Rabu, 10 Mac 2010

TAK NGERTI LAH....NO KOMEN...ALLAH SAJA YANG TAHU YANG MANA HAQ DAN BATIL...SOK JAWAB AJE LAH

Ulama Umno pula main kafir mengkafir




http://penarikbeca.blogspot.com

Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subuh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.

Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".

Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.

Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)

Harussani juga berkata:

"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".

Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?

Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?

Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?

Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.

Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".

Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")

Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.

Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.



ADA HUBUNG KAIT


Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'


Abdul Rahim Sabri
Mac 5, 10
8:09pm

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

lagi


Harussani perlu perbetulkan Umno terlebih dahulu



Harakahdaily

IPOH, 6 Mac: Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.

“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.

Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.

Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

“Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.

Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.


lagi


Kenapa Mufti Perak sanggup berbohong?

Herman Samsudeen

Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS.

Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;

“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”

Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.

Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak. Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.

Mahu sindir PAS? nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi? Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.

Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.

Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.

Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara?

Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.

Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?

Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong. Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



lagi



NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta?



Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010



LAGI




NEGARA

Berdosa solat minta bencana - Jamil


JAMIL KHIR


ALOR SETAR - Islam tidak mengajar umatnya bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana kepada golongan seagama dan hukumnya adalah berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya tidak mahu menggelar mereka golongan apa, tetapi mereka ini termasuk dalam orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.

"Perkara ini (sembahyang hajat memohon bencana) tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak sepatutnya berlaku,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.








LAGI



'SMS Mohsin' jamin tak sokong BN


Jimadie Shah Othman
Mac 8, 10
3:23pm


Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

“Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen),” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Perak.

Minggu lalu, selepas mengisytiharkan keluar parti, Ahmad memberikan tempoh tujuh hari kepada Mohsin - sehingga 10 Mac ini - untuk kembali kepada PKR atau mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad dilaporkan berkata, jika Mohsin enggan memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, beliau telah melihat SMS tersebut dan akan memeriksa ketulenannya dahulu, sama ada benar-benar dihantar daripada Mohsin.

Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya SMS itu tulen, Mohsin masih perlu mengumumkan perkara tersebut kepada orang awam, termasuk menyatakan sokongannya kepada Pakatan, walaupun bukan lagi sebagai ahli parti.

“Beliau kena umumkan di Bagan Serai, kena panggil pihak media. Saya boleh jadi pengendali majlis itu,” kata Ahmad yang memberikan laluan kepada Mohsin di Bagan Serai setelah dua penggal menjadi calon pembangkang.




lagi



TERKINI

Nik Aziz tidak faham peranan mufti - Jamil Khir

08/03/2010 3:53pm

ROMPIN 8 Mac - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai mengamal fahaman politik sempit apabila menggelarkan seseorang mufti itu ejen parti politik jika mencampuri aspek kepimpinan negeri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan, tanggapan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz itu menunjukkan Mursyidul Am Pas tersebut tidak memahami fungsi dan peranan mufti yang sebenar. - Utusan


betul dato seri@ustaz ...kecuali harus memohon dibalas setimpal kejahatannya.....



Dosa doa kecelakaan orang lain

ALOR SETAR 7 Mac - Perbuatan mendoakan kecelakaan orang lain perlu dihentikan kerana ia berdosa dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ada nas menunjukkan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengajar orang untuk menjadi jahat.

"Tujuan doa dan solat hajat adalah untuk sesuatu perkara yang baik dan agama Islam tidak pernah mengajar kita untuk mendoakan kejahatan kepada orang lain.

"Semasa Nabi Muhammad kena pukul di Taif pun, baginda masih berdoa untuk orang yang membuat kezaliman terhadapnya," ujar beliau selepas menutup Kursus Pengamatan Nilai-Nilai Islam Dalam Penugasan Harian di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan parti pembangkang yang mahu mengadakan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam agar Ahli Parlimen Bagai Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ditimpa bala jika tidak melepaskan kerusi Parlimen tersebut.

Rabu lalu, Mohsin Fadzli mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman serta tidak puas hati dengan pendirian parti itu yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti itu dan mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Menurut Jamil, tindakan mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kecelakaan orang lain adalah satu penyalahgunaan agama yang tidak sepatutnya berlaku.

"Perbuatan tersebut berdosa kerana kita tidak boleh mendoakan kecelakaan sesama umat Islam.

"Saya nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan itu supaya menghentikannya dan jangan kerana politik, kita hilang pertimbangan agama," jelasnya.

Sementara itu, mengulas gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, Jamil memberitahu, kesedaran individu amat penting dalam membendung gejala tersebut.

Jelasnya, sebelum melakukan sesuatu yang buruk dan mengaibkan, seseorang itu perlu berfikir tentang akibat yang akan berlaku kemudian hari disebabkan perbuatan mereka.

"Tahap pendidikan di negara ini sudah tinggi dan jarang kita dengar mengenai remaja yang tercicir pelajaran. Bagaimanapun mereka perlu pandai menjaga diri dan sedar akibat daripada pergaulan yang terlampau bebas," katanya.


LAGI



Harussani jawab Nik Aziz

PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

"Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

"Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

"Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.

Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.

Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak.

"Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya," katanya


LAGI





MB Kelantan tidak faham peranan mufti

ROMPIN 8 Mac - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan fahaman politik sempit dan tidak memahami fungsi serta peranan sebenar mufti sehingga sanggup menggelar mereka sebagai ejen parti politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan, tugas seseorang mufti adalah melaksanakan segala titah sultan atau raja yang berkaitan dengan soal keagamaan termasuk kepimpinan sesebuah negeri.

"Mufti ialah orang yang dilantik oleh sultan atau raja. Apa-apa titah yang berkaitan negeri dan keagamaan, tentulah ia sesuatu yang dijunjung oleh mufti.

"Jadi tidak boleh jika mufti bercakap mengenai kepimpinan negeri, lalu kita mengatakan mufti itu ejen parti politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwanya masuk campur dalam usaha membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Nik Abdul Aziz berkata, peranan Harussani selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) terutama dalam soal pembentukan kerajaan campuran di Perak telah merendahkan martabatnya sebagai mufti malah ulama itu tidak layak lagi memakai gelaran tersebut.

Jamil Khir menegaskan, peranan mufti di sesebuah negeri bukan sekadar mengeluarkan fatwa semata-mata, bahkan tugasnya turut menyentuh soal kepimpinan berdasarkan apa yang dititahkan oleh pemerintah kepadanya.

"Hal-hal yang berkaitan soal keagamaan dan titah tuanku adalah tanggungjawab mufti.

"Islam juga merupakan agama yang menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan meliputi politik," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Nik Abdul Aziz berhenti menggelar Harussani sebagai ejen UMNO kerana ulama itu menjalankan tanggungjawab seperti dititahkan oleh Sultan Perak kepadanya.

"Kalau mufti bercakap politik, ulama itu tidak boleh digelar sebagai ejen parti politik. Ini persepsi yang merendahkan kedudukan mufti," tegasnya.



LAGI




Tokoh ulama sokong Harussani

TUMPAT 8 Mac - Tokoh ulama terkenal Kelantan, Abdullah Saamah, mahu umat Islam melihat kenyataan oleh pemimpin agama, termasuk mufti yang dilantik kerajaan, dalam konteks yang lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik sahaja.

Abdullah, yang juga pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor di sini, berkata, menjadi tanggungjawab seseorang ulama menyampaikan ajarannya berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti pemerintah.

Menurutnya, anggapan pihak tertentu kononnya ulama yang menyokong kerajaan sebagai ejen sesebuah parti politik adalah tidak wajar dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.

Beliau menyokong kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihatnya lebih menjurus ke arah perpaduan umat Islam walaupun tidak disenangi parti pembangkang.

"Saya menyokong pandangan Mufti Perak itu kerana dia bercakap berasaskan kepada kebenaran mengikut ajaran Islam dan bukannya berpihak kepada sesebuah parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menyifatkan Harussani sebagai ejen UMNO kerana Mufti Perak itu mempersoalkan keengganan Pas menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Barisan Nasional di Perak selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Menurut Abdullah, mereka yang menganggap Harussani sebagai ejen UMNO lebih condong kepada politik kepartian.

Beliau berkata, mereka yang melihat sesuatu perkara daripada aspek politik sempit akan hanya menerima pandangan puak mereka sahaja. - Bernama



LAGI




Peranan mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa

MAHA suci Allah SWT dan selawat atas junjungan Rasulullah pembawa rahmat ke seluruh alam. Amma ba'du.

Berkenaan anggapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa saya adalah ejen UMNO dan bukannya seorang mufti menurut laporan akhbar pada Isnin 8 Mac 2010 adalah disangkal berdasarkan beberapa alasan:

1. Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak. Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam. Ini selaras dengan saranan al-Quran supaya mendamaikan dua golongan yang bertelagah dengan seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 9 :

Terjemahan : Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. - (9) al Hujurat : 9

2. Kenyataan yang saya utarakan tempoh hari adalah berdasarkan kepada pengamatan saya terhadap Pas Perak khususnya yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang semeja selepas mereka menang dalam pilihan raya yang lalu berkenaan perkongsian kuasa dengan rakan Islam yang lain dari UMNO, malah mereka tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

3. Saya mengungkap kembali apa yang yang berlaku bukan untuk merosakkan nama pihak-pihak yang terlibat, namun untuk mengimbaskannya kembali supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan bahawa mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam. Semua ini berlaku disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangan saya, bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam. Maka, saya berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu agar bersatu.

4. Ingin saya tegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja, malah lebih dari itu apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak seperti mana yang berlaku di zaman pemerintahan Al Muzaffar Qutuz (1259-1260m) yang sedang dilanda kegawatan perang dengan tentera Tartar. Pemerintah ketika itu memohon pandangan Ulama' terutamanya dari As Syeikh Izzudin Abdul Salam (sultanul Ulama') bagi mengenakan cukai kepada rakyat bagi menampung kos peperangan sehingga ulama' tersebut dikritik oleh pemerintah sendiri.

5. Saya sendiri dalam pelbagai hal telah mengutarakan pelbagai teguran dan pandangan termasuk isu murtad dan konsert Sure/Jom Heboh dan IFC yang melibatkan pemerintah. Dalam hal ini, saya berkeyakinan bahawa pandangan yang diberikan adalah berdasarkan tugasan saya sebagai seorang mufti.

6. Perpaduan Umat Islam merupakan agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti Firman Allah SWT :

Terjemahan : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) - al Hujurat : 10

7. Saya menegaskan di sini bahawa, sebarang kenyataan yang telah saya keluarkan bukanlah untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak apatah lagi dengan Mursyidul Am Pas, yang saya kenali dan menghormati pandangan beliau sebelum ini. Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya.



LAGI



Mufti Perak jadi ejen perpaduan, perdamaian umat Melayu

IPOH 8 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih layak digelar ejen perpecahan berbanding tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu menyatupadukan umat Islam menerusi cadangan pembentukan kerajaan campuran di Perak.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya muhasabah peranan yang dimainkan dirinya untuk perpaduan umat Islam daripada menghina Mufti Perak.

"Nik Abdul Aziz memperlekehkan Harussani sebab beliau tidak dapat membezakan peranan mufti sebagai penasihat dalam urusan agama dan bukannya ejen UMNO.

"Mufti memainkan peranan menyatupadukan umat Islam tanpa mengira fahaman politik tetapi berdasarkan kenyataan Nik Abdul Aziz dan para pemimpin Pas yang menolak perpaduan, merekalah ejen perpecahan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hamdi berkata, sebagai seorang yang digelar tok guru oleh penyokong Pas, Nik Abdul Aziz sewajarnya menerima kenyataan Mufti Perak sebagai satu teguran dan bukannya bersikap melenting.

Katanya, janganlah hanya kerana digelar ulama dan tok guru, Nik Abdul Aziz mengatakan orang lain sering melakukan kesilapan dan tidak pula melihat kesilapan diri sendiri.

"Kita tidak pernah melenting semasa Mufti Perak tegur UMNO.

"Semasa Mufti Perak tegur UMNO, orang Pas kata Harussani penyokong Pas tetapi apabila mereka pula ditegur, mereka tuduh Mufti Perak ejen UMNO," katanya.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan tertinggi parti.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak (ketika itu), Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP)," kata Harussani.

Sementara itu, Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar Perak, Datuk Mohd. Najmuddin Elias Al-Hafiz menafikan Harussani adalah ejen UMNO seperti yang didakwa Menteri Besar Kelantan itu.

''Tuduhan itu agak melampau, mufti bukan orang UMNO dan tidak bergiat dalam UMNO pun. Sebagai mufti, beliau ditugaskan untuk menyatupadukan umat Islam.

''Apabila Harussani melihat perpecahan di Perak, beliau mengambil jalan tengah untuk mendamaikan kedua-dua pihak iaitu melibatkan dua parti Melayu terbesar - UMNO dan Pas.

''Ini bermakna, beliau bukan ejen UMNO tetapi ejen perpaduan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Najmuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau berkata, beliau hairan mengapa sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup menolak usaha itu.

''Kita hairan apabila kepimpinan tertinggi Pas pada dasarnya telah bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Perak tetapi ditentang oleh beberapa pemimpinnya.

''Islam sendiri kata umat Islam bersaudara, jadi menjadi tanggungjawab orang beriman untuk menggalakkan perpaduan. Ini kerana kekuatan orang Islam terletak pada perpaduan," katanya.



LAGI



Solat hajat diteruskan

IPOH – Solat hajat terhadap Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diteruskan walaupun mendapat pelbagai tentangan daripada pakar agama di negara ini.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, beliau tidak pernah sekalipun memohon kecelakaan atau bala terhadap Mohsin di atas tindakan lompat parti sebaliknya, hanya memohon kepada Allah SWT supaya memberikan hukuman yang setimpalnya kepada individu atau kumpulan yang mengkhianati kepercayaan rakyat.

Menurutnya, kenyataan daripada sesetengah pihak yang membidas tindakan beliau mengadakan solat hajat dianggap sebagai emosional dan berlandaskan nafsu semata-mata bukannya mengikut kehendak hukum syarak Islam.

“Sepatutnya mereka yang menyatakan pendirian sebegitu perlu sedar dan matang dalam memberikan hujah kerana golongan ini bukan calang-calang, mereka adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai.

“Malah, mereka ini langsung tidak menyentuh soal hukum hakam dalam Islam terhadap tindakan Mohsin itu yang secara terang-terangan telah mengkhianati amanah rakyat, parti dan individu yang mempromosinya sewaktu berkempen dalam pilihan raya umum lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan ahli-ahli agama yang mengatakan kenyataannya untuk melakukan solat hajat kepada Ahli Parlimen itu satu tindakan haram di sisi agama Islam kerana mendoakan kecelakaan sesama umat.

Ahmad berkata, dalam kalangan ahli Pas, Mohsin sebenarnya bukan dikenali, tetapi atas semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR), beliau sanggup berkompromi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar Mohsin bertanding di Parlimen Bagan Serai pada pilihan raya umum Mac 2008.

Katanya, sebagai Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu, beliau bekerja keras mempromosikan Mohsin dan memohon rakyat supaya mengundi Mohsin sebagai wakil rakyat mereka.

“Saya bertanggungjawab membawa Mohsin kepada rakyat dan saya jugalah menjadi tulang belakang kepada kemenangannya.

“Namun, saya kecewa kerana kepercayaan yang diletakkan kepada Mohsin, dikhianat,” katanya.

:Menurutnya, memang tidak dinafikan Mohsin mempunyai masalah dalam parti malah Ahmad mendakwa ada menerima aduan mengenai prestasi Mohsin di kawasannya.

“Saya juga meletakkan syarat kepadanya, antaranya letak jawatan atau balik kepada parti ataupun mengisytiharkan sokongan kepada PR walaupun bukan kepada PKR, kita akan bincang dengan kepimpinan atasan yang lain.

“Sebab itulah, saya akan meneruskan solat hajat ini bagi memberi kesedaran kepada dia supaya membuat keputusan sewajarnya untuk kebaikan semua pihak, bukannya meminta kecelakaan terhadap dirinya,” katanya.


LAGI




Harussani, Nik Aziz dan Ahmad Awang perlu bersemuka

PUTRAJAYA 10 Mac - Tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid menawarkan diri bagi menyediakan 'forum yang lebih selesa' kepada tiga ulama yang sedang menghadapi polemik berhubung kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ia akan memberi ruang kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang untuk bersemuka dan berbincang.

"Ketiga-tiga pihak itu sedang 'membuka budu di padang', budu kalau sudah dibuka berbau busuk walaupun ia sedap dimakan.

"Jadi, hentikan sahaja polemik itu, tiada lagi susulan dibuat sebaliknya mereka perlu berbincang kerana ketiga-tiganya adalah ulama.

"Oleh itu saya tawarkan diri untuk sediakan forum lebih selesa, tidak perlu lagi mencari publisiti di dada akhbar," katanya.

Mahmood yang juga penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2010 mengulas polemik yang timbul ekoran pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perak tidak menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menggagalkan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggelarkan Harussani sebagai ejen UMNO apabila mufti itu didakwanya masuk campur dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, tidak timbul soal Harussani bertindak atas dasar politik kepartian kerana perkara utama yang dilihat oleh beliau ialah perpaduan umat Islam.

"Saya setuju dengan Harussani kerana isu yang dibawa pada ketika itu tentang kedudukan orang Melayu dan Islam," katanya.

"Beliau mufti yang celik, bukan mufti baju pagoda, beliau lebih mementingkan soal Islam daripada politik di bawah.

"Malah, Rasulullah sendiri ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah mengambil peranan menyatukan dua puak Arab, Aus dan Khazraj," katanya.

Mohd. Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, sekiranya Pas tidak bersetuju dengan cadangan bekerjasama dengan UMNO, mereka tidak sewajarnya bersikap sombong dan menghina orang lain.

"Saya rasa Ahmad Awang sudah terlajak sama dengan Nik Abdul Aziz," katanya.

Jelas beliau, Harussani tidak melakukan apa-apa kesalahan sebaliknya kewibawaannya terserlah kerana membuktikan beliau bukan mufti bisu dan buta.

"Dalam konteks fikah, ada pandangan yang disebut sebagai jumhur ulama, maknanya ada ulama tidak bersetuju tentang sesuatu keputusan.

"Tetapi ulama yang tidak bersetuju tidak memberikan apa-apa masalah, ini suatu perkara biasa," katanya.

Katanya, masyarakat mahu seorang mufti duduk di tengah-tengah tanpa mencampuri urusan politik kepartian.

"Tetapi sila tunjukkan di mana yang dikatakan sebagai 'tengah' kerana apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara mesti ada yang berkata kita cenderung kepada pihak tertentu," katanya.

Dalam hal ini, kata beliau, apa yang penting ialah soal perpaduan Islam.

"Tunjukkan saya di mana ayat al-Quran menyuruh kita berpecah belah sebaliknya yang ada adalah perintah kita berpegang teguh dengan tali Allah (hablillah)," katanya.



akhirnya



Tempoh Mohsin tarik balik keputusan tamat - Ahmad Awang

Harakahdaily

BAGAN SERAI, 12 Mac: Malam tadi tamatlah tempoh tujuh hari yang diberikan oleh pendukung Pakatan Rakyat (PR) Bagan Serai kepada ahli parlimen kawasan ini, Mohsin Fadzli Samsuri untuk menarik balik keputusannya meninggalkan PR.

Mulai malam esok, mereka mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.

Majlis solat hajat akan diadakan esok bermula dengan solat Mghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang (Gambar kanan).

Katanya, semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, beliaulah yang memperkenalkan Mohsin kepada orang ramai khasnya masyarakat Cina dan PAS Kawasan Bagai Serai.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura berkata, solat hajat itu akan berakhir Jumaat depan di Masjid Tinggi Bagan Serai,” ujarnya.

"Saya cuba hubungi dia (Mohsin), sejak keluar berita, hanya semalam dia sms balas saya dan tolak apa yang kami minta. Apa yang kami minta supaya tidak sokong Bebas, tidak sokong BN dan sokong Pakatan sama ada dalam atau luar parlimen.

"Selepas tamat tempoh, dia nampaknya berkeras dan kami akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana dia khianat amanah rakyat masalah pilihan raya lalu," ujarnya.

Mohsin (Gambar kiri) mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Mac lalu dengan alasan kecewa Pakatan mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Pada PRU ke-12 lalu, Mohsin yang mendapat 18,943 undi menewaskan Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti 3,413 undi.



lagi



SALBIAH WAHAB: Kenapa rakyat perlu bosan dengan Umno

Salbiah Abdul Wahab
Kes penderaan kanak-kanak yang berlaku akhir-akhir ini menjadi-jadi. Selepas satu kejadian dilaporkan, terdengar satu lagi kejadian. Ia seperti menjadi satu ‘pandemic’ dan trend yang boleh dianggarkan berlaku.

Beberapa cadangan dan pendekatan telah dikemukakan bagi mengatasi gejala penderaan kanak-kanak. Segala saluran dan medium digunakan bagi menunjukkan keseriusan gejala ini hendak dibenteras. Kes penderaan ini telah mencapai tahap pengetahuan maksima, iaitu dibawa ke pengetahuan Kementerian Wanita, Polis, mahkamah malahan akhbar dan media elektronik telah memainkan peranan.

Bermakna umum telah mendapat maklumat terperinci kes-kes kejadian penderaan ke atas kanak-kanak. Akhbar dan televisyen telah menceritakan dan mendedahkan gejala ini. Ditambah dengan arahan baru oleh Kementerian dan pihak berkuasa polis yang mahu dilaporkan kejadian yang serupa sekiranya anda mempunyai maklumat kejadian kes-kes penderaan.

Tetapi, kalau polis tahu, apa polis boleh buat? Mengambil contoh, dalam kejadian Makan Malam Menyambut Ulang Tahun ke-2 Pakatan Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan, bilangan polis yang ramai telah dikerah bertugas di tempat makan malam.

Polis telah mengganggu majlis aman penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di premis persendirian dan polis juga yang telah memukul beberapa pemuda yang berada di majlis tersebut. Jadi, ini adalah kes penderaan oleh polis.

Kerajaan Umno BN juga melakukan beberapa penderaan ke atas rakyat. Kerajaan Umno BN telah menjalankan dan akan mengumumkan beberapa lagi perkara-perkara penderaan ke atas rakyat, kerana memenuhi slogan 'rakyat didahulukan' dalam merasai kesempitan dan penganiayaan.

Dengan menamatkan bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat adalah satu bentuk penderaan kerajaan kepada rakyat. Menyekat bantuan yang sepatutnya diterima oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat adalah juga penderaan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Yang paling jelas lagi ialah sikap Kerajaan Pusat yang tidak mahu membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan adalah menifestasi penderaan kerajaan Umno BNBn kepada rakyat terbanyak.

Apa yang boleh kita setujui apabila Perdana Menteri Malaysia menyatakan ‘kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tanda institusi rumah-tangga rapuh’. Benar ini adalah kesan dari institusi rumah tangga yang rapuh dan penyakit sosial yang ‘pandemic’ dan meruncing seperti barah.

Tetapi kejadian seperti ini ada hubung kaitnya dengan kerajaan. Kehidupan dan tahap sosio-ekonomi rakyat adalah hasil daripada rakyat yang tidak mendapat cukup pembelaan oleh kerajaan. Dikala hendak mencari makan sesuap nasi pun susah bagi golongan yang berpendapatan rendah, ditambah dengan pelbagai cukai yang akan dikenakan Kerajaan kepada rakyat, kesemua ini memberi dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Rasulullah saw pernah bersabda: ‘Rakyat mengikut agama pemimpin’. Apakah ini benar dalam kes penderaan kanak-kanak yang dibunah, rakyat mengikut corak pemikiran dan apa yang dilakukan oleh pemimpin?

Memang bukan jalan penyelesaiannya mendera, menyeksa, menyakiti dan akhirnya membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Tetapi masalah kehidupan yang serba tidak mencukupi boleh mengheret kepada kehidupan tidak tenang dan menyebabkan fikiran terganggu dan lebih teruk lagi mengakibatkan gejala mental yang serius.

Rakyat juga telah bosan dengan pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu dan bersalaman dengan rakyat, kemudian dihidangkan makan nasi kawah. Pegang cangkul 3-saat untuk dirakam oleh juru kamera kemudian disiarkan di dalam surat khabar atau televisyen.

Tambah bosan lagi, bila berucap, mengumumkan akan memberi peruntukan yang besar kepada satu-satu kampung. Bertepuk-bersorak orang kampung akan dapat wang besar yang diberi oleh pemimpin UMNO-BN.

Tapi, bila nak dapatnya? Tunggulah pilihanraya, nanti akan diumumkan lagi. Bila!!? Pemimpin ini akan berkata, ‘Itu janji pilihanraya!’.

Mungkin ramai juga yang tidak bosan dengan pemimpin yang sedemikian. Malahan memuji dan mengikut sikap pemimpin. Kerana pemimpin seperti itu adalah buktinya ‘Pemimpin berjiwa rakyat’. Maka sebab itu pemimpin disanjung-sanjung…manalah tahu boleh dapat projek besar. Kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersaing dengan rakyat untuk mendapat projek besar, tapi ‘of course’ pemimpinlah dapat.

Hadith Rasulullah saw bersabda mengenai pemimpin: Sebaik-baik pemimpin adalah kamu mengasihi mereka dan mereka (pemimpin) mengasihi kamu. Kamu berdo’a untuk mereka dan mereka mendoakan kamu, dan begitulah sebaliknya.

Adakah ciri ini ada pada pemimpin Umno BN atau ciri ini sesuai untuk kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat? Diharap rakyat Malaysia boleh memikirkan hal ini.

Maka, tanggungjawab kerajaan Umno BN yang memerintah adalah memikirkan kebajikan rakyat secara holistik. Kerajaan Umno/Bn mesti memikirkan kebajikan rakyat. Sehingga kini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak masih belum mengumumkan apa-apa hadiah istimewa kepada rakyat terbanyak. Setakat yang berunsur ‘political mileage’ ada.

Berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah telah mampu mengumumkan beberapa kemudahan dan keistimewaan untuk rakyat di negeri Pakatan Rakyat. Bantuan kebajikan untuk rakyat terbanyak menjadi agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya: air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rakyat Selangor. Berbeza dengan Umno. menswastakan air dan kos ditanggung oleh rakyat.

Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan di negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ada ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira bila masanya, berlaku sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kotakan janji anda, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyat seluruhnya.

* Salbiah Abdul Wahab adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat




LAGI



Tak isytihar harta: Mahkamah lepaskan Ramli


Mac 12, 10 10:25am
Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.

Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.

Jawatan terakhir Ramli adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) dan beliau menyertai PDRM pada 1979.

Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini.

Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.

Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.

Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian.(COPY PASTE DARI MALAYSIA KINI)




lagi


Di antara Ali dan Baba

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.

Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.

Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.

Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.

Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.

Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.

Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.


lagi


Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan tanahair

Nash Arrawy

Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka .

Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat .

Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya.

Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?.

Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno.

Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma .
Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra.

Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



lagi


M FAQIH: Menunggu fatwa wang ihsan haram

M Faqih
ISNIN, 1 Mac lalu Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menyokong usul tergempar tuntutan royalti petroleum. Turut berdiri tanda sokongan Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah).

Adun BN yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan pada detik itu.

Speaker, Nasuruddin Daud ketika itu meminta sokongan terhadap usul tersebut biar pun pada awalnya banyak suara kata setuju.

Namun pada sebelah petang, kesemua Adun BN tidak hadir ketika penggulungan dibuat anggota Exco, Datuk Husam Musa. Berdasar kepada fakta tersebut jelaslah Alwi, Mat Yusof dan Abdul Aziz sokong tuntutan royalti ke mahkamah.

Tiba-tiba selepas persidangan Dun berakhir, Mat Yusof pula membuat kenyataan Adun BN tidak sokong, ekoran ada sedikit pindaan terhadap usul tersebut.

Pindaan hanya menjelaskan perkataan Petronas dituntut membayar tunai kepada kerajaan negeri hasil operasi petroleum di perairan Kelantan.

Manakala usul asal yang dikemuka Abdullah Ya’kob (PAS-Air Lanas) tidak berubah. Usul itu memberi mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mendesak Petronas membayar tunai hasil operasi minyak di perairan Kelantan dan membawa kes tuntutan royalti itu ke mahkamah.

Speaker memberitahu selepas meneliti cadangan berkenaan beliau mendapati usul memenuhi tiga syarat iaitu perkara tertentu dan mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Usul dikemukakan berdasar peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1).

Usul terbabit antara lain berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.”

Sehari selepas berlaku peristiwa itu tiba-tiba enam Adun BN diberi amaran.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan menyelar keputusan Dun Kelantan membawa usul tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau juga dilaporkan menyebut tindakan mungkin diambil terhadap Adun BN yang menyokong usul tersebut.

Selepas kenyataan amaran itu Alwi tiba-tiba menjadi kelam kabut. Lalu dijawabnya dengan mengatakan semua enam Adun BN tidak mengundi menyokong usul tuntutan royalti minyak dibawa ke mahkamah.

Alasannya kesemua mereka tiada di dalam dewan ketika usul itu diluluskan.

Menurutnya mereka hanya menyokong usul itu dibahaskan untuk membawa tuntutan ke mahkamah ketika perbahasan sebelah pagi.

Di sini mulai nampak kekeliruannya. Apa yang berlaku pada Isnin lalu Speaker hanya meminta sokongan terhadap usul tersebut dan bukannya mempersoalkan sokongan untuk usul dibahas atau tidak.

Situasi itu berada dalam dua keadaan berbeza. Pada mana-mana persidangan Dun atau parlimen pun, Speaker tidak menanyakan setujukah terhadap usul untuk dibahas atau tidak.

Sebaliknya ditanya sokongan terhadap usul tersebut. Itu persoalan asas. Namun dalam situasi yang menimpa Alwi dan lima lagi Adun BN, nampaknya mereka seperti mahu berhelah.

Mereka khuatir berdepan dengan amaran Naib Presiden Umno. Kalau era Pak Lah, Hishamuddin tidak mungkin berani untuk mengugut Alwi. Adun Kok Lanas itu Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Cakapnya masih lagi laku ketika itu. Hishammuddin pun belum lagi menduduki kerusi Naib Presiden Umno. Alwi boleh pandang belakang segala ugutan Hishammuddin.

Tetapi itu dahulu, sekarang tidak lagi.

Alwi seperti menggeletar sekarang. Sifu politiknya dalam Umno sudah tiada lagi. Maka dalam usaha menegak benang yang sudah basah, Alwi berada dalam situasi gelabah sekarang.

Hujahnya kesemua Adun Umno tidak mengundi menyokong usul dengan tambahan kerana mereka tidak hadir pada persidangan sebelah petang. Sebenarnya ia tidak lagi berbangkit.

Mukadimah sokongannya pada sebelah pagi sudah cukup untuk membuktikan sokongan Alwi terhadap usul royalti. Adun BN lain mungkin lebih selamat. Alwi ‘ketua darjah’ mereka dalam Dun Kelantan. Ada tomahan liar menyebut nasibnya bakal mengekori bosnya, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar dan Alwi tidak ada kedudukan selesa di Perhubungan Umno Kelantan sekarang. Mungkinkah nasib malang bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman yang digugur keahliannya kerana membawa Umno ke mahkamah juga menimpa Alwi.

Saman pemula Amran terhadap Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz menjadi punca keahliannya dilucut.

Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan. Pada 17 Febuari Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham di Mahkamah Tinggi kerana menganggap kemenangannya meragukan.

Dalam isu membabitkan Alwi, usul yang dibentang juga membabitkan mahkamah. Tunggulah apakah Datuk Seri Najib Razak berani bertindak mengganyang Alwi.

Biar apa pun dalam isu tuntutan royalti tabik untuk Alwi kerana ada kejujuran yang dipertahankan. Alwi dilihat ada keikhlasan. Beliau seperti bersama dengan kerajaan dan rakyat Kelantan.

Kejujurannya dikatakan semakin mendekati keikhlasan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perjuangan isu royalti. Mereka mempertahankan sebuah perjanjian.

Thomas Hobbes, seorang ahli filosofi barat (1588 –1676) berhujah negara berdiri atas dasar perjanjian (kontrak). Biar pun Jean Jaqques Rosseau (1712–1778) menuduh Hobbes memisahkan agama dengan negara, namun pendiriannya mahu perjanjian dipatuhi perlu dihormati.

Begitu juga dalam perjanjian yang ditandatangani antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

Perjanjian itu dengan jelas menyebut Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan secara tahunan sebanyak setara 5 peratus daripada nilai petroleum yang diperolehi di Kelantan.

Dan dalam surah al Maidah:1 Allah berfirman antara lain bermaksud, “Hai orang-orang beriman, tepatilah segala janjimu.”

Maka dalam isu royalti, siapakah yang mengkhianati perjanjian 1975. Adakah Najib, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Alwi seperti memilih menghormati perjanjian itu, biar pun kejujurannya dipersenda Hishammuddin.

Alwi mungkin lebih bernasib baik apabila ada fatwa membayangkan wang ihsan haram.



lagi


SIS dukacita dituduh 'menghina Islam'



Mac 15, 10 5:33pm
Sisters in Islam (SIS) amat berdukacita dan sedih apa yang didakwanya cara, nada, isi kandungan tuduhan “menghina Islam” yang dibuat terhadap SIS dalam penyampaian khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Selangor pada bulan Maulidur Rasul.

SIS mendakwa tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri."

"Amat malang sekali apabila tuduhan sedemikian dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya memainkan peranan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam," katajurucakap SIS, Rashidah Abdullah.

"Sikap sedemikian telah merosakkan imej Islam dan membawa tanggapan salah bahawa Islam adalah agama bersifat tidak bertolak ansur yang tidak mampu menangani perbezaan pendapat.


"Apalagi, ia berlaku pada masa Malaysia serta keseluruhan dunia Islam sedang diberi imej negatif sebagai tempat di mana bertapaknya keganasan dan sikap tidak bertoleransi keagamaan.

"Sikap sedemikian menguatkan lagi prasangka terhadap Malaysia dan umat Islam umumnya," tegas Rashidahdalam satu kenyataan hari in.

Menurutnya, SIS percaya bahawa kesedaran kerohanian dan pendidikan moral adalah senjata paling berkesan untuk membanteras gejala sosial di kalangan masyarakat, dan bukannya hanya melalui hukuman.

"Islam mengajar kita supaya mengasihi sesama manusia dan tidak menggalakkan sikap tergopoh-gapah dan keghairahan hendak menghukum orang lain. Sifat Allah SWT sendiri adalah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, dan ini ditekankan didalam al-Qur'an.

"Adakah menghina Islam untuk menekankan sifat Allah SWT yang ar-Rahman dan ar-Rahim, dan Sunnah Rasulullah SAW yang lebih cenderung untuk mengelak daripada mengenakan hukuman?

"Adakah menghina Islam untuk mengingatkan umat Islam bahawa di sebalik ayat-ayat Qur'an yang menyebut mengenai hukuman, misalnya bagi kesalahan zina dan qazaf dalam Surah an-Nur (ayat 2-4), serta juga kesalahan mencuri dalam Surah al-Maa'idah (ayat 38), diikuti pula dengan ayat mengenai pengampunan bagi mereka yang bertaubat Surah an-Nur (ayat 5); Surah al-Maaidah (ayat 39) kerana Allah SWT Maha Pengampun (al-Ghafur) lagi Maha Mengasihani (al-Rahim)," katanya.

Pihak SIS, tegas beliau, tidak pernah menghina Islam, "malah kami telah banyak menyumbang kepada usaha meningkat dan memperbaiki imej Islam dan umatnya di Malaysia dan di seberang laut."

"Latar belakang kerjaya dan kegiatan-kegiatan lampau pihak SIS sebagai penulis dan aktivis yang telah mempertahankan imej Islam dan kepentingan umat Islam di seluruh dunia telah sengaja
diketepikan terus," tambahnya.

Rashidah berkata, penulisan dan kegiatan SIS adalah sebahagian daripada daya usaha mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran masakini.

SIS, tambahnya, telah memilih untuk berbuat demikian dalam rangkakerja Islam kerana SIS percaya bahawa Islam berupaya menyediakan penyelesaian kepada masalah dan kelemahan masyarakat kita untuk kebaikan umat Islam sendiri.

"SIS telah berusaha membina jambatan persefahaman supaya Islam dapat lebih difahami oleh orang Islam dan yang bukan Islam. SIS sentiasa juga mengecam prasangka negatif yang ditunjukkan dan ditujukan dengan lantang kepada Islam dan umatnya tanpa teragak-agak.

"Sebagai pakar dalam pelbagai bidang dan disiplin, termasuklah sains politik, agama, sejarah, sosiologi, undang-undang, hal-ehwal wanita, kewartawanan dan lain-lain, pihak SIS berasa bahawa adalah menjadi hak dan tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kefahaman Islam di negara ini, selaras dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan dalam ajaran Islam.

"Inilah sebab mengapa SIS memandang serius tuduhan tersebut yang tidak wajar dan mahu membisukan suara dan menafikan kepada kami hak penyertaan dalam kehidupan sosial dan budaya Islam," tambahnya.

Katanya, dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan
masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, maka usaha untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warganegara demokratik.

"Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab dan para ulama atau sarjana Islam.

"Supaya Islam menjadi relevan dan lebih difahami oleh rakyat Malaysia, maka semua pihak mestilah berhak mengambil bahagian dalam mentakrifkan apakah maksud ajaran Islam kepada kita semua sebagai warganegara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Kebebasan bersuara adalah nilai sejagat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan dalam ajaran Islam," katanya.



lagi




Persaraan awal KPN ada kaitan dengan pembebasan Ramli Yussuf?

Al-Husseyn

Musa Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 14 Sept 2006 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar. Beliau sepatutnya telah bersara lama sejak dulu pada 14 September 2007.

Walaupun hebuh bergegar dan berdentum kerana adanya satu aduan rasuah yang dibuat oleh Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu terhadap Musa tetapi kedudukan Musa tetap kebal dan tidak bergoyang.

Malah Pak Lah telah melanjutkan khidmatnya selama 2 tahun lagi secara kontrak bertujuan untuk membolehkan usaha Ketua Polis Negara bagi membanteras jenayah dan rasuah, diteruskan.

Orang ramai semakin mempertikaikan kredibiltinya diatas kegagalannya melaksanakan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Diraja Polis dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin.

Juga semakin meningkatnya kadar jenayah yang gagal dibendung ditambah pula kemunculan dakwaan bahawa wujud penglibatan Mafia Cina tempatan dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis , dan penglibatan Musa dengan sindiket pelacuran , namun, kontrak Musa , walaupun dibantah oleh ramai, dilanjutkan setahun lagi sehingga 14 Sept 2010.

Kontrak Musa Hassan sepatutnya tamat pada 14 Sept 2010.Kini baru bulan Mac.Maknanya masih ada 6 bulan lebih bagi beliau untuk meneruskan khidmat sebagai KPN.Tetapi kenapa tiba-tiba Musa Hassan diberitakan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dalam masa yang terdekat ini?

Adakah ini ada kaitan dengan kes dakwaan keatas Ramli yang dibebaskan dari dakwaan korupsi minggu lalu ?

Semua orang kampung tahu, bahawa KPN Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN meskipun dia sepatutnya bersara pada Sept 2007.

Sebab kedua adalah kerana Ramli telah berjaya membongkar hubungan KPN dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi gelap Cina. Sebelum ini, Malaysia Today sudah pun memaparkan lebih daripada dua belas Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh anggota kongsi gelap dan juga pegawai polis, termasuklah ADC-nya sendiri.

Harus dingat bahawa KPN Musa Hassan adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan Ramli berkaitan dakwaan penyalahgunaan kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.

Keterangan Musa penuh dengan putar belit hingga kan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Hakim boleh sebut kepada seorang berjawatan penting seperti itu sebagai penipu ? Tidakkah ini satu kemaluan yang amat besar bagi sebuah negara yang sedang membangun ini?

Sangat mengaibkan.Tetapi entah tebal macam manalah kulit muka Musa ini.Apabila Datuk Ramli Yusuff dibebaskan daripada dakwaan tidak mendedahkan aset minggu lalu, kini tidak ada jalan pilihan bagi Musa selain bersara dari jawatan tersebut.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



lagi


'Mohsin perlu berani berdepan dengan rakyat'


Abdul Rahim Sabri
Mac 16, 10
12:24pm

Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri tidak perlu takut dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat di kawasannya sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar, kata pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub hari ini.

Must
affa diminta mengulas kenyataan Mohsin yang beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, tidak ada sebarang ancaman terhadap Mohsin tetapi "siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas".

"Beliau tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya menilai diri sendiri. Kalau beliau betul, beliau harus berani berdepan dengan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan Mohsin yang bimbangkan keselamatan itu sebagai satu alasan, Mustaffa mendakwa, ia mungkin sekadar alasan sahaja kerana tidak berani berdepan dengan rakyat selepas keluar parti.

Mustaffa berkata perhimpunan di hadapan pejabat Mohsin bagi mendesaknya mengosongkan kerusi Bagan Serai dilakukan secara aman.

Dilaporkan sekurang-kurangnya demonstrasi diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Hanya sehari selepas beliau mengisytihar keluar PKR, kira-kira 200 pengundi berdemontrasi di hadapan pejabatnya.

Manakala bermula Sabtu lalu, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan di pelbagai tempat di parlimen itu bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

Ia dijadual berakhir di Masjid Kampung Tinggi pada Jumaat ini.


lagi




Solat hajat masuk hari ke-4


Abdul Rahim Sabri
Mac 16, 10
12:30pm

Majlis sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadap wakil rakyat itu yang keluar PKR 3 Mac lalu, masuk hari keempat hari ini.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, majlis solat hajat hari pertama dan kedua berlangsung di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.

Manakala solat hajat pada hari-hari berikutnya sehingga Jumaat ini akan diadakan di markas dan surau-surau berlainan dalam kawasan parlimen Bagan Serai.

'Pada hari Jumaat ini - hari terakhir solat hajat selama tujuh hari terhadap Mohsin - akan diadakan di Masjid Kampung Tinggi, yang terletak bersebelahan markas PAS Bagan Serai," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, majlis solat hajat akan bermula selepas solat Isyak.

Sebelum ini dilaporkan - sehari selepas Mohsin mengisytihar keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, Ahmad memberi tempoh tujuh hari untuk wakil rakyat itu meletakkan jawatan.

Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan, sekiranya beliau enggan.

Bagaimanapun, susulan tamatnya tempoh tersebut dan Mohsin masih juga tidak mahu melepaskan jawatannya, solat hajat tersebut diteruskan bermula sabtu lalu hingga Jumaat ini.

Mengulas mengenai dakwaan Mohsin tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Ahmad berkata ia adalah "alasan yang sengaja dibuat".

Ahmad berkata beliau amat mengenali pengundi di situ kerana selalu menyampaikan kuliah agama di kawasan tersebut.

Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri menjelaskan perhimpunan yang diadakan di hadapan pejabatnya di situ adalah sekadar desakan supaya beliau mengosongkan kerusi tersebut.

"Tidak timbul sebarang ancaman kepadanya," katanya, bekas calon PAS yang bertanding di kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004.



bila jawatan menghalang berkata yang haq@benar


Kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama

Subky Latif


SEORANG Mufti kanan dan beberapa ulama yang pernah dan sedang berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional menegur cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang sedia menganjur solat hajat terhadap AP Bagan Serai yang keluar dari PKR.

Kiranya Anggota Parliman yang khianat pada partinya dan pengundinya yang memenangkannya dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 tidak rojok kepada partinya atau tidak mengosongkan kerusinya dalam masa tujuh hari, Ahmad Awang mahu menganjurkan solat hajat tujuh hari atau tujuh malam.

Maka beberapa ulama rasmi memberi ingatan keras kepada anjuran solat hajat itu. Seolah-olah solat hajat itu berhajat buruk. Tidak boleh solat hajat yang berhajat buruk.

Ada benar hukumnya, solat hajat tidak boleh untuk tujuan buruk.

Apakah Ustaz Ahmad Awang tidak tahu hukum itu?

Adalah wajar mufti dan sekalian ulama mengingatkan hukum itu. Apabila ulama rasmi mengeluarkan ingatan keras itu, tentunya mereka tidak menujukannya terhadap orang jahil tetapi ia ditujukan kepada Ahmad Awang, seorang ahli ilmu Islam yang ada kelayakan juga untuk menjadi mufti.

Tidakkah amat rendah pandangan mereka itu terhadap ilmu dan wibawa Ust. Ahmad Awang?

Sebagai manusia Ahmad Awang ada kelemahan dan ada kekuatannya. Tetapi beliau bukan orang jahil yang layak diberi amaran oleh mufti dan ahli-ahli ilmu yang lain.

Adalah benar dalam usia lanjutnya beliau seorang pemimpin tinggi PAS, tetapi beliau sebelumnya adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia sekitar 30 tahun.

Persatuan Ulama itu diasaskan oleh Almarhum Ustaz Mahyudin Musa, seorang ulama yang dihormati yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah pegawai kanan agama di Kementerian Pelajaran.

Ustaz Mahyuddinlah Yang Dipertuanya yang pertama dan pertubuhan itu adalah bagi menyatukan para ulama Malaysia tidak kira yang berkhidmat dengan kerajaan dan di luar kerajaan.

Ulama adalah orang yang tahu akan keperluan bersatu, maka itu tempat mereka patut bersatu. Mufti dan apa jua kedudukan tinggi dalam kerajaan dan masyarakat wajar bersatu dan itulah tempatnya.

Kalau ulama termasuk mufti menyeru umat Islam supaya bersatu, maka mereka perlu dulu bersatu dan tempatnya yang paling baik ialah Persatuan Ulama yang diasaskan oleh Ustaz Mahyuddin itu dan tokoh itu adalah orang yang cukup dekat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan – Perdana Menteri dan menteri-menterinya.

Apabila Ustaz Mahyuddin meninggal awal tahun 70an, Ustaz Ahmad Awanglah gantinya baik sebagai ketua PUM bahkan jawatan yang disandangnya di kementerian pelajaran.

Ustaz Mahyudin Musa pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Islam Kelang dan Ahmad Awang adalah antara pelajar pertama di Kolej Islam itu.

Adakah mufti dan ulama yang memberi ingatan keras kepada Ust.Ahmad Awang tentang solat hajat itu pernah menyertai dan menyokong PUM tidak diketahui.

Tetapi itu pertubuhan penting bagi para ulama dan ulama wajar menyokong pertubuhan yang mahu mendaulat dan memartabadkan para ulama dan institusi ulama.

Ulama di seluruh dunia telah ditekan dan ditindas oleh penjajah hingga ulama itu dilihat kecil dan tidak berwibawa. Itu jugalah nasib dan imej ulama di Tanah Melayu setelah dijajah dan selepas dijajah. Tiada orang yang lebih tahu bagaimana ulama perlu didaulatkan selain dari ulama sendiri.

Ustaz Mahyudin telah membuka medan itu dan ia disambung oleh Ustaz Ahmad Awang. Apakah Ustaz Ahmad Awang berjaya dengan PUM tidaklah ditentukan oleh pimpinannya saja tetapi sejauh mana ia didukung oleh para ulama termasuk mufti yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Tanggungjawab mufti bukan sekadar kerja-kerja rasmi jawatannya dalam kerajaan dan di samping menasihatkan sultan, tetapi membuat kerja-kerja Islam di tengah masyarakat dan medannya sudah disediakan iaitu PUM.

Tiada pengecualian bagi berbelas mufti di Malaysia dari menjadi anggota pertubuhan itu kiranya mereka tahu apa tanggungjawab seorang ahli ilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan kerajaan.

Dalam apa keadaan, sama ada mufti dan ulama rasmi yang lain menyertai PUM atau tidak, Ustaz Ahmad Awang adalah juru cakap para ulama Malaysia seluruhnya. Sama ada mereka mengakuinya atau tidak, Ahmad Awang adalah amir mereka.

Kiranya beliau ada kelemahan, sekalian para ulama mesti membantunya. Kiranya beliau tiada kelayakan, maka para ulama antaranya para mufti yang ramai itu wajar tampil kedepan menggantikannya. Mungkin ulama tidak mengejar kedudukan. Tetapi mufti wajar tahu kewajaran ulama itu memimpin umat.

Tiada mufti dan ulama rasmi dan tidak rasmi mencabar Ahmad Awang semasa pimpinannya dalam Persatuan Ulama dalam tempohnya yang panjang itu. Beliau melepaskan pimpinan PUM itu kerana mahu bergiat dalam politik. Beliau mahu kebebasan PUM terpelihara.

Mungkin pimpinannya boleh dinilai, akan kelemahan dan kekuatannya. Tetapi tidak terdengar adalah mempertikai ilmu dan keupayaanya menguasai ilmu Islam.

Dengan ilmunya belum pernah beliau membuat pendapat yang ganjil seperti biawak itu halal dimakan atau untung lotri boleh digunakan bagi memajukan Islam atau sekular itu tidak salah.

Apa lagi tentang kewajaran solat hajat bagi mengadili orang yang khianat.

Justeru itu tidak wajar menyamakan beliau dengan ahli-ahli politik yang jahil.




lagi


Razaleigh tidak setuju kes royalti ke mahkamah

Zulkifli Sulong

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.

Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.

Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika diperintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.

Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.

Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.

Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.

"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.




lagi



Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

http://chegubard.blogspot.com

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.



lagi


Kezaliman kerajaan Umno menyamai kerajaan Firaun
Tun Telana

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.

Haji Hadi menambah : “ Kerajaan BN [juga maksud : UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan”[rujuk : Suara Keadilian,16-23 Mac 2010]

Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.

Jadi, dipendikkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?

i.Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.

ii.Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?

iii.Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?

iv.Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?

v.Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?

vi.Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?

Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO.Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.


Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.

Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.

Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.

Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.
Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.

Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.


UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga. Contoh : ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.

UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.

Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.

UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.

Contoh : Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.

Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]

UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.

UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.

Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.

Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud :

Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat,berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu,janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu."

Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar ebjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.

Firman Allah swt:"Janganlah engkau takut hai Musa!sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu,nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu.Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun,mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata:

"Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt."

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah,maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.

Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.

Firman Allah bermaksud:

"Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)

Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.




lagi



Pendedahan Zahrain bala buat Umno
Mandoor

Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.

Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.

Dalam pengetahuan pencatat ada beberapa nama 'besar' lain tidak disebut. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan Zahrain malu mahu menyebutnya. Ataupun Zahrain tidak tahu maklumat lengkap.

Nampaknya bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja dibelasah. Pemimpin UMNO, Angkatan Tentera Malaysia dan Tuanku Mizan juga diseret dalam Dewan Rakyat tempohari.

Ada ahli UMNO berkata, "Zahrain ni kuda Trojan Anwar ke... ?. Pencatat enggan mengulas spekulasi ini. Ia agak rumit untuk dibicarakan disini. Apa yang pasti pemimpin UMNO kini tersipu-sipu dengan pendedahan Zahrain.

Adakah ia bertujuan menghancurkan Pakatan Rakyat atau menjahamkan UMNO ? Ini yang menjadi perbualan ahli UMNO kini.

Pada masa yang sama di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri lain lebih 1,000 jemaah telah menamatkan sholat hajat mereka yang berakhir malam tadi. Ia dilakukan 7 hari 7 malam di lebih 10 masjid dan surau.

Ia ditujukan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan MP lain yang curang pada undi rakyat. Ada yang perpendapat sholat hajat itu kian membuahkan hasil.

Bukan Mohsin dan 'rakan-rakan kataknya' sahaja dilihat memalukan diri sendiri. Jelas dimedia MP tersebut seperti cacing kepanasan.
UMNO dilihat semakin huru-hara kerana tindakan kotornya 'membeli' MP Pakatan Rakyat. Jika pembaca tidak yakin dengan sholat hajat itu. Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



lagi



Minta fatwa hukum bayar RM60 juta pada syarikat Yahudi

Angkasanuri

Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat akan menentukan tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kenyataan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Dakwaan ini kerana kerajaan 1Malaysia dikatakan membayar kira-kira RM 60 juta untuk menjual jenama 1Malaysia kepada APCO Worlwide konsultan milik Yahudi yang sama digunakan oleh Ehud Barak.

Sehingga hari pemimpin Umno-BN hanya melenting dan marah-marah apabila 1Malaysia disamakan dengan 1Israel.

Tetapi sehingga hari ini belum ada satupun kenyataan penafian bahawa kerajaan 1Malaysia ada membayar kepada APCO Worldwide.

Dr. Yusof Al Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa adalah haram melawat negara haram yahudi itu kerana akan membantu ekonomi mereka.

Justeru itu saya teringin mendengar fatwa terutama dari Menteri di JPM Datuk Jamil Khir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani apa hukumnya membayar Rm 60 juta kepada syarikat milik yahudi. Maklumlah saya ni belajar agama tak tinggi.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


jangan main api dengan Allah swt....segala2 milik Allah...



Episod kemusnahan sedang deras melanda negara

http://episodeperjuangan.blogspot.com

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



Ganjaran lumayan fitnah PM, isteri

KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara.

Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’.

Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya.

Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya.

Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu.

Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya.

Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.

“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.



Leteran malam untuk Perkasa

Zolkharnain Abidin

Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.

Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.

Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?

Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakat.

Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?

Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.

Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?

Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?





Kesian, ijazahnya ditarik balik ke?

Anak Sengat

Dalam sistem pendidikan Malaysia, orang yang lepas SPM akan ambil Diploma kemudian baru ambil ijazah. Belum ada yang ambil ijazah dulu baru ambil diploma. Jika seseorang memberitahu dia ada ijazah 10 tahun lalu, tiba tiba tahun lalu memberitahu beliau ada diploma... hanya ada beberapa kemungkinan,

01. Ijazah beliau ditarik balik...lalu yang tinggal hanya diploma...
02. Dia terlupa nak bagi tau dia ada Ijazah... hanya teringat diploma aje... sebab diploma itu sangat berharga dan mempunyai nilai kenangan yang tinggi.
03. Ijazah dia hilang... takut tak dapat nak tunjuk bila diminta...lebih baik dia tak bagitau...
04. Mungkin juge ijazah itu dah ditarik balik atas sebab tertentu....
05. dia seorang yang tawadhuk dan tak mahu menonjolkan kehebatan diri dia....
06 DIA MEMANG SEORANG PENIPU...

Hari ini pelapor dah dipanggil beri keterangan. Dia mendakwa Musa menipu dalam mahkamah..bukan menipu di kedai kopi. Kalau dalam mahkamah pun menipu... kat surat khabar tentu lagi hebat.... agaknya le.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.




Sudah kena pecat baru nak repot polis

W Fauzdin NS

BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini.

Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar.

Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan.

Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi.

Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis.

Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut?
Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas.

Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?


Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.




Perkasa: 'Hati-hati dgn Malaysiakini, sokong Utusan'


Jimadie Shah Othman
Mac 27, 10
2:49pm
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang, akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ucapan bersemangat anggota parlimen Pasir Mas itu disambut tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung pertama pertubuhan itu di PWTC di ibu negara hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.

“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.

Nama Khary bagaimanapun tidak disebut secara langsung dalam ucapannya itu.

Pada 22 Mac lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan dan sedutan wawancara eksklusifnya dengan Khairy menyentuh pelbgai isu mengenai PERKASA.

Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.

Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Ibrahim yang berpakaian lengkap tradisional Melayu - berbaju Melayu hitam, bersamping dan bertengkolak - turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di akhbar milik Umno itu.

Dalam Majlis itu juga, PERKASA turut mencetak dan mengedarkan semula keratan akhbar daripada Mingguan Malaysia - edisi Ahad Utusan - tulisan kolumnis kontroversi Awang Selamat yang menyentuh soal PERKASA dan politik Melayu.

Tulisan berjudul 'PERKASA, Ibrahim dan kedudukan Melayu' bertarikh 21 Mac sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila didakwa beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor sebagai “mempertikaikan tindakan Sultan Selangor”.

Sementara itu, PERKASA juga hari ini mengedarkan edisi khas akhbar rasminya yang dilaporkan baru mendapat permit daripada kerajaan 3 Mac lalu.

Akhbar berwarna 24 halaman itu - dinamakan Suara Perkasa - menyentuh pelbagai isu Melayu dan politik semasa.

Walaupun Ibrahim dalam ucapannya hari ini menyatakan perasaan tidak senang dengan Malaysiakini, akhbar rasminya sendiri memuatkan semula tiga tulisan daripada akhbar web itu, antaranya laporan dan sedutan wawancara Malaysiakini dengannya yang disiarkan pada awal bulan ini.

Tulisan ter
sebut berjudul 'Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali' (disiarkan pada 8 Mac) dan 'Perkasa dilindungi Perlembagaan' (9 Mac).

Salah satu daripadanya ditulis wartawan Salhan K Ahmad yang disifatkan Ibrahim sebagai 'dajal' Rabu lalu kerana melaporkan dakwaan negatif Setiausaha Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya.

Laporan hasil wawancara dengan Khairy berjudul 'Perkasa bukan kenderaan Umno' jugu disiarkan kembali.

Ditemui pemberita ketika mesyuarat tersebut berhenti rehat tengah hari tadi, Ibrahim berkata, edisi khas akhbarnya dicetak sebanyak 20,000 khas sempena mesyuarat sulungnya hari ini.

Ia dijangkan diterbitkan dua kali seminggu mulai 1 Mei ini dan akan dijual dengan harga RM1.20, tambahnya.






Pegawai ILIM: 'Saya tidak tuduh mereka'

Jimadie Shah Othman
Mac 31, 10
11:34am

Seorang pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - yang didakwa mengaitkan sebuah persatuan mahasiswa Islam dengan aliran 'Wahabi' - hari ini menafikan berbuat demikian.

Penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin berkata, beliau tidak langsung mengaitkan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan aliran itu.

“Saya tidak pernah kata mereka terlibat. Perkara itu (permohonan maaf) tidak berbangkit,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan akur kepada tuntutan maaf daripada PMIUM.

Dalam suratnya bertarikh 15 Mac kepada Zamihan, PMIUM mendakwa menerima aduan bahawa beliau mendakwa persatuan tersebut terlibat dalam penganjuran sebuah seminar anti-terorisme - yang dihadiri tokoh 'wahabi'.

Justeru, persatuan Islam terbesar di universiti itu menuntutnya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menjejaskan kredibeliti PMIUM kerana “cenderung mengaitkannya dengan aliran tertentu”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Zamihan menjelaskan, semasa menyampaikan kuliah Jumaat pada 12 Mac lalu, beliau hanya menyebut terdapat “mahasiswa Islam UM” terlibat dalam program tersebut.

“Saya tidak sebut Persatuan Mahasiswa Islam UM. Boleh jadi kerana masjid berkenaan bersebelahan dengan pagar UM, mereka terasa,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan persatuan mahasiswa berkenaan yang menghantar salinan surat berkenaan kepada pihak menteri dan ketua pengarah Jakim.

“Saya cuma ingatkan (mahasiswa) sahaja, tetapi kenapa sampai bertindak balas begitu keras sekali,” kata Zamihan lagi.

“Tetapi kalau mereka rasa sangat, saya minta maaflah.”















PMIUM tuntut pegawai kanan ILIM minta maaf

Jimadie Shah Othman
Mac 31, 10
4:20pm

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) mendesak pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa “mengaitkan persatuan itu dengan aliran-aliran tertentu di Malaysia”.

Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya mendapat aduan, pegawai kanan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) - dalam kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Bharu, pada 12 Mac lalu, dikatakan telah mengaitkan PMIUM dengan penganjuran sebuah seminar anti-terorisme.

Sedangkan, kata Shazni Munir, program tersebut - yang dikatakan melibatkan tokoh-tokoh 'Wahabi' - pada 28 Mac lalu, dianjurkan oleh sebuah NGO lain dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

“Kita tidak pro pada mana-mana aliran. Wahabi pun tidak, ahbas pun tidak. Kita ada semua pihak dalam PMIUM. Kita berlapang dada dengan semua aliran.

“Mengaitkan kita dengan mana-mana aliran, menyebabkan orang tutup pintu dengan kita,” kata Shazni ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Surat bantahan PMIUM - persatuan mahasiswa Islam terbesar di UM - yang ditandatangani setiausahanya Mohamad Hafiz Ilyas, telah dihantar kepada pegawai kanan berkenaan, pada 15 Mac lalu.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada menteri di jabatan perdana menteri, ketua pengarah Jakim dan pengerusi Masjid Al-Rahman.

Malaysiakini mendapat salinan surat tersebut daripada satu sumber.

Menurut surat tersebut, dakwaan pegawai kanan berkenaan, telah menjejaskan kewibawaan PMIUM dan berdasarkan fakta yang salah.

Pegawai berkenaan Zamihan Mat Zin bagaimanapun ketika dihubungi menafikan menuduh persatuan tersebut terlibat dalam program tersebut






Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO
Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Beliau memulakan pentadbirannya dengan strategi membisu terhadap dakwaaan beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan dirinya dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

"Setelah genap setahun beliau menerajui kerajaan BN, beliau menyambutnya dengan strategi yang sama terhadap pendedahan bahawa beliau memperalatkan wang rakyat untuk membahayakan negara ini dengan mengambil khidmat APCO yang didominasi Yahudi Zionis," katanya.

Dalam satu kenyataannya, APCO sendiri menyatakan antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Najib, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

"Najib mendedahkan negara ini kepada ancaman besar apabila kita mengambilkira penglibatan APCO di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan yang dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide.

"Amat membimbangkan apabila diambilkira bahawa petualang-petualang Zionis secara serentak menjadi konsultan dan anggota pengurusan APCO dan Asero.

"Contohnya, pengasas dan presiden Asero Worldwide, Doron Bergerbest-Eilon juga berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa APCO. Beliau adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Shin Bet atau Agensi Keselamatan Israel - ISA," kata Salahuddin.

Najib juga, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, membisu apabila dibangkitkan terlalu banyak persamaan yang sangat ketara antara One Israel dan 1Malaysia.

"Jika Najib merasa begitu selesa dengan strategi membisunya, kita pula akan terus menyedarkan rakyat tentang bahaya yang diangkut olehnya ke dalam negara ini melalui APCO," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkag Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan beberapa persamaan antara One Israel dan 1Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak, pada tahun 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO pernah bekerja di bawah Barak yang ketika itu menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, kata Anwar.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', kemudian One Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Barak dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Anwar.

APCO juga didedahkan pernah mengikat perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan Zionis Israel pada 1992.

Straits Times (ST) Singapura melaporkan, penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan perkara itu.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk kerajaan Israel ketika itu," lapor ST.

Akhbar itu memetik Timbalan Pengarah Urusan APCO, B Jay Cooper berkata: "Perkhidmatan yang diberi adalah berkaitan media, melibatkan perolehan dana dari kerajaan Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".

Cooper bagaimanapun menyatakan bahawa APCO ketika itu "dimiliki oleh Grey Global Group".






Bongkar-30 isu dan sdtrategi kempen BN di Hulu Selangor nanti
Herman Samsudeen

Seronok membaca kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mengumumkan bahawa BN akan mengunakan pendekatan ofensif atau menyerang dalam Pilihanraya kecil Hulu Selangor 17 April nanti. Pertempuran seminggu itu pastinya akan digunakan BN untuk menyerang Pakatan dengan pelbagai isu. Disini saya sekadar ingin berkongsi beberapa bahan, isu dan strategi yang BN akan gunakan menurut pemerhatian semasa dan semakan dibeberapa laman cybertrooper Umno-BN;

Serangan-Isu Tempatan dan negeri;

  1. Noh Omar sendiri mengakui bahawa isu utamanya adalah tentang cukai tertunggak YBK dan projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, yang terletak dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.
  2. Isu Kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam…
  3. Isu keuntungan penjualan pasir di Selangor
  4. Isu Ladang babi di Mukim Batu, Kuala Langat
  5. Isu nama Allah dan perdebatan Khalid dan Zulkifli Nordin
  6. Isu rumah urut dan penjualan arak yang kononnya dipertahankan oleh DAP-Ronnie Liu
  7. Kerugian Unisel sebanyak RM 20 juta
  8. Isu gambar Elizabeth Wong
  9. Cadangan Menteri Besar untuk buka UiTM kepada bukan Melayu
  10. Isu MB pro bukan Melayu
  11. Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembab
  12. Isu hubungan Pakatan dan Sultan serta cadangan mahu gunakan duit zakat untuk bukan Islam

Serangan-Isu Nasional

  1. Isu Liwat Anwar Ibrahim
  2. Isu Anwar Agen Yahudi
  3. Pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September
  4. Isu kredibiliti Tok Guru Nik Aziz-Tajaan Haji dan Balak Kelantan
  5. Isu wakil rakyat Pakatan lompat keluar
  6. Pendedahan wakil rakyat bebas di Parlimen dan DUN Perak
  7. Isu tahap keutuhan hubungan Pakatan-PAS,PKR, DAP
  8. Isu hubungan Pakatan dan Sultan Perak dalam isu rampas kuasa

Pertahanan-Isu Nasional

  1. Budget 2010-perbelanjaan pembangunan prasarana termasuk sekolah, masjid surau, dan projek infrastruktur lain.
  2. Program MEB-ruang pekerjaan yang lebih banyak
  3. Prestasi Kerajaan Najib dan kestabilan negara selepas peralihan kuasa.

Strategi yang akan digunakan

  1. Menumpukan sasaran kepada pengundi Melayu. Kalau perasan, kebanyakkan isu hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayua, sebab itulah Umno beria-ria nak bertanding sebab MIC tiada isu yang kuat. Kalau MIC bertanding, sukar Umno nak gunakan isu diatas.
  2. Program 1 Malaysia dan juara rakyat akan diadakan disetiap kampung, surau, sekolah.
  3. TV dan juga surat khabar semestinya
  4. Jangan terkejut kalau keluar lagi buku, dan gambar tentang Elizabeth Wong.
  5. Paling panas adalah VCD kes liwat Anwar-Tak Pasal-pasal seluar dalam Saiful jadi bahan kempen….
  6. Wakil rakyat bebas mungkin dijemput berceramah…Zahrain dan Berahim Ali akan ambil peluang…sama ada di pentas ceramah atau dalam surat khabar.
  7. Jangan terkejut kalau ada ‘ahli’ PKR atau Pakatan lain yang istihar keluar parti lagi…

Saya yakin, ada beberapa lagi isu dan strategi yang mereka sedang ciptakan. Apa jua yang mereka fikirkan, kita juga harus bersedia menjawab dan menyerang. Pertempuran pasti sengit. Peluru atau isu amat penting, tapi jangan lupa strategi. Paling penting rakyat mahu benar-benar rasa didekati. Dan Pakatan jangan ambil mudah dan over confident..







Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"








Setahun Prestasi PM Najib – “Ingin Menyantuni Semua?”
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.


Setelah berhempas pulas memujuk bosnya untuk berundur, akhirnya Najib berjaya. Kegagalan Umno/BN dalam PRU ke-12 banyak membantu menekan Presidennya untuk melepaskan jawatan. Tarikh 3 April esok genap setahun Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia. Abjad keramat RAHMAN menyebelahinya.

Malangnya RAHMAN juga mengingatkan hati kecilnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri terakhir kerajaan Umno/BN. Bezanya hanyalah samada seperti 23 tahun Mahathir ke atau hanya satu penggal seperti Pak Lah. Ini yang menjadi igauan yang menghantui jiwanya dan kerap menerjah pemikirannya.

Pun begitu yang jelasnya, laluan tahun pertamanya tidak mudah. Calang-calang orang tak boleh survive. Memanglah bagai dek kata. Hanya pemimpin yang memilikki ‘the extra-mile’ atau nafas panjang. Penulis sedia menerima bahawa Najib ada benda itu. Kalau tak banyak, sedikit.

Sewajarnya Najib lebih bersedia, sebab dia memang sangat berhajat untuk menjadi orang nombor satu negara. Isterinya lebih-lebih lagi. Dalam suasana negara yang terus-terusan berdepan dengan kebejatan dan krisis yang hampir sempurna dalam segala seginya, Najib semacam dilihat tidaklah berapa siapsiaga. Penulis akan huraikan.

Penulis terdahulu ini telah berbaik sangka dengan Najib untuk membuktikan kehebatannya. Betul. Sebabnya Najib telah menjadi PM, mahu atau kurang mahu diterima umum, segalanya berpusat dengan dirinya. Dalam mengemudi negara, dia wajar ‘in control’ atas semua perkara. Dia tidak punya lagi ‘boss’ kecuali ada yang kata YABhg itulah. Tapi itu lebih gurauan.

Najib bertuah kerana tidak seperti Pak Lah yang kerap dikritik dan dicemuh oleh bos lamanya, Tun. Najib pula hanya perlu mengatasi dirinya untuk terus mengungguli segalanya.

Nah kini setelah genap 365 hari berlalu, Najib terpaksa membuka buku rekodnya untuk dinilai dan dibaca oleh semua. Kita perlu jujur seperti juga kita perlu adil dalam melakukan penilaian ini.

Penulis ini kerapnya adil dalam urusan-urusannya kerana menegakkan Keadilan adalah kemuncak perjuangannya. Tapi lebih sukar lagi ialah untuk beliau jujur merakamkan kesemua ini. Beliau sedar bahawa dirinya juga dinilai ketika dia menilai orang lain.

Namun tuntutan keadilan dan kejujuran berkehendakkan bahawa penulis memberikan ‘takdir’ atau pemarkahan prestasi Najib secara tegas dan tuntas. Tidak mudah kerana sifat penilaian itu ‘subjektif’ dan tergantung kepada persepsi dan tergantung kepada piawaian atau standard yang digunakan.

Tegasnya sebagai kesimpulan, dalam bahasa yang mudah, penulis ‘tidak begitu kagum’ dengan pencapaian Perdana Menteri ke-6 ini, setelah 365 memerhatikan beliau bertindak selaku CEO kerajaan Umno/BN ini. Tegasnya, tidak banyak yang Najib berjaya lakukan

Berikut adalah penghujahan penulis. Sekali lagi huraian penulis juga selektif kerana dikekang ruang dan masa.

Slogan 1-Malaysia – Cogankata ‘Analog’ Yang Sukar Umno/BN Tunaikan.

Penulis terpaksa menyebutkan bahawa slogan dan mantra yang dipilih Najib amat mengecewakan. Sebetul yang hendak disebut penulis ialah ia terlalu terkebelakang dan ‘lama’. Bahasa canggihnya ‘tidak progresif’ sangat bahkan ‘retrogresif’ atau ‘terkebelakang’. Macam kalau orang memandu, acap guna ‘cermin belakang’ atau ‘hind-mirror’. Atau lebih tepat lagi pemandu yang guna ‘reverse gear’. Tapi umum tahu, untuk memacu ke depan mesti tukar gear.

Cogankatanya agak ‘analog’ sifatnya dalam dunia ‘digital’ kini. Begitu. Mungkin ia persis slogan Bapak Kemerdekaan atau lebih sesuai untuk era dan zaman ayahandanya Al-MarhumTun Razak.

Apakah penulis tolak sebab kaitannya dengan 1-Israel atau APCO Worldwide? Mungkin penulis tidak boleh menyinggung perkara ini kerana akan mengabui pemikiran yang bersifat rasional. Ini bukannya forum untuk merungkaikan masalah APCO dengan Zionis-Israel itu. Makalah ini tidak menjadikan premis dan hujah penolakan 1-Malaysia itu begitu dalam wacana ini, meskipun banyak yang beliau mahu kisahkan.

Dalam konteks naratif makalah ini, hanya ukuran keunggulan dan keunikan daya-cipta itu sahaja yang dinilai. Hanya sisi intelek secara ‘intrinsik’ atau ‘hakiki’ sahaja yang diambil kira khususnya sejauh mana ia mempamerkan keupayaan menerobos senario cabaran dan persaingan masa depan. Dinilai dari sisi itu, slogan 1-Malaysia tidak menyerlah.

Penulis membaca penerbitan “Program Transformasi Kerajaan” dalam bab ‘1-Malaysia’ di muka surat 66-99. Selesai membaca maka mengertilah penulis akan ‘backdrop’ kepada slogan ini dicipta dan tujuan yang mencipta. Siapa mencipta satu hal lain.

Perbincangan tentang model-model perpaduan dan integrasi kaum dihuraikan. Ianya benar-benar membawa pembaca membandingkan pendekatan Assimilisai (seperti Indononesia dan Thailand) dan Pemisahan (tak pulak diberi contoh). Cukup nostalgia maudu’ atau topik ini, mengingatkan latihan modul BTN atau silibus Tingkatan 6 untuk STPM mungkin.

Tetapi mengapa ‘Satu’ dan ‘Kesatuan’ atau ‘Perpaduan’ menjadi dominan dalam pemikiran pimpinan Umno/BN kini? Tidak sukar memahami perkara itu. Pemimpin tentunya mahukan negara bersatu dan berpadu, kerana ia juga membayang ‘legitimasi’ dan keteguhan kepimpinannya sekaligus. Terkadangkali sehingga ada unsur melampau, sehingga pemimpin Umno sendiri canggah. Timbalan PM menjadi contoh yang baik atau lebih tepat lagi buruk dalam hal ini. Dirinya adalah Melayu dahulu, sebelum bangsa Malaysia dakwanya. Ini bercanggah dengan penulisan 1-Malaysia Najib. Akhirnya Najib kata tak ada apa salah pendirian TPM. ‘Begitu pulak’, cemuh rakyat.

Apakah Najib khuatir untuk menerima hakikat bahwa sokongan rakyat memang terbelah dua selepas PRU ke-12 lalu? Selepas 8 Mac 2008, bukannya perpaduan dan penyatuan dangkal atau ‘superficial’ yang diperlukan lagi oleh rakyat dan negara ini.

Najib wajar memahami hakikat tersebut. Realitinya sudah begitu dan inilah landskap yang akan terus kekal. Tidak ada cacat-celanya begitu. Bersatu dan berpadu dengan erti hanya Umno/BN yang berkuasa sampai kiamat sudah tidak lagi releven dan menasabah. Mungkin dulu boleh.

Tuntutan Politik Baru – Penjana Perubahan yang Tidak Di Kenali Najib.


Najib wajar sedar kewujudan landskap dan Politik Baru. Politik baru tidak lagi bercakap tentang perpaduan untuk mengekalkan yang lama dan usang. ’Pemikiran Pencerahan’ menuntut supaya orde lama berteraskan Politik Usang Perkauman diroboh bagi memberi laluan kepada menjayakan Impian Malaysia Baru. Itu sepatutnya pemikiran seorang Perdana Menteri yang serentak kontemporari dan futuristik sifatnya.

Yang sepatutnya dipacu oleh Najib ialah penjanaan sebuah ekonomi yang mapan-’vibrant’ dan demokrasi yang ’functional’ atau berfungsi kukuh bagi memperteguhkan segala institusi-institusi kritikal negara. Seluruhnya. Dengan itu maka sistem ’semak dan imbang’ akan melancarkan pengurusan pentadbiran baik atau menginstitusikan amalan’Good Governance’. Itulah pemikiran negarawan dalam konteks alaf ini yang bakal menjana kelahiran takongan pemimpin generasi penerus dan persaingan sihat yang menyerlahkan keunggulan kelompok atau koalisi masing-masing.

Bukan melaungkan slogan 1- Malaysia untuk kononnya ’keterangkuman’ atau ’inclusivity’ tetapi berdepan segala kereputan institusi-institusi termasuk kemunduran hati-budi rakyat yang dibelenggu sehingga melahirkan spesie dinasour seperti Perkasa yang terus disokong oleh pemimpin veteran seperti Tun Mahthir dan generasi muda Umno seperti Muhkriz dan Awang Adek. Cukup Mengaibkan.

Justeru kerana tidak benar-benar memahami konteks persaingan baru dalam politik baru ini, Najib sebelum dari jadi PM lagi melancarkan rampasan kuasa. Betul ini bukan semasa beliau PM. Tarikh 5 Februari akan menjadi titik hitam dalam sejarah rampasan kuasa di negeri Perak, seperti pernah berlaku di Kelantan, Terenganu dan Sabah dalam dekad-dekad lalu. Kini maruah kerajaan BN negeri Perak berdiri di atas 3 peribadi yang cukup dipertikaikan rakyat di segi dakwaan rasuah, seks dan politik jual-beli.

Najib meneruskan usaha buruknya dan mengaleh serangannya ke negeri Selangor dan juga Pulau Pinang ketika menjadi PM. ’Obsession’ atau pemkirannya sarat dan sibik dengan hal ini. Tidak memahami realiti tuntutan ’gologan pencerahan dan pertengahan’ yang bersifat ’middle-ground’, Najib membinasakan segala ’baiksangka’ atau ’goodwill’ golongan ini pada dirinya. Sambil melaungkan 1-Malaysia, sambil merobek kestabilan negara dan memburukkan persepsi dunia luar dan masyarakat pelabur kepada Malaysia selaku destinasi pelaburan yang kurang menarik. Sebuah badan perunding ”Political and Economic Risk Consultancy” (PERC) yang berpusat di Hong Kong, mengkategorikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil, lantas kurang menarik untuk pelaburan.

Najib tidak mengendahkan realiti ini, maka dalam mendepani segala kebrentakan dan pergolakan politik mutakhir ini, Najib silap membuat pelbagai pendirian. Kini rakyat yang celik maklumat dan menglami pencerahan akibat Media Baru yang memerdekakan jiwa dan minda baru, dapat membezakan pendirian pendirian tersebut.

Umno disaksikan dan ditanggapi ’ekstreme’ dan punya pemikiran sempit sementara PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan pulak yang ’moderate’ atau dalam bahasa Yusuf Qardhawi mengambil pendekatan pertengahan atau ”Uslub Wasathiyyah”. Cocok dengan Maqasid (Tujuan) Syariat dan cocok juga dengan tuntutan Realiti atau Waqi’ terkini. YB Rembau juga pernah membuat ulasan seperti ini dalam isu ’Allah’. Dunia terus berubah. Ada yang ke arah lebih baik dan ada juga juga bertambah buruk.

Begitulah pada sifat dan gelagatnya Umno dalam pelbagai isu kontroversi menajamkan lagi garis keretakan antara agama, kaum dan budaya. Isu kepala lembu, kepala babi-hutan, isu arak dan isu nama Allah dan berakhir dengan serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Umum masih ingat bagaimana Najib mengizinkan demonstrasi di perkarangan masjid-masjid tentang isu ini sekaligus meniup api pertentangan. Cukup tidak bijak dan tidak memahami untuk membudayakan Politik Saling-Menghormati atau ’Politik Li Ta’arafu’. Hanya tahu berslogan dan bertempek 1- Malaysia tidak mendatangkan apa-apa. Telah saya katakan Najib dan Umno mengulangi kesilapan lama.

Najib juga terkadangkali memang macam terkena ’badi’. Pada setiap perkara yang baru sahaja hendak memberikan beliau ‘advantage’ atau kelebihan, ada-ada sahaja yang memintas. Seperti kes pembunuhan Teoh Bang Hock semacam disusun takdir Ilahi atau ‘Divine Intervention’ bagi menebus segala dosa-dosa lampaunya. Banyak lagi termasuk hilang enjin jet pejuang, kapal selam tak boleh menyelam, bangunan runtuh dan paling mutakhir hubungan perunding awamnya, APCO dengan regim Yahudi-Zionis Israel.

Najib juga diperingatkan bahawa dalam setahun kepimpinan beliau, BN terus kalah dalam dua lagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir dan Manik Urai. Beliau boleh menarik nafas lega di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang yang menang ialah Isa Samad di situ.

Mengurus Negara Yang Gagal.


Jelasnya Najib berdepan dengan kenyataan kereputan segala institusi penting dalam negara. Sistem Judisiari, SPRM, SPR, MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media, Suhakam dan juga Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK). Kesemua ditanggapi rakyat dengan pandangan yang tidak bebas, tidak telus dan tidak punya kewibawaan. Integriti tercalar dan tidak dibaikki Najib selepas setahun. Prestasi Najib tidak menyerlah langsung dalam hal ini.

Selepas setahun kesemua institusi kritikal ini masih pada takok lama, kalau tidak pun menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Najib gagal menyuntik kesegaran dan nafas baru yang sangat dihajati untuk membawa negara ke mercu prestasi yang lebih hebat. Kini Najib hanya mampu salahkan dirinya sendiri. Beliau mungkin tahu apa yang perlu diperbaikki, namun apakah beliau berdepan dengan gejala yang sama yang menggagalkan Pak Lah. Beliau juga mungkin takut bahkan ngeri memikirkan hakikat tersebut.

Program liberalisasi perkhidmatan awamnya dan kini istilah ‘polisi afirmatif’ yang bersifat ’inklusif’ atau semacam dah sama seperti Pakatan yakni merentasi kaum cuba beliau ungkapkan. Tetapi ternyata ia tidak menggigit. Apakah sebabnya? Bingung juga Najib memikirkannya. Najib wajar faham segala-galanya terletak pada ideologi yang menjadi teras parti Melayu terbesar di dunia itu.

Sebutlah ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’ pun tetapi selagi paradigma pemikiran kuno ‘Melayu-Centric” dan ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi paksi dan sebati dengan Umno, maka apa pun yang Najib cuba bawa, akhirnya tak kemana nampaknya.

Kini, Tun pulak kata bahawa Umno gagal memperjuangkan hak Melayu. Semacam dah jatuh ditimpa tangga. Sebutan bagi meniru laungan PAS, seperti ‘Umno Untuk Semua’, sangat pelik dan canggung. Umno kaget dan tercari-cari sentuhan ajaibnya. Ini nasib Najib.

Selepas setahun genap Najib tampaknya semacam cuba untuk menjadi, dengan zin, “trying to be all things to all people”, atau untuk menyantuni semua akan berakhir dengan Najib dimarahi semua atau ‘satisfying no one’.

Model Ekonomi Baru (MEB) – Tidak Semudah yang Di Cakap.


Inilah modal politik Najib terkini dan takut-takutnya juga terakhir, andainya beliau gagal, menjana rangsangan pemulihan ekonomi baru. Kini kedengaran pula suara bantahan dari dalam barisan Umno sendiri terhadap Model Ekonomi Baru.

Setelah menekuni huraian beliau tentang model ekonomi barunya itu, penulis bersedia menerima bahawa Najib ternyata telah banyak mendengar dan juga membaca dari kritikan pelbagai pihak termasuklah pihak pembangkang atau Pakatan.

Analisis masalahnya tepat dan cadangan-cadangan rawatannya juga mantap dengan pelbagai cadangan pihak Pakatan dan tokoh tokoh ekonomi dunia mahupun tempatan dirangkumi tanpa segan silu. Tak apalah untuk kebaikan negara dan rakyat.

Cuma prestasi Najib tidak teguh bahkan tidak konsisten dan banyak berbolak-balik atau ‘flip-flop’. Ini jelas dalam hal menangani cadangan cukai GST, subsidi petrol, tariff elektrik dan cukai RPGT. Kesemua pendirian ‘bolak-balik’ membuktikan Najib tidak kukuh dan tuntas dalam berfikir dan kaedah penyelesaian masalahnya.

Itu adalah berita buruk bagi pelabur-pelabur. Pelabur mahukan kestabilan polisi dan juga perjanjian yang dihormati. Penafian royalti juga meninggalkan kesan yang tidak baik bagi negara. Najib silap lagi.

MEB berhajatkan Najib melakukan reformasi secara struktural dan juga fundamental atau asas ke atas model ekonomi negara. Utama dari kesemuanya faktor kejayaan yang diperlukan adalah menghentikan perhubungan sumbang antara elit bisnes dan elit politik, dengan namanya kronisme, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Ini bukan faktor ekonomi, tetapi tetapi faktor inilah yang akan menentukan hidup matinya model ekonomi baru secara kritikal dan dominan.

Selainnya akan kita bincangkan dalam huraian MEB dalam kesempatan dan ruang akan datang.

Pokoknya, Najib perlu insaf bahawa beliau tidak hanya boleh bermain slogan dan cuba mengikut laras bahasa Pakatan tanpa menyediakan asas-asas nilai dan penghayatan dalam peribadi kepimpinan dan ahli-aktivis akar-umbi Umno/BN.

Melihat dari perspektif dan sisi ini, Najib berpotensi akan mengalami era yang lebih mencabar sebab partinya Umno telah terlalu lama terbudaya dengan segala kesenangan dan hidup dengan cara dilindungi dengan ‘patronage’ dan kuasa politik Melayu Umno. Sebab itu mereka gerund dengan era peralihan atau transisi kea rah ‘perubahan’ dan ‘transformasi’. Merekalah sebenar-benar ‘konservatif kanan’ dilambangkan kini oleh Perkasa. Untuk Najib menyantuni semua adalah sukar. Laluannya sengit dan getir.

Masih mampukah Najib untuk terus mendepani cabaran mendatang?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Masa akan menentukan.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.







Benarkah sokongan terhadap Najib naik 68 peratus?
http://idhamlim.blogspot.com

Benarkah sebanyak 68 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik kononnya dilaporkan secara besar-besaran oleh media yang mendapati berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam selepas 12 bulan beliau mentadbir negara.

Menurut The Malaysian Insider yang memetik survei pendapat yang dilakukan oleh Merdeka Centre, sokongan terhadap beliau sebelum ini hanyalah 44 peratus yang antara lain dikatakan berpunca daripada prestasi ekonomi negara yang merosot dan beliau sentiasa mendapat gambaran negatif.

Kalaulah begitu apa yang telah dibuat kajian sempena setahun Najib menjadi PM, saya kira selama setahun itu juga berbagai insiden dan Isu yang masih tidak terjawab malah bertambah kusut dan sentiasa bertambah selama tempoh itu.

Bermula dakwaan yang tidak terjawab mengenai pristiwa pembunuhan wanita monggolia sehingga beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini yang tidak mampu dijawab oleh kerajaan termasuklah isu kehilangan enjin jet, PKFZ, kepal selam tidak boleh menyelam, dan terkahit 1Malaysia 1Israel.

Kami di Perak tidak melupai insiden kudeta terancang yang diketuai oleh Najib yang menafikan demokrasi pilihanraya dimana pada tahun 2008 rakyat telah menolak BN di negeri ini.

Hari ini Najib menyambut setahun pemerintahannya di Hulu Selangor. Disinilah sebenarnya kekuatan Najib serta sokongan kononnya 68 pratus yang didakwa. Sekiranya Calon Bn menang dengan merampas kerusi dari Pakatan Rakyat, mungkin sedikit benar kajian itu, dan sekiranya sebaliknya ternyata rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu untuk PRU ke 13.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.






Seramai 68 peratus rakyat puas hati Najib sebagai PM
Apr 2, 10 3:05pm


Datuk Seri Najib Razak dikatakan kini di kedudukan yang lebih mantap berbanding 12 bulan yang lalu ketika dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.

Menurut Merdeka Center, 68 peratus rakyat di negara ini berpuas hati dengan kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri berbanding hanya 44 peratus yang menyokongnya ketika mengambilkan tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah April tahun lalu.

Keputusan itu berdasarkan kajian dan tinjauan yang dijalankan ke atas 883 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia sekitar 11 Mac hingga 27 Mac lalu.

Langkah drastik, berani

Sementara itu Bernama melaporkan sepanjang setahun menerajui negara, Najib berjaya memperkenal pelbagai langkah drastik dan berani untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Kepimpinan beliau yang diuji dengan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku, selain kisah politik dalaman, dalam banyak cara meningkatkan profil negara di kalangan pelabur tempatan dan asing, terutama menerusi gagasan 1Malaysia.

Menurut Bernama, Malaysia berjaya menarik pelaburan asing yang besar - RM22.1 bilion tahun lalu dalam persekitaran yang sangat kompetitif, selain mencatatkan pertumbuhan
yang diluar jangkaan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus pada suku keempat 2009, hasil daripada pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion.

Peringkat pertama pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Selasa lalus, diterima baik oleh pelbagai pihak walaupuun ada bidang berkepentingan tertentu, memerlukan penjelasan lanjut, yang dijangka lebih jelas semasa peringkat kedua pengumuman yang dijangkakan Jun ini.

MEP akan digabungkan dengan Rancangan Malaysia Ke-10.

“Pelabur mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat hasil MEB memandangkan pengumuman peringkat kedua akan dibuat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata MEB menyediakan langkah yang lebih jelas dalam transformasi ekonomi kepada pengurus dana pada persidangan Invest Malaysia 2010 yang baru berlalu.

Malaysia bersungguh-sungguh

"Ia memberikan mereka lebih keyakinan dan menunjukkan kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh merealisasikan perancangannya," katanya.

Yusli berharap pelabur tidak lagi mempunyai pandangan skeptikal selepas pelaksanaan fasa MEB yang seterusnya.

“Pelaksanaan pakej rangsangan kedua dan siri reformasi dasar ekonomi dan pelan transformasi, meningkatkan persepsi umum dan tahap kejayaan di kalangan komuniti perniagaan semasa krisis,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng (kanan).

Usaha menggerakkan pasaran modal dan liberalisasi sektor kewangan merupakan antara langkah pertama, terutama Kewangan Islam dan industri Parbankan, yang diterima baik oleh pelabur," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank, Datuk Mohamed Azahari Kamil.

“Kami melihat perkembangan dan minat asing yang besar untuk membangunkan perniagaan mereka dan menggunakan Kuala Lumpur sebagai hab Kewangan Islam," katanya.

Pengumuman yang dibuat sejak setahun lepas, terutama perubahan yang dibuat terhadap Jawatankuasa Pelaburan Asing, sangat positif untuk pasaran modal, kata Yusli.

Pengurangan saham bumiputera

“Pengurangan saham Bumiputera bagi syarikat untuk penyenaraian dan struktur baharu lembaga pengarah, telah membantu menjadikan pasaran lebih cekap dan memudahkan syarikat mengumpul wang dan membuat penawaran awam permulaan (IPO)," katanya.

Walaupun banyak inisiatif disediakan semasa krisis, baru kini syarikat lebih bersedia mengumpul lebih banyak tunai dan modal dan oleh itu "kami menjangkakan lebih banyak dana akan dikumpul sekarang bersesuaian dengan kerangka kerja yang sudah tersedia."

Ketua

Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata walaupun impak sepenuhnya langkah liberalisasi belum dapat dilihat kerana baru setahun dilaksanakan, namun ia sudah menunjukkan kemajuan.

”Kita perlu tunggu kerana inisiatif ini tidak membuahkan hasil semalaman tetapi mengambil masa dalam tempoh beberapa tahun," katanya.

Presiden Coca-Cola Company Pacific Group, Glenn Jordan, berkata syarikat multinasional itu sangat yakin terhadap kemajuan negara dan perniagaannya di Kuala Lumpur.

"Pelaburan RM1 bilion membuktikan komitmen kukuh Coca-Cola terhadap Malaysia dan pelanggannya dalam menawarkan pilihan minuman segar, mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu membangunkan komuniti yang baik.

Selain gagasan 1Malaysia, yang bermatlamat merapatkan hubungan sesama masyarakat, Najib juga menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas berbanding Indeks Prestasi Utama (KPI), yang akan membantu menyediakan penanda aras untuk bersaing di peringkat dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Michael Lai.

“Perbadanan seperti kita sentiasa mempunyai objektif dan KPI yang jelas setiap tahun. Saya berpendapat ia sangat baik dari segi sejauh mana seriusnya PM kita untuk mencapai objektif dan matlamat dalam menggerakkan negara ke tahap yang lebih tinggi, dan mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh 10 tahun yang akan datang," katanya.

Najib ada Facebook, twitter

Najib yang juga Menteri Kewangan, ialah Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam medium sosial, selari dengan inisiatif jalur lebar.

Perdana Menteri mempunyai Facebook -- rangkaian sosial, akaun twitter serta blognya sendiri.

Penggunaan dunia digital sebagai satu platform penglibatan, sangat kritikal memandangkan dunia hari ini tidak lagi mengenai perhubungan satu sama satu malah sama rata di ruang siber, yang melibatkan semua pihak, termasuk generasi muda,yang kehidupan mereka kini banyak berkait rapat dengan media digital," kata Lai.

Kejayaan memacu negara keluar daripada kemelesetan, beliau bagaimanapun menghadapi cabaran yang lebih besar - mengangkat ekonomi negara yang bergantung kepada pekerja asing, keluar daripada negara berpendapatan sederhana dan merealisasikan gagasan 1Malaysia serta aspirasi negara berpendapatan tinggi, kata Yeah.

"Cabaran ini dijangka membuktikan bakat kemahiran kepimpinan pengurusan dan politik Perdana Menteri,” katanya.

Yusli berkata tumpuan berterusan perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang tepat dari sistem sekolah hingga pendidikan tinggi memandangkan tumpuan adalah terhadap industri berpendapatan dan bernilai tambah yang tinggi.

Pong berkata pelaksanaan Model Ekonomi Baru merupakan langkah penting oleh Perdana Menteri dalam memastikan arah tuju ekonomi Malaysia yang lebih jelas.

Mengikut sektor, beliau berkata negara perlu membuat pelaburan yang lebih banyak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui serta farmaseutikal, terutama dalam peneylidikan dan pembangunan modal insan.

Pasaran khusus

Negara memerlukan produk yang mampu menjadi pasaran khusus, dan dapat mewujudkan kekayaan. Inilah antara bidang baharu pertumbuhan terutama dari segi pembuatan, katanya.

Sektor awam mesti bekerjasama dengan sektor swasta bagi merealisasikan program yang dibentangkan oleh Najib dalam Model Ekonomi Baru, kata Pengerusi Perbadanan Hak Harta Intelektual Malaysia, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton.

“Beliau memerlukan sokongan padu daripada rakyat, yang akan menjayakan program seperti Model Ekonomi Baru, terutama sektor awam,” katanya







Portal KDN sahkan APCO terlibat
Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.

Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri.

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendedahkah, dua siri pertemuan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. (gambar)

Pemakluman rasmi itu sekaligus mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa perlantikan APCO boleh mengakibatkan keselamatan dalam negeri terdedah pada firma pro Zionis-Israel tersebut.

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu, inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Jawapan Nazri itu adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel
Apr 6, 10 12:46p
m

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.



Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-Raja Melayu
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 April: Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.

"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya.

Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas.

"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret (Datuk Seri) Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.

"Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun One Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi pihak zionis.

"Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses zionisasi ke atas negara ini melalui proses ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.

Beliau juga meminta rakyat membuat penilaian sama ada ahli-ahli Umno akan memilih kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta ini atau kepada pemimpin mereka ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan.

Anwar semalam mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kewujudan perisik Israel dalam PDRM.

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan syarikat terbabit, Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim zionis yang kejam," katanya.




Buktikan SPR, PDRM dan SPRM bukan sayap BN

http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/

Baru-baru ini Muhyiddin Yassin turun ke Hulu Selangor dalam rangka kerja yang kononnya atas platform beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Media tidak langsung menyebut kehadiran beliau sebagai Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional walaupun hakikatnya kehadiran beliau itu atas tujuan rasmi parti yang dinaunginya.

Selepas itu pula, Najib Razak pula menjejakkan kakinya ke kawasan pilihanraya yang sama juga atas urusan partinya. Najib menghabiskan sehari suntuk bersama-sama peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india yang bermastautin dan menjadi pengundi di situ. Sudah tentulah lawatan kerjanya itu juga dikatakan sebagai lawatan kerja rasmi seorang Perdana Menteri Malaysia walaupun kehadirannya di situ sah-sah sebagai seorang Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Apa tujuan sebenar kedua-dua pemimpin Umno turun ke kawasan Hulu Selangor dalam tempoh dua hari berturut-turut itu? Jawapannya sudah tentu untuk berkempen bagi memenangkan calon BN yang belum diputuskan lagi akibat percakaran parti-parti komponen BN yang makin parah dari hari ke hari.

Kebiasaannya, Pengerusi SPR akan berpesan semasa sidang media selepas membincangkan tarikh sesuatu pilihanraya samada kecil atau umum iaitu parti-parti atau calon-calon yang bertanding hanya dibenarkan berkempen selepas proses penamaan calon selesai, itu pun tertakluk kepada peraturan-peraturan pilihanraya yang telah ditetapkan oleh SPR dan pihak keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia.

Beberapa hari lalu, Polis juga telah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan sebarang permit berkempen selagi proses penamaan calon PRK Hulu Selangor tidak selesai. Tidak dapat dipastikan permit macam manakah yang dimaksudkan oleh pihak keselamatan itu. Biasanya permit polis perlu dipohon sekiranya berhasrat untuk menganjurkan sesuatu program yang melibatkan perhimpunan orang ramai untuk tujuan ceramah atau tujuan-tujuan lain tanpa mengira waktu samada siang atau malam hari.

Dalam hal yang melibatkan Najib dan Muhyiddin tadi, secara terang-terangan kedua-dua pemimpin BN itu telah memukul gendang memulakan kempen mereka di Hulu Selangor walaupun proses penamaan calon PRK Hulu Selangor belum lagi berlangsung.

Berdasarkan kenyataan amaran kedua-dua pihak pengendali pilihanraya tadi, Najib dan Muhyiddin tidak seharusnya dibenarkan berkempen di situ walaupun kehadiran mereka atas platform PM atau TPM. Kehadiran mereka walaupun di siang hari memang sah-sah untuk berkempen dan inti pati ucapan mereka tersiar di media-media cetak dan elektronik seluruh negara.

Malangnya SPR dan Polis tidak pula nampak pelanggaran undang-undang yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu. Atau, apakah siri-siri kempen BN di Hulu Selangor itu memperolehi kelulusan dan permit dari pihak keselamatan?

Kedua-dua pengendali pilihanraya, SPR dan Polis perlu bersikap adil dalam hal ini. Peraturan dan undang-undang yang ada bukan hanya untuk sebelah pihak sahaja. SPR dan Polis perlu menyiasat salah laku kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu seperti siasatan yang sering dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

SPRM juga perlu memantau kempen kedua-dua pemimpin tertinggi BN yang sering dikaitkan dengan rasuah pilihanraya. Media tanpa segan silu mendedahkan kedua-dua mereka memberikan rasuah pilihanraya ketika berkempen di Hulu Selangor di kedua-dua hari tersebut.

Muhyiddin dalam kempennya cuba merasuah pengundi di Kampung Sentosa dengan projek mengatasi masaah banjir yang sering melanda penduduk di situ. Manakala Najib pula dikesan cuba merasuah peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india dengan projek-projek segera yang menjadi amalan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Perlu diingatkan bahawa SPR, PDRM dan SPRM adalah agensi-agensi kerajaan yang menerima gaji dari rakyat Malaysia. Oleh itu ketiga-tiganya diharapkan dapat bersifat sebagai sebuah jabatan kerajaan dan bukannya bersifat sebagai sayap-sayap BN. Janganlah ketegasan mereka hanya terhadap lawan BN sahaja.

Mohd Firdaus Jaafar,
Ahli Parlimen Jerai.



Fakta 'terkejut' mengenai PDRM
http://chegubard.blogspot.com


Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura


Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura


Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.


Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM


Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.


Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.


Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia


Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian


Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Badrul Hisham Shaharin



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan



Dua MP Bebas sertai rombongan PM ke Amerika

Christine Chan
Apr 8, 10
1:33pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.
Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat. "Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang. "Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.
"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok. “Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.

Nazri (kiri) berkata MP BN menyedari peraturan itu dan mereka tidak ada masalah dengannya.

"Sebab itu hanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim yang akan pergi dengan Perdana Menteri," tambahnya.

Nazri juga menyalahkan Lim Kit Siang kerana ahli parlimen Ipoh Barat yang seringkali menuntut agar pengundian secara blok dijalankan.

Awa

l hari ini, Lim mendakwa adalah lebih baik menjadi MP Bebas kerana akan diplih mengiringi Najib sedangkan ahli parlimen BN adalah MP kelas kedua.

Belaiu jugamempersoalkan tindakan kerajaan kerana tidak berunding dengan Pakatan Rakyat atau menjemput ahli parlimen mereka menyertai rombongan itu.

"Ia seolah-olah parlimen hanya dianggotai oleh BN, ini tak benar," kata Lim.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan nada yang menyindir.

"Jika demikian, mereka seharusnya memanggil kaukus itu sebagai kaukus BN - Amerika"





Pua dedah lagi kontrak 'dicurigai'
Apr 8, 10 12:46pm


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membuat pendedahan lanjut mengenai kontrak yang "dicurigai" di laman MyProcurement.
Beliau hari ini membangkitkan empat lagi kes seumpama itu, antaranya membabitkan 76 kontrak yang dikeluarkan kementerian pelajaran berjumlah RM123.5 juta. Daripada jumlah itu, satu kontrak tersebut melibatkan pembekalan makanan masak kepada sebuah sekolah menengah di Maran, Pahang bernilai RM1.4 juta. Tony mendakwa kontrak berkenaan diberikan kepada seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian. "Kebanyakan daripada kontrak ini juga diberikan kepada individu dan bukannya kepada syarikat," katanya. Beliau juga mempertikaikan dua lagi kontrak yang diperolehi sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina sebuah hostel 200 bilik dengan kos RM7.8 juta di Terengganu. "Ini telah diperbetulkan oleh menteri di parlimen sebagai RM7.8 juta kerana ada kesilapan dalam tulisan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.Pengarah berusia 23 tahun "Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Disember 2007 tanpa apa-apa hasil dalam akaunnya pada 31 Disember 2008," katanya yang membacakan satu kenyataan. Katanya, syarikat Rafa Sepakat Sdn Bhd itu bagaimanapun dianugerahkan lagi satu kontrak bernilai RM53.4 juta dalam tempoh enam bulan lalu.
"Lebih menarik lagi, pemegang syer utama 66 peratus dan juga pengarah syarikat ini, Abdul Rahman Abdul Ghani usianya baru mencecah 23 tahun bulan ini," katanya lagi. Beliau juga mempertikaikan dua kontrak PDRM untuk membeli dakwat pencetak pejabat, setiap satu bernilai RM25.4 juta dan RM12.9 juta. Katanya, ini memberikan anggaran sebanyak RM400 juta dibelanjakan untuk setiap anggota polis untuk menggunakan dakwat pencetak berkenaan. "Tanpa maklumat tambahan diberikan kami tidak dapat membuat kesimpulan lanjut kecuali mengambil perhatian bahawa peningkatan harga sebanyak 20% bermakna hampir RM8 juta telah bocor daripada dua kontrak ini," katanya. Satu lagi kontrak yang dicurigainya ialah pembekalan sejenis perisai badan oleh KDI Garment Sdn Bhd bernilai RM82.8 juta. Seperti juga kes melibatkan Rafa Sepakat, maklumat kontrak KDI Garment di laman MyProcurement itu juga dikhuatiri mengandungi kesalahan titik perpuluhan. Katanya lagi, KDI Garment hanya mencatatkan pulangan sebanyak RM1.75 juta pada Julai 2006. "Bagaimana satu syarikat boleh dianugerahkan kontrak yang bernilai hampir 50 kali daripada pulangannya yang diketahui?," soalnya.




Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?

Aidila Razak
Apr 9, 10
3:56pm


Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara.

Lebih separuh daripada mereka lulusan institusi pengajian tinggi.

Sebagai reaksi terhadap Model Ekonomi Baru yang memfokus untuk membawa balik bakat-bakat negara itu kembali ke negara, Malaysiakini meninjau pandangan golongan itu untuk mengenal-pasti punca mereka meninggalkan negara.

Berikut luahan mereka.

Kami juga ingin mendengar cerita anda. Emailkannya kepada editor@malaysiakini.com atau bahasa-editor@malaysiakini.com

Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun.

Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu.

Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak. Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana.

Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank.

Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda.

Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik.

Edlina Razak, 34, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Shanghai, China. Berhijrah sebagai pelajar sejak 1993 dan pernah tinggal di Perancis dan Hong Kong.

Saya tidak akan kembali, setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat ini. Keputusan saya ke luar negara kerana saya tidak yakin dengan universiti tempatan dan pada masa yang sama ketika berusia 17 tahun saya mahu kebebasan daripada keluarga dan masyarakat.

Saya masih ingat pada satu malam semasa keluar dengan rakan-rakan, di negara ini, kami ditahan polis. Mereka mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapa kami yang kami keluar sehingga larut malam yang secara tidak langsung polis sebenarnya cuba mendapatkan sogokan.

Saya tidak akan kembali walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi di Malaysia kerana berpendapat hidup lebih bagus di luar negara sekalipun jika gajinya kecil.

Isabel Lee (nama ditukar atas permintaannya), 26, Peguam, Singapura. Menuntut dan bekerja di luar negara sejak 2004.

Saya memilih untuk tinggal di Singapura kerana ia adalah hab perniagaan dan kewangan.

Jumlah kerja serta kualiti projek berskala besar yang kami dapat memberi saya pengalaman yang tidak ternilai yang tidak boleh didapati di Malaysia.

Saya tidak fikir rakyat Malaysia begitu progresif dan mereka tidak begitu agresif kerana sebegitu selesa.

Saya mahu persekitaran yang saya boleh memperbaiki diri saya dan juga cabaran.

Jacqueline George, Akauntan, 26, Brisbane, Australia. Berpindah pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran dan kembali seketika di Malaysia selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia.

Saya percaya bahawa setiap generasi mesti berupaya menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka.

Keturunan saya berasal dari India dan mereka bekerja keras untuk mengubah hidup kami.

Saya berpendapat jika saya terus tinggal di Malaysia, paling tinggi saya cuma boleh berjaya seperti apa yang dicapai oleh ibu bapa saya.

Tetapi jika semua aspek diambil kira, punca meninggalkan negara adalah kerana tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup, keselamatan dan sebagainya.

Khoo Gaik Cheng, 41, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia. Menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Australia sejak 1990.

Tidak seperti di Malaysia, kaum minoriti di Australia dihargai.

Saya tidak akan kembali selagi tidak berlaku perubahaan kepada sistem di negara ini.

Bercakap secara khusus mengenai akademik, saya mahu melihat pemikir yang progresif, mereka yang cekap, tidak mengamalkan rasuah, berwawasan, mengetuai pelbagai jabatan di universiti sebagai dekan dan naib canselor.

Saya tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia.



















Tiada ulasan: