan terbabit berusia 40-an ditangkap kerana bersekedudukan dengan gadis warga asing terbabit di sebuah unit pangsapuri disewa di Damansara di sini, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu. Isteri lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 40-an, berkata operasi membanteras maksiat itu dilakukan ahli jawatankuasa surau dibantu polis selepas menerima aduan penduduk.
“Suami saya sanggup berhabis ribuan ringgit di samping mengirim wang kepada gadis terbabit di negara asalnya supaya dapat datang ke Malaysia untuk hidup bersama. Perkara ini membuat hati saya dan anak-anak terluka.
“Malah, sejak mengenali gadis Filipina itu, suami saya langsung tidak pulang ke rumah, jauh sekali untuk menjenguk keadaan kesihatan atau makan minum dan anak-anaknya,” katanya.
Menurutnya, dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa mengambil masa hampir 10 minit untuk mengetuk rumah pintu rumah didiami suami dan kekasihnya itu.
“Selepas menunggu, suami saya yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju muncul di depan pintu rumah sebelum ahli surau menyatakan tujuan serbuan itu. “Selepas lampu dipasang, didapati wanita terbabit berada dalam sebuah bilik yang agak berselerak dan hanya berpakaian nipis hingga menampakkan susuk tubuhnya,” katanya.
Katanya, hasil soal siasat, suaminya itu mendakwa berehat sambil ‘mengajar’ serba sedikit soal agama berikutan gadis itu dipercayai baru memeluk Islam sebulan lalu.
Berikutan itu, pasport gadis terbabit dirampas dan laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. Bagaimanapun, kedua-dua pasangan terbabit dibebaskan selepas diikat jamin
Isteri durjana
am@hmetro.com.my
2010/03/25
KUANTAN: Sebagai seorang isteri serta ibu kepada dua anak, dia sepatutnya menjadi isteri yang setia dan jujur terhadap suaminya.
Namun, lain pula yang dilakukan seorang wanita berusia 25 tahun apabila tergamak menconteng arang di muka suami apabila mengambil kesempatan membawa masuk seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 20 tahun ke rumah.
Perbuatan curang isteri itu terbongkar apabila si suami berusia 30 tahun pulang ke rumah secara mengejut sebelum terdengar suara seperti orang sedang berbual di dalam rumahnya, di sebuah taman perumahan di Jalan Gambang, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, si suami terus membuka pintu rumah sebelum kelu lidahnya apabila melihat seorang lelaki berada di ruang tamu.
Berang selepas melihat lelaki itu, si suami terus bertindak ganas apabila membelasah lelaki itu dengan menggunakan objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala.
Kejadian itu menyebabkan lelaki itu bermandikan darah sebelum rebah serta tidak bermaya akibat dipukul suami kepada wanita terbabit.
Harian Metro difahamkan, lelaki terbabit mengenali wanita itu sejak awal tahun ini dan ketika dicekup, dia bersama wanita terbabit masih berpakaian lengkap.
Sepasukan anggota polis peronda yang tiba beberapa minit kemudian menahan lelaki terbabit sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk rawatan.
Lelaki terbabit yang menerima rawatan sebagai pesakit luar kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Menurutnya, lelaki terbabit kini ditahan di IPD Kuantan untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.
Tumpang kasih moyang
am@hmetro.com.my
2010/03/25
KUALA KRAI: Sembilan beradik bukan saja hilang tempat bergantung dan kasih sayang selepas ibu bapa mereka ‘ghaib’ malah kini terpaksa menumpang kasih moyang serta datuk mereka yang kian uzur.
Lebih menyedihkan nasib itu terpaksa ditanggung hanya berpunca daripada perbalahan ibu bapa mereka yang membawa haluan masing-masing tanpa mempedulikan nasib anak sejak lima bulan lalu.
Nasib malang menimpa Nor Hidayah Che Mansor, 13; Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf, 10; Natasha Emilia, 9; Arif Hafizi, 7; kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4; Naqiuddin, 3 dan Nia Khalisa, 2, bermula selepas Aidilfitri lalu apabila kedua-dua ibu bapa mereka menghilangkan diri kerana sudah tidak sehaluan.
Mereka yang hilang arah meneruskan hidup kini menumpang kasih moyang, Esah Kasim, 74, dan datuk, Kasim Mat Diah selain ihsan saudara terdekat.
Kasim ketika ditemui berkata, semua bermula selepas Mahadi dan anaknya, Kasmaliza, 29, bergaduh sehingga menyebabkan Kasmaliza cedera.
Katanya, kejadian berlaku di depan mata memaksa dia campur tangan menyebabkan menantunya itu meninggalkan keluarga.
“Sebulan selepas itu, anak saya (Kasmaliza) pula meninggalkan semua anaknya tanpa sebarang khabar berita, selepas memberitahu Natasha Emilia dia sekadar mahu keluar membeli kuih untuk mereka. Sedih juga mengenangkan sikap menantu dan anak perempuan saya yang tergamak meninggalkan anak mereka yang kini dalam jagaan saya.
“Selagi terdaya, saya akan berusaha memelihara semua cucu dengan bantuan saudara terdekat. Memang ramai meminta mengambil cucu sebagai anak angkat tetapi saya tidak membenarkannya kerana hakikatnya mereka masih mempunyai ibu bapa. Saya tak pasti di mana menantu ketika ini. Begitu juga anak perempuan saya, sama ada mengikut suami atau bersendirian selepas meninggalkan rumah ini tanpa sebarang khabar berita,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengah di sini, semalam.
Kasim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata dia terpaksa berusaha lebih gigih menyara kehidupan semua cucu termasuk empat yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengha, selain dua anaknya yang masih belajar di kolej.
“Pendapatan sebagai pemandu jentolak sekadar mampu menampung kehidupan harian kami semata-mata. Sebelum ini, cucu saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan tetapi selepas ibu bapa mereka melarikan diri, bantuan itu turut terhenti.
“Ini kerana, bantuan terbabit disalurkan atas nama Mahadi, ketiadaannya menyebabkan semua cucu saya tidak mendapat bantuan. Saya memohon meminda penama itu dengan JKM tetapi sehingga kini permohonan itu belum diluluskan,” katanya.
Di sebalik keuzurannya, Esah berkata, dia membantu menjaga tiga beradik iaitu Airin Puteri, Adlin Puteri dan Naqiuddin, pada waktu pagi ketika abang dan kakak mereka ke sekolah.
Ketika ini, Nor Hidayah dalam jagaan ibu saudara di Seremban, manakala adik bongsunya, Nia Khalisa dipelihara sementara ibu saudara di Kota Bharu.
“Waktu malam, kami bergilir-gilir menjaga tujuh beradik di rumah diberikan Kasim kepada Kasmaliza. Sayu hati apabila cicit menangis mengenangkan ibu bapa yang hilang entah ke mana.
“Saya berharap Kasmaliza dan Mahadi segera pulang ke pangkuan keluarga kerana anak mereka masih memerlukan kasih-sayang ibu bapa,” katanya.
BARU BETUL
Mangsa cabul amuk
am@hmetro.com.my
2010/03/25
KUALA LUMPUR: Tidak tahan ditendang dan dipijak lebih 20 minit, seorang wanita berusia awal 20-an hilang kawalan sebelum mengamuk dengan menyerang lelaki yang mencabul dan memukulnya di sebuah rumah di sini, semalam.
Tersentak dengan perbuatan berani wanita itu, lelaki durjana berusia lewat 20-an terbabit kecut perut sebelum melarikan diri.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 malam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, apabila mangsa yang menumpang di rumah rakannya mendakwa didatangi suspek.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah kerana rakannya yang juga pemilik rumah pergi ke kedai serbaneka untuk membeli makanan.
“Suspek kemudian berbual dengan mangsa lebih 10 minit di ruang tamu sementara menanti rakannya pulang.
“Difahamkan, suspek terpaksa melayan kerenah lelaki itu kerana dia teman baik kepada rakannya,” katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian mula menggoda mangsa dengan mengeluarkan kata-kata lucah dan menunjukkan isyarat lucah, namun tidak diendahkan.
“Selepas pelbagai kaedah itu tidak berkesan, dia memeluk mangsa sebelum meraba tubuhnya terutamanya di kawasan sulit,” katanya.
Khuatir berlaku sesuatu yang buruk, mangsa kemudian memarahi suspek sebelum berlaku pertengkaran antara mereka lebih 10 minit.
Sumber itu berkata, walaupun suspek menyedari mangsa tidak merelakan maruahnya dipermainkan tetapi dia masih mahu meneruskan niatnya.
Mangsa yang hilang pertimbangan menampar suspek menyebabkannya meradang.
Lelaki itu kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh di lantai sebelum memijak perut dan menendangnya lebih 20 minit.
Menurut sumber, biarpun mangsa berulang kali merayu supaya dikasihani, suspek tidak mengendahkannya dan terus melepaskan kemarahannya itu.
“Mangsa kemudian berjaya bangun bergegas berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum menyerang suspek dengan senjata itu,” katanya.
Penggemar makanan eksotik perlu tanggung risiko
2010/03/25
PUTRAJAYA: Penggemar makanan eksotik diingatkan supaya tidak terlalu taksub kerana mereka sebenarnya berisiko untuk dijangkiti pelbagai penyakit yang juga boleh menjangkiti orang lain.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Verterinar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata makanan eksotik ini tidak diperakui tahap kesihatannya kerana tidak ada pemeriksaan khusus terhadap spesies yang tidak menjadi menu makanan harian masyarakat.
“Kami tidak menghalang kegemaran golongan ini namun mereka harus sedar bahawa apa juga risiko dan akibat yang disebabkan pemakanan pelik perlu ditanggung sendiri dan bukan di bawah tanggungjawab kami,” katanya pada sidang media, semalam.
Dr Abd Aziz berkata demikian berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar) pada satu forum awal Mac lalu yang membenarkan pemakanan daging anjing.
“Kenyataan beliau itu adalah pandangan peribadi dan bukanlah pendirian Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya.
Menurutnya, peranan Jabatan Veterinar adalah menjaga kebajikan haiwan dan binatang peliharaan supaya terlindung daripada segala bentuk penganiayaan dan penderaan oleh manusia.
“Saya tidak fikir seorang manusia sanggup memakan daging binatang kesayangan kerana kita dikurniakan sifat kasih dan sayang walaupun kepada seekor haiwan,” katanya.
Dr Abd Aziz juga tidak menggalakkan pemakanan daging anjing kerana spesies haiwan terbiar ini senang dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit dan apabila manusia memakan dagingnya, secara tida langsung risiko itu berpindah kepada manusia.
“Kami juga mendapat kerjasama dari pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa badan lain untuk mengadakan kempen kesedaran terhadap masyarakat mengenai sikap yang perlu ada dalam diri seorang manusia terhadap haiwan,” katanya.
Bayi baru lahir maut digonggong anjing
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada saksi, Ahmad Romzi, kira-kira jam 4 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Siasatan awal polis ke atas mayat itu mendapati bayi itu baru dilahirkan berikutan masih terdapat uri ditemui bersamanya. Setakat ini, kita masih belum dapat pastikan bangsa bayi tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.
Arjunaidi berkata, buat masa ini masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu mati ketika dilahirkan atau selepas dibuang selain ketika ditemui mayat terbabit sudah tidak lengkap anggota.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan siasatan dibuat menjurus mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan.
Sementara itu, Ahmad berkata, perasaan ingin tahu apa yang digonggong oleh seekor anjing membawa kepada penemuan mayat bayi malang itu.
“Apabila saya halau anjing itu, barulah tahu 'benda' yang digonggongnya adalah mayat seorang bayi dan terus menghubungi polis,” katanya.
Menurutnya, tangan kanan bayi itu juga ditinggalkan anjing tersebut dan ditemui beberapa meter dari tempat badannya dijumpai.
Pasukan khas ditubuh cari suspek buang bayi
KUALA LUMPUR - Polis Petaling Jaya menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata pasukan itu ditugaskan bagi menjejaki suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Sehingga kini, pihak kami masih belum menerima sebarang petunjuk dan maklumat yang boleh membawa kepada penemuan suspek. Kita juga masih menunggu laporan bedah siasat mayat bayi berkenaan dari Hospital Sungai Buloh untuk siasatan selanjutnya," katanya di sini.
Mayat bayi lelaki itu ditemui oleh orang awam dengan keadaan satu daripada tangan bayi berkenaan bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.
Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai berusia sehari dan masih mempunyai tali pusat.
Arjunaidi berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan berhampiran dan beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
-Bernama
Diseksa kekasih garang
sarah@hmetro.com.my
2010/03/27
KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak.
Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.
Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.
Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.
Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.
“Mangsa menganggap kejadian itu menjatuhkan air muka kerana teman wanitanya langsung tidak menghormatinya, malah sanggup memperlakukan dia sedemikian di depan orang ramai.
“Tidak tahan kelakuan wanita itu, lelaki berkenaan segera membawa wanita terbabit keluar dari kompleks berkenaan lalu menuju parkir untuk mengambil motosikal,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika dalam perjalanan mengambil motosikal, teman wanita lelaki itu masih tidak puas hati dan mengungkit kata-kata nasihat yang diberikan mangsa.
“Akibatnya berlaku pertengkaran sekali lagi dan kali ini mangsa diperlakukan lebih kejam apabila teman wanitanya mencakar muka selain menghentak kepalanya dengan topi keledar.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diketuk dengan komputer riba miliki wanita berkenaan,” katanya
Wanita dirogol rakan suami mabuk
2010/03/27
KUALA LUMPUR: Padah sikap suami gemar mabuk sehingga tidak sedarkan diri, isterinya pula terpaksa menanggung azab apabila wanita malang terbabit mendakwa dia dirogol rakan suaminya itu dalam kejadian berlaku di rumah pasangan itu di sebuah pangsapuri di Taman Sri Batu, di sini.
Malah, rakan suaminya itu juga dikatakan mengambil kesempatan setiap kali mangsa tidur dan lelaki hidung belang itu yang juga dalam keadaan mabuk, menceroboh bilik wanita terbabit.
Difahamkan, dalam laporan dibuat mangsa, kejadian malang itu berlaku empat kali dan kali terakhir minggu lalu dan setiap kali dirogol, wanita terbabit dikatakan dalam keadaan separuh sedar berikutan dia mengambil beberapa jenis ubat.
Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai operator pengeluaran dan berusia lingkungan 30-an mendakwa menjadi mangsa rogol rakan suaminya itu setiap kali mereka mabuk.
“Wanita terbabit mendakwa suaminya kerap membawa pulang rakannya dalam keadaan mabuk.
“Apabila mabuk, dia mendakwa suaminya pasti tidak sedarkan diri dan kesempatan itu diambil rakan suaminya apabila dia merogol mangsa,” katanya.
Sumber itu berkata, bagaimanapun wanita berkenaan dikatakan takut untuk menceritakan kejadian itu kepada suaminya kerana bimbang dimarahi lelaki terbabit.
“Namun, selepas tidak tahan dengan kelakuan rakan suaminya itu, mangsa akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” katanya.
“Dia membuat laporan itu Rabu lalu dan turut memberitahu ketika kejadian, suaminya ada di rumah namun tidur kerana terlalu mabuk,” katanya. Menurut sumber itu, wanita terbabit mendakwa kejadian terakhir berlaku minggu lalu ketika dia tidur dalam bilik sebelum didatangi rakan suaminya yang ketika itu juga dalam keadaan mabuk.
“Wanita itu mendakwa dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana terlalu letih disebabkan ubat diambilnya sebelum tidur dan hanya menyedari dirinya dirogol sejurus terjaga daripada tidur,” katanya.
“Mangsa pada mulanya menyangkakan lelaki terbabit adalah suaminya terkejut apabila mendapati lelaki yang tidur bersamanya adalah rakan suaminya,” katanya.
Perut duda ditetak berkali-kali
PORT DICKSON - Seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan tersandar di kepala katil manakala teman wanitanya cedera parah selepas ditetak dengan kejam di sebuah bilik hotel di sini awal pagi semalam.
Dalam serangan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Ramli Osman, 40, seorang duda yang berasal dari Shah Alam, Selangor maut akibat cedera parah di perut.
Sementara teman wanita mangsa berusia 26 tahun yang cedera di tangan dan kaki kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Ramli dipercayai mati akibat kehilangan darah yang banyak. Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penuh wanita berkenaan yang berasal dari Kuala Lumpur.
Dikecam kerana anjing
KUALA LUMPUR – Orang kafir yang bertopengkan Islam. Itulah antara kata kecaman yang dilemparkan kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam, Muzaffar Kaisar Ishak, 37, atas tindakannya membela anjing.
“Ada juga yang tergamak mengatakan tiada orang Islam yang akan memandikan jenazah saya jika meninggal dunia kelak,” kata Muzaffar kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.
Gambar Muzaffar berjubah sambil memegang anjing yang tersiar dalam blognya www.mymki.com telah mengundang pelbagai reaksi negatif.
Mayat janin dalam balang gula-gula
KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.
Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.
Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.
berniaga hiburan...apa hukum melanggannya...tanya ustaz2@mufti2
Astro catat untung bersih RM233 juta
KUALA LUMPUR - Astro All Asia Networks Plc. (Astro) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM233 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010 berbanding kerugian bersih sebanyak RM529 juta pada tahun kewangan lalu.
Kerugian yang dialami pada tahun 2009 itu disebabkan penamatan perkhidmatan televisyen berbayar di Indonesia.
Pengerusinya, Datuk Badri Masri (gambar) berkata, syarikat juga mencatat peningkatan perolehan kumpulannya sebanyak 10 peratus kepada RM3.3 bilion berbanding RM2.97 bilion tahun sebelumnya.
"Ini didorong oleh peningkatan permintaan daripada segmen perniagaan televisyen berbayar dan ia kini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan kumpulan,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut beliau, pendapatan sebelum cukai, faedah, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) Astro pula meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM831 juta berbanding RM671 juta tahun sebelumnya.
Astro mencatatkan penambahan sebanyak 284,000 pelanggan baru dalam segmen perniagaan televisyen berbayar sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan ketika ini kepada 2.93 juta orang.
Jumlah pelanggan tersebut mewakili sebanyak 49 peratus kadar penembusan perkhidmatan televisyen satelit ke rumah kediaman di Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro TV mencapai EBITDA sebanyak RM846 juta iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.
"Maklum balas berhubung perkhidmatan definisi tinggi (HD) mula meningkat dan kami bercadang untuk memperkenalkan tawaran baru seperti rakaman digital video, video atas permintaan (VOD) dan sambungan internet protokol (IP),'' katanya.
Mengulas lanjut mengenai hala tuju syarikat, beliau berkata, tahun ini akan menjadi tahun kemuncak bagi peminat sukan memandangkan Astro akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung dalam siaran definisi standard dan HD serta perlawanan Piala Thomas dan Uber, Sukan Komanwel di New Delhi serta Sukan Asia di Guangzhou.
Selain itu, lembaga pengarah Astro juga mengumumkan dividen interim keempat dikecualikan cukai sebanyak 5.0 sen sesaham yang menjadikan jumlah dividen bagi tahun itu sebanyak 12.5 sen sesaham.
Anggota tentera sakit mental didakwa akibat didera
2010/03/31
PEKAN: Seorang bapa mendakwa anaknya yang bekerja sebagai anggota tentera darat di bahagian kejuruteraan di sebuah kem di Kuala Lumpur mengalami masalah mental akibat dipukul pegawainya kerana tidak hadir bertugas selama setahun.
Kejadian dera itu dikatakan berlaku tahun lalu apabila anggota Polis Tentera menahan Muhamad Zaini di rumahnya di Kuala Kurau, Perak.
"Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Kuala Kurau, anak saya dipukul di bahagian kepala dengan kuat menyebabkan pendarahan yang banyak.
"Dia juga dipukul sepanjang perjalanan itu oleh seorang pegawai tentera berpangkat Kapten," dakwa Abdul Hamid.
Beliau berkata selepas kejadian itu, anaknya menjadi tidak waras dan pada awal tahun ini, dia dihantar ke Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental di Kuala Lumpur yang kemudiannya disahkan mengalami masalah mental.
"Walaupun disahkan doktor yang anak saya mengalami masalah mental, dia tetap dibicarakan di Mahkamah Tentera dan telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan pada 5 Mac lalu.
"Bagaimanapun hanya beberapa hari dijatuhi hukuman, anak saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana dipercayai diberi makan ubat terlebih dos," katanya.
Abdul Hamid berkata ekoran keadaan yang dialaminya, Muhamad Zaini yang mempunyai dua orang anak sudah bercerai dengan isterinya. - Bernama.
dadah ok...masalah dedah aurat camne
'Saya tak takut'
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/03/31
SEPANG: “Kalau kita tidak buat salah apa yang nak ditakutkan,” kata pelakon drama siri Anak Pontianak, Zarina An-Julie Fahizul, 23, selepas dirinya disahkan bebas daripada dadah, semalam.
Status ‘kebersihan’ pelakon itu diumumkan Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A Rahman, yang mengesahkan ujian air kencing pelakon terbabit negatif selepas disahkan makmal kimia Jabatan Patologi.
Malah, Zarina mengakui tidak berasa apa-apa dan tidak takut kerana yakin dia tidak melakukan kesalahan.
“Selama ini orang cop saya sebagai pelakon kontroversi dan kali ini saya mahu mengubah persepsi orang ramai dan ingin melakukan perkara yang baik,” katanya yang sudah menyertai program berkelompok AADK bersama bekas penagih dadah serta turut menjadi ahli Mawadah (Masyarakat Wanita Antidadah) yang dikendalikan AADK,” katanya selepas tamat sesi program kaunseling di Pejabat AADK Sepang, di sini, semalam.
Sesi kaunseling 45 minit itu turut dihadiri Zarina sebagai peserta.
Sebelum ini, pelakon terbabit ditahan anggota AADK dalam operasi berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, pada 12 Februari lalu, sebelum dia disahkan positif dadah berdasarkan keputusan ujian air kencing saringan yang dijalaninya.
Walaupun pada awalnya ujian berkenaan positif, namun keputusan sebenar pembabitannya hanya dapat dijalankan dalam ujian patologi dan pengesahan doktor perubatan.
Mengulas perasaan beliau, Zarina berkata, dia lega dengan keputusan itu dan bersyukur bebas daripada dakwaan mengambil dadah.
Menurutnya, ia secara tidak langsung membuktikan beliau tidak bersalah dan sudah dapat menjawab persoalan pelbagai pihak sebelum ini.
“Banyak cerita tidak benar keluar, ada yang kata saya masuk lokap dan kena jamin RM5,000, semuanya dibuat tanpa usul periksa,” katanya.
Mengenai penyertaan beliau dalam Mawadah, Zarina mengakui mahu menolong orang lain dan mahu mengikuti aktiviti AADK, terutama yang berkaitan dengan perkara kemasyarakatan selain mahu memaparkan imej positif kepada masyarakat.
Sementara itu, Syaiful Asfar berkata, laporan makmal yang disahkan pegawai perubatan membuktikan pelakon berkenaan bebas daripada pengambilan bahan terlarang (dadah).
Beliau berkata, pengesahan itu juga membebaskan pelakon terbabit daripada pengawasan AADK dan tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya.
Malah, katanya, pelakon terbabit turut menawarkan diri menyertai program berkelompok AADK bersama bekas penagih dadah dan menjadi ahli Mawadah.
“Sepanjang tempoh pegawasan untuk tempoh tiga minggu sementara menanti keputusan ujian air kencing oleh pegawai perubatan, pelakon terbabit memberikan kerjasama baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada AADK,” katanya.
Buang mayat, janin ke sungai
2010/03/31
BEIJING: Kakitangan hospital Universiti Perubatan Jining di Shandong disyaki bertanggungjawab terhadap penemuan sekurang-kurangnya 21 mayat bayi dan janin dalam sebuah sungai, lapor Xinhua, semalam.
Agensi berita itu melaporkan, sekurang-kurangnya lapan mayat mempunyai tanda menunjukkan ia pernah disimpan di hospital pusat pengajian tinggi berkenaan.
Akhbar Beijing News pula melaporkan, mayat itu adalah janin yang digugurkan atau bayi mati berpenyakit.
Amalan menggugurkan kandungan lazim di China apabila sekurang-kurangnya 13 juta kelahiran dilupuskan setiap tahun hasil dasar ‘anak tunggal’ diamalkan China.
Peraturan perancangan keluarga dipersalahkan terhadap kecenderungan ibu bapa menggugurkan kandungan jika janin itu perempuan.
Seorang pegawai kesihatan tempatan berkata, siasatan masih dijalankan.
Buang mayat, janin ke sungai
2010/03/31
BEIJING: Kakitangan hospital Universiti Perubatan Jining di Shandong disyaki bertanggungjawab terhadap penemuan sekurang-kurangnya 21 mayat bayi dan janin dalam sebuah sungai, lapor Xinhua, semalam.
Agensi berita itu melaporkan, sekurang-kurangnya lapan mayat mempunyai tanda menunjukkan ia pernah disimpan di hospital pusat pengajian tinggi berkenaan.
Akhbar Beijing News pula melaporkan, mayat itu adalah janin yang digugurkan atau bayi mati berpenyakit.
Amalan menggugurkan kandungan lazim di China apabila sekurang-kurangnya 13 juta kelahiran dilupuskan setiap tahun hasil dasar ‘anak tunggal’ diamalkan China.
Peraturan perancangan keluarga dipersalahkan terhadap kecenderungan ibu bapa menggugurkan kandungan jika janin itu perempuan.
Seorang pegawai kesihatan tempatan berkata, siasatan masih dijalankan.
Hazayani Zakaria | |||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kerajaan Persekutuan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan kajian secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah banjir di Rantau Panjang yang berlanjutan sejak sekian lama. Siti Zailah (gambar) berkata, tiada gunanya jika kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk proses penstabilan Sungai Golok namun tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat kawasan berkenaan. "Program penstabilan itu tidak memberi kesan kepada masalah banjir sebaliknya kesan banjir semakin bertambah sebab benteng di sebelah Thailand lebih tinggi berbanding di Sungai Golok. Air dari Sungai Thailand mengalir ke sebelah Rantau Panjang. "Saya tidak mahu jumlah wang sahaja banyak tetapi apa yang dibuat tidak memberi penyelesaian kepada rakyat. Sebab itu saya meminta pihak kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan supaya perkara ini dibuat kajian secara menyeluruh dan mengenal pasti punca sebenar berlakunya banjir," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini. Sebelum itu, Siti Zailah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status projek tebatan banjir di Rantau Panjang, berapa jumlah peruntukan diluluskan, bila dijangka siap dan bagaimana ia boleh mengatasi bencana banjir di Rantau Panjang. Timbalan menteri berkenaan, Tan Sri Joseph Kurup dalam jawapannya memberitahu, sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengurangkan kesan masalah banjir di Lembangan Sungai Golok, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan sejumlah lima projek untuk menstabilkan tebing Sungai Golok di Rantau Panjang melibatkan kos berjumlah RM28.2 juta. Tiga daripada projek tersebut telah siap manakala dua lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan September 2010. Bagi menangani masalah banjir dalam jangka panjang, pihak JPS sedang menjalankan penyediaan reka bentuk terperinci bagi Proposed Sungai Golok (KESBAN) Protection Scheme. Sejumlah RM12.63 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja reka bentuk ini. Kemajuan terkini kerja-kerja ini adalah 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2010. Menurutnya, dalam reka bentuk terperinci ini, komponen-komponen kerja yang dicadangkan di Rantau Panjang ialah pembinaan floodwall, floodway dan menaik taraf sistem saliran dalaman di Pekan Rantau Panjang. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Siti Zailah yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut berkata, kerajaan harus mengambil iktibar daripada isu banjir di Kempas, Johor apabila masalah berkenaan belum menemui penyelesian meskipun tembatan telah dibina. "Saya tidak puas hati apabila kerajaan mengatakan sudah beratus juta peruntukan diberi untuk menyelesaikan masalah ini sebab saya melihat kesan banjir ini terus berlaku. "Sebab itulah saya mengatakan tadi, saya tidak mahu kerajaan menghabiskan berjuta ringgit sebagaimana yang berlaku di Kempas, Johor Bharu di mana setelah tembatan banjir dibuat, masalah penduduk semakin kronik. Kontraktor tidak mengambil kira soal saliran air. Isu yang sama berlaku di Rantau Panjang. Kita tidak mahu kerajaan hanya melepaskan batuk di tangga," katanya. Rantau Panjang merupakan salah satu kawasan rendah yang sering menghadapi masalah banjir yang teruk pada musim tengkujuh setiap tahun.
“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar. "Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau. Menurut Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker. Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian. Bagaimanapun Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal. “Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan. Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan)
Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa. Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian. Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan. Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini. Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu. 11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan. 10.50 pagi: Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan. 10.40 pagi: Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun". Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya. 10.30 pagi: Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika. Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan. Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?” Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.
Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Je "Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar. "Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya. Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen. "Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat. Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan. "Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya. Kaki judi peralat ayat al-Quran Pengusaha kedai, Jamariah Ahmad, 57, berkata, pada mulanya dia ingin membuang kertas itu kerana mengandungi catatan nombor bercetak dipercayai nombor ramalan. Menurutnya, namun selepas diperiksa dengan teliti di bahagian belakangnya terdapat tulisan ayat al-Quran dan ia begitu mengejutkan dirinya. “Saya benar-benar terkejut melihat kertas itu kerana di bahagian depan dicetak banyak nombor tetapi di belakang tertera ayat al-Quran. “Kebiasaannya, apabila ada pelanggan meninggalkan cebisan kertas dan sampah di meja, saya terus membuangnya, tetapi kali ini tergerak hati untuk melihat kertas itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, sebagai umat Islam, dia sedih atas kejadian itu kerana ia seolah-olah satu penghinaan memandangkan ayat suci kitab itu tidak sepatutnya dipermainkan sebegitu rupa. Kamariah berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti mencemar kesucian agama Islam ini perlu diambil tindakan sewajarnya supaya tidak terus berlarutan. “Saya percaya, mungkin masih banyak lagi perkara sebegini berlaku dan pemantauan pihak berkuasa perlu dilakukan. “Sekurang-kurangnya, kesucian agama Islam tetap terpelihara, lebih-lebih lagi al-Quran adalah kitab suci umat Islam,” katanya. Sementara itu, Pegawai Agama Islam Daerah Bentong, Abdul Aziz Abdul Karim ketika diminta mengulas berhubung perkara itu berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berkaitan ayat al-Quran yang dicetak bersama nombor ramalan, namun pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. Beliau berkata, tindakan mencampuradukkan perkara baik dan kurang baik itu perlu dielakkan bagi mereka beragama Islam. “Kita perlu menjauhi perkara ini kerana banyak lagi perkara lain yang boleh mendatangkan pahala. “Tambahan pula, terlibat judi adalah berdosa besar dan ia boleh membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan serta menimbulkan pelbagai perkara negatif dalam masyarakat,” katanya. Abdul Aziz berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu, sila laporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) berhampiran supaya tindakan segera diambil. Tembak warga Iraq sambil ketawaWASHINGTON - Satu rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web. Mangsa-mangsa yang mati itu termasuk seorang jurugambar Reuters, Namir Noor-Eldeen berusia 22 tahun dan pemandunya, Saeed Chmagh, 40. Video hitam putih selama 17 minit itu dirakamkan dari tempat helikopter Apache milik tentera AS yang melancarkan serangan tersebut. Pembunuhan itu bermula apabila sekumpulan penduduk yang sedang berkumpul di sebatang jalan di Baghdad ditembak dengan mesingan helikopter askar AS. Beberapa penduduk kemudian cuba melarikan diri semasa kejadian tersebut. Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video. Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena." Rakaman tersebut disahkan oleh tentera AS sebagai serangan yang berlaku di Baghdad pada 12 Julai 2007. - Agensi BENTONG – Tindakan lelaki yang dipercayai gila seks melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap warga emas dan remaja yang melalui dua jalan sunyi di kawasan ini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pengguna laluan terbabit. Timbalan Ketua Pemuda MCA Daerah Bentong, Foo Mun Hoong berkata, dua laluan yang kerap kali menjadi tempat lelaki terbabit menjalankan aktiviti tidak bermoral itu ialah Jalan Chamang ke Bandar Bentong (di belakang Hospital Bentong) dan Jalan Alternatif Chamang ke Kampung Kemansur. Menurutnya, lelaki itu menaiki motosikal dengan menutup muka dengan topi keledar dan menjalankan kegiatan mencabul kehormatan pengguna yang lalu-lalang. “Pada 7 April lalu, kami ada menerima aduan dari mangsa dan ada di antara mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh dari basikal serta mempertahankan diri mereka. “Namun begitu, mangsa tidak berani tampil untuk membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dekat sini berhubung perkara itu. Mun Hoong berkata, pihaknya mahu polis mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian yang berlaku dengan membuat lebih banyak rondaan di jalan dinyatakan supaya keselamatan pengguna terjamin. Menurutnya, kegiatan tidak bermoral individu tidak bertanggungjawab itu perlu ditangani secepat mungkin supaya pengguna terutama wanita tidak lagi bimbang untuk melalui jalan itu pada masa akan datang. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata, semasa laporan polis Pemuda MCA dibuat, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dari mangsa kejadian yang berlaku. Menurutnya, mangsa diminta tampil untuk membuat laporan polis dan membantu siasatan supaya dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab itu untuk tindakan sewajarnya. “Mangsa tidak perlu berasa takut atau malu untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana sikap berdiam diri hanya akan menimbulkan pelbagai masalah lain. “Namun begitu, kami akan tetap menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dilakukan dan berusaha mengambil keterangan dari mereka yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu,” katanya. Mohamad Mansor berkata, penduduk setempat dan pengguna jalan terbabit diminta tidak panik atau risau kerana pihaknya akan cuba memastikan keselamatan terjamin menerusi beberapa pendekatan yang bakal diambil termasuk menjalankan rondaan lebih kerap. Bawah judi, atas pelacur PUCHONG JAYA – Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik kedai permainan video yang beroperasi secara haram di Jalan Kenari di sini terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam. Bagi menyembunyikan kegiatan haram mereka, pengusaha yang menyediakan gadis genit untuk melayan pelanggan itu sanggup memasang pintu automatik canggih dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan kehadiran pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, mereka turut mengupah tonto bagi mengawal pergerakan pihak berkuasa sekaligus memudahkan tukang urut dan pelanggan melarikan diri sekiranya serbuan dilakukan. Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya membuat risikan selama seminggu sebelum berjaya mengesan pintu rahsia yang menjadi laluan pergerakan keluar masuk pekerja dan pengunjung. “Dua bulan lalu, premis rumah urut sama pernah disita namun kembali menjalankan perniagaan dengan dilengkapi pintu-pintu automatik yang hanya dibuka kepada pelanggan tetap. “Bagaimanapun ketika serbuan, kesemua yang berada dalam premis dapat melarikan diri melalui pintu dan tangga belakang,” katanya. Menurutnya, dalam serbuan itu kesemuan dinding yang memisahkan bilik-bilik kecil di tingkat atas dirobohkan manakala peralatan utama perniagaan dirampas. “Dalam serbuan sama, kami turut menyerbu tiga premis permainan video bertopengkan kedai makan menjalankan aktiviti perjudian. Ruang perjudian itu ditemui tersorok di sebalik tangga restoran makanan Cina terbabit,” katanya. Zulkurnain berkata, dalam operasi itu tujuh kaki judi warga tempatan dicekup namun dilepaskan selepas keterangan diambil manakala seorang penjaga wanita warga Myanmar berusia 25 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Guru disiplin terima 7 jahitan, cedera hidung sebab tegur pelajar bising KULIM - Geram dengan teguran guru disiplin, sekumpulan 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini licik mengatur strategi 'serangan balas' menyebabkan guru terbabit cedera di hidung dan menerima tujuh jahitan di dahi terkena meja yang dibaling salah seorang kumpulan pelajar terbabit. Kejadian jam 1.00 tengah hari kelmarin berlaku selepas guru yang enggan namanya disiarkan mendakwa sedang mengelolakan mesyuarat Persatuan dan Kelab di dewan sekolah diganggu sekumpulan pelajar yang membuat bising. Terganggu dengan tindakan itu, guru terbabit memberi teguran namun tidak diendahkan sebaliknya kumpulan pelajar terbabit mencabar guru terbabit mengambil tindakan. “Dalam kejadian itu saya anggarkan 20 hingga 30 pelajar terlibat. Saya mengejar kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk tidak terus mengganggu mesyuarat yang sedang saya jalankan. "Tanpa disedari tindakan pelajar terlibat merupakan satu rancangan yang telah dirancang. Apabila sampai di tangga, salah seorang pelajar telah bersedia menunggu di belakang dinding membaling meja ke arah saya. Saya tidak dapat mengelak dan mengenai dahi dan muka saya,” katanya, kepada Sinar Harian semalam. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kulim, sebelum dibenarkan pulang pada hari sama. “Saya mengesyaki seorang pelajar tingkatan tiga membaling meja ke arah saya dan kejadian yang berlaku kepada saya bukan kali pertama, saya difahamkan ada kes guru diludah pelajar dan menjadi mangsa maki hamun, selain kenderaan guru turut dirosakkan termasuk seperti tayar dipancitkan dan badan kereta dicalar dengan kata-kata kesat. "Saya sudah membuat laporan polis dan tindakan itu adalah untuk melindungi guru lain juga,” katanya Guru terbabit yang kecewa dengan kejadian tersebut mahu pelajar terbabit dikenakan tindakan tegas termasuk buang sekolah bagi menjaga keselamatan guru yang mengajar di sekolah ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dari tujuh tahun. Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Abu Bakar Md Ali, enggan memberi sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai kejadian itu. Mengaku sudah nikah ketika diserbu SUNGAI PETANI - Sepasang kekasih berpura-pura sudah bernikah dan sepasang lagi dengan bersahaja mengaku tidak mempunyai ikatan pernikahan ketika serbuan dilakukan dalam Ops Bersepadu mencegah maksiat sekitar daerah ini, kelmarin. Ketua Operasi, Zaiferi Zainol Abidin berkata, dua pasangan kekasih itu berjaya ditangkap dalam Ops Bersepadu yang dilakukan secara kerjasama antara Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Tentera. Menurutnya, Ops Bersepadu tersebut dilakukan sekitar daerah ini membabitkan lima hotel bajet yang menjadi tempat memadu asmara pasangan kekasih tanpa ikatan pernikahan seperti yang dilaporkan orang ramai kepada Pejabat Agama Islam. Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 3 pagi membabitkan serbuan ke atas lima hotel bajet di sekitar Gurun, Bedong dan Sungai Petani. “Semasa lokasi terakhir dilakukan membabitkan sebuah hotel bajet di Taman Ria Jaya, dua pasangan kekasih itu ditahan kerana didapati bersama di bilik hotel dengan pasangan masing-masing. “Sepasang kekasih yang diserbu di bilik hotel berkenaan mengaku sudah bernikah namun memberikan alasan mereka tidak membawa surat nikah. Setelah penyiasatan dan pemeriksaan dibuat, mereka akhirnya mengaku tidak mempunyai apa-apa ikatan pernikahan dan ditahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Zaiferi berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana bersekedudukan bersama wanita bukan isteri atau mahram dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun. Menurutnya, pasangan kekasih yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 25 tahun dan 30 tahun serta merupakan penduduk bandar ini. Dalam perkembangan lain, Zaiferi berkata, Ops Bersepadu tersebut adalah merupakan kali keempat diadakan pada tahun ini dan pemantauan secara berterusan terhadap hotel yang dilaporkan orang ramai akan dilakukan secara berterusan. “Seramai 31 anggota terlibat dalam operasi ini dan setelah pasangan ditahan, mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Petani untuk membuat laporan polis. Seterusnya mereka dibawa ke Pejabat Agama Islam untuk AADK menjalankan ujian urin,” katanya. NEGARA
Bayi ditinggal di beranda rumahTANAH MERAH - Seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram ditemui ditinggalkan di beranda sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini malam kelmarin. Bayi itu yang masih hidup dan dipercayai baru berusia dua hari dikatakan ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat dan berbalut sehelai selimut di rumah berkenaan. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, bayi berkenaan ditemui oleh pemilik rumah tersebut, Sukma Abdullah, 56, pada pukul 12.30 malam kelmarin sebelum dilaporkan kepada polis. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan