Ahad, 4 Mac 2012

YANG BOLEH MENJATUHKAN SATU2 KERAJAAN IALAH ALLAH...KITA BERUSAHA SAHAJA...KITA KENA SEDAR KITA TAK MAMPU LAWAN KUASA DAN TAKDIR ALLAH...JANGAN SEKALI2 KITA LAWAN ALLAH...INGAT KITA KIAN TUA DAN AKHIRNYA MATI...INGAT DUNIA PUN ADA TEMPUH..BILA MASA ALLAH KIAMATKAN..MAKA BERBALIKLAH KEPADA ALLAH DAN PATUHLAH SYARIAT...TAK KEMANA KITA PUN..KALAU BERSIFAT DEGIL DAN KERAS KEPALA...KE NERAKA DIAKHIRAT ADALAH...SEBAB LAWAN ALLAH SWT

Cukuplah lakonan Perkasa

Pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap perbuatan biadap oleh budak hingusan yang kononnya “WIRA PERKASA PULAU PINANG”. Insiden yang menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri baru-baru ini amatlah tidak bertamadun sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Beginikah caranya PERKASA menyelesaikan masalah orang-orang Melayu di negeri ini? Dari mula lagi memang majoriti melayu di sini tidak bersetuju langsung dengan cara pihak PERKASA membantu permasalahan orang-orang melayu Pulau Pinang. Dengan mempraktikkan revolusi fizikal bagi tujuan memaksa Kerajaan Negeri melayan kehendak mereka bukanlah jalan yang terbaik. Kalau hendak menjadi gangster jalanan bukanlah di negeri ini.

Pihak PERKASA perlu cermin diri mereka terlebih dahulu tindak-tanduk yang bermula dengan cara agresif dan kemudiannya menggertak Kerajaan Negeri supaya tunduk kepada kemahuan mereka sudah tidak terpakai. Pihak KMPP sendiri begitu lantang bersuara tetapi tidak pernah memberontak, justeru tiada masalah kepada kami untuk menyampaikan terus memorandum kepada Ketua Menteri biar kurang publisiti asalkan kita diterima baik seadanya.

Pihak saya percaya walaupun Ketua Menteri bukan orang Melayu namun beliau ada caranya untuk sedaya upaya membantu orang-orang Melayu di negeri ini. Beliau lebih sedar tanpa sokongan orang-orang Melayu pentadbiran Kerajaan Negeri akan menjadi kucar kacir. Beliau lebih arif tentang geo-politik di negeri ini, “Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi”. Hentikanlah sandiriwara wahai pihak PERKASA. Jangan mengambil terlalu banyak kesempatan untuk menjadi hero orang-orang Melayu. Cukuplah lakonan anda.

Adalah dikhuatiri orang-orang melayu dinegeri ini akan terus terpinggir dan berada di dalam kerugian akibat permainan politik serta tindakan ganas seperti itu. Berilah peluang kepada orang-orang melayu yang seramai hampir 640,000 dinegeri ini memulihkan maruah mereka serta menarik nafas lega sementara menanti kedatangan PRU-13 nanti. Tindak - tanduk pihak PERKASA berkenaan semestinya bakal menguntungkan sokongan terhadap pihak lain. KMPP berpandangan tidak perlulah pihak Kerajaan Negeri membuang masa melayan karenah yang berunsur keganasan seperti ini. Pihak saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin politik melayu di negeri ini khususnya hanya membisu dalam soal ini? Mengapa tidak berani menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan akhlak anak-anak muda ini dari terus berkelakuan biadap atau mungkin juga pemimpin berkenaan bersekongkol dengan isu tersebut.

Pada masa yang akan datang adalah disarankan agar pihak Kerajaan yang diterajui oleh Parti DAP tidak memandang ringan ke atas isu-isu yang melibatkan soal ekonomi orang-orang Melayu di negeri ini. Kita faham perlaksanaanya tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namum pelan transformasi bagi tujuan penambahbaikkan perlu diterjemahkan supaya tidak timbul persoalan kedudukan Melayu di negeri ini dianaktirikan.

Itulah sebabnya pihak KMPP telah mengemukakan cadangan agar pihak Kerajaan Negeri dapat menubuhkan MAJLIS RUNDINGAN EKONOMI MELAYU PULAU PINANG (MREMPP) supaya semua permasalahan ekonomi serta kebajikan orang-orang melayu di negeri ini dapat disalurkan terus kepada Majlis Rundingan berkenaan. Ini disebabkan tiada seorang Exco Melayu pun dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang berkaliber serta berkebolehan dapat menyelesaikan masalah-masalah orang-orang melayu dinegeri ini. Situasi demonstrasi dan tindakan biadap seperti itu berkemungkinan dapat diredakan. Pihak KMPP memohon supaya cadangan tersebut dikaji secara serius dari sudut positif setidak-tidaknya satu impak yang berkesan dari segi sokongan moral kemanusiaan dapat diterjemahkan demi keselesaan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pihak KMPP tidak berhasrat menyebelahi mana-mana pihak namun atas nama maruah orang-orang Melayu di negeri ini maka pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah orang Melayu di sini. Jika beginilah perbuatan mereka maka sudah pasti orang Melayu di negeri ini akan terus terpinggir tanpa pembelaan.

Mohd Noor Mohd Abdul Kader,
Setiausaha KMPP

Royalti bebaskan bebanan PTPTN graduan

Aslani M, 04 Mac 2012
KOTA BHARU, 4 Mac: Graduan lepasan universiti di Kelantan yang kini dibebani pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menarik nafas lega apabila bebanan mereka bakal dilangsaikan hasil royalti minyak.

Sejak 1997 sehingga tahun lepas lebih 93,000 anak Kelantan yang dibebani dengan hutang pinjaman PTPTN berjumlah RM3.3 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada tunggakan bayaran royalti petroleum sejak 2005 sehingga sekarang, Kelantan sepatutnya mendapat RM4.2 bilion.

Katanya, setiap tahun lebih 6,000 anak Kelantan berjaya mendapat tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi, di mana setiap seorang akan menanggung purata hutang pengajian sebanyak RM35,000.

“Ini bermakna setiap tahun sebanyak RM220 juta hutang pengajian yang terpaksa ditanggung anak-anak Kelantan yang belajar di universiti.

“Sedangkan royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan setiap tahun sebanyak RM500 juta,” katanya menjawab soalan Abdullah Ya’kob (PAS-Air Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya minyak dan gas dikeluarkan dari Medan PM301 iaitu di Bumi Selatan bermula pada 2005.

Kata Husam kemungkinan tempoh tersebut boleh diambil kira untuk membantu pelajar yang dibebani hutang PTPTN.

Beliau juga berkata, graduan-graduan anak Kelantan sudah mendapat maklum mengenai cadangan tersebut sehingga ada facebook khas diwujudkan bagi tujuan itu.

“Biar pun Umno kata cadangan berkenaan hanya sebagai rekaan politik, namun pelajar-pelajar telah memberi respon positif,” katanya.

Beliau juga memberitahu sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, kakitangan kerajaan berpeluang mendapat pinjaman membiayai pembelian rumah dan kenderaan tanpa sebarang faedah.

Menurutnya sekarang kerajaan BN mengenakan kadar faedah sebanyak 4 peratus bagi setiap pinjaman.

“Kita boleh laksanakan skim pinjaman tersebut tanpa dikenakan sebarang faedah seperti yang telah diamalkan di Kelantan sejak 1990.

“Biar pun tidak dikenakan sebarang caj, namun kewangan kerajaan Kelantan tidak terjejas,” ujarnya.

Isu Kedah selesai, diumum dalam masa terdekat

Harakahdaily, 04 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.

"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.

Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.

Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.

Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.

"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.

Muhammad Yusri Amin, 04 Mac 2012
KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana kini ramai dari kalangan kaum Cina dan India menyokong PAS termasuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas sokongan memberangsangkan dari pelbagai kaum dan tokoh agama khasnya terhadap kepimpinan Kelantan diketuainya kini.

“Baru-baru ini beberapa tokoh agama di Malaysia termasuk dari Kristian, Buddha dan lain-lain agama, datang ke Kelantan dan mereka berjumpa saya mengucapkan terima kasih banyak bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah mengganggu mereka termasuk dalam urusan ibadat,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Tawang Hassan Mohamood dan Adun Jelawat Abdul Aziz Kadir, kepimpinan PAS Kawasan Bachok dan para dermawan.

Mengulas peranan ahli dan pemimpin PAS, beliau menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing terutama menjelang Pilihan Raya ke-13.

“Bagi mereka yang ada mulut, bercakap.  Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti.

“Mereka yang ada wang, menderma.  Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata, antara langkah manusia bagi mengelak diri daripada api neraka di akhirat kelak ialah berusaha memperbetulkan urusan pemerintahan negeri dan negara.

Sehubungan itu, ujarnya antara usaha wajib dilakukan para pemikmpin  ialah memperbetulkan hal ehwal pemerintahan di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya.

“Ini penting supaya betul sebagaimana kehendak ‘tuan punya’ iaitu Allah SWT.

“Jadi oleh demikian, wajib kita menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam, dan ini kita telah buat sungguh-sungguh sejak lama dahulu khususnya sejak 1990,” jelasnya.
PRU-13: Giliran Najib 'dihukum', kata Saifuddin
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf atas kesilapan lalu BN tidak membawa sebarang makna melainkan ia disusuli dengan langkah-langkah pembetulan.

NONEMenurut beliau, antara keutamaan Najib kini ia menyelesaikan gejala rasuah dan salah urus dana awam, seperti yang melanda projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Sama ada memohon maaf atau tidak, kata Saifuddin, hukuman sedia menanti pemimpin BN dan sekiranya rakyat memutuskan bahawa Pakatan Rakyat berkuasa, mereka akan bertindak ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa.

"Kita akan heret mereka satu per satu untuk dibicarakan di mahkamah jika kita mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya akan datang," katanya pada ceramah di Sungai Petani, malam semalam.

Saifuddin mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, semalam yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008.

NONEPermohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari berhubung kepincangan pentadbiran BN, khususnya Umno sehingga membawa kepada kekalahan mereka di Selangor dan Kedah.

Kali pertama, Najib mengakui kesilapan BN dan Umno itu adalah pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mengulas permohonan maaf itu, Saifuddin berkata, walaupun pengundi di Selangor, Kedah dan tiga lagi negeri lain telah "menghukum" BN pada tahun 2008, namun pilihan raya umum akan datang adalah peluang untuk menghukum Najib pula.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaIni, kerana menurut Saifuddin, Najib selepas mengambil-alih pentadbiran Putrajaya daripada Tun Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Umno pada tahun 2009, tidak mengambil sebarang tindakan bagi memperbetulkan segala kepincangan BN.

"Kita masih belum menghukum Najib. Kita akan berbuat demikian pada pilihan raya umum akan datang ini," katanya, seambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Rampas kuasa di Perak: Adakah Najib mohon maaf?
Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan jika permohonan maaf yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kesilapan lampau BN, semalam merangkumi rampasan kuasa pada 2009 ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

NONE"Sejurus sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, Najib berkomplot dan merancang merampas kuasa dengan cara yang tidak sah dan tidak demokratik di Perak. Beliau menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi oleh rakyat dengan menggulingkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

"Adakah Najib (kiri) akan memohon maaf kerana rampasan kuasa yang tidak sah di Perak itu?" kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga menyenaraikan beberapa kesilapan lalu BN. Ini termasuk menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menjunam kepada skor yang paling rendah dalam sejarah, iaitu  pada 4.3 mata pada tahun 2011. Turut disentuh adalah skandal kewangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berjumlah hampir RM100 bilion.

Ini kata Lim, dijayakan dengan bantuan 'bailout' RM840 juta baru-baru ini kepada bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli melalui penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC semasa pentadbiran Najib.

Tiada ulasan: