Victoria sedia terima pegawai Selangor
Harakahdaily, | 05 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Kerajaan Negeri Victoria, Australia bersedia menerima pegawai-pegawai
Selangor bagi mendedahkan mereka kepada cara-cara kerajaan tersebut
menyelesaikan masalah-masalah perumahan.
Hasrat itu telah disampaikan oleh Chief of Staff kepada Menteri Perumahan Victoria, Anna Cronin ketika dikunjungi oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A. Samad di Melbourne pada 2 Mac lepas.
Menurut Iskandar, Cronin mencadangkan pegawai-pegawai Selangor ditempatkan di jabatan beliau untuk satu jangka masa agar dapat didedahkan kepada cara-cara pelaksanaan agenda-agenda perumahan kerajaan Victoria.
Di dalam kunjungan tersebut, katanya Cronin telah menerangkan polisi-polisi dan program-program perumahan Victoria sementara beliau pula telah turut menerangkan agenda-agenda perumahan Selangor.
Kata Iskandar, di Victoria program untuk menyediakan kediaman yang sempurna bagi golongan muda dan mereka yang hidup melarat tidak hanya terhad kepada menyediakan tempat tinggal tetapi ianya juga meliputi penyediaan bimbingan, latihan kemahiran, kaunseling serta sokongan-sokongan yang lain.
Tambahnya, terdapat satu program khusus untuk golongan muda di sana.
Jelasnya lagi, sewa di perumahan awam yang disediakan kerajaan pula tidaklah sama bagi setiap penyewa.
Perumahan awam itu, ujarnya adalah sama seperti Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang ada di Lembah Subang dan Kota Damansara.
“Penyewa di Victoria membayar berdasarkan pendapatan bulanan mereka. Sewa yang ditetapkan adalah 25 peratus dari pendapatan bulanan penyewa.
“Jika pendapatan mereka rendah maka sewa mereka rendah dan jika pendapatan mereka tinggi maka sewa mereka tinggi,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Kerajaan Victoria pula tidak masuk campur di dalam pentadbiran perumahan bertingkat atau berstrata.
Di sana, ujarnya penduduk mentadbir pembangunan mereka dengan menubuhkan badan-badan pengurusan seperti di Malaysia.
Walau bagaimanapun, ujarnya pertelingkahan dirujuk terus kepada satu tribunal khas yang akan memutuskan jalan penyelesaian.
Justeru, Iskandar mengalu-alukan cadangan Cronin kerana ia dapat mendedahkan pegawai-pegawai Selangor kepada cara bekerja di sebuah negara yang maju dan yakin pengalaman itu akan memberi sumbangan yang besar kepada usaha untuk menjadikan Selangor bertaraf dunia.
Rakyat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sisa buangan Lynas yang mengandungi radioaktif akan dibuang jauh dari kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara sedangkan lesen operasi sementara telahpun dikeluarkan.
Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa keadaan ini berlaku kerana bukan setelah lesen dikeluarkan barulah kita terhegeh-hegeh tapak pelupusan baru nak dikenal pasti. Ini ditambah pula dengan kekeliruan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas di Malaysia diarah menghantar sisa-sisa nadir bumi balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Kuantan.
Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.
"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.
Kenyataan PM langsung tidak meyakinkan kerana isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih belum diurus dengan baik. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3,000 tong sisa yang masih belum diurus dan tapak sisa lama tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan.
Berlatarbelakangkan ini, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kenyataan PM yang berkata kilang Lynas adalah selamat. Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar meredakan kemarahan rakyat dan kata dua rakyat, sama ada tutup kilang Lynas atau sedia dihukum di PRU akan datang.
PAS ingin tegaskan hasrat rakyat agar kerajaan mendesak Australia menerima semula sisa buangan yang dianggap tidak mendatangkan bahaya ini. Kalaulah pelbagai insentif boleh disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Lynas dari Australia itu untuk beroperasi di Gebeng seperti menyediakan kawasan seluas 200 ekar, pelepasan cukai 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain, apakah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia.
Kerajaan perlu bertegas bagi membuktikan bahawa sisa tersebut tidak mendatangkan apa- apa bahaya kepada kemanusiaan dan alam sekitar dengan membuat desakan tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa di mana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 Mac 2012

Sisa Lynas: Tidak yakin pengumuman Najib
05 Mac 2012 |

Lynas: Dangkal percayai Najib kes Bukit Merah
Harakahdaily, | 05 Mac 2012 |
TEMERLOH, 5 Mac:
Rakyat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib
Razak yang mengumumkan sisa buangan Lynas yang mengandungi radioaktif
akan dibuang jauh dari kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam
negara sedangkan lesen operasi sementara telahpun dikeluarkan.
“Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa keadaan ini berlaku kerana bukan setelah lesen dikeluarkan barulah kita terhegeh-hegeh tapak pelupusan baru nak dikenal pasti.
"Ini ditambah pula dengan kekeliruan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas di Malaysia diarah menghantar sisa-sisa nadir bumi balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Kuantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Liow berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia. Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari ‘mampuih’ nak membawa pulang sisa radioaktif ke negerinya.
Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.
Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas.
Walaupun Liow menyatakan bahawa keputusan itu ialah keputusan kabinet, tetapi Najib tetiba pula pada 2 Mac mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, akan dipindahkan ke lokasi lain di Malaysia yang jauh dari penempatan penduduk.
Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.
"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.
Kenyataan PM, kata Tuan Ibrahim langsung tidak meyakinkan kerana isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih belum diurus dengan baik. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3,000 tong sisa yang masih belum diurus dan tapak sisa lama tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan.
Berlatarbelakangkan ini, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kenyataan PM yang berkata kilang Lynas adalah selamat.
“Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar meredakan kemarahan rakyat dan kata dua rakyat, sama ada tutup kilang Lynas atau sedia dihukum di PRU akan datang,” kata Tuan Ibrahim.
Tambah beliau, PAS menegaskan bahawa hasrat rakyat ialah agar kerajaan mendesak Australia menerima semula sisa buangan yang dianggap tidak mendatangkan bahaya ini.
“Kalaulah pelbagai insentif boleh disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Lynas dari Australia itu untuk beroperasi di Gebeng seperti menyediakan kawasan seluas 200 ekar, pelepasan cukai 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain, apakah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia,” sindir Tuan Ibrahim.
Kerajaan, katanya perlu bertegas bagi membuktikan bahawa sisa tersebut tidak mendatangkan apa- apa bahaya kepada kemanusiaan dan alam sekitar dengan membuat desakan tersebut.
“PAS ingin menegaskan bahawa dimana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan,” tegas Tuan Ibrahim.
5 Mac 2012
ANALISIS
- Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) Tun Daim
Zainuddin, yang lazimnya digambarkan sebagai pemimpin politik-ekonomi
yang suka 'berdiam diri', meramalkan keputusan yang bakal disaksikan.
Ramai tidak percaya ketika itu.
Tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Sebahagian besar ramalannya menjadi.
Sekali lagi, ketika spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan dalam beberapa bulan lagi, Daim, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno ini, menyuarakan pandangan beliau. Ramai kelihatan sudah mula menerima pandangan beliau.
Empat tahun lalu pandangan beliau lebih menjurus kepada masa depan Barisan Nasional (BN). Ketika itu BN dilihat sebagai satu-satunya perikatan formal yang ada ketika itu. Sebaliknya, PRU13 menyaksikan kewujudkan perikatan tidak formal - Pakatan Rakyat (PR).
Dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, Daim memberi pandangan mengenai senario semasa dengan menyentuh kelebihan dan kekurangan di kedua-dua pihak BN dan PR.
Seiring dengan pandangan Daim itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak melihat BN mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam PRU13 berbanding tsunami politik 2008.
Menurutnya, dengan menilai indikator yang ada kini, situasinya tidak sama sebelum tsunami politik 2008.
Katanya, dua perkara ketika itu yang mempengaruhi tsunami 2008 adalah masalah dalaman dihadapi BN dan juga situasi ekonomi negara yang tidak mengizinkan telah membebankan rakyat ketika itu perlu diambil kira.
“Kini selepas tsunami 2008, petunjuknya sudah mulai berubah melalui transformasi kepimpinan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Keadaan ekonomi semakin kukuh, memberi kelebihan dan petunjuk terbaik menunjukkan Najib, seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya.
Justeru, Mustafa berkata atas faktor itu, rakyat akan kembali memberi sokongan kepada BN dan menghulur peluang kepada Najib sebagai Perdana Menteri yang pertama kalinya menghadapi pilihan raya umum.
Kini selepas hampir 35 bulan menerajui tonggak utama negara, peranan dan ‘faktor Najib’ berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN dan juga negara.
Sikap keterbukaannya yang bertekad mahu membela nasib semua bangsa berjaya meletakkan kepemimpinan Najib semakin disenangi, dihargai dan diterima.
Katanya, faktor pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) dan kegagalan pentadbiran di negeri-negeri yang di menangani Pakatan pada PRU lalu, juga melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN.
“PR kini berdepan dengan pelbagai masalah di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada PRU lalu selain masalah kepimpinan dalam parti komponen mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian sambil menggambarkan pandangan diutarakan oleh Daim lebih berbentuk "nasihat-nasihat yang bersyarat" sebenarnya terpakai kepada kedua-dua PR dan BN.
"Saya rasa ia akan berguna untuk semua," kata beliau yang turut menyifatkan Daim memberikan pandangan secara berhati-hati agar tidak menyinggung pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno.
"Tun Daim banyak menggunakan kata dan ayat-ayat berlapik kali ini berbanding empat tahun lalu," katanya lagi.
"Saya melihat Tun Daim hendak memberitahu bahawa BN akan mendapat manfaat jika ikut segala apa yang beliau senaraikan. PR pula tidak boleh terlalu yakin mereka ada kelebihan, dan pada masa yang sama tidak boleh memandang rendah kelemahan-kelemahan pihak lawan mereka," kata Ibrahim merujuk kepada sasaran matlamat mahu menuju ke Putrajaya.
Ibrahim setuju dengan kelebihan 'faktor Najib' yang dilihat ramai sebagai poin yang boleh memanfaatkan BN.
Bagaimanapun tegas beliau, 'faktor Najib' boleh membawa kelebihan kepada BN, tetapi ia bukan formula utama yang akan membawa besar perikatan.
"Akhirnya, kemenangan akan ditentukan oleh banyak faktor, tidak semestinya hanya faktor Najib semata-mata," kata Ibrahim lagi.
Daim yakin BN mempunyai potensi besar kemenangan dalam PRU13.
Sehubungan itu kata Mohamed Mustafa, pada PRU13 ini, sukar bagi PR untuk mendabik dada bahawa mereka akan mendapat kemenangan mudah, khususnya setelah pelbagai transformasi menyeluruh Najib yang dijangka mempengaruhi pengundi tradisi Melayu, Cina dan atas pagar untuk beralih kepada BN.
Justeru, katanya tidak wajar merendahkan kemampuan rakyat untuk mereka menilai sendiri kepimpinan BN atau PR yang lebih baik dalam menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan keselamatan rakyat.
Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia menekankan bahawa kebijaksanaan menangani pelbagai isu khususnya ketika PRU hampir menjelang, akan mempengaruhi pola pengundian rakyat.
Beliau yang juga Ahli Bersekutu Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara berkata, rakyat sudah mula membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR dengan melihat kaedah dan pendekatan parti komponen itu dalam menangani pelbagai isu.
Mengulas lanjut pandangan Daim, Mohamed Mustafa berkata, adalah sukar untuk berlakunya ‘parlimen tergantung’ seperti yang dikatakan Daim kerana bersandarkan PRU lalu, BN masih kekal membentuk kerajaan meskipun tsunami politik.
Sehubungan itu, beliau berkata BN tidak boleh melakukan kesilapan dalam memastikan pemilihan calon berkaliber dan jentera parti yang tepat dalam PRU ini.
“Yang pasti rakyat mengharapkan calon yang bersikap jujur, ikhlas, bersih dan berintegriti, boleh mendengar denyutan nadi mereka dipilih dan diangkat sebagai wakil rakyat,” katanya.
“Populariti Najib adalah kelebihan kepada BN, kerana populariti membantu sokongan rakyat terhadap parti, sekali gus melonjakkan sokongan golongan muda,” katanya.
Daim walaupun seringkali 'diam' dan kelihatan berada jauh daripada arena politi tempatan tetapi pandangan-pandanganya masih berbisa dalam meramalkan keputusan PRU13.
Dalam wawancara terbaru, bekas Ahli Parlimen ini antara lain berkata: "Saya bukanlah seorang yang boleh membuat suatu ramalan dengan tepat."
"Ramalan negeri yang dikaitkan dengan saya menjelang PRU12 telah membuatkan saya menjadi seorang peramal politik.
"Saya ingin membantu mendalami pendebatan politik, untuk mengemudi politik lari daripada isu-isu perkauman dan kebencian. Jadi saya akan memberikan beberapa pandangan," katanya lagi.
Jika pada 1990-an kata-kata Daim menjadi penggerakan pasaran saham, kini menjadi penggerak politik. Sudah pasti mesej tersirat beliau sekali lagi menjadi pertimbangan kepada para pengundi untuk membuat ukuran dan menentukan sokongan mereka.
Pandangan Daim boleh menguntungkan BN dan juga PR jika digunakan dengan sebaik yang mungkin.
5 Mac 2012
SHAH
ALAM - Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mengambil berat dan tidak
terlalu yakin dengan gambaran dibuat veteran politik Tun Daim Zainuddin
bahawa Umno dan perikatannya punya kelebihan pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau menghormati pandangan itu dan menyifatkannya sebagai satu cabaran.
“Saya lihat pandangan beliau (Daim) yang bernas dan tajam itu perlu diberi perhatian. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak berasa selesa dan terlebih yakin dengan ramalan itu.
“Ambil berat dengan kelebihan yang dinyatakan itu supaya menjadi kenyataan. Bagi negeri-negeri yang diramalkan beliau, BN akan gagal, itu bukan penghalang , itu hanya ramalan... jadikan ia satu cabaran untuk membuktikan yang BN juga mampu takluk negeri tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemimpin Umno perlu melihat pandangan itu sebagai satu aspirasi yang perlu dilaksanakan agar BN boleh terus mengekalkan dua pertiga majoriti.
Beliau turut menyifatkan ramalan bekas Menteri Kewangan itu sesuatu yang positif dan perlu di ambil perhatian oleh Umno.
Daim juga bekas Bendahari Umno.
“Saya berterima kasih atas pandangan beliau selaku veteran Umno dan orang yang banyak pengalaman dalam pentadbiran negara.
“Saya juga berharap media memberi lebih banyak ruang kepada veteran-veteran politik yang telah banyak berjasa seperti Tun Daim dalam berkongsi pandangan beliau,” katanya.
Semalam, Tun Daim dalam wawancaranya bersama sebuah akhbar arus perdana meramalkan Umno dan BN mempunyai kelebihan pada pilihan raya akan datang.
Daim berkata, pembaharuan politik yang diamalkan oleh kerajaan hari ini kelihatan lebih berkesan berbanding sebelum ini.
Beliau turut berpandangan BN mampu menguasai kembali beberapa negeri yang telah ditakluk Pakatan Rakyat, namun menghadapi kesukaran di beberapa negeri terutamanya Pulau Pinang dan Kelantan.
Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, Daim adalah satu-satunya tokoh yang secara terbuka meramalkan BN akan kehilangan beberapa negeri dan akan mencatatkan keputusan terburuk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).
“Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa keadaan ini berlaku kerana bukan setelah lesen dikeluarkan barulah kita terhegeh-hegeh tapak pelupusan baru nak dikenal pasti.
"Ini ditambah pula dengan kekeliruan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas di Malaysia diarah menghantar sisa-sisa nadir bumi balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Kuantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Liow berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia. Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari ‘mampuih’ nak membawa pulang sisa radioaktif ke negerinya.
Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.
Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas.
Walaupun Liow menyatakan bahawa keputusan itu ialah keputusan kabinet, tetapi Najib tetiba pula pada 2 Mac mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, akan dipindahkan ke lokasi lain di Malaysia yang jauh dari penempatan penduduk.
Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.
"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.
Kenyataan PM, kata Tuan Ibrahim langsung tidak meyakinkan kerana isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih belum diurus dengan baik. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3,000 tong sisa yang masih belum diurus dan tapak sisa lama tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan.
Berlatarbelakangkan ini, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kenyataan PM yang berkata kilang Lynas adalah selamat.
“Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar meredakan kemarahan rakyat dan kata dua rakyat, sama ada tutup kilang Lynas atau sedia dihukum di PRU akan datang,” kata Tuan Ibrahim.
Tambah beliau, PAS menegaskan bahawa hasrat rakyat ialah agar kerajaan mendesak Australia menerima semula sisa buangan yang dianggap tidak mendatangkan bahaya ini.
“Kalaulah pelbagai insentif boleh disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Lynas dari Australia itu untuk beroperasi di Gebeng seperti menyediakan kawasan seluas 200 ekar, pelepasan cukai 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain, apakah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia,” sindir Tuan Ibrahim.
Kerajaan, katanya perlu bertegas bagi membuktikan bahawa sisa tersebut tidak mendatangkan apa- apa bahaya kepada kemanusiaan dan alam sekitar dengan membuat desakan tersebut.
“PAS ingin menegaskan bahawa dimana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan,” tegas Tuan Ibrahim.
Mesej tersirat ramalan politik Daim
5 Mac 2012
Tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Sebahagian besar ramalannya menjadi.
Sekali lagi, ketika spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan dalam beberapa bulan lagi, Daim, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno ini, menyuarakan pandangan beliau. Ramai kelihatan sudah mula menerima pandangan beliau.
Empat tahun lalu pandangan beliau lebih menjurus kepada masa depan Barisan Nasional (BN). Ketika itu BN dilihat sebagai satu-satunya perikatan formal yang ada ketika itu. Sebaliknya, PRU13 menyaksikan kewujudkan perikatan tidak formal - Pakatan Rakyat (PR).
Dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, Daim memberi pandangan mengenai senario semasa dengan menyentuh kelebihan dan kekurangan di kedua-dua pihak BN dan PR.
Seiring dengan pandangan Daim itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak melihat BN mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam PRU13 berbanding tsunami politik 2008.
Menurutnya, dengan menilai indikator yang ada kini, situasinya tidak sama sebelum tsunami politik 2008.
Katanya, dua perkara ketika itu yang mempengaruhi tsunami 2008 adalah masalah dalaman dihadapi BN dan juga situasi ekonomi negara yang tidak mengizinkan telah membebankan rakyat ketika itu perlu diambil kira.
“Kini selepas tsunami 2008, petunjuknya sudah mulai berubah melalui transformasi kepimpinan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Keadaan ekonomi semakin kukuh, memberi kelebihan dan petunjuk terbaik menunjukkan Najib, seorang pemimpin yang dinamik dan mempunyai keyakinan yang tinggi,” katanya.
Justeru, Mustafa berkata atas faktor itu, rakyat akan kembali memberi sokongan kepada BN dan menghulur peluang kepada Najib sebagai Perdana Menteri yang pertama kalinya menghadapi pilihan raya umum.
Kini selepas hampir 35 bulan menerajui tonggak utama negara, peranan dan ‘faktor Najib’ berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN dan juga negara.
Sikap keterbukaannya yang bertekad mahu membela nasib semua bangsa berjaya meletakkan kepemimpinan Najib semakin disenangi, dihargai dan diterima.
Katanya, faktor pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) dan kegagalan pentadbiran di negeri-negeri yang di menangani Pakatan pada PRU lalu, juga melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN.
“PR kini berdepan dengan pelbagai masalah di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada PRU lalu selain masalah kepimpinan dalam parti komponen mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian sambil menggambarkan pandangan diutarakan oleh Daim lebih berbentuk "nasihat-nasihat yang bersyarat" sebenarnya terpakai kepada kedua-dua PR dan BN.
"Saya rasa ia akan berguna untuk semua," kata beliau yang turut menyifatkan Daim memberikan pandangan secara berhati-hati agar tidak menyinggung pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno.
"Tun Daim banyak menggunakan kata dan ayat-ayat berlapik kali ini berbanding empat tahun lalu," katanya lagi.
"Saya melihat Tun Daim hendak memberitahu bahawa BN akan mendapat manfaat jika ikut segala apa yang beliau senaraikan. PR pula tidak boleh terlalu yakin mereka ada kelebihan, dan pada masa yang sama tidak boleh memandang rendah kelemahan-kelemahan pihak lawan mereka," kata Ibrahim merujuk kepada sasaran matlamat mahu menuju ke Putrajaya.
Ibrahim setuju dengan kelebihan 'faktor Najib' yang dilihat ramai sebagai poin yang boleh memanfaatkan BN.
Bagaimanapun tegas beliau, 'faktor Najib' boleh membawa kelebihan kepada BN, tetapi ia bukan formula utama yang akan membawa besar perikatan.
"Akhirnya, kemenangan akan ditentukan oleh banyak faktor, tidak semestinya hanya faktor Najib semata-mata," kata Ibrahim lagi.
Daim yakin BN mempunyai potensi besar kemenangan dalam PRU13.
Sehubungan itu kata Mohamed Mustafa, pada PRU13 ini, sukar bagi PR untuk mendabik dada bahawa mereka akan mendapat kemenangan mudah, khususnya setelah pelbagai transformasi menyeluruh Najib yang dijangka mempengaruhi pengundi tradisi Melayu, Cina dan atas pagar untuk beralih kepada BN.
Justeru, katanya tidak wajar merendahkan kemampuan rakyat untuk mereka menilai sendiri kepimpinan BN atau PR yang lebih baik dalam menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan keselamatan rakyat.
Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia menekankan bahawa kebijaksanaan menangani pelbagai isu khususnya ketika PRU hampir menjelang, akan mempengaruhi pola pengundian rakyat.
Beliau yang juga Ahli Bersekutu Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara berkata, rakyat sudah mula membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR dengan melihat kaedah dan pendekatan parti komponen itu dalam menangani pelbagai isu.
Mengulas lanjut pandangan Daim, Mohamed Mustafa berkata, adalah sukar untuk berlakunya ‘parlimen tergantung’ seperti yang dikatakan Daim kerana bersandarkan PRU lalu, BN masih kekal membentuk kerajaan meskipun tsunami politik.
Sehubungan itu, beliau berkata BN tidak boleh melakukan kesilapan dalam memastikan pemilihan calon berkaliber dan jentera parti yang tepat dalam PRU ini.
“Yang pasti rakyat mengharapkan calon yang bersikap jujur, ikhlas, bersih dan berintegriti, boleh mendengar denyutan nadi mereka dipilih dan diangkat sebagai wakil rakyat,” katanya.
“Populariti Najib adalah kelebihan kepada BN, kerana populariti membantu sokongan rakyat terhadap parti, sekali gus melonjakkan sokongan golongan muda,” katanya.
Daim walaupun seringkali 'diam' dan kelihatan berada jauh daripada arena politi tempatan tetapi pandangan-pandanganya masih berbisa dalam meramalkan keputusan PRU13.
Dalam wawancara terbaru, bekas Ahli Parlimen ini antara lain berkata: "Saya bukanlah seorang yang boleh membuat suatu ramalan dengan tepat."
"Ramalan negeri yang dikaitkan dengan saya menjelang PRU12 telah membuatkan saya menjadi seorang peramal politik.
"Saya ingin membantu mendalami pendebatan politik, untuk mengemudi politik lari daripada isu-isu perkauman dan kebencian. Jadi saya akan memberikan beberapa pandangan," katanya lagi.
Jika pada 1990-an kata-kata Daim menjadi penggerakan pasaran saham, kini menjadi penggerak politik. Sudah pasti mesej tersirat beliau sekali lagi menjadi pertimbangan kepada para pengundi untuk membuat ukuran dan menentukan sokongan mereka.
Pandangan Daim boleh menguntungkan BN dan juga PR jika digunakan dengan sebaik yang mungkin.
BN perlu ambil berat 'mesej' Tun Daim
5 Mac 2012
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau menghormati pandangan itu dan menyifatkannya sebagai satu cabaran.
“Saya lihat pandangan beliau (Daim) yang bernas dan tajam itu perlu diberi perhatian. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak berasa selesa dan terlebih yakin dengan ramalan itu.
“Ambil berat dengan kelebihan yang dinyatakan itu supaya menjadi kenyataan. Bagi negeri-negeri yang diramalkan beliau, BN akan gagal, itu bukan penghalang , itu hanya ramalan... jadikan ia satu cabaran untuk membuktikan yang BN juga mampu takluk negeri tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemimpin Umno perlu melihat pandangan itu sebagai satu aspirasi yang perlu dilaksanakan agar BN boleh terus mengekalkan dua pertiga majoriti.
Beliau turut menyifatkan ramalan bekas Menteri Kewangan itu sesuatu yang positif dan perlu di ambil perhatian oleh Umno.
Daim juga bekas Bendahari Umno.
“Saya berterima kasih atas pandangan beliau selaku veteran Umno dan orang yang banyak pengalaman dalam pentadbiran negara.
“Saya juga berharap media memberi lebih banyak ruang kepada veteran-veteran politik yang telah banyak berjasa seperti Tun Daim dalam berkongsi pandangan beliau,” katanya.
Semalam, Tun Daim dalam wawancaranya bersama sebuah akhbar arus perdana meramalkan Umno dan BN mempunyai kelebihan pada pilihan raya akan datang.
Daim berkata, pembaharuan politik yang diamalkan oleh kerajaan hari ini kelihatan lebih berkesan berbanding sebelum ini.
Beliau turut berpandangan BN mampu menguasai kembali beberapa negeri yang telah ditakluk Pakatan Rakyat, namun menghadapi kesukaran di beberapa negeri terutamanya Pulau Pinang dan Kelantan.
Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, Daim adalah satu-satunya tokoh yang secara terbuka meramalkan BN akan kehilangan beberapa negeri dan akan mencatatkan keputusan terburuk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan