Khamis, 4 Mac 2010

PEMBUAT MUNGKAR TERUS TERUSAN TANPA RASA DOSA DAN SEGAN SILU....ULAMAK MENEGUR BERPILIH2 SEBAB NAK JAGA KEDUDUKAN KOT

‘Mungkin giliran kita masih tertunda’

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

2009/12/30

GEMPA besar berukuran 7.6 pada skala Ritcher kembali menggoncang Sumatera Barat yang berpusat di 50 Kilometer (km) di Barat Utara dari Kota Padang. Sehari sebelumnya berlaku kejadian gempa dan tsunami di Samoa iaitu pada jam 6.48 pagi waktu tempatan.

GEMPA besar berukuran 7.6 pada skala Ritcher kembali menggoncang Sumatera Barat yang berpusat di 50 Kilometer (km) di Barat Utara dari Kota Padang. Sehari sebelumnya berlaku kejadian gempa dan tsunami di Samoa iaitu pada jam 6.48 pagi waktu tempatan.

Jika diingat, di bulan Ramadan yang lalu, gempa bumi besar juga berlaku di Jawa Barat selain kejadian Tsunami di Acheh yang mengorbankan ratusan nyawa masih segar dalam ingatan kita.

Bagi kita di Malaysia, mungkin berasa sedikit 'bergoyang'. Syukur kerana gegaran itu tidak menyebabkan kejadian buruk.


Malah, ada yang agak celupar dengan berkata “Ah, Indonesia, biasalah gempa.” Na'udzubillah min zalik. Janganlah kita takbur kerana nanti lebur. Sebenarnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari kepada kita.

Yang terbaik, kita perlu memanjatkan doa semoga dapat terus menikmati kehidupan aman dan selamat. Betul ke kita selamat kalau kita masih berjauhan dengan Allah?

Mulut kita mungkin dekat dengan Allah dengan cara berzikir, beristighfar dan baca surah Yasin, tetapi jika hati dan perbuatan kita masih bercanggah dengan suruhan-Nya bermakna kita masih dalam golongan ingkar.

Secara dasarnya kita perlu menitikberatkan soal ibadat wajib yang dituntut kepada kita dan meninggalkan segala bentuk perbuatan haram seperti mengambil riba, 'free love' yang boleh diibaratkan sebagai ‘gempa rohani’ yang amat dahsyat dalam kehidupan sekarang.

Mungkin Allah belum menghukum kita dalam bentuk gempa bumi seperti di Padang atau giliran kita masih tertunda. Yang pasti, setiap kejadian itu adalah tanda kekuasaan serta peringatan kepada hamba-Nya.


Kekafiran serta murtad terbukti menjadi penyebab kepada datangnya hukuman daripada Allah. Ini tercatat dengan jelas dalam sejarah perjalanan umat manusia terdahulu.

Sudah berapa banyak kaum yang dimusnahkan Allah dalam bencana alam lantaran kekafiran mereka yang menjadi-jadi.

Kita wajib belajar daripada pengalaman sejarah lalu. Mencintai Allah dengan segala aplikasinya adalah cara terpenting bagi manusia mendekatkan diri kepada-Nya dan menghindari diri daripada perkara boleh mencelakakan.

Sesungguhnya sangat berat ujian yang dialami saudara kita yang ditimpa bencana itu. Bagi mangsa kejadian gempa bumi ini, dengarlah hadis nabi yang bermaksud:

“Syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan berperang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Kehidupan ini seperti sebuah dewan peperiksaan yang penuh dengan soalan yang mesti di jawab. Begitulah juga kita diuji dengan pelbagai ujian. Ada kala kita diuji dengan kesusahan dan malapetaka seperti yang dialami saudara kita di Indonesia dan kepada kita yang menyaksikan tragedi ini jangan pula lupa dan alpa dengan ujian kesenangan yang diberikan.

Kelalaian membuatkan kita menjadi derhaka. Ujian secara langsung buat kita di sini adalah apakah kita merasakan penderitaan yang mereka tanggung di sana? Apakah bentuk sumbangan kita kepada mereka?

Penyatuan jiwa antara golongan seagama ini amat penting dan ia ibarat mulut yang mengadu kesakitan ketika tangan tersepit di pintu yang turut terasa sakitnya di seluruh tubuh.

“Barang siapa tidak peduli dengan penderitaan orang beriman maka tidak termasuk golongan orang beriman”.

Selagi nafas masih berdenyut, mata masih boleh memandang, mulut masih berucap, telinga masih mendengar, kaki masih mampu berjalan, marilah kita memanjatkan kesyukuran dan di limpahan nikmat yang diberikan. Jika tidak keberatan, kita perlu sama-sama menghulurkan bantuan setakat termampu buat saudara kita yang ditimpa kesusahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim).



contoh


Rogol 5 anak untuk waris suci



2010/03/12

PATERSON (New Jersey): Seorang lelaki yang memiliki visi tersendiri menganiaya keluarganya sejak lebih sedekad lalu, termasuk merogol lima anak perempuannya menyebabkan tiga hamil, memukul anak-anak dengan papan kayu dan turut berpindah bagi mengelak penyiasat jabatan kebajikan.

Lelaki kejam itu bakal dibicara terhadap jenayah dilakukan ke atas anaknya secara berasingan. Namun, ada juga pihak tertanya-tanya sama ada penganiayaan mungkin mampu dihentikan, terutamanya ketika tertuduh dipantau agensi kebajikan dan selepas beliau mengaku salah menyerang anak-anaknya.


Pada sebutan kes minggu lalu, bekas isteri lelaki 51 tahun itu berkata, tertuduh memiliki visi menghasilkan waris keluarga suci dengan menghamilkan anak-anak remajanya.


“Dia mendakwa dunia akan kiamat dan mendakwa hanya beliau dan anak-anaknya yang akan hidup kerana dia dipilih,” katanya.


Tertuduh yang ditahan pada 2006 dituduh merogol lima anak perempuannya yang dipercayai melahirkan enam anak.


Selepas disahkan waras untuk dibicarakan, dia dituduh melakukan 27 jenayah, termasuk mencabul, membahayakan kanak-kanak, hubungan dan sentuhan seks keterlaluan dengan remaja bawah umur.

“Kami akan membicarakannya sebanyak lima kali jika terpaksa,” kata pendakwaraya Passaic County, Lisa Squitieri.


Pihak berkuasa mendakwa penganiayaan itu bermula pada pertengahan 1980-an dan berakhir pada 2002 selepas wanita itu berpisah dengan suaminya. - AP


contoh



Aktres dakwa dicabul doktor



2010/03/12

MAKASSAR: Aktres dan aktivis yang kini menjadi ahli politik, Rieke Dyah Pitaloka mendakwa dicabul seorang doktor di Sulawesi selatan.

Ahli Dewan Rakyat itu yang aktif dalam kumpulan aktivis mempertahankan hak asasi manusia dan seorang feminis membuat laporan polis di Makassar mendakwa Dr Rasyidin cuba menciumnya.


Rieke yang melakonkan watak Oneng dalam siri komedi televisyen, Bajaj Bajuri berkata, insiden berlaku ketika beliau melawat jururawat dan kakitangan Hospital Labuang Baji di Makassar.


“Pada mulanya, beliau hanya meminta saya bergambar dengannya. “Namun, selepas gambar kedua diambil, beliau memegang bahu saya seolah-olah ingin memeluk saya.


“Apabila saya menolaknya, doktor itu membisikkan ke telinga saya keinginannya untuk mencium saya. “Bibirnya pada masa itu terlalu hampir dengan telinga saya,” katanya.


Rieke kemudian bertengkar dengan doktor itu yang kemudian memohon maaf.

Rieke bagaimanapun ingin mengajarnya dan mengheretnya ke muka pengadilan.


“Apabila saya marah, dia sempat berkata sebagai ahli politik, saya tidak boleh marah,” katanya lagi.


Peguam Rieke, Aisyah Amin menegaskan, komen yang dibuat Rasyidin tidak boleh diterima dan satu pencabulan dan diskriminasi terhadap kaum wanita.


“Beliau perlu diajar dan dihukum. Hakikatnya, Rieke berada di Sulawesi Selatan untuk menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen,” katanya.


Rasyidin menafikan dakwaan itu dan mendakwa apa yang berlaku hanyalah perkara biasa apabila seorang peminat bertemu artis pujaan mereka. - Agensi



lagi



Warga emas cuba cabul isteri jiran



2010/03/12

SETIU: Akibat tidak dapat menahan nafsu, seorang warga emas yang sudah beristeri sanggup menjadikan isteri orang yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya sebagai mangsa apabila dia cuba mencabul wanita itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Pepari, Bandar Permaisuri di sini.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia lingkungan 30-an membuat laporan di Balai Polis, Permaisuri semalam kerana tidak tahan dengan kelakuan suspek berusia 62 tahun yang selalu mengganggunya ketika ketiadaan suaminya yang keluar untuk bekerja.


Suspek yang tinggal berdekatan rumah mangsa dikatakan sering mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mangsa dengan meraba dan memeluk mangsa daripada belakang sejak Oktober tahun lalu.


Difahamkan, sejak kejadian pertama itu kejadian sama terus berulang beberapa kali menyebabkan mangsa terpaksa menjerit bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Suspek yang bekerja sendiri dikatakan pernah menunjukkan kemaluannya kepada mangsa malah bertindak berani, masuk ke bilik mangsa dan berbaring di katil sambil memujuk wanita berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek sudah ditahan dan kini ditempatkan di lokap Balai Polis Sungai Tong.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cuba mencabul.




lagi



Masuk perangkap kasanova Lombok

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/03/12

SUNGAI PETANI: Dia layak digelar kasanova Lombok kerana sudah mempunyai isteri dan kekasih gelap di negaranya, tetapi masih tidak puas dengan menjadikan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sebagai mangsa terbarunya.

Kerana cinta, Nursyafawani Jaafar, pelajar Sekolah Menengah Dato Lela Pahlawan, Padang Serai, dekat sini, sanggup meninggalkan keluarganya selepas terpedaya pujuk rayu lelaki Lombok yang menjanjikan pelbagai kemewahan.


Nursyafawani seorang pelajar pintar, tetapi kerana desakan ‘teman lelakinya’, dia tewas dan terjerat dengan cinta Lombok.


Bapa pelajar itu, Jaafar Man, 44, berkata anak keduanya daripada enam beradik keluar rumah pada 14 November tahun lalu, kira-kira jam 9 pagi selepas memberitahu hendak keluar bersama rakan sekolahnya.


“Wani keluar rumah dengan membawa dua helai seluar jeans dan dua helai kemeja-T dalam beg sekolahnya. Dia kata hendak ke rumah kawan di Lunas. “Saya tak mengesyaki apa-apa kerana dia tidak pernah bercakap bohong...saya sungguh sedih kerana dia sanggup mengikut lelaki itu ke Lombok. “Beberapa hari selepas itu, lelaki terbabit menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan dia akan bernikah dengan anak saya di Selatan Thailand,” katanya yang ditemui di rumahnya di Ladang Padang Buluh, dekat sini, semalam. Jaafar dan isterinya Kamsiah Saad, 40, tidak menyangka lelaki yang dikenalinya itu sanggup melarikan anaknya walaupun hubungan keluarga mereka dengan lelaki itu sangat baik.


“Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Darik Jayadi, 35, bekerja sebagai mandor di sebuah ladang kelapa sawit di sini sejak dua tahun lalu.

“Anak-anak saya termasuk Wani sangat rapat dengan dia kerana rumah kami dengan Darik bersebelahan. Sebelum ini, Wani menetap bersama adik perempuan isteri saya di Kampung Sungai Sluang, Lunas dan bersekolah di Sekolah Menengah Lunas,” katanya.


Bagaimanapun, pada pertengahan Mei tahun lalu, Wani menetap bersama kami dan bersekolah di Padang Serai. Sejak itu, dia sering ke rumah lelaki berkenaan.


Kamsiah berkata, pada minggu kedua selepas kehilangan anaknya itu, sekali lagi Darik menghantar SMS kepada suaminya menyatakan mereka sudah berada di Tanjung Pinang, Indonesia.


“Saya tidak sangka lelaki yang rajin bekerja dan bersikap baik hingga dipanggil ustaz oleh penduduk di situ rupa-rupanya mempunyai niat jahat,” katanya.


Jaafar sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada 17 November tahun lalu.


LAGI


Lari tanpa seurat benang



2010/03/14
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

PASIR GUDANG: Seorang pegawai kanan kerajaan berusia separuh abad berlari keluar dari bilik tidur dalam keadaan berbogel ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).

Dalam kejadian mengaibkan itu, lelaki terbabit nekad berlari keluar dari bilik tidur tanpa seurat benang di tubuhnya sebaik pasukan penguat kuasa JAJ mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan.


Menurut sumber, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa JAJ bersama polis menyerbu rumah flet itu di Jalan Harmoni, Kangkar Pulai, di sini, jam 3.30 pagi Khamis lalu.


“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit adalah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.


Sementara itu, keasyikan membuat percaturan terakhir serta sibuk mengambil pesanan nombor ramalan daripada rakan melalui telefon bimbit menjerat sekumpulan ‘kaki ekor’ apabila dicekup pasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) di premis judi nombor ekor di sekitar bandar raya ini, semalam.

Akibat malu dengan perbuatan sendiri, ada di kalangan kumpulan terbabit meronta-ronta untuk melepaskan diri, mengakibatkan berlaku pergelutan kecil antara suspek dan pegawai JAJ.


Operasi membabitkan 24 pegawai dan anggota penguat kuasa JAJ di Taman Air Biru, di sini, bermula jam 5 petang hingga 7 malam itu turut disertai 16 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).


Menurut jurucakap JAJ, dalam operasi khas di kawasan berkenaan, seramai 22 individu beragama Islam, termasuk warga emas yang layak digelar datuk, dicekup kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian.


LAGI



Warga emas kena samun RM15,000

Oleh RASHIDI KARIM
am@hmetro.com.my
2010/03/14
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

KANGAR: Sepasang warga emas disamun RM15,000 oleh dua lelaki ketika mahu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata pasangan berusia 70-an itu adalah pengusaha restoran makanan kampung terkenal, di sini, tidak mampu melawan kerana terkejut selepas diserbu dua penyamun sebaik membuka pintu rumah, kira-kira jam 5.30 pagi.


Katanya, wang dilarikan itu adalah gaji pekerja serta modal pusingan perniagaan yang disimpan di dalam rumah.


“Dua lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan pisau tiba-tiba muncul dan terus menerpa masuk sebaik pasangan terbabit membuka pintu rumah untuk ke masjid berhampiran.


“Penjenayah menarik kedua-dua mangsa masuk ke rumah dan seorang yang bersenjatakan pisau meminta menyerahkan semua wang tunai,” katanya ketika ditemui pada Kempen Pencegahan Jenayah bersama masyarakat di pasar pagi Beseri, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, isteri yang ketakutan menyerahkan beg berisi wang tunai berjumlah RM15,000 kepada penjenayah terbabit sebelum kedua-duanya melarikan diri.


Che Man berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyamun mengenali mangsa dan tahu pasangan berkenaan ada banyak wang untuk membayar gaji pekerja.


Beliau berkata, polis mengambil keterangan daripada semua pekerja mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.



LAGI

Penjenayah latih remaja cicir

Oleh NURHAYATI ABLLAH
am@hmetro.com.my
2010/03/14
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

IPOH: Mengejutkan apabila wujud sekumpulan penjenayah di negara ini yang dikesan melatih golongan remaja bermasalah untuk melakukan jenayah, termasuk membunuh dan mencederakan mangsa selain menawarkan upah lumayan setiap bulan.

Kegiatan itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang mendapat maklumat daripada segelintir remaja yang mengadu mereka dalam ketakutan apabila diburu pihak berkuasa selain ketua kumpulan gengster akibat terbabit dalam jenayah serius.


Beliau yang Pengerusi Biro Pengaduan Awam mengakui turut terkejut apabila didatangi seorang remaja yang mengaku terbabit menerima upah melakukan jenayah.


“Baru-baru ini seorang remaja berusia 19 tahun dari Taiping mengadu kepada saya mengenai pembabitannya dalam dunia jenayah.


“Dakwanya, dia menerima gaji bulanan daripada kumpulan gengster yang mengupahnya untuk melakukan pelbagai jenayah, termasuk bunuh, rompak dan mencederakan mangsa.

“Remaja itu yang ketakutan kerana menjadi buruan mengaku menerima gaji RM3,000 sebulan dan melakukan keganasan terhadap mangsa melalui gambar sebagai petunjuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah, di sini, semalam



lagi



Pekerja kilang trauma dirogol lima lelaki

KOTA BHARU - Seorang pekerja kilang warga Indonesia berusia 20-an trauma selepas dipercayai diculik dan dirogol bergilir-gilir lima lelaki dalam kejadian di sini, pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.35 pagi kelmarin ketika mangsa bersama lima kawannya sedang menuju ke tempat kerja dengan menaiki basikal.

Pengurus kilang tempat wanita itu bekerja, Ooi Liang Chye berkata, insiden itu dilaporkan kepadanya oleh salah seorang rakan yang ada bersama mangsa ketika diculik.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa bersama kawan-kawannya sedang mengayuh basikal secara berkumpulan apabila didatangi sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Mangsa ditarik masuk ke dalam kereta itu yang dipercayai dinaiki lima lelaki, disyaki lelaki tempatan,” katanya, semalam.

Katanya, mangsa tidak mengecam kumpulan lelaki itu memandangkan sebaik sahaja dia ditarik masuk ke dalam kereta, kedua-dua matanya ditutup.

“Selepas dirogol mangsa dibawa ke Bachok dan dalam perjalanan itu, dia terdengar perbualan suspek yang bercadang menjual mangsa," katanya.

Mangsa mula ketakutan dan mencari helah untuk menyelamatkan diri, lalu beberapa kali merayu dibenarkan pergi ke tandas.

"Salah seorang daripada suspek menemaninya ke tandas tetapi mangsa berjaya melarikan diri.

"Orang ramai menghantarnya ke Balai Polis Daerah Bachok sebelum mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.




lagi



Dinoda 7 lelaki

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/03/17

JITRA: Gara-gara ditinggalkan teman lelakinya, seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa seks tujuh lelaki termasuk bekas rakan sekolahnya di batas sawah Kampung Sungai Korok, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dari Anak Bukit, Alor Star, dikatakan keluar rumah pada jam 8 malam bersama teman lelakinya untuk bersiar-siar di sekitar kawasan itu.


Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam wanita itu menghubungi seorang lagi teman lelakinya supaya mengambilnya di Sungai Korok untuk pulang ke rumahnya.


Difahamkan, teman lelaki wanita itu tidak datang menjemput mangsa menyebabkan dia menunggu seorang diri di kawasan klinik swasta di pekan Sungai Korok sehingga jam 4 pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata seorang lelaki berusia 23 tahun yang menaiki motosikal melihat wanita itu duduk seorang diri berhampiran klinik itu.


“Suspek menghampiri mangsa dan bertanya hendak ke mana sebelum mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke Anak Bukit kerana teman lelakinya tidak datang menjemputnya.


“Bagaimanapun, suspek tidak menghantar mangsa pulang, sebaliknya memanggil rakannya sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki di batas sawah berhampiran klinik itu.


“Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek menariknya ke sawah berhampiran dan merogolnya,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar jeans dan kemeja-T mendakwa salah seorang suspek yang merogolnya adalah bekas rakan sekolahnya.


“Mangsa mengenali salah seorang suspek yang merogolnya kerana dia kawan sekolahnya. Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan seorang diri berhampiran klinik berkenaan sehingga jam 7 pagi.


“Mangsa yang lemah kemudian keluar mencari bantuan dan menemui seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melalui kawasan itu.


“Pengawal itu membawanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 9 pagi, semalam,” katanya.


Ibrahim berkata, kes disiasat sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebat.


Sementara itu, katanya, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Korok, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


“Suspek akan dikenakan perintah reman di Mahkamah Sesyen Jitra,” katanya.


lagi



Pak lebai dibelasah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/18
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan alim kerana sering berkopiah dibelasah selepas perbuatan terkutuknya meliwat seorang remaja diketahui abang ipar mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejinya itu, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong selepas remaja berkenaan menceritakan kepada abang iparnya yang dia diliwat lelaki berkenaan yang berusia pertengahan 50-an.


Sejurus mengetahui cerita itu, abang ipar mangsa kemudian memasang perangkap dengan mengumpan lelaki yang kemaruk seks songsang itu bertemu dengan adik iparnya itu di rumahnya.


Menurut sumber, mangsa mendakwa dia menjadi habuan seks lelaki berkenaan sebanyak lima kali sejak dia berusia 15 tahun, namun tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada keluarganya kerana takut dimarahi.


“Mangsa yang kini berusia 18 tahun mendakwa diliwat lelaki terbabit sejak tiga tahun lalu dan akan dibayar upah supaya mendiamkan diri.


“Namun, dia akhirnya nekad menceritakan kejadian terbabit kepada abang ipar yang kebetulan berkunjung ke rumahnya kelmarin,” katanya.



Menurutnya, abang ipar mangsa kemudian memasang perangkap dengan mengumpan remaja itu yang disuruh pergi ke rumah lelaki terbabit.


“Abang iparnya itu berpesan kepada mangsa supaya melarikan diri dan membuka pintu jika lelaki terbabit mahu membuat perbuatan keji itu terhadapnya.


“Namun, selepas masuk ke rumah, remaja berkenaan langsung tidak keluar membuatkan abang iparnya itu bertindak memecahkan pintu rumah lelaki terbabit,” katanya.


Menurut sumber itu, sejurus pintu dipecahkan, suspek yang ketakutan melihat abang ipar mangsa terus melarikan diri ke tingkat bawah rumah pangsa itu.


“Namun, cubaannya melarikan diri itu gagal apabila dia dikejar sebelum berjaya ditahan dan dibelasah lelaki berkenaan yang terlalu geram dengan perbuatannya itu.


“Bagaimanapun, beberapa penduduk yang melihat suspek dibelasah cuba mententeramkan keadaan dan meminta menyelesaikan perkara terbabit dengan menyuruh abang ipar mangsa membuat laporan polis,” katanya.


Menurutnya, ketika itu lelaki separuh abad berkenaan yang mengalami kecederaan memberi alasan mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memberitahu akan menyerah diri.


“Namun, dia mengambil kesempatan melarikan diri dengan terus memecut keretanya dan langsung tidak pulang ke rumah kerana khuatir ditahan,” katanya.


Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di blok yang sama dan lelaki bernafsu pelik itu sering memakai lebai dan dilihat berperwatakan baik oleh penduduk.


Sumber itu berkata, suspek yang dikenali mangsa itu sehingga kini masih diburu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi sini semalam mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan kes dilakukan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur.



lagi



Penculik umpan filem Korea

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/03/19

KUALA LUMPUR: Keghairahan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menonton filem Korea bertukar tragedi apabila dia dirogol tiga kali oleh rakan karib bapanya sendiri di sebuah hotel di sini, Selasa lalu.

Malah, lelaki berusia awal 30-an yang melakukan perbuatan terkutuk itu juga bapa angkat mangsa.


Selepas dirogol, mangsa ‘diculik’ dan dilarikan ke Ipoh, Perak dipercayai untuk mengelak gadis berkenaan dikesan ahli keluarganya.


Sepanjang perjalanan dan menjadi 'tebusan' lebih 24 jam itu, mangsa mendakwa dipaksa melakukan seks oral oleh suspek walaupun ketika lelaki itu sedang memandu kereta.


Kejadian malang menimpa mangsa bermula kira-kira jam 9.30 pagi apabila dia dihubungi suspek yang mengajaknya bersiar-siar di sekitar Puchong di sini selain menonton filem Korea terbaru.


Difahamkan, mangsa peminat fanatik filem atau drama Korea menyebabkan dia beria-ia ingin mengikut suspek menonton filem berkenaan.



Menurut sumber, sebaik tiba di tempat dijanjikan, suspek menjemput mangsa sebelum membawanya bersiar-siar di sekitar kawasan berkenaan.


“Kira-kira jam 5 petang, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Cheras, menyebabkan mangsa terkejut.


“Suspek mendakwa dia mahu mengambil barang dan menunjukkan filem Korea terbaru sebagai hadiah kepada mangsa kerana menemaninya pada hari berkenaan,” katanya.


Mangsa bersetuju dan mengikut suspek memasuki bilik hotel berkenaan.


Sumber berkata, ketika mangsa asyik menonton filem terbabit dalam komputer riba miliknya, suspek menanggalkan bajunya.


Tersentak dengan itu, mangsa menampar muka suspek sebelum lelaki durjana itu mengugut untuk mencederakannya.


Beliau berkata, suspek memukul mangsa sebelum merogolnya tiga kali.


“Selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa memakai baju dan mengikutnya ke kereta.


“Suspek kemudian membawa mangsa ke Ipoh dipercayai untuk mengelak dikesan ahli keluarganya,” katanya.


Difahamkan, mangsa sempat menghantar SMS kepada bapanya memberitahu dia sedang dibawa suspek ke utara tanah air dan ahli keluarganya yang menerima mesej itu cuba menjejaki gadis malang itu.

Katanya, mangsa dan suspek tiba di Ipoh kira-kira jam 7 pagi sebelum bersarapan di sebuah restoran dan pada masa sama, bapa mangsa berjaya mengesan mereka.


“Sebaik menyedari kehadiran bapa mangsa, suspek melarikan diri dan gadis berkenaan diselamatkan serta dibawa pulang ke rumahnya di ibu negara.


“Dia (mangsa) menceritakan perbuatan keji suspek sebelum ahli keluarganya membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong,” katanya.


Difahamkan, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.












Tiada ulasan: