DAP pelik dengan kenaikan pengundi luar bandar
Ahli
parlimen Serdang Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung
kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun
2008.Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi.
"Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PKR pada tahun 2008 dengan hanya majoriti 198 undi tetapi ia berjaya ditawan semula oleh calon BN P Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi berbanding saingannya Datuk Zaid Ibrahim yang meraih 23,272 undi.
Teo juga mendakwa peningkatan ketara juga dikesan di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenang dengan tipis oleh Pakatan Rakyat.
Contohnya, kata beliau kerusi Hulu Langat yang telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,745 undi dan Selayang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,567 undi, masing-masing melihat lonjakan sebanyak 21.7 peratus dan 22 peratus pengundi baru.
"Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya.
Dalam bahagian pilihan raya yang diwakili Teo di Parlimen Serdang, terdapat juga peningkatan 21.2 peratus pengundi baru menjadikan jumlah pengundi dari 94,877 kepada 117,979.
Perangkaan yang dipetik itu adalah daripada data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga akhir tahun lalu. Ia juga menunjukkan jumlah pengundi di Selangor meningkat sebanyak 17.5 peratus daripada 1.57 juta kepada 1.84 juta orang.
Menurut Teo, data baru yang dikeluarkan SPR itu juga mempunyai ramai pengundi senarai baru tidak mempunyai alamat yang lengkap
Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui
Jawatankuasa
Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di
negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas
daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang
meragukan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.
Menurut ahli PSC Anthony Loke (kiri), taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.
Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.
Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.
"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.
"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.
Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".
Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.
"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.
Belum boleh bubar parlimen
Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.
Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.
Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.
Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.
Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.
Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.
"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).
"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.
"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?
"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.
Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.
Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.
Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.
Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".
"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.
Hantu lapar undi
Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.
"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.
"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.
Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.
Menurut ahli PSC Anthony Loke (kiri), taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.
Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.
Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.
"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.
"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.
Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".
Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.
"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.
Belum boleh bubar parlimen
Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.
Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.
Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.
Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.
Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus
Ahli
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan
kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di
kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang
dikeluarkan pada 2 Nov lalu.Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.
Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.
"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).
SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini
mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa
ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta
pengundi berdaftar."Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.
"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?
"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.
Pengundi P Pinang lonjak 32,000 dalam 3 bulan
Berikutan
dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam
senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini
mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak
sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.
Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.
Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.
Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".
"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.
Hantu lapar undi
Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.
"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.
"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.
Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.
PAS curiga ramai pengundi pos baru di P Pinang
PAS
Pulau Pinang mencurigai penambahan jumlah pengundi pos di beberapa
kawasan negeri itu melalui beberapa kes yang penukaran status pengundi
yang dikesan.
Setiausahanya Mohd Fadzil Kemi berkata, keadaan itu dikhuatiri akan digunakan oleh BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun depan.
Katanya, keadaan itu dikesan berdasarkan penambahan sebanyak 630 orang pengundi pos di dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Pengundi di kawasan tersebut dipecahkan kepada tiga kawasan DUN -- Sungai Dua, Permatang Berangan dan Teluk Ayer Tawar.
Apa yang mencurigakan, pengundi pos berkenaan sebelum ini telahpun mengundi sebagai pengundi awam, namun kini didakwa telah hilang kelayakan tersebut, katanya.
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fadzil juga berkata PAS Pulau Pinang telah mengenalpasti sekurang-kurangnya seramai empat orang pengundi yang mengalami nasib seperti itu.
"Bagaimana mereka boleh jadi pengundi pos secara automatik sedangkan mereka perlu isi Borang 1 terlebih dahulu.
"Mereka kena mohon dulu, kemudian barulah disahkan oleh SPR," katanya yang menjelaskan, sekalipun pengundi itu layak sebagai pengundi pos, individu berkenaan masih belum hilang kelayakan sebagai pengundi awam.
Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pengundi berkenaan daripada Daftar Pengundi Induk ke dalam senarai pengundi baru merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih).
"Pengundi ini kita memang kenal. Mereka adalah anak kepada kawan-kawan kita juga, secara umumnya mereka ini adalah isteri kepada anggota tentera di sini.
"Yang kita lagi hairan, kenapa tentera itu mengundi di tempat lain, tapi isteri dia mengundi di tempat lain," katanya yang juga timbalan pengarah jabatan pilihan raya PAS negeri.
Katanya lagi, "pengundi baru" itu didaftarkan di satu lokaliti mengundi yang "tidak wujud sebelum ini."
"Memang ada satu kem tentera di kawasan ini, tapi yang duduk di situ tak sampai 1,000 orang pun.
"Tapi ada seramai 2,300 orang pengundi pos, kemudian ditambah lagi 630 orang, jadi dekat 3,000 orang. Ini yang tak masuk akal," katanya lagi.
Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (kanan) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.
"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.
Pada tahun 2008, Zambry (bawah, kiri) memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.
"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.
Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.
Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.
Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.
Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.
"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan.
Dalam email kepada Malaysiakini, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi SPR, Yusniati Ishak berkata jumlah pengundi pos tetap kekal pada angka 1,356 sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 5,669 yang dibuat oleh PKR Perak dengan dakwaan tambahan pengundi pos itu dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk Pangkor pada 2010.
"Untuk makluman, jumlah pengundi pos bagi Pangkor semasa pilihan raya ke-12 adalah 12,460. Bagaiamanapun jumlah pengundi pos bagi Pangkor sehingga ST4/2010 (suku akhir 2010) adalah 13,816," katanya.
Yusniati mengulas dakwaan yang dibuat oleh timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang dibuatnya pada Selasa lalu.
ADUN Simpang Pulai mendakwa sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.
Dakwa Chan lagi, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
Setiausahanya Mohd Fadzil Kemi berkata, keadaan itu dikhuatiri akan digunakan oleh BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun depan.
Katanya, keadaan itu dikesan berdasarkan penambahan sebanyak 630 orang pengundi pos di dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Pengundi di kawasan tersebut dipecahkan kepada tiga kawasan DUN -- Sungai Dua, Permatang Berangan dan Teluk Ayer Tawar.
Apa yang mencurigakan, pengundi pos berkenaan sebelum ini telahpun mengundi sebagai pengundi awam, namun kini didakwa telah hilang kelayakan tersebut, katanya.
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fadzil juga berkata PAS Pulau Pinang telah mengenalpasti sekurang-kurangnya seramai empat orang pengundi yang mengalami nasib seperti itu.
Pengundi awam jadi pengundi pos
"Kita
ada buat siasatan ke atas empat sampel. Sebelum ini mereka pernah
mengundi sebagai pengundi awam, tapi sekarang hilang kelayakan tersebut
sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk menjadi pengundi pos."Bagaimana mereka boleh jadi pengundi pos secara automatik sedangkan mereka perlu isi Borang 1 terlebih dahulu.
"Mereka kena mohon dulu, kemudian barulah disahkan oleh SPR," katanya yang menjelaskan, sekalipun pengundi itu layak sebagai pengundi pos, individu berkenaan masih belum hilang kelayakan sebagai pengundi awam.
Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pengundi berkenaan daripada Daftar Pengundi Induk ke dalam senarai pengundi baru merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih).
"Pengundi ini kita memang kenal. Mereka adalah anak kepada kawan-kawan kita juga, secara umumnya mereka ini adalah isteri kepada anggota tentera di sini.
"Yang kita lagi hairan, kenapa tentera itu mengundi di tempat lain, tapi isteri dia mengundi di tempat lain," katanya yang juga timbalan pengarah jabatan pilihan raya PAS negeri.
Katanya lagi, "pengundi baru" itu didaftarkan di satu lokaliti mengundi yang "tidak wujud sebelum ini."
"Memang ada satu kem tentera di kawasan ini, tapi yang duduk di situ tak sampai 1,000 orang pun.
"Tapi ada seramai 2,300 orang pengundi pos, kemudian ditambah lagi 630 orang, jadi dekat 3,000 orang. Ini yang tak masuk akal," katanya lagi.
Undi pos naik mendadak di Perak
Sejumlah
8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di
enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR
negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (kanan) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.
"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.
Pada tahun 2008, Zambry (bawah, kiri) memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.
"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.
Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.
Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.
Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.
Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.
"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan.
SPR nafi kenaikkan mendadak pengundi pos
Suruhanjaya
Pilihan Raya menafikan dakwaan PKR Perak yang kerusi dewan undangan
negeri Pangkor menyaksikan kenaikan mendadak jumlah pengundi pos.Dalam email kepada Malaysiakini, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi SPR, Yusniati Ishak berkata jumlah pengundi pos tetap kekal pada angka 1,356 sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 5,669 yang dibuat oleh PKR Perak dengan dakwaan tambahan pengundi pos itu dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk Pangkor pada 2010.
"Untuk makluman, jumlah pengundi pos bagi Pangkor semasa pilihan raya ke-12 adalah 12,460. Bagaiamanapun jumlah pengundi pos bagi Pangkor sehingga ST4/2010 (suku akhir 2010) adalah 13,816," katanya.
Yusniati mengulas dakwaan yang dibuat oleh timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang dibuatnya pada Selasa lalu.
ADUN Simpang Pulai mendakwa sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.
Dakwa Chan lagi, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan