Jumaat, 2 Mac 2012

YANG TERGELINCIR TAK BAPE KERAT...YANG RAMAI SUDAH TENTU RAMAI YANG MENEGUR DAN MENGINGATKAN...MAKA PATUH KEPADA KEMPIMPINAN TU WAJIB SELAGI TAK BERTENTANG DENGAN SYARAK...JANGAN LAWAN TAUKEH DAN BERASA DIRI SANGAT PANDAI...KITA BUKAN NABI ATAU WALI ALLAH...IBADAH DAN PENGETAHUAN AGAMA PUN CIPUT...ZUHUD PUN JAUH SEKALI CUMA PERASAN TU LEBIH...

Penjelasan polemik wacana Sinar Harian

Dr Dzulkefly Ahmad, 01 Mac 2012
Wacana “Mengapa Undi Melayu Pecah” anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my.  Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini ‘memporakperandakan’ minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan  lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk  memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.

Nyata bahawa Wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu ‘PAS bersedia di pimpin bukan-Islam’. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang  bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru  yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah ‘Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini’..tekuni jawaban saya..

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ‘ Tetap’ yang tidak boleh ubah dikatakan ‘Al-Thawabit’.  (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai ‘Al-Mutaghiyyaraat’ . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..

Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu.

Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.

Ketika saya di asak soalan tambahan: “ keadaan sekarang needs tu dah..?”

Jawab saya : Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama..

Pada soalan:  “Belum dibawa?”

Jawapan saya: “Belum lagi”… Ini Dr Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa… Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan… Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara2 yg tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya.

Nah itulah jawapan saya yang telah mencetuskan kontroversi .

Persoalan besar yang ramai menunggu penjelasan ialah mengapa saya berpendirian sedemikian. Ini hujjah saya secara ringkasan sahaja bersandarkan hujjah yang dikemukakan oleh Imam Al-Mawardi dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut).

Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada Ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam)..kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai ‘Wazir Tafwidh’ tidak boleh diberikan kepada bukan-Islam tetapi pada kedudukan ‘Wazir Tanfidz’ (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan-Islam.

(Wa yajuzu an yakunu hadhal wazir min ahlil dhimmah wa in lam yajuz an yakunu wazir al-tafwidh min hum)…Al-Ahkam Al-Sultaniyyah

Bila saya menjawab dengan positif pada soalan moderator saya cukup jelas landasan dan sandaran saya. Kedudukan nombor satu Presiden atau Perdana Menteri adalah bersamaan dengan kedudukan ‘Wilayatul Tafwidh’ tetapi pimpinan yang lain Timbalan2 bahkan Naib2nnya juga boleh sahaja di banyakkan jumlahnya dan disusun-atur mengikut kepentingan fasa (fatrah) perjuangan. Ini perkara Ijtihadiyyah dan jelas tertakluk kepada ‘penilaian berterusan’.

Di sini kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetapi kini sudah ada. Saya boleh bayangkan satu hari nanti kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlembagaan PAS yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang Naib Presiden, satu unjuran yang amat menasabah. Mungkin makan satu atau dua dekad lagi, Wa AlLahu’Alam.

Saya cukup jelas dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan Muktamar yang sentiasa menjaga landasan parti supaya tidak tergelincir. Tetapi parti mempunyai ruang yang cukup luas dalam pentadbiran, organisasi dan pendekatan (strategi) perjuangan, yang semestinya sentiasa mengalami ‘pembaharuan’ dan ‘renewal’ (tajdid) namun dibuat melalui saluran dan kaedahnya.

Pokoknya saya tidak kira wajar mengelak berulang situasi di mana kita tolak dan kita sempitkan apa yang sebenarnya luas dan boleh sahaja dilakukan, tetapi atas dakwaaan menjaga ‘jatidiri’ atau ‘keaslian’, ada yang kurang senang bekerjasama dengan kelompok dan parti yang tidak berteraskan Islam. Namun apabila PAS mahu wujudkan ‘Tahaaluf’ atau ‘Muafakat Politik’ ahli dan umum, tampak di kacamata golongan ini bahawa kita semacam berbolak-balik.Sebenarnya tidak demikian, sebab itu penting membuat penjelasan awal dan jangan takut menyatakan kebenaran secara berani.  Ini sebab kita tidak terangkan bahawa ia boleh sahaja berubah atas tuntutan maslahah fasa perjuangan dalam rangka Ijtihad parti oleh kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama.

Saya tidak hairan Tun Mahathir memutarbelitkan kenyataan saya secara cukup tidak sopan ketika mencadangkan YB Lim Kit Siang supaya menjadi Presiden PAS, sekiranya Al-Quran pun Tun boleh putar-belit dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran pun tidak ada Hukum Hudud dan Hukum Hudud tidak adil. (Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme, K2P, 26 Feb, 2012, di UNIMAS)

Saya cadangkan Tun tumpukan menjelaskan dakwaan bahawa dalam era pemerintahannya sebnyak USD100 (RM330bilion) hangus kerana ketirisan dan rasuah dalam pengurusan kewangan yang tempang.

*Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat, MP Kuala Selangor.

Serah sahaja PIBG pada Umno

01 Mac 2012

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan Umno. Dikerah ke sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di  Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.

Sudah penat menampal perkataan-perkataan yang dianggap sensitif itu, ada ura-ura novel itu akan dikeluarkan daripada senarai bacaan wajib bagi calon SPM.

Baru-baru ini diberitakan guru-guru di negeri Darul Iman diarahkan pula oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk menghadiri Majlis Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah yang berlangsung di Stadium Negeri, 25 Februari lalu dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Setiap sekolah di sekitar Kuala Terengganu diminta menghantar 10 orang guru/kakitangan ke majlis tersebut.

Di Kelantan, arahan lisan dibuat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu supaya menghadiri majlis ceramah menampilkan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipecat daripada PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali.

Guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

Sumber juga memberitahu, sudah tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu. Guru-guru terbabit juga diarah hadir pada program anjuran wanita Umno.

Banyak lagi kejadian guru-guru diarah meramaikan program politik BN oleh Kementerian Pelajaran. Pelaksana kepada arahan politik ini adalah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Di Selangor, program sekolah kebiasaannya dirasmikan oleh wakil Menteri Pelajaran. Yang peliknya, wakil Menteri Pelajaran adalah Adun-Adun parti pembangkang daripada BN. Apabila Adun-Adun parti pembangkang ini gagal hadir, maka pada kebiasaannya pemimpin Umno cawangan atau bahagian pula diminta mewakilinya. Maka majlis itu akhirnya akan dirasmikan oleh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran. 

Pentadbir sekolah tidak dibenarkan menjemput pemimpin kerajaan negeri bagi merasmikan sebarang acara. Tetapi tidak menjadi kesalahan kepada sekolah-sekolah kementerian menerima sumbangan wakil rakyat Pakatan Rakyat. Peraturan baru itu dibuat setelah sekolah-sekolah menghadapi kekangan kewangan ekoran peruntukan untuk projek-projek infrastruktur sekolah sukar diperolehi daripada PPD.

Di musim mesyuarat agung PIBG sekarang, adalah lebih baik jika para penyokong Umno sahaja dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Apatah lagi sekolah-sekolah dibawah kementerian sudah dijadikan 'markas politik Umno'. Biarlah ahli-ahli Umno diberi tanggung jawab mengumpul dana bagi membantu melengkapkan infrastruktur dan peralatan sekolah. Paling kurang, jawatankuasa PIBG penyokong Umno ini boleh mendapatkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat Umno.

Daripada peruntukan jutaan ringgit yang diberikan Kerajaan Pusat kepada wakil rakyat Umno itu diselewengkan untuk tujuan politik, lebih baiklah ia disalurkan untuk pembangunan infrastruktur sekolah.

Tidak payahlah ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat bersusah payah untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Tidak payahlah nak berebut-rebut menjadi jawatankuasa PIBG jika kita akhirnya terpaksa mendengar celoteh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran!

PAS tidak tergelincir

Ustaz Idris Ahmad, 01 Mac 2012

Banyak tohmohan kepada Pas kononnya, sejak akhir-akhir ini Pas sudah lari daripada perjuangan Islam. Terutama selepas berkawan dengan DAP dan PKR. Peliknya ketika PAS tidak bersama dengan Paktan Rakyat golongan ini tetap tidak menyokong PAS. Ini bermakna Ia hanya alasan sahaja. Golongan ini begitu tebal permusuhan mereka dengan PAS.

Mereka adalah manusia yang tidak mahu menerima hakikat kebenaran malahan mereka menentang secara melulu dengan penuh emosi. Inilah senjata yang dimainkan oleh musuh-musuh PAS  dan mendesak PAS bersendirian, maka senang untuk mereka untuk menzalimi rakyat dan memfaraidkan harta negara untuk suku sakat mereka.

Pas mengharapkan jika mahu mengetahui berkenaan dengan PAS biarlah mendapat maklumat daripada orang PAS bukan daripada musuh PAS. Sehingga saat ini tidak ada rekod PAS sebagai sebuah parti yang sanggup mengorbankan Islam semata-mata untuk mendapat kuasa.

Tidak pernah terlintas di dalam agenda Pas untuk membuang dasar yang termaktub sejak daripada awal penubuhan Pas  1951. Walalu pun kepimpinan bertukar namun dasar tidak pernah bertukar. Walau pun dahulu Pas dipimpin oleh bukan ramai di kalangan ulama dan mereka yang terpelajar, namun Pas tidak pernah terdetik untuk untuk membuang dasar Islam.

Ketika Pas pernah kalah hanya mendapat satu kerusi Parlimen sahaja namun Pas tetap dengan dasarnya. Ini bererti samaada sewaktu tenang atau bergelora Pas terus teguh dengan dasarnya.

Walaupun terdapat suara-suara sumbang supaya Pas membuang dasar Islam ketika Pas berada di saat kejatuhan sehingga Pas kehilangan Kelantan pada tahun 1978, setelah  memerintah selama 18 tahun. Namun atas semangat Islam inilah Pas telah berjaya mengembalikan Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam

Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,

“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Kita tidak mahu mereka yang menentang Pas tidak tahu apa yang mereka tentang. Allah SWT marah kepada mereka yang tidak tahu apa yang mereka sokong terhadap sesuatu perkara. Firman Allah SWT

“Dan Janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya” (Al-‘Isra’, 17:36)

Dalam hal ini Dr. Shafie Ibrahim berpendapat,

“Bahawa Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan Islam. Jika Islam yang ditafsirkan seperti yang dilakukan oleh Pas maka ia adalah lebih daripada sebuah parti agama. Dan Islam adalah ideologi partinya maka ia mempunyai  kefahaman dan tafsirannya yang tersendiri yang mempunyai istilah agama. Parti itu melihat Islam secara keseulruhannya. Ini bermakna bahawa Pas percaya  dengan semua ajaran Islam dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Ia tidak percaya kepada sebahagiannya sahaja, tetapi pada keseluruhannya iaitu semua espek ajaran Islam seperti politik, ekonomi, nilai-nilai sosial  dan lain-lain lagi. Dari sudut pandangan ini Pas berbeza daripada  Umno. Sekiranya pemimpin Umno mendakwa mereka orang Islam, ini bermakna mereka berjuang  untuk melaksanakan ajaran Islam bukan sahaja dalam bidang ibadah, juga dalam bidang politik dan lain-lain lagi. (Shafie Ibrahim, 1986: 79)

Menjadi kebiasaan mereka yang pernah memimpin Pas apabila keluar daripada Pas akan memburukkan Pas ,kononnya Pas telah terkeluar daripada dasar asal Pas. Alhamdulillah segala tohmohan yang dinyatakan oleh mereka yang pernah memimpin Pas tidak memberi kesan kepada sambutan orang ramai kepada perjuangan Pas. Malahan sejak mereka meninggalkan Pas, perjuangan Pas mendapat sokongan begitu meluas. Paling malangnya mereka yang terbuang ini hanya menjadi ulu kapak untuk menentang Pas setelah sekian lama Umno hanya ada mata kapak untuk melawan Pas. Lama kelamaan mereka juga akan ditinggalkan oleh Umno sehingga terpaksa berniaga jualan langsung dan kem motivasi kerana sudah tidak laku. Ini adalah sejarah yang pernah menimpa golongan yang tercicir dan terbuang daripada Pas. Umno hanya memperkudakan sewaktu mereka masih ada madu, dan akan membuang mereka ketika diri mereka tidak ada lagi madu.

Tuduhan mereka kenapa Pas berkawan dnegan Dap sebuah parti China dan anti Islam. Persoalannya adakah Mca parti Melayu? Apakah  Mca parti sayangkan Islam?. Debat  antara dua tokoh besar parti yang mewakili dua kelompok  Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah jawapannya. Mereka yang menuduh Pas berkawan dengan Dap yang anti Islam dan sanggup bersahabat dengan MCA yang kononnya lunak dengan Islam . Perhatikan perbezaan ucapan dua tokoh Cina di dalam forum tersebut.Datuk Seri  Soi Lek dengan bangga mengatakan "Kita orang cina berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini...?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita".

Perbezaan ini amat ketara, sah membuktikan MCA sebuah parti yang anti Islam. Ini boleh kita lihat kenyataan pemimpin mereka yang tidak jemu-jemu untuk menghentam Pas dan ajaran Islam. Malangnya kenyataan penghinaan Islam ini tidak dimasuk di dalam akhbar melayu, sebaliknya terdapat di dalam akhbar Star terutamanya. Kenyataan ini tidak dikeluarkan di dalam akhbar melayu, kerana bimbang imam dan ustaz umno membaca kenyataan ini.

Ketika pemimpin MCA membelasah Islam, terdapat bekas pemimpin Pas yang menuduh Pas telah menggadai prinsip, telah sanggup menjadi kuda tunggangan Umno yang merestui tindakan Mca yang menghina Islam. Jika benar-benar mereka juara untuk mempertahankan akidah maka tolong nasihatkanlah rakan Umno dahulu yang takut kepada Mca, jangan orang mengatakan bahawa  “Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak”.

Masalah Azizan, demokrasi subur dalam PAS

Subky Latif, 29 Feb 2012
SYUKUR Dato Seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar menangguhkan angkat sumpah dua Exco Kedah yang belum bersedia menyambung khidmatnya setahun lagi. Beliau menangguhnya seminggu lagi sama ada kedua Exco itu sedia menyambung khidmat atau berundur.

Beliau tidak segera menggantikan dengan orang lain.

Tentunya Ustaz Azizan menggunakan demokrasi yang ada dalam partinya mendengar pandangan dan nasihat pihak lain antaranya PAS Pusat bagi menangani perkembangan demokrasi PAS di Kedah.

Apa pun perkembangan itu mengejutkan semua pihak apabila berlaku di saat PRU 13 sudah di ambang – mungkin esok atau lusa atau tahun depan. Tentulah semuanya  bertanya apakah ia satu krisis atau sekadar memenuhi kehendak dan amalan demokrasi.

Dalam demokrasi semua orang menerima perlantikan, boleh menolak, boleh berundur, bersedia ditamatkan perkhidmatan, setuju disambung perkhidmatan, boleh menyatakan tidak setuju pada kerajaan dan boleh tidak bersetuju dengan Menteri Besar.

Sejak menjadi Menteri  Besar tahun 2008 tidak pernah menangguh angkat sumpah mana-mana Exco dan tidak ada yang minta tangguh perlantikan perkhidmatannya. Exco  yang ditangguhkan angkat sumpahnya itu baru beberapa bulan diangkat atau diangkat semula sudah jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah oleh Ustaz Azizan.

Bukan Ustaz Hadi Awang atau Mursyidul Am minta mereka dijadikan Exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Azizan menggunakan demokrasi melantik mereka.

Orang tidak mahu mendengar jika perkembangan itu benda biasa dan bukan satu krisis dalam bentuk apa jua. UMNO tentunya syok walau pun ia terkejut kerana Azizan dapat mengawal parti sejak menggantikan Ustaz Fadzil Noor sebagai Pesuruhjaya hingga dapat membentuk kerajaan dan dapat mengawal kerajaan dengan baik.

Penyokong Pakatan Rakyat dari jauh tentu cemas dengan kejadian itu, kerana kalau ia krisis, ia boleh mengurangkan peluang untuk menyambung kemenangan.

Umum berpendapat dengan gaya pimpinan dan pentadbiran Azizan, PAS dan Pakatan payah dikalahkan oleh UMNO, tetapi boleh jatuh oleh masalah PAS sendiri. Jika kerajaannya tumbang bukan kerana UMNO kuat dan berada pada jalan yang betul, tetapi kerana kejutan amalan demokrasi yang terbuka bebas dalam PAS.

Demokrasi yang ada dalam UMNO menyebabkan ahli UMNO takut kepada UMNO dan takut kepada pemimpin UMNO. Sekali pun mereka cah keting pemimpin-pemimpin mereka, tetapi ia dibaut diam-diam di belakang. Mereka tidak berani mengata UMNO dan pemimpin di kedai kopi atau berterangan.

Mungkin kerana takut dicantas dan amat malang bagi ahli UMNO kalau tidak termasuk dalam senarai orang-orang pemimpin parti.

Orang PAS tidak takut pada PAS dan tidak takut pada pemimpin. Mereka takut pada Allah saja. Tetapi mereka hormat parti dan hormat pemimpin. Demokrasi yang mereka faham disesuaikan dengan ajaran syura mereka digalakkan menegur apa yang dirasakan tidak tepat, dan membisu terhadap ketempangan adalah satu sikap salah dan tidak jujur.

Dalam suasana keterbukaan dan amalan demokrasi yang bebas itu orang PAS merasa bebas untuk memberi pandangan kedua tentang pentadbiran dan kepimpinan pemimpinnya. Orang kecil bebas bercakap tentang kerajaan, parti dan pimpinan sesuai dengan kedudukannya di kedai kopi dan sesama mereka.

Yang besar seperti Timbalan Pesuruhjaya di samping ada pandangannya yang tersendiri tentang perkara-perkara tentu bebas memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan dalam kerajaan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi dan politik terbuka.

Dua anggota Exco itu bertindak mengikut apa yang dibenarkan semangat perlembagaan dan oleh demokrasi. Cuma pimpinan pusat merasa perlu campur tangan. Apa jua keputusan seperti berundur dari Exco boleh ditimbang semula dan apa juga perbezaan pandangan sesama sendiri dibenarkan oleh demokrasi untuk diselesaikan secara perbincangan.

Azizan bersetuju menangguhkan angkat sumpah semula dua Exco itu kerana dia mahu semua ahli Exco berkhidmat hingga penggal sekarang tamat iaitu apabila DUN dibubarkan bagi pilihan raya baru. Seluruh ahli PAS Kedah yang susah payah menegakkan kerajaannya sekarang dan yang pertama baginya tidak mahu kejadian itu menyebabkan ia tidak dapat menyambung kemenangan.

Sejak jadi Menteri Besar inilah ujian besar baginya. Dia diperhatikan bagaimana dia dapat menggunakan kebijaksanaannya menggagalkan UMNO mendapat manfaat atas isu itu.

Tiada ulasan: