Isnin, 5 Mac 2012

KADANG2 KITA TERPERANGKAP DENGAN KATA2..UCAPAN2..SURAT2 YANG KITA TUNJUKKAN...JIKA ALLAH YANG NAK BUKA PEKUNG KITA...TIADA SAPE YANG BOLEH TUTUP...INGATLAH KUASA PALING AGUNG IALAH ALLAH...BUKANNYA MAKHLUK2

Hantar surat kepada PM Israel satu pengiktirafan

Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Jika tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengapa perlu menghantar surat rasmi kepada negara Yahudi tersebut?

Itu persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) sejurus kembali ke tanahcair kelmarin terhadap pendedahan tiga surat yang ditulis oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perdana menteri negara haram Yahudi tersebut.

“Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut.

Pendedahan tersebut melondehkan hipokrisi dan penipuan Umno terhadap rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel, kerana penghantaran surat rasmi itu sebenarnya satu pengiktirafan secara langsung ke atas kewujudan negara Israel,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Katanya, persoalan pengiktirafan terhadap Israel menjadi topik utama apabila beberapa buah negara Islam membantah perjanjian Camp David kerana perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan Mesir kepada negara Yahudi tersebut.

“Walaupun dunia menyedari bahawa wujudnya kerajaan haram Israel, namun apa yang penting menonjol dalam pendedahan surat-surat tersebut ialah kerajaan Malaysia seolah-olah mengakui negara haram ini yang dirampas oleh pendatang haram Israel, dan memaksa rakyatnya menjadi pelarian ini sebagai satu negara yang sah,” terang Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Melalui surat yang dihantar oleh Mahathir dan urus-dagang antara Malaysia dan Israel yang terus berjalan seperti yang didedahkan, kata Tuan Ibrahim telah secara langsung menyinsingkan muka kepura- puraan kerajaan dan sikap berbohongnya terhadap rakyat dalam isu hubungan negara dengan Israel selama ini.

“Mana mungkin seseorang Perdana Menteri boleh menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel kalau tidak mengiktiraf negara tersebut. Jawatan yang dipegang kerana adanya negara, maka secara simboliknya penghantaran surat tersebut jelas ialah satu pengiktirafan,” bidas beliau.

Mashitah sempurnakan kebangkrapan moral Umno


05 Mac 2012


"SELAMA 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi dengan PAS dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya PAS yang mengajar saya mengenai Islam...," itulah pengakuan berterus terang bekas Naib Presiden MCA, Dato' Dr Chua Jui Meng ketika dijemput menjadi panelis program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 29 Februari lalu.

Sejauh mana Umno berperanan menyampaikan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya juga kepada parti-parti kerabat BN yang lain? Jika apa yang dikatakan Dr Chua itu boleh dijadikan sandaran, jelas Umno yang menjadi parti teras dalam BN gagal mempromosikan imej positif Islam walaupun sering mengakui bahawa perjuangannya berteraskan agama dan bangsa. Malah konotasi "Melayu itu Islam" dan "Islam itu Melayu" seringkali terpacul daripada mulut para pemimpin Umno.

Kegagalan Umno ini tidak menghairankan apabila kita melihat reaksi melampau parti sekutunya MCA dalam menangani isu pelaksanaan hudud. Walaupun cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud hanya terpakai kepada penganut Islam, MCA menentangnya secara bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan umat Islam negara ini yang majoritinya menyokong cadangan tersebut.

Apa yang lebih mendukacitakan, sikap anti-syariah MCA ini tidak langsung mendapat bantahan daripada Umno mahupun kumpulan-kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh MCA terhadap parti Melayu itu. Walaupun seringkali menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam tanpa sebarang sandaran hujah, Umno dan Perkasa tetap mengambil sikap berdiam diri apabila syariah Islam dihina oleh MCA terutama Presidennya, Dr Chua Soi Lek.

Dalam membicarakan kegagalan Umno mempertahan kesucian Islam dan melaksanakan tanggungjawab dakwah, pastinya kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang peranan 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu. Jelas 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggung jawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan gagal menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada Umno dan BN.

Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno.

Lihat sahajalah ruangan kolum 'Langit Terbuka' orang agama Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu. Dalam tulisan bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan', Mashitah secara tidak beretika cuba mengaitkan para pemimpin PAS dan KeADILan dalam apa yang disebut beliau sebagai 'krisis moral' pemimpin pakatan pembangkang.

Antara yang menjadi mangsa serangan beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrolamin Baharon yang sangat diyakininya telah melakukan khalwat dengan isteri orang. Walaupun Dr Badrolamin dan wanita terbabit menafikan dakwaan liar itu dan hanya diminta memberi keterangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mashitah sudah meyakini bahawa mereka telah melakukan khalwat.

Beliau juga menyerang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya dibebaskan daripada dua tuduhan liwat 'atas sebab-sebab teknikal' dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu  kerana pernah ditangkap khalwat di Kota Bharu dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh 'Mahkamah Kelantan'. Mashitah juga tidak teragak-agak menyambung fitnah Umno dengan mendakwa Adun PAS Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Paling biadap, lulusan doktor falsafah bidang Usuluddin itu terus menjadi 'penyambung lidah syaitan' apabila mendakwa kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terpalit dengan 'skandal membabitkan anak dara' kira-kira sepuluh tahun lalu. Tulis Mashitah, "Beliau (Tuan Guru Abdul Hadi) dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3..."

Adalah tidak menghairankan jika tuduhan dan dakwaan bertaraf sampah ini dibuat oleh blogger-blogger Umno yang sememangnya tidak beretika dan bankrap akhlak. Tetapi jika ianya datang daripada seorang ilmuwan agama Umno, berkelulusan doktor falsafah dan memegang jawatan Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, ia adalah sesuatu yang sukar diterima akal!

Sebelum ini pun Mashitah telah mencetus beberapa kontroversi tidak perlu seperti mempersendakan hukum hudud, mendakwa wanita boleh melacur jika darurat dan bergaduh dengan jiran hanya semata-mata kerana rumput halaman rumah.

Adakah beliau begitu terdesak untuk disenaraikan sebagai calon BN sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas kepada lawan politik bagi membuktikan kesetiaannya kepada Umno dan BN?

Adakah beliau tidak merasa ngeri melihat medan politik Melayu Islam sudah begitu teruk bergelumang dengan fitnah qazaf sehingga beliau turut mahu menyumbangkan saham menyebarluaskan 'budaya lendir dan hanyir' itu?

Nampaknya 'orang agama' Umno sudah jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Mereka bukan sahaja gagal berperanan sebagai pendakwah; malah turut merosakkan lagi imej Umno yang sudah sedia busuk dan reput di mata umum.

Jika Menteri Agama Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai kempen politik dan menghalang pertuduhan qazaf; Mashitah sebagai Timbalan Menteri Agama pula membantu mengukuhkan 'politik lendir dan hanyir' bagi menghadapi lawan politik.

Orang agama Umno nampaknya gagal mengislahkan parti nasionalis sekular itu. Mereka sebaliknya membantu menyempurnakan kebankrapan moral dan akhlak Umno!

Umno cakap tak serupa bikin - ahli baru PAS

Rizal Tahir, 05 Mac 2012




(Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)

PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36,  Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian  sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada  Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.

“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan  rakyat  terhimpit  dengan masalah hidup,” katanya.

(Yunus berucap menceritakan pengalamannya dalam Umno)

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada  dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.

Kota Bharu bermandi cahaya sempena TMK@12

Rizal Tahir, 05 Mac 2012


(Salah sebuah kereta berhias sempena TMK@12)


KOTA BHARU, 5 Mac: Puluhan ribu masyarakat Kelantan pelbagai kaum membanjiri Bandar Kota Bharu bermula Bandar Baru Tunjung untuk mengikuti perarakan citrawarna kereta berhias sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) malam semalam.

Mereka mengambil kesempatan untuk menyaksikan citrawarna perarakan kereta berhias itu dengan mengambil tempat di laluan kanan dan kiri jalanraya dari Bandar Baru Tunjung dan berakhir di Dataran Rehal.

Sebanyak 36 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, antaranya majlis-majlis daerah seluruh negeri itu, perarakan motosikal klasik, beca, vespa dan lain-lain acara lagi.

Selain itu persembahan kebudayaan di atas kereta berhias oleh tiga kaum utama di negeri itu, Melayu, tarian singa oleh masyarakat Cina, India dan Siam juga diadakan.

Walaupun hujan lebat telah melanda di negeri itu, khususnya Kota Bharu sejak dua hari lalu, namun cuaca yang baik membuatkan perarakan kereta berhias berjalan lancar.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan lain-lain pimpinan.

Sementara itu, Majlis Daerah Tanah Merah muncul johan pada pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu, majlis daerah berkenaan membawa pulang RM3,000 dan sijil penghargaan.

Muhyidin musnahkan 'maaf' dari Najib

Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesilapan kerajaan sebelum ini hancur berderai apabila timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula berkata, "di samping kesilapan BN membuat banyak kemajuan".

Kenyataan Muhyidin ini disifatkan sebagai usaha beliau untuk mengurangkan kesan permohonan maaf Najib itu.

"Sepanjang 54 tahun, tiada siapa boleh menafikan fakta, disamping kelemahan, kita telah membuat banyak kemajuan dalam bidang sosia ekonomi, kebudayaan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi," kata Muhyidin mengulas kenyataan Najib.

Ekoran itu, kebaikan yang mungkin diperolehi dari permohonan maaf Najib disifatkan termusnah dengan sendirinya, kata Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP.

"Ini menunjukkan BN kekal bongkak dan menolak setiap kritikan rakyat Malaysia sebagaimana biasa.


"Ini juga bermakna, BN tidak akan berubah jika terus kekal berkuasa (kerana tidak mahu mengaku kesilapan)," kata beliau yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara.




Beliau juga mengkritik kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika memberikan ulasan terhadap kenyataan Najib itu yang disifatkan juga seolah-olah menolak permohonan maaf Najib.

Ahmad Maslan meminta mandat diberikan kepada BN lagi ekoran permohonan maaf Najib untuk memperbetulkan kesilapan lalu yang dibuat BN.

Kedua-dua komen diatas membayangkan keadaan panik pemimpin BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

Masing-masing membuat kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain semata-mata untuk mendapatklan undi.

"Ketika tidak mahu bertembung kenyataan dengan Najib yang memohon maaf, pemimpin BN lain cuba mengawal kesan yang tidak baik dari permohonan maaf itu," kata Tony Pua.

Bagi beliau, permohonan maaf Najib itu tidak selari dengan tindakannya dan sebenarnya ia terlambat untuk Najib membuat permohonaan maaf atas kesilapan yang dibuat pra-2008 lalu.

Ini kerana, dia sepatutnya memohon maaf atas kesilapannya yang gagal membetulkan segala kesilapan itu selepas tiga tahun berpeluang untuk berbuat demikian, katanya.




"Seluruh rakyat kecewa dengan pencapaian BN sejak 2008 dalam isu rasuah, kronisma dan salah guna kuasa.

"Rakyat Malaysia lebih berbecah selepas itu ekoran sikap dan polisi pecah dan perintah BN yang memainkan isu perkauman antara kaum-kaum di Malaysia," katanya.

Selepas tiga tahun memerintah, negara tidak menyaksikan sebarang pembaharuan tetapi semakin teruk.

Indeks persepsi dari Tranparency International semakin turun dari 56 ke 60 pada tahun lalu.

Kerajaan BN juga terus tidak ada keyakinan politik apabila membiarkan skandal salah guna kuasa terus berlalu sebagaimana skandal NFC yang melibatkan pinjaman RM250 juta wang rakyat.

Tiada ulasan: