DUNIA
5,200 berbogel di Sydney
SYDNEY - Seramai 5,200 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel pada waktu pagi yang sejuk pada sesi rakaman gambar beramai-ramai di Sydney Opera House di sini semalam.
Peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bentuk badan dan saiz itu berkumpul di tangga bangunan tersebut menjelang subuh.
Gambar mereka dirakamkan jurugambar terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Spencer Tunick.
Tunick kemudiannya mengarahkan mereka untuk mengangkat tangan, berbaring dan berpelukan.
Tunick terkenal kerana minatnya merakamkan gambar bogel secara beramai-ramai untuk tujuan seni.
"Saya ingat hanya orang tua dan golongan yang suka berbogel sahaja yang datang tetapi semua orang berada di sini," kata seorang pelajar berusia 19 tahun, Art Rush yang turut berbogel. - AFP
LAGI
3 pasangan bogel ditahan
2010/03/04
KLANG: Beberapa lelaki hidung belang yang memadu asmara dengan pasangan masing-masing hanya mampu menepuk dahi selepas sebuah spa kesihatan di Jalan Batu Tiga, di sini, digempur polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, kelmarin.
Dalam operasi kira-kira jam 11.15 malam, tiga pasangan dalam keadaan bogel tidak mampu berbuat apa-apa sejurus bilik mereka dibuka polis.
Operasi itu menahan 23 warga asing terdiri daripada 17 wanita Indonesia, China (empat), Vietnam (dua) dan tiga wanita tempatan dipercayai bekerja sebagai pelacur.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis juga menahan 10 warga negara ini yang bekerja di premis itu bagi membantu siasatan.
“Turut ditahan 15 pelanggan yang cuba mendapatkan khidmat pelacur.
“Semua pelanggan terbabit dibebaskan selepas diambil pengenalan diri mereka manakala pelacur berusia antara 18 hingga 40 tahun itu kami akan dapatkan perintah reman bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media, di pejabatnya di sini, semalam.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui laluan sulit disediakan bapa ayam bagi membolehkan pelacur melarikan diri.
Mohamad berkata, siasatan mendapati setiap pelanggan yang mahu mendapat khidmat seks dikenakan antara RM140 hingga RM180 setiap sesi dan bergantung kepada negara.
“Polis turut merampas bil tunai sebanyak 66 keping, dua keping kertas tercatat butir-butir pekerja dan 14 kondom yang belum digunakan,” katanya menambah spa kesihatan terbabit kali pertama digempur tahun ini manakala tahun lalu sudah tiga kali diserbu.
Pengurus premis ditahan kerana menggaji warga asing tanpa permit kerja dan dokumen sah dan menjalankan perniagaan rumah urut menggunakan lesen tamat tempoh selain disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.
Mohamad berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.
LAGI
2 lelaki, 4 wanita dicekup berkurung dalam rumah
am@hmetro.com.my
2010/03/04
MELAKA: Kehadiran dua lelaki ke rumah bujang yang didiami sekumpulan wanita bukan saja membongkar kegiatan mereka yang dipercayai berkhalwat, malah mendapati salah seorang penghuninya sudah sarat mengandung anak luar nikah.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 1.15 pagi semalam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sebuah rumah di Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam, dekat sini, selepas menerima maklumat kehadiran dua lelaki terbabit.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata pemeriksaan yang dilakukan menemui dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun berada di ruang tamu tingkat bawah rumah itu.
Katanya, apabila disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa membantu kenalan mereka itu untuk mengemas barang kerana baru berpindah di rumah itu.
“Pemeriksaan lanjut di tingkat atas rumah berkenaan menemui empat wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun berada di dalam bilik masing-masing.
“Apabila ditanya tentang kehadiran lelaki terbabit, mereka mengakui tujuan lelaki tersebut datang untuk membantu rakannya yang berusia 30 tahun mengangkat barang kerana baru berpindah.
“Wanita berusia 30 tahun itu juga didapati sedang sarat mengandung dan apabila disoal siasat dia masih belum mendirikan rumah tangga,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, mereka ditahan kerana disyaki berkurung dengan bukan muhrim di dalam satu rumah sehingga mendatangkan syak.
Katanya, dalam siasatan ke atas wanita terbabit, dia turut menyatakan sudah hamil lapan bulan dan akan bersalin dalam tempoh terdekat.
“Dia turut mengemukakan rekod kehamilan yang diperoleh menerusi pemeriksaan di klinik kesihatan. “Apabila ditanya siapa yang bertanggungjawab ke atas kehamilannya, wanita terbabit menyatakan dia hanya mengenali lelaki berkenaan sebagai `Mat’ saja,” katanya.
Beliau berkata, siasatan terhadap individu lain yang ditahan itu mendapati lelaki berusia 28 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga serta salah seorang wanita berusia 27 tahun terbabit juga berstatus sama. “Bagaimanapun, suaminya tiada di sini kerana bekerja di luar negara dengan sebuah syarikat perkapalan. Semua baki individu yang ditahan itu masih berstatus bujang,” katanya.
Beliau berkata, wanita hamil luar nikah itu ditahan mengikut Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana hamil luar nikah.
Katanya, semua individu lain ditahan mengikut Seksyen 53 enakmen sama kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Sabit kesalahan kedua-dua dakwaan itu boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
lagi
DUNIA
6 didakwa terlibat pertunjukan bogel
|
|
BANDUNG - Pihak pendakwa raya Indonesia semalam mendakwa enam orang di bawah undang-undang antipornografi kerana terlibat dengan pertunjukan tarian bogel di sebuah bar pada awal pagi tahun baru.
Menurut pendakwa raya, Dodi Junaidi, empat penari wanita, seorang promoter pertunjukan dan seorang pengurus bar mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah.
"Mereka didakwa di bawah undang-undang antipornografi kerana disyaki terlibat dengan tarian bogel," kata Junaidi.
Keenam-enam suspek hadir pada perbicaraan tertutup yang diadakan di sebuah mahkamah daerah di Bandung.
Undang-undang antipornografi yang kontroversi itu mula dikuatkuasakan sejak Oktober 2008. - AFP
lagi
Berpeluk dalam khayal
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/03/07
KUALA LUMPUR: Penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.
Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa.
“Bagi pengunjung wanita yang khayal dan mabuk, mereka bukan saja ‘merapu’ apabila ditanya, malah bertindak berani dan cuba menggoda penguat kuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.
Menurutnya, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ‘mengalibabakan’ nama rakannya bagi mengelak pihak berkuasa mengesan pembabitannya dengan pusat hiburan berkenaan yang menawarkan suasana romantik bagi pasangan kekasih selain menyediakan pelbagai jenis minuman keras berjenama terkenal.
Beliau berkata, kebanyakan pasangan kekasih beragama Islam menari dan berpelukan dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh minuman keras.
Kebanyakan pengunjung wanita pula berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada dan bawah tubuh.
“Hasil serbuan, 55 pengunjung beragama Islam diberikan kaunseling oleh penguat kuasa walaupun mereka negatif ujian alkohol yang dijalankan.
“Lebih 30 pengunjung lelaki dan wanita pula diambil keterangan dan diarah hadir ke pejabat Jais selepas didapati minum minuman keras,” kata sumber itu.
Menurutnya, Jais menerima aduan mengenai pusat hiburan dipercayai milik artis terbabit menjadi tumpuan pasangan kekasih beragama Islam melakukan kegiatan tidak bermoral, termasuk menari sehingga mabuk.
“Cuba bayangkan, apabila sudah mabuk, pasangan kekasih beragama Islam ini tidak sedar mereka melakukan pelukan ghairah.
“Dalam keadaan suasana lampu yang samar pada pagi itu, pengunjung yang berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada, tidak segan silu bercumbu dan berpelukan dan boleh dianggap sebagai mukadimah zina,” katanya yang tidak menolak kemungkinan ada pengunjung menggunakan dadah bagi mendapatkan kesan khayal berlebihan.
Beliau berkata, Jais melakukan serbuan itu hasil siasatan dan risikan selepas menerima aduan mengenai kegiatan tidak berakhlak membabitkan pengunjung Islam di pusat hiburan berkenaan.
Malah, pemantauan yang dijalankan juga mendapati, pusat hiburan itu dipercayai turut menjadi tumpuan artis berstatus elit untuk ‘bersantai’.
“Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, tidak ada artis ditemui dan kami tidak menolak kemungkinan ada yang sempat melarikan diri.
“Yang pasti, apabila serbuan dilakukan, puluhan pengunjung bertempiaran lari bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Sumber itu berkata, ada antara pengunjung wanita yang merayu supaya dilepaskan, termasuk memberikan pelbagai alasan ‘bodoh’ kononnya mahu bertemu kekasih bagi mengelak imej dan nama keluarga tercalar.
Ada juga yang cuba menggunakan pengaruh pihak tertentu yang ada kuasa, tetapi tindakan itu tidak berjaya kerana mereka tetap akan dikenakan tindakan jika disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan.
Selain itu, katanya, Jais sudah mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi membekalkan maklumat mengenai pembabitan artis terbabit dengan pusat hiburan itu.
“Kami percaya artis terbabit bukan pengurus premis berkenaan, tetapi dia memiliki kepentingan dan menyalurkan wang bagi memastikan pusat hiburan itu beroperasi.
“Berdasarkan siasatan awal, artis terbabit memang ada kaitan dengan pusat hiburan berkenaan dan kita kini mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melakukan semakan lesen pusat itu,” kata sumber berkenaan.
Menurutnya, Jais mempunyai enakmen yang boleh mengaitkan artis beragama Islam terbabit dengan kegiatan tidak bermoral, terutama jika dia menjadi tauke pusat hiburan itu.
Beliau berkata, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 18(1), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana minum minuman yang memabukkan.
“Sehingga kini beberapa pengunjung tampil di pejabat Jais bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum mereka dituduh di Mahkamah Rendah Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika mengesahkan serbuan itu berkata, ia sebahagian siri serbuan dan operasi pencegahan maksiat, termasuk di pusat hiburan, yang dilakukan pihaknya tanpa mengambil kira status pemilik premis, termasuk artis.
“Serbuan dilakukan selepas Jais mendapat aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat dan penjualan minuman keras kepada orang Islam di pusat hiburan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Beliau berkata, Jais tidak membuat serbuan dengan sewenang-wenang, sebaliknya ia dilakukan selepas siasatan terperinci dan memperoleh maklumat mencukupi.
“Memang sukar untuk kaitkan individu beragama Islam sebagai pemilik pusat hiburan berkaitan jika ia menggunakan nama orang lain pada lesen premis. Namun yang pasti, Jais tetap bertindak tegas jika ada bukti,” katanya.
lagi
Ibu tunggal kemaruk seks dipenjara
2010/02/28
LONDON: Seorang ibu tunggal berusia 36 tahun yang mengadakan seks hampir 200 kali dengan seorang budak berumur 12 tahun dipenjara sembilan tahun semalam.
Apabila polis menahannya Oktober lalu, mereka menemui diari yang menunjukkan 191 bintang pada tarikh mereka mengadakan seks.
Angela, penganggur dari Middlesbrough mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan menyebabkan atau menghasut kanak-kanak terbabit dalam kegiatan seks.
Ketika membacakan keputusan perbicaraan, Hakim John Walford menyifatkan kes itu mengejutkan.
“Anda mengambil kesempatan terhadap usia budak itu,” katanya.
Terdahulu, pendakwa raya, Richard Bennett memberitahu mahkamah, Ann mula mengadakan seks dengan budak itu pada hari dia mengadakan parti tahun baru di kediamannya tahun lalu. - Agensi
aurat camna
Sasaran ‘hidung belang’
metahad@hmetro.com.my
2010/02/28
KUALA LUMPUR: Awet muda, masih bergetah dan memiliki tubuh gebu. Kalangan artis pertengahan 30-an dan 40-an ini yang dikatakan mengamalkan petua tertentu, termasuk berunsur tradisional, terus ligat dalam industri hiburan tanpa berasa bimbang dengan ancaman artis generasi baru.
Apa rahsia mereka kekal cantik, bergetah dan mengancam, masing-masing mempunyai rahsia tersendiri, tetapi menolak penggunaan botox, kolagen dan suntikan vitamin C untuk awet muda.
Bagi Zarina Zainuddin, dalam usia 40 tahun, dia tergelak bila membaca Facebook miliknya apabila beberapa lelaki bukan saja mahu menggatal tetapi berhasrat melamarnya.
“Di Facebook ada gambar terbaru saya. Nak dijadikan cerita, kerana gambar itu, beberapa lelaki nakal mula menggatal dengan kata-kata memuji mata saya cantiklah, bibir seksilah dan pelbagai lagi.
“Cuma saya menyampah ada yang terus terang menyatakan, best kalau saya jadi ‘bini’ dia. Saya hairan kerana saya tidak pernah sorok status saya, bermakna mereka tahu saya isteri orang dan saya pula bukan artis berusia 20-an atau 30-an, tetapi masih ada lelaki yang nak menggatal,” katanya.
Bagi Zarina, rahsia kejelitaannya terpelihara barangkali kerana amalan bangun pagi, minum air suam sebaik bangun tidur selain makan makjun Bonda Basah Special yang dibuat oleh ibunya.
“Masa bujang saya sudah bangun pagi, tetapi sejak berkahwin suami mengajar saya bangun awal, biasanya jam 6 pagi saya terjaga. Tidak perlu kunci jam, apatah lagi anak saya sekolah pagi.
“Sebaik terjaga daripada tidur dan tanpa berus gigi, saya minum air suam untuk mencuci perut. Saya tidak banyak rahsia menjaga diri, cuma amalkan makan makjun Bonda Basah Special sekian lama,” katanya.
Bagi Zarina, artis wanita berusia 40-an mempunyai pelbagai cara untuk menjaga kecantikan.
Implikasinya jelas, Zarina masih diberi peranan penting dalam drama, di mana ketika ini dia sibuk menjalani penggambaran drama Senja Permai arahan Roslan Husin sebanyak 68 episod.
“Bila artis wanita usia pertengahan 30-an dan 40-an seperti saya terus diberi watak penting, ia perkembangan sihat untuk artis generasi saya bersaing dengan artis generasi baru,” katanya.
Sementara itu, dalam tempoh 37 hari lagi, Noralbaniah Raffie akan mencecah usia 41 tahun.
Yang mengejutkannya, malah membuatkannya ketawa ketika hadir di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini, ada wartawan menyapanya apakah dia pelakon baru.
“Terkejut ada, nak tergelak pun ada bila wartawan itu meneka usia saya antara 20-an dan awal 30-an.
“Ada juga hikmah saya gemar pakai baju imej remaja hingga usia saya pun sukar dijangka tetapi bila ada yang bertanya, saya lebih suka berterus terang usia saya bakal menjangkau 41 tahun April ini,” katanya.
Noralbaniah yang juga bintang filem Adik, Sekreteris, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir, mula menjalani hidup sendiri sejak 15 tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.
“Anak gadis saya kini berusia 16 tahun dan sukar saya menidakkan bila ada anak remaja, saya seperti kembali menjadi seperti dia. Sebabnya saya berbual pun mengikut caranya, macam kawan,” katanya.
Noralbaniah berkata, ketika menyertai rombongan Profima (Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia) ke Jakarta Disember lalu, ada pengarah filem sana tercengang bila mengetahui usia sebenarnya.
“Saya beritahu pernah berlakon di samping Rano Karno pada hujung 1980-an dan kata mereka tempoh itu cukup lama tetapi saya seperti tidak berubah.
“Saya tidak tahu nak putihkan badan atau suntik botox, cuma saya tidak suka susah hati, itulah amalan saya sejak hidup tanpa suami,” katanya.
Bagi dramatis Anne Abdullah yang cuma tinggal dua tahun mencecah 40 tahun, rahsia artis wanita 40-an masih mengancam bergantung kepada apa diamalkan.
“Jika tiada penggambaran atau sebulan sekali, Anne akan menjalani rawatan badan di Spa selama empat jam. Rawatan di Spa penting kerana faham sajalah, kulit jadi hitam jika berlakon di bawah terik mentari.
“Sebagai artis, tidak elok jika kulit nampak berkerak. Amalan lain saya lakukan ialah setiap jam 7 pagi, saya berenang di kolam renang pangsapuri selain makan pil sampingan, terutama herba,” katanya yang kini sibuk berlakon teater Antara di Istana Budaya.
Dia yang berstatus ibu tunggal sejak 17 tahun lalu hairan ada VIP memburunya konon mahu bekerjasama dengan syarikat produksinya, Alphanium Sdn.Bhd.
Kata Anne, biasanya apabila berurusan dengan lelaki seperti itu, pertemuan kali pertama nampak kecenderungan untuk serius dalam bisnes.
“Namun tiba mesyuarat kedua ia sudah babitkan perasaan, lalu saya akan jauhkan diri.
“Cuma dalam usia begini apabila masih ada lelaki yang cuba menagih sesuatu, terfikir juga saya apa yang mereka mahu daripada artis seperti saya,” katanya yang memiliki anak gadis berusia 17 tahun.
>Tiada suntikan botox
KUALA LUMPUR: Walaupun berusia 40-an, mempunyai seorang anak dan bergelar janda, populariti Maria Farida sebagai pelakon bukan lagi asing di kalangan masyarakat.
Pelakon yang membintangi filem Senario The Movie: Episod 2 — Beach Boys, My Spy dan kini hangat dengan telefilem Aliff Firdaus itu kekal jelita dan diakui masih bergetah.
Maria yang sudi berkongsi rahsia kejelitaannya berkata, dia bersyukur dengan anugerah diberikan Tuhan.
“Setakat ini saya belum terfikir untuk melakukan rawatan moden seperti suntikan botox atau vitamin C. Saya lebih percayakan kecantikan dalaman.
“Kecantikan luaran saja tidak bertahan lama kerana akan hilang dengan sendirinya apabila sudah tua.
“Kecantikan dalaman yang saya maksudkan adalah hal berkaitan dengan hati kita. Apabila hati bersih, tiada hasad dengki, saya percaya kecantikan kita akan berkekalan,” katanya yang tidak mengamalkan petua tertentu berkaitan hal kecantikan.
Menurutnya, yang dia lakukan ialah sentiasa pastikan mendapat tidur yang cukup dan jaga pemakanan.
Dia bukan jenis yang suka berhabis dalam hal kecantikan.
“Saya bukan suka buat rawatan muka. Jika berbelanja hal berkaitan kecantikan sekalipun, saya tumpukan kepada rambut. Jika tidak terbabit dengan penggambaran atau acara tertentu, saya lebih selesa dalam keadaan tidak bersolek. Keluar rumah pun hanya memakai baju T, seluar jeans dan selipar,” katanya.
Begitupun, bagi Maria, jika terbabit dengan penggambaran, dia menitikberatkan hal kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki dan selepas itu lebih selesa jadi diri sendiri.
“Saya akui apabila berada dalam bidang ini (lakonan) saya perlu jaga kecantikan kerana kita cari makan dengan penampilan kita.
“Sebelum terjun dalam ‘dunia glamor’, penampilan saya seperti tomboi. Namun apabila masuk dalam bidang peragaan ketika berusia 16 tahun, saya mula mengambil berat mengenai kecantikan,” katanya.
Apapun, dia berkata, kadangkala kecantikan dimiliki turut mendatangkan masalah.
Justeru, Maria perlu jaga diri dan yang penting, jangan gedik.
“Jika cantik dan pandai jaga diri, insya-Allah selamat. Saya kena ganggu dengan lelaki sebab status saya sebagai artis dan mereka fikir artis senang ditundukkan.
“Mereka nak pergunakan artis dan tumpang glamor, tapi saya tak suka semua itu,” katanya yang turut mengatakan susah hendak berjumpa lelaki yang melayan artis seperti manusia biasa.
Maria berkata, seperti manusia lain, artis juga mempunyai perasaan.
LAGI
Pemimpin Belanda hina al-Quran
|
|
LONDON 6 Mac – Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.
Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.
Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.
Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.
Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).
“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.
Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.
Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.
Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – AP
LAGI
1,463 kaki judi ditahan dalam Ops Limau
2010/03/08
KUALA LUMPUR: Polis menahan 1,463 individu yang terbabit dengan kegiatan perjudian haram di seluruh negara sepanjang ‘Ops Limau’ sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan, berkata dalam operasi yang bermula 14 Januari dan berakhir 28 Februari lalu, pihaknya merampas 5,911 mesin judi berbanding 3,111 dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jumlah tangkapan menurun 6.52 peratus atau seramai 102 orang berbanding 1,565 orang tahun lalu dengan lingkungan umur berusia antara 25 hingga 55 tahun dalam 2,057 serbuan pada kali ini.
“Ini satu perubahan positif dalam usaha mengekang kegiatan perjudian haram malah jumlah rampasan juga meningkat 90 peratus atau 2,800 mesin judi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Katanya, selain judi haram membabitkan komputer yang diubah suai, pihaknya juga menumpaskan sindiket judi taruhan haram dengan menahan 41 individu selain merampas pelbagai peralatan termasuk dokumen yang digunakan untuk taruhan.
“Kami juga menahan 247 individu dalam 153 serbuan kerana terbabit dalam judi haram dalam bangunan dan turut merampas pelbagai peralatan termasuk wang tunai hampir RM30,000,” katanya.
LAGI
Kejadian tragis bukan alasan lepas tindakan
2010/03/08
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita dan teman lelakinya yang dipercayai bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah walaupun simpati dengan kematian penuh tragis anak wanita terbabit.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Mohd Isa Abdul Ralip, berkata pihaknya menyokong penuh sebarang tindakan mengikut undang-undang syarie jika didapati Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, kanak-kanak malang yang mati didera didapati bersekedudukan dengan teman lelakinya.
Menurutnya, beliau difahamkan, pasangan terbabit pernah diburu Jais sebelum ini terhadap kesalahan sama, tetapi dapat melarikan diri sehingga kejadian menyayat hati yang menimpa Syafia di rumah mereka di Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, minggu lalu.
“Kami bersimpati dengan kejadian menyayat hati yang menimpa Syafia, tetapi tidak dengan perbuatan wanita dan lelaki terbabit yang bersekedudukan, lebih-lebih lagi jika melahirkan anak di luar nikah.
“Apa yang pasti, tindakan perlu dikenakan terhadap pasangan terbabit jika jelas mereka bersekedudukan sehingga melahirkan anak supaya memberikan pengajaran terhadap pasangan lain supaya tidak melakukan perbuatan sama,” katanya, semalam.
Tanpa berselindung, Mohd Isa berkata, walaupun simpati terhadap ibu mangsa, tetapi ia bukan cara untuk mengelak tindakan dikenakan terhadap wanita itu dan kekasihnya yang dipercayai menjadi suspek utama mendera dan membunuh Syafia.
Menurutnya, persatuan menyokong penuh sebarang tindakan Jais untuk menyiasat perbuatan yang dilakukan (bersekedudukan) pasangan terbabit termasuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.
Syafia, 3, meninggal dunia dengan kesan luka di muka dan perut dipercayai didera taman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Hulu Yam Lama, dekat Batang Kali, minggu lalu.
Manakala, ibu mangsa, kini ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama dua lagi anaknya.
Mohd Isa berkata, walaupun ibu mangsa sudah ditempatkan di JKM selain memberikan pelbagai alasan, kononnya cabaran kuat menghadapi kehidupan sehingga tragedi menimpa anaknya bagi mendapatkan simpati masyarakat, tetapi undang-undang perlu ditegakkan.
LAGI
Terjun hotel separuh bogel
am@hmetro.com.my
2010/03/08
GEORGETOWN: Seorang bakal jururawat di sebuah kolej yang hanya memakai coli dan seluar dalam yang ditutupi tuala, sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan terjun melalui tingkap sebuah bilik hotel bagi melarikan diri daripada mengelak dicekup kerana berkhalwat dengan kekasihnya dalam satu operasi cegah maksiat di Batu Feringghi di sini, semalam.
Jururawat berusia 20-an itu yang kini menuntut di Kedah, bertindak demikian selepas tersentak dengan kehadiran sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang membuat pemeriksaan di hotel penginapannya.
Dia yang menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa agama terus memanjat tingkap bilik dan terjun pada ketinggian lima meter diikuti teman lelakinya beberapa minit kemudian yang hanya berseluar.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam operasi di sekitar pusat bandar, Batu Ferringhi dan juga Seberang Prai mulai jam 10 malam hingga 10 pagi itu, 60 orang atau 30 pasangan kekasih ditahan atas kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Beliau berkata, pihaknya memeriksa buku pendaftaran masuk hotel dan mendapati beberapa pasangan beragama Islam mendaftar masuk di hotel berkenaan.
Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang wanita yang berseluar dalam dan coli yang menutup badan dengan tuala memanjat tingkap sebelum terjun untuk melarikan diri ke belakang hotel.
“Pegawai penguat kuasa agama cuba memberkas wanita itu tetapi gagal dan dia menyembunyikan diri, namun selepas pencarian selama lebih satu jam, dia ditemui dalam belukar dengan kecederaan di kaki.
“Pasangannya turut ditahan dan pemeriksaan menemui kondom yang sudah digunakan dalam poket seluar lelaki berkenaan serta beberapa kondom yang belum digunakan,” katanya. Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu juga 11 pasangan kekasih turut ditahan di hotel sama dan mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk laporan tangkapan.
Katanya, turut ditahan 15 pasangan kekasih atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di kawasan Persiaran Gurney, Pantai Seagate, Queensbay dan kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam dan mereka diberi notis saman.
LAGI
Bunuh diri kecewa cinta
riadz@hmetro.com.my
2010/03/08
ALOR STAR: Gara-gara kecewa dalam bercinta, seorang remaja berusia 18 tahun sanggup membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kedah, di sini, sebelum mayatnya ditemui terapung berhampiran Kampung Sakan, di sini, pagi semalam.
Mayat mangsa, Ng Eng Hoo dari Taman Glorious, Jalan Langgar, di sini, ditemui terapung di sungai itu oleh seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kira-kira 30 meter dari Rumah Pam Taman Intan di kampung itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Kakitangan terbabit, Mohd Zaini Musthafa, 45, berkata dia terkejut apabila objek terapung yang ditemui di sungai berkenaan yang disangkanya patung sebenarnya mayat manusia selepas ia cuba dimakan biawak.
“Saya ingatkan patung kerana rambutnya berwarna perang. Namun, apabila ia beralih kedudukan terlentang selepas digigit biawak, ketika itulah saya tahu ia sebenarnya mayat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Mohd Zaini yang bertugas di rumah pam berkenaan, berkata sebelum itu dia memberi ayam peliharaannya makan di rumahnya berhampiran kawasan itu sebelum tiba-tiba ternampak mayat berkenaan.
“Sebaik menyedari ia sebenarnya mayat, saya terus menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab, ketika dihubungi, berkata mangsa yang bekerja sebagai pembaiki alat pendingin hawa keluar dari rumahnya pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas bergaduh dengan teman wanitanya.
“Mangsa kemudian tidak pulang ke rumah sehingga malam esoknya sebelum ibunya membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat sebelum disahkan kakak dan adiknya berdasarkan rantai emas, subang serta gigi depan yang terserpih.
Mayat Ng yang berseluar pendek hitam paras lutut dan berkemeja-T warna biru serta tidak berkasut itu ditemui dalam keadaan hampir busuk dipercayai tenggelam di sungai berkenaan lebih 24 jam. Terdapat juga kesan luka di leher dan pipi mangsa dipercayai kesan gigitan biawak.
Abd Ghafar berkata, polis menolak sebarang kejadian jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
LAGI
Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu
2010/03/08
KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.
Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.
“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.
“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.
Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.
Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.
“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.
LAGI
Masyarakat tak kisah maksiat
am@hmetro.com.my
2010/03/08
KUALA LUMPUR: Kurangnya peranan ibu bapa dalam institusi kekeluargaan dan pembabitan masyarakat adalah antara punca pelbagai masalah sosial seperti penderaan kanak-kanak secara fizikal atau seksual, kes sumbang mahram dan pembuangan bayi.
Pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail, berkata nilai murni seperti sikap bertanggungjawab menjadi nadi utama yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu supaya mereka tahu kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh dikategorikan sebagai jenayah.
“Pada ketika ini, saya begitu runsing dengan kes penderaan anak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dilakukan individu tidak bertanggungjawab.
“Kanak-kanak memerlukan kasih sayang, pendidikan sempurna, hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bersih bagi memastikan mereka membesar untuk menjadi insan berguna,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-23 Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana (SKTN), Ampang, di sini, semalam.
Katanya, bagi membendung masalah itu dari terus berleluasa, pihak berkuasa diakui menggalas tanggungjawab untuk melaksanakannya, tetapi mereka hanya akan bertindak selepas masalah itu terjadi.
“Justeru itu, pembabitan masyarakat dilihat amat penting kerana mereka boleh bertindak sebagai ejen penghubung bagi melaporkan kes seperti ini sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Kebanyakan masyarakat tidak mahu mengambil tahu apatah lagi menegur sekiranya ada di kalangan jiran atau penduduk di kawasan sekitar penempatan mereka melakukan penderaan dan maksiat lalu mendatangkan masalah di kemudian hari dan mangsa seperti kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan,” ujarnya.
Menurutnya, sebagai langkah awal, ‘pendidikan karakter’ atau ‘character education’ di sekolah dianggap boleh membantu masalah ini daripada terus berlaku.
Melalui pelajaran itu nanti, anak-anak dapat membina karakter diri yang diterapkan dengan nilai murni seperti berdisiplin, mengawal perasaan marah, penuhi diri dengan ilmu agama dan sayang menyayangi sesama insan bagi memastikan mereka dapat menggunakan ilmu itu dalam menempuhi kehidupan dewasa.
“Saya berharap melalui usaha ini, mereka dapat menggunakannya sebagai prinsip hidup dan sentiasa beringat sebelum melakukan perkara berunsur negatif,” katanya.
LAGI
Samseng cilik
am@hmetro.com.my
2010/03/08
KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.
Malah, kedua-dua suspek terbabit berulang kali memijak dan menendang mangsa berusia 57 tahun itu ketika cuba meloloskan diri.
Semuanya bermula jam 11 malam pada Jumaat lalu, apabila kedua-dua suspek pergi ke kediaman seorang lagi rakan mereka, sebelum bertemu dengan warga emas terbabit yang berseorangan di rumah.
Kedua-dua suspek cuba merampas barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Menurut sumber, disebabkan terdesak untuk melarikan barangan berkenaan selain mengelak perbuatan itu disedari penduduk, kedua-dua suspek membelasah warga emas berkenaan.
“Mereka berulang kali memijak dan menendang tubuh mangsa sehingga merampas barang kemas berkenaan.
“Biarpun warga emas itu berulang kali merayu dikasihani, kedua-dua suspek tidak mengendahkannya,” katanya.
Sumber itu berkata, jeritan mangsa didengari penduduk setempat sebelum mereka tampil menghulurkan bantuan.
Tersentak dengan kehadiran penduduk, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun remaja lelaki itu ditangkap.
Penduduk juga merampas semula barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan, namun seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.
Sehubungan itu, penduduk setempat menghubungi pihak berkuasa sebelum menyerahkan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.
‘Gengster cilik’ itu dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan susulan manakala warga emas terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan kecemasan.
Difahamkan, warga emas itu patah kaki akibat dibelasah kedua-dua suspek selain lebam seluruh tubuh dipercayai akibat dipijak dan ditendang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kanak-kanak terbabit akan direman sehingga esok bermula kelmarin, bagi membantu siasatan.
“Manakala rakan suspek masih diburu dan pihak polis percaya akan dapat memberkasnya dalam masa terdekat. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 samun berkumpulan tanpa senjata,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan