Brunei lebih takut laknat Allah
2010/03/24
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP
ini di malaysia....
Kasino nelayan, petani diserbu
SEKINCHAN - Tindakan pasangan suami isteri yang menjadikan rumah banglo dua tingkat mereka sebagai 'kasino mini' sejak sebulan lalu untuk petani dan nelayan terbongkar apabila diserbu di Kampung Baru di sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, seramai sembilan petani termasuk pasangan terbabit ditahan ketika sedang asyik berjudi.
Selain tangkapan, polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM8,000.
Pemilik premis itu turut memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.
Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad berkata, ketika serbuan, kesemua suspek yang berusia di antara 38 hingga 63 tahun cuba melarikan diri.
"Pemeriksaan mendapati rumah tersebut dilengkapi dengan beberapa bilik khas yang disediakan untuk petani dan nelayan melepaskan lelah sambil berjudi selepas seharian bekerja.
"Siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan tempat untuk berjudi sejak tiga minggu lalu," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.
Cikgu Jabar gesa wakil Bebas ‘lompat’ letak jawatan
Ismail Hashim |
SEPANG, 28 Mac: Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula. Beliau ketika ditemui di kediamannya di Batu Laut, dekat sini berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR). Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan. "Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar. Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru. Dalam pertemuan itu, beliau banyak menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat kepada rakyat dengan amanah tanpa mengira penduduk di kawasannya dari mana-mana parti, semuanya akan dilayan sama rata dan paling utama adalah keikhlasan setulusnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka. Cikgu Jabar menghimbau kembali detik-detik bersejarah bagaimana beliau menyaksikan sikap Adun-Adun Umno ketika isu pemecatan Datuk Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor ekoran beberapa isu yang menyelubungi suasana dan akhirnya Datuk Harun digugurkan begitu sahaja lantaran sikap dan penyakit bangsa Melayu yang dipusakai sejak zaman Hang Tuah iaitu hasad dengki dan khianat. "Kerana tiga penyakit inilah kita dapat saksikan bagaimana keadaan orang Melayu sekarang ini jadi begini... Hang Tuah yang kuat membodek diagungkan, Hang Jebat yang membela kematian Hang Tuah pula yang menjadi mangsa konspirasi," jelasnya lagi serius. Menurutnya, meskipun beliau Bebas tetapi kerana membela nasib Datok Harun di ketika itu, beliau telah didatangi oleh ketua siasatan dari cawangan khas polis setiap minggu selama setahun. Malah beliau juga mengakui tidak terlepas dari menjadi mangsa ugutan 'kerat, gunikan dan humbankan ke laut, langgar dan diracun' selepas menang penggal pertama dan bersyukur kerana selamat dari semua ujian berat itu selama tiga penggal menjadi wakil rakyat Bebas. Cikgu Jabar berharap semua rakyat khususnya orang Melayu akan segera menilai semula keadaan semasa dan perkembangan politik yang berlaku dalam negara dan melakukan pilihan terbaik bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan keamanan sebenar dapat dijayakan selama-lamanya. Penamaan waris mesti ikut faraidOleh Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my 2010/03/29 KUALA LUMPUR: Islam tidak pernah melarang seorang ayah membahagikan hartanya kepada mana-mana anak yang difikirkan wajar ketika hayatnya, namun dia perlu meninggalkan satu pertiga daripada harta itu sebagai simpanan sebelum kematiannya. Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata tindakan seorang lelaki mengamuk kerana tidak dinamakan sebagai pewaris harta ayahnya adalah tidak wajar mengikut ajaran Islam. Katanya, bukan bermakna apabila mana-mana anak tidak dinamakan sebagai penerima harta, dia akan terlepas daripada menerima bahagiannya, memandangkan Islam mengutamakan keadilan dan pembahagian harta mestilah mengikut faraid.“Dalam Islam memang ayah dibenarkan untuk membahagikan hartanya ketika dia masih hidup tapi peruntukan juga menyebut si ayah mesti tinggalkan satu pertiga daripada hartanya tadi untuk tujuan dan kegunaan tertentu. “Supaya apabila si ayah meninggal, harta ditinggalkan boleh digunakan untuk menyelesaikan urusan pengebumian, membayar hutangnya dan baki daripada itu diserahkan kepada waris untuk diagihkan mengikut faraid. “Bermakna, mana-mana penama yang tertinggal daripada menerima harta mengikut faraid akan turut memperoleh bahagian termasuk anak, isteri dan ibu serta ayahnya sekiranya masih ada,” katanya. Tanda jauh dari Allah2010/03/29 KUALA LUMPUR: Wanita pemarah yang gagal mengawal tahap emosinya, terutama di khalayak umum adalah gambaran wanita yang sudah hilang sifat pemalunya sekali gus kurang keyakinan kepada Tuhan. Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata Nabi Muhammad SAW pernah bersabda apabila wanita semakin hilang rasa malunya, menunjukkan tanda dunia semakin menghampiri akhir zaman. Katanya, ini kerana Allah SWT sudah mengurniakan sifat pemalu dalam diri setiap wanita tidak kira remaja mahupun anak perempuan sebagai pendinding yang akhirnya membimbing mereka menjadi muslimah sejati serta menjaga perlakuan. “Jika seseorang wanita itu gagal mengawal nafsu marah apatah lagi boleh mengamuk di tempat umum, bermakna dia sendiri sudah semakin pupus sifat pemalunya, gambaran kepada didikan yang tidak sempurna yang akhirnya menandakan masyarakat semakin runtuh. “Dalam Islam, wanita dijadikan pemalu. Marah pula memang perkara biasa tapi jangan lupa ia juga tanda jauhnya hubungan dengan Allah dan kesucian dalam hati itu sudah sangat sedikit. “Kita sepatutnya bijak mengawal marah dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan air wuduk dan bersujud lama ketika bersolat. Masalahnya, ramai orang tidak mampu mengawal marah, juga tidak bijak melepaskannya dalam bentuk baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Tindakan gadis itu timbul selepas dia didakwa berang dengan teguran dan nasihat teman lelakinya yang juga seorang penghantar surat berusia 20-an ketika mereka bertemu di pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lalu. Wanita terbabit turut bertindak biadap apabila mengugut mengupah rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa. Takut dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan polis. |
Gerabak keretapi berasingan untuk lelaki, wanita | ||
|
Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.
Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.
Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.
Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.
Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.
Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan.
- Bernama
Tugu: PAS syukur Umno henti amalan syirik
Harakahdaily | ||||
KUALA LUMPUR, 1 April: PAS mengucapkan syukur kepada Allah Taala kerana akhirnya Umno/BN mengumumkan akan berhenti melakukan upacara meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang jelas perbuatan syirik dan khurafat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam membuktikan dakwaan PAS selama ini bahawa perbuatan itu adalah dosa besar Umno kepada Allah adalah benar. Zahid yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan semalam bahawa upacara memperingati Hari Pahlawan tidak akan dilakukan di Tugu Negara lagi mulai tahun ini dan akan dipindahkan di Putrajaya dalam bentuk majlis yang berbeza. Idris berkata, PAS tegas menolak amalan meletakkan bunga dan bertafakur di Tugu Negara setiap 1 Julai sempena Hari Pahlawan, dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 hingga 7 Oktober 1987 juga telah mengeluarkan fatwa berhubung isu itu bahawa ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik. “Rakyat, khususnya kaum Melayu selalu bertanya. Apa beza PAS dan Umno, dua-dua parti yang dipimpin Melayu dan Islam, kenapa tidak boleh bersatu?” katanya yang menghargai pemberhentian amalan khurafat itu. Justeru, ujarnya PAS berharap, isu Tugu Negara itu membuka mata rakyat bahawa PAS dan Umno memang jelas berbeza walaupun Umno mengaku Islam tetapi mereka jelas menolak syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah. “Isu ini juga jelas membuktikan bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan. PAS yakin, Umno akhirnya mengambil keputusan ini setelah tertekan bila mana PAS serius membawa isu ini hinggalah ke pentas politik,” ujarnya lagi. Menurutnya, walaupun Umno mempunyai biro agama dan menteri agama, tetapi mereka mengambil masa 23 tahun untuk memahami Fatwa Majlis Kebangsaan. “Hakikatnya perkara ini tidak perlu dibawa ke Majlis Fatwa jika Umno benar-benar memahami Islam dan berjuang atas nama Islam. “Walaupun Umno bangga mengatakan mereka berjaya membawa syiar Islam dengan wujudnya Tabung Haji, pusat zakat, masjid-masjid besar dan sebagainya, tetapi 23 tahun mereka menafikan fatwa syirik yang dikeluarkan Majlis Fatwa,” katanya. Jelasnya, Allah sendiri memperingatkan dalam Al-Quran, bahawa semua dosa besar akan diampunkan kecuali syirik dan jelaslah bahawa saranan Majlis Fatwa itu serius dan Umno-BN telah menyesatkan rakyat dengan melakukan upacara syirik itu sejak tahun 1963 iaitu tarikh tugu itu dibina dengan kos RM1.3 juta ketika itu. PAS, jelasnya menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara. Oleh itu, katanya PAS mahu majlis kesyukuran dan tahlil serta memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga pahlawan yang telah gugur menjadi program rasmi sempena Hari Pahlawan, bukannya bertafakur dan membazir duit untuk meletakkan bunga di tugu yang tidak bernyawa itu. Tambahnya, PAS juga berharap agar Umno menghapuskan semua amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan termasuk amalan menepung tawar dan menabur beras kuning seperti yang dilakukan oleh Datuk Ismail Sabri dalam Majlis Pelancaran Van Umno Bahagian Wangsa Maju, minggu lepas. “PAS yakin rakyat semakin cerdik dan melihat siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam,” ujarnya.
|
NEGARA
81 laman web lucah disekat
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.
Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.
NEGARA
Selesa, selamat dalam koc khas wanita
KUALA LUMPUR - Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.
Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual.
Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan