Jumaat, 5 Mac 2010

TERKINI Penapis air boleh jadi tempat biak bakteria 04/03/2010 7:34pm SERI ISKANDAR - Alat penapis air yang digunakan di setiap premis boleh menjadi

TERKINI

TERKINI

Penapis air boleh jadi tempat biak bakteria

04/03/2010 7:34pm

SERI ISKANDAR - Alat penapis air yang digunakan di setiap premis boleh menjadi tempat pembiakan bakteria sekiranya penapis itu tidak ditukar dan dibersihkan secara kerap, kata penerima anugerah Merdeka 2009 Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata para pengguna sewajarnya meletakkan pembersihan tangki air di kediaman masing-masing sebagai keutamaan pertama dan bukan memasang alat penapis air.

Katanya penyelenggaraan tangki air yang sempurna hakikatnya lebih menguntungkan lebih-lebih lagi air paip yang dibekalkan di negara ini masih selamat diminum.

"Diakui penapis air yang berada di pasaran ketika ini direka khusus bagi membolehkan pengguna minum terus daripada paip namun adalah lebih baik jika tangki air dibersihkan selalu dan ia juga sewajarnya diganti setiap 10 tahun sekali...selain itu air paip yang mempunyai warna keruh adalah tidak merbahaya kerana ia mempunyai komponen estatik,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ”Penambahan Nilai dalam Mengekalkan Sumber Air” di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini baru-baru ini. - Bernama

Tiada ulasan: