Isnin, 22 Mac 2010

SALAH SIAPA....NAK TUDING JARI PADA SIAPA....DIMANA HUKUM ISLAM......PADANG MAHSYAR JAWAB AJE LAH

Cari duit ‘haram’ beli makanan

KUALA TERENGGANU - Segelintir golongan remaja perempuan bermasalah di negeri ini dikesan menjadikan taman rekreasi di sekitar bandar raya sebagai lokasi melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk sanggup menjual maruah diri dengan menawarkan harga serendah RM2.

Kegiatan tidak sihat itu dikatakan aktif pada larut malam dan mereka akan bergerak mencari pelanggan secara berkumpulan iaitu seramai lima hingga enam orang.

Salah seorang pengunjung taman rekreasi yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, kumpulan itu akan berpecah apabila mengenal pasti sasaran pelanggan dicari dan kebiasaannya, mereka lebih tertumpu pada pengunjung duduk bersendirian ataupun melepak dalam kumpulan kecil.

“Saya pernah didatangi kumpulan remaja ini ketika memancing bersama dua rakan lain. Remaja perempuan terbabit tiba-tiba datang menghampiri saya dan menawarkan perkhidmatan dengan menggunakan istilah tertentu yang pada awalnya memang saya sendiri tidak faham apa dikehendaki.

“Remaja terbabit berpakaian seksi dalam lingkungan belasan tahun dan tanpa segan silu menawarkan maruah dirinya dengan bayaran RM2, hanya memegang alat sulit. Sementara RM5 hingga RM10 tambah nilai prabayar telefon bimbit jika ingin diajak menjadi teman tidur,” katanya kepada Sinar Harian.

:Menurutnya, melalui percakapannya dengan remaja itu, tujuan dia melakukan kegiatan tidak bermaruah itu kerana semata-mata mahu mengisi perut dan langsung tidak terfikir mengenai kemewahan.

“Kebanyakan daripadanya adalah remaja bermasalah yang lari dari rumah. Mereka tidak ada tempat tinggal dan di sinilah menjadi tempat tidur pada waktu malam dan akan berpecah pada waktu siang.

“Disebabkan itulah, mereka terpaksa melakukan kegiatan tidak bermaruah ini. Bagi mereka, telefon bimbit juga amat penting dan perlu ditambah nilai, kerana itulah mereka sanggup menjual maruah diri semata-mata ingin mendapatkan tambah nilai berkenaan,” katanya.

Salah seorang buruh di kawasan berkenaan mahu dikenali sebagai Ismail berkata, kegiatan itu sudah lama aktif dan hanya membabitkan kumpulan daripada individu sama yang melakukannya.

“Sepanjang hampir empat tahun saya bekerja di sini, memang diakui taman rekreasi ini begitu aktif dengan kegiatan maksiat terutama pada larut malam, ditambah pula dengan kehadiran remaja bermasalah ini yang majoritinya melarikan diri dari rumah.

“Dahulu ada sebuah perahu perhiasan di sini dan ia menjadi tempat kumpulan remaja ini tidur pada waktu malam tetapi perahu berkenaan telah dialihkan. Aktiviti tidak bermoral ini sukar dikesan kerana mereka bergerak, bukannya duduk setempat,” katanya.

Menurutnya, jika ada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan ditawarkan, mereka akan dibawa ke mana-mana sahaja dan yang pasti, mereka tidak akan melepaskan nafsu di sini.

“Kumpulan remaja terbabit tidak memilih pelanggan kerana ramai juga individu yang sudah berumur dan hanya bekerja buruh kasar turut dipelawa mendapatkan perkhidmatan disediakan.

“Ramai rakan saya selalu memancing di sini menceritakan mereka didatangi remaja terbabit. Kadang kala, kumpulan mereka nampak seperti terdesak sehingga sanggup merayu supaya diterima pelawaan mereka walaupun dengan bayaran RM2 sahaja,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya mereka akan meminta pelanggan membayar dahulu caj :perkhidma�tan dikenakan dan barulah meneruskan perkara lain sama ada hanya untuk ‘diraba’ ataupun untuk diajak teman tidur.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengarahkan pegawai penguat kuasa agamanya untuk membuat pemantauan di kawasan rekreasi dan taman awam sekitar negeri ini dalam usaha mencegah kegiatan tidak bermoral membabitkan remaja.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya mengakui masalah sosial terutama kegiatan tidak sihat banyak berlaku namun perkara itu tidak boleh diambil tindakan secara terus.

“Ini sebab, ia dibimbangkan berlaku salah faham dan juga percanggahan dalam menentukan dakwaan untuk dihadapkan ke mahkamah nanti.

“Justeru, peranan institusi keluarga terutama ibu bapa perlu meletakkan perasaan curiga terhadap anak dan sentiasa memerhati pergerakan mereka jika dikhuatiri melakukan perkara bukan-bukan,” katanya.

Menurutnya, masyarakat yang sentiasa berada di kawasan rekreasi diminta lebih peka dan tidak lepas tangan apabila melihat perlakuan tidak bermoral, selain membuang tanggapan ‘bukan anak aku yang terbabit’.

“Masyarakat sepatutnya menjadi ‘mata dan telinga’ JHEAT. Sekiranya kami mendapat maklumat dan mempunyai bukti cukup, tindakan akan diambil serta-merta,” katanya.



terengganu lagi













Musolla Yasin kotor, tidak terurus



KUALA TERENGGANU – Orang ramai, khususnya peniaga dan pengunjung Pantai Batu Burok, di sini, meluahkan rasa kesal dengan keadaan Musolla Yayasan Tuanku Ismail Nasiruddin Shah (Yasin) yang terletak di taman awam pantai itu yang kotor dan tidak diselenggara sejak sekian lama.

Seorang peniaga, Akma Abdul Rashid, 50, berkata, Musolla Yasin itu hanya indah jika dipandang dari luar sahaja, tetapi bagi mereka yang ingin menunaikan solat pasti terkejut dengan tahap kebersihan yang agak mengecewakan.

“Disebabkan tiada pihak yang menyelenggarakan musolla ini, ia seperti terbiar dengan keadaan air bertakung, lantai yang kotor dipenuhi sampah dan kain telekung juga kotor kerana tidak pernah dicuci,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang berniaga di Medan Selera Batu Burok berkata, sebagai penduduk tempatan dia berasa malu terutama kepada pengunjung luar dengan keadaan musolla yang tidak terurus seolah-olah menunjukkan negeri ini tidak mementingkan kebersihan tempat ibadat.


mana pngeluar2 hukum...
xmustahil ni berlaku sbb hukum Allah tidak dilaksanakan...
hukum yang ada tidak digeruni...
ingat!...adakah kita xmati....dan lepas bgitu saja....dan tidak akan ditanya....






Arak di Malaysia semudah beli air minuman


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya














Tiada ulasan: