Isnin, 5 Mac 2012

MUNGKIN NAJIB TINGGI DARI ANWAR MARKAH..SESUAI IA PM KOD...JIKA ISLAM DIBANDINGKAN SAMA..MAKA ISLAM MARKAH TERTINNGI...SEBAB PELBAGAI KAUM NAK ISLAM...ISLAM MELINDUNGI SERTA ADIL BERSERTA SEJAHTERA....

Bantuan ditarik, peladang cacat pilu, rasa terhina
Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.

Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi  kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.

disabled victim Frusis Lebi makes police report against mong dagang letterKetika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman  bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.

"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.

Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.

Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.

Elaun OKU juga dihentikan

Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.

NONE"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya.

"Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.

Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.

Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.

Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.

Golongan miskin ditindas


Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau  membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

NONE"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.

Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.

Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.

Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter

Kemelut Kedah selesai, dua exco terima lantikan
Pergolakan kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.

NONE"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.
"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna  akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.
Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.
Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

NONE"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini.

“Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.

“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.
[Baca berita penuh]

Sebelum ini, ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.

"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONE"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."
Walaupun enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.

Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

"Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan," katanya.
Marah sebab tak faham
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.
Selain itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

NONE"Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

"Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.

"Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya " ujarnya.
Tinjauan: Pengundi mahu Najib-Anwar berdebat
Kebanyakan pengundi ingin melihat perdebatan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kenyataan.

Menurut tinjauan Merdeka Centre yang dibuat dari 10 hingga 23 Februari lalu, sebanyak 54 peratus responden menyokong agar kedua-dua pemimpin itu berdebat.

azlanSokongan tertinggi datang daripada pengundi muda apabila kira-kira dua pertiga daripada mereka bersetuju agar Najib dan Anwar berdebat bagi mempamerkan idea dan dasar yang akan diperkenalkan kepada negara.

Sebanyak 76 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun menyokong debat itu. Bagi pengundi berumur 31 hingga 40 tahun pula, 56 peratus menyokongnya.

Sokongan terendah datang daripada responden berusia 60 tahun ke atas, iaitu sebanyak 39 peratus.

Pecahan mengikut kaum pula mendapati satu pertiga daripada pengundi Cina menyokong idea itu (66 peratus) berbanding pengundi Melayu (54 peratus) dan India 34 peratus.
PAS: Najib akui sisa Lynas berbahaya
Pengumuman kerajaan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk adalah bukti bahawa kerajaan sebenarnya menyedari sisa berkenaan adalah berbahaya.

Menurut Ketua Biro Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar, ini adalah di sebalik dakwaan perdana menteri bahawa keputusan untuk memindahkan sisa berkenaan tidak ada kena-mengena dengan tahap kebahayaan.

"Jika sisa ini tidak berbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan lokasinya ke tapak lain. Kenyataan (perdana menteri) ini menunjukkan bahawa kerajaan memang menyedari akibat ketoksikan sisa Lamps.

"PAS percaya kenyataan PM hanya retorik politik untuk menyembunyikan salah guna kuasa dalam membuat keputusan terburu-buru yang membahayakan keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jika sebegitu selamat seperti yang didakwa, lokasi terbaik bagi membuang sisa toksid itu adalah di padang pasir Australia yang luas dan tidak berpenghuni.

"Hakikat bahawa pihak berkuasa Australia sendiri tidak mahu menerima sisa toksik ... mengesahkan bahawa ia adalah sangat bahaya," katanya.

Beliau menambah bahawa cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya sisa berkenaan dihantar semula ke Australia juga menimbulkan beberapa soalan.

"Kenapa tidak beliau mempersoalkan pengurusan sisa dan pelupusan toksid awal? Mengapa timbulkan perkara ini selepas lesen operasi sementara diberikan?" soalnya.

NONEMenurut Zulkefly, PAS dan NGO alam sekitar akan menunggu maklum balas kerajaan mengenai perkara itu, atau tidak mereka akan menganjurkan Himpunan Hijau 3.0".

"Kami juga akan mendedahkan siapa di belakang (keputusan membenarkan Lynas untuk beroperasi di Malaysia)," katanya.

Selepas perhimpunan anti-Lynas Himpunan Hijau 2.0 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di Kuantan, Najib memberi alasan keputusan pemindahan itu setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.
Najib sedia debat dengan orang berfikiran munasabah
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

NONE"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.

Katanya ada sesetengah pihak di negara ini yang tidak dapat menahan daya tarikan teori konspirasi yang hanya wujud dalam filem-filem Jason Bourne, bukan dalam perdebatan politik yang rasional, kerana teori sebegitu membebaskan diri mereka daripada menanggung tanggungjawab atas kegagalan mereka sendiri.

"Sukar untuk memenangi sesuatu hujah atau gagal mendapatkan sesuatu cara anda? Cara penyelesaian yang lebih mudah adalah untuk mengadu bahawa sistem yang ada ini telah dikongkong daripada bekerja keras untuk mencari hujah yang lebih baik atau mengakui kesilapan diri dengan rendah diri," katanya.

Najib berkata beliau sangat bimbang apabila melihat terlalu ramai yang mengatakan mereka mahu memimpin Malaysia namun mereka tidak mampu mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan.

"Bagi mereka, tiada batasan dalam menggunakan apa sahaja cerita, tuduhan atau teori yang keterlaluan, tidak kisahlah sama ada ia berasas atau tidak, dan berlandaskan fakta atau tidak.

"Mereka tetap menggunakannya walaupun ia akan merosakkan reputasi negara di mata antarabangsa dan mengganggu kestabilan dalam negara," katanya.

- Bernama
Daim beri Najib markah lebih tinggi dari Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat sudah bersedia untuk membawa negara ke hadapan setelah diuji dengan pelbagai dugaan serta ranjau yang paling sukar, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

daim zainuddinBeliau berkata, sejak 1976 sehingga kini, Najib telah menunjukkan kebolehan menyelusuri dan mengasah bakat dalam arena politik, berkemahiran, mempunyai kelebihan senioriti, pengalaman serta mempunyai rangkaian yang lebih baik berbanding mereka yang seusia mahupun yang lebih senior dengannya.

"Jika anda membezakan ciri-ciri antara kedua-dua pemimpin, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Najib, anda akan terdorong untuk memberi markah yang lebih tinggi kepada Najib. Najib pada hemat saya telah mendapat banyak manfaat sebagai anak kepada Tun Razak.

"Beliau telah berada dalam Pemuda Umno beberapa tahun sebelum kemasukan Anwar, beliau telah biasa dengan personaliti dan isu-isu yang melanda dan terbukti pemikirannya amat tajam di dalam mesyuarat tertutup, beliau sangat berkeyakinan dan mampu untuk berdepan dengan khalayak ramai,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia semalam.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan politik tanah air pada tahun 2012.

Sambil melahirkan rasa optimis dengan suasana politik pada tahun ini, beliau berkata, pembaharuan politik yang diamalkan oleh kerajaan kelihatan lebih berkesan terutama dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONE"Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif dan tindakan yang dahulunya akan diambil oleh pihak Pakatan (Rakyat) seperti langkah memansuhkan ISA. Saya melihat Akta Perhimpunan Aman adalah pemangkin utama perubahan.

"Pada mulanya, ia mencetus pelbagai kritikan tetapi keputusan untuk membenarkan penyokong Anwar berkumpul di luar mahkamah pada 2 Jan lepas, dalam semangat akta baru yang pada ketika itu belum diwartakan, telah menyebabkan para pengkritik terdiam," katanya.

Daim, yang juga bekas Bendahari Umno selama 17 tahun, berkata isu paling penting pada masa ini adalah sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bergerak ke hadapan bersama-sama Najib.

Mengenai pilihan raya umum ke-13, Daim berkata beliau percaya BN mempunyai kelebihan yang lebih baik untuk mendapat keputusan lebih cemerlang sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Jika anda menonton perlawanan tenis, maka saya akan berkata BN mempunyai kelebihan; ia adalah seperti Nadal vs Federer atau Nadal vs Djokovic. Ini adalah perlawanan hebat, yang pada akhirnya, siapa membuat kesilapan yang kurang akan memenangi perlawanan," katanya.

azlanMengenai kempen Anwar memburukkan kerajaan di luar negara, Daim berkata ia bukanlah perkara baru memandangkan Anwar telah berbuat demikian sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

"Di satu sudut, Najib-Anwar tidaklah membangkitkan satu situasi seperti mana banyaknya episod Mahathir-Anwar. Sebahagiannya kerana Najib tak ambil peduli pun untuk menyatakan sentimen yang kuat untuk menentang Anwar," katanya.

Daim berkata mungkin terdapat pelobi yang menjelajah ke luar negara untuk bercakap dari sudut berita Najib-Anwar untuk memastikan berita itu tidak surut.

- Bernama
Maaf Najib tak cukup, kata Pemuda PAS
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara.

Namun, kesilapan itu tidak boleh diselesaikan dengan meminta maaf sahaja, tetapi perlu diiringi dengan "mengembalikan hak rakyat," kata Nasruddin.

NONE"Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita," tegasnya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan "hak rakyat" yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, perdana menteri juga perlu mengembalikan hak mangsa yang ditahan di bawah ISA sebelum ini, katanya.

Tambahnya, perdana menteri juga tidak boleh lari daripada isu "rampasan kuasa ke atas kerajaan Perak" dan perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata Dewan Pemuda PAS juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pusat kajian Institut Integriti Malaysia untuk menyediakan calon daripada barisannya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Nasruddin berkata rancangan kerjasama itu bertujuan untuk membolehkan calon Pemuda PAS itu diyakini rakyat.

Program itu mungkin melibatkan kursus, ujian praktikal dan juga mungkin melibatkan perisytiharan harta, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Tiada ulasan: