Hasan: Pemecatan saya punca PAS akan tumbang
Bekas
Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai
anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan
kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.
"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.
Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.
Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.
Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.
Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.
"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.
Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.
"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.
Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.
"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,
"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.
Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.
Antara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.
Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."
Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.
Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.
Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.
Mengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.
"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.
Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.
"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.
Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.
Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.
Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.
Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.
"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.
Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.
MB yakin pertahan Selangor dengan majoriti dua pertiga
Meskipun
pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan
raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh
keyakinan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi
juga menambakan jumlah kerusi mereka"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.
Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.
"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,
"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.
Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.
Antara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.
Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."
Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.
Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.
Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.
Mengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.
"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.
Hasan mahu saman 'kuda tunggangan' parasit PAS
Bekas
exco Selangor Datuk Hasan Ali berkata akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kerana
mendakwa beliau menerima tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Sambi menyifatkan Mahfuz sebagai "kuda tunggangan" kumpulan parasit dalam PAS, beliau menafikan dakwaan kononnya NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang kini diterajuinya ditaja RM30 juta untuk 2,000 program latihan.
"Saya tidak perlu terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak kementerian belia dan sukan untuk membincangkan program latihan seperti dituduh ahli parlimen Pokok Sena itu," kata yang dipecat dari PAS awal tahun ini.
Semalam, Mahfuz pada sidang akhbarnya, menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program Hasan.
Dakwanya, jumlah sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menafikan dakwaan berkenaan.
Ahmad Shabery (foto) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.
"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan juga menafikan melantik mana-mana pihak atau wakil bagi berunding dengan kementerian itu.
Katanya, pada masa ini beliau menyerahkan pada peguamnya meneliti perkara itu kerana ia menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin politik, NGO, masyarakat dan pakar motivasi.
Lembu kambing
"Tidaklah RM50 juta, tapi mungkin hampir-hampir," katanya secara berseloroh apabila diasak oleh pemberita tentang jumlah samannya.
Saman itu akan difailkan dalam masa terdekat, katanya sambil menambah bahawa dakwaan Mahfuz itutidak masuk akal.
Katanya, jika benar dakwaan 2,000 programnya ditaja, ia akan mengambil masa sehingga 18 tahun bagi menghabiskannya kerana program beliau biasanya berlangsung selama tiga hari.
"Kalau lembu kambing pun boleh berfikir, tapi ada orang lebih teruk daripada itu," katanya menyindir Mahfuz (kiri).
Beliau juga menafikan dakwaan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menimbulkan isu NGO Jalur Tiga (JATI) ditaja Puncak Niaga.
Sambil mendakwa itu "cerita kedai kopi", Hasan sekali lagi bersifat sinikal dengan menyoal: "Bila Khalid Samad dilantik sebagai jurucakap gereja?"
"Tidak ada. Tapi sebagai NGO kita akan terima bantuan siapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam," katanya.
Setakat ini, menurut Hasan, beliau menggunakan duit sendiri dan bantuan beberapa pihak yang enggan dikenali untuk program jelajahnya.
"Bukan BN," tegasnya bila ditanya khabar angin BN menaja programnya.
Hasan menyifatkan dakwaan berhubung dana JATI ditimbulkan bagi mengalih perhatian terhadap 'krisis' PAS Kedah.
Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.
"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.
Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.
Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
Mana boleh diam!
Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.
Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.
Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.
"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.
Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:
"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Selar Menteri Besar
Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.
Beliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.
"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.
Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.
Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.

Video murtad: Tunggu lagi dua minggu, kata Hasan
Jika
bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali
berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di
negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau
berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.
"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.
Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.
Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
Mana boleh diam!
Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.
Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.
Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.
"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.
Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:
"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Selar Menteri Besar
Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.
Beliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.
"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.
Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.
Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.
Mahfuz: Saya nak jadi PM, bukan MB
Naib
Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di
peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk
Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu
dalam pilihan raya itu akan datang.
Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.
"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.
"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.
Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.
Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.
"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.
Mengenai hubungannya dengan Azizan yang menurut beberapa pemerhati politik agak dingin, khususnya sejak kebelakangan ini, Mahfuz mengakui tidak semua perkar, beliau bersependapat dengan menteri besar berusia 72 tahun itu.
Namun, katanya, segala yang tidak dipersetujuinya diluahkan sama ada dalam atau luar mesyuarat.
"Itu pendirian dan sikap saya," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan Azizan.
Ditanya sama ada PAS Kedah memerlukan menteri besar yang lebih muda di negeri itu, Mahfuz berkata soal faktor umur tidak timbul sebaliknya kemampuan dan keupayaan mentadbir sebuah kerajaan lebih penting.
"Kalau muda pun tapi gagal, tidak ada keupayaan, tidak ada kemahiran, tidak ada kepakaran dan kemampuan untuk tadbir sebuah negeri, jangan kata itu sahaja, waktu bertanding pun ia tidak wajar," katanya.
Ditanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh:
" Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".
"Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.
3 Mac 2012
MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
Pas kini tidak ubah seperti cacing kepanasan apabila berhadapan dengan
pendedahan demi pendedahan rahsia parti itu oleh bekas Pesuruhjaya Pas
Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan parti pembangkang berkenaan sanggup memfitnah Umno serta menjadikan Umno dan Barisan Nasional sebagai kambing hitam dengan menuduh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan dana RM30 juta membiayai siri ceramah Hasan di seluruh negara.
"Saya dah dengar kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. PAS biasalah... apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan tuduh Umno. Ini bukan suatu perkara baru.
"Sekarang dia berhadapan dengan masalah dengan Hasan Ali yang menjelajah di seluruh negara menceritakan perkhabaran yang beliau tahu dalam Pas.
"Jadi Pas dah menggelatak. Menggelatak itu seperti cacing kepanasan. Jadi bila dah jadi begitu, dia tengok tidak ada orang lain boleh dipersalahkan melainkan Umno. Jadi yang kena Umno, menteri Umno, dan kena tuduh Umno," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri Jorak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kononnya KBS menyalurkan dana RM30 juta bagi membiayai program kendalian Hasan yang sedang rancak berjalan rancak di seluruh negara pada masa kini.
Katanya, dakwaan itu merupakan satu fitnah dan sebagai orang Islam, Muhyiddin menasihati Pas agar tidak membuat dosa kering dengan membuat tuduhan seperti itu.
"Kalau tahu Hasan Ali buat begitu tentu ada keupayaan dan semangat yang kuat untuk beliau sebarkan apa yang berlaku dalam Pas, jadi Pas kena hadapinya.
"Kenapa nak tuduh Umno itu sedangkan itu masalah mereka? Pas harus tanggung sendiri masalah mereka, jangan lempar tuduhan kepada pihak lain," katanya.
Beliau berkata Pas tidak melihat kelemahan sendiri serta kepincangan yang berlaku menyebabkan parti itu apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian akan menuding jari menyalahkan pihak lain.
Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Mahfuz berikutan dakwaan itu, Muhyiddin berkata ia terserah kepada menteri berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya. – Bernama
3 Mac 2012
KUALA LUMPUR – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim hanya sekarang meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar menyiasat dakwaannya mengenai
isu murtad, tetapi tidak berbuat apa-apa sebelum ini.
Hasan berkata, jika Abdul Khalid sedia memahami yang isu murtad di kalangan umat Islam adalah perkara yang serius, sudah tentu beliau tidak akan mencabarnya agar menunjukkan bukti selain meminta Jais dan Mais menyiasat perkara berkenaan.
“Kalau beliau (Abdul Khalid) faham, dia tidak mencabar saya menunjukkan bukti dan minta Jais dan Mais untuk menyiasat perkara ini.
“Masa saya jadi Exco (Hal Ehwal Islam), kenapa tidak tanya saya? Kenapa MB tidak tanya Jais, Mais dan panggil saya (pada ketika itu). Kenapa sekarang ni? Saya yakin (minta maaf saya sebutkan ini), ada kumpulan tertentu yang mendesak beliau hingga mengeluarkan kenyataan yang mencabar saya dalam hal sedemikian,” kata bekas Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada agama Islam.
Selepas digugurkan daripada jawatan itu dan dipecat Pas, portfolio itu diambil alih oleh Abdul Khalid sendiri.
Hasan juga berkata, video memurtadkan umat Islam di negeri ini dijangka akan didedahkan dua minggu lagi.
Menurutnya, pendedahan tersebut mengambil sedikit masa memandangkan prosesnya agak panjang, malah memerlukan keizinan mangsa untuk ditunjukkan kepada awam kerana ia melibatkan keselamatan mereka.
Malah katanya, beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di atas permintaan mangsa yang membuat pengakuan.
"Bagaimana saya hendak menunjukkan individu terbabit seperti yang diminta di khalayak ramai, siapa yang boleh menjamin keselamatan mereka sepanjang hidup mereka. Kalau ada, saya akan pujuk mereka berdepan dengan masyarakat tetapi siapa yang boleh menjamin?
"Ya, isu keselamatan mereka. Sekarang ini tidak perlu laporan polis sebab mereka pun tak nak. Bila lapor, polis akan siasat, nama akan didedahkan, adik-beradik keluarga akan ditanya, hal akidah tidak boleh sampai peringkat itu," katanya.
Katanya, sememangnya terdapat bukti sahih mengenai gerak kerja memurtadkan orang Melayu Islam yang sudah berjalan buat sekian lamanya.
Malah beliau menyifatkan pandangan Abdul Khalid bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyebut terdapat tindakan memurtadkan orang Melayu/Islam dalam kes DUMC.
"Saya berasa hairan terhadap sikap Menteri Besar dalam perkara penting yang menyentuh soal akidah umat. Beliau yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, sepatutnya memandang serius perkara ini, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain," katanya.
Hasan juga menegaskan sebagai pendakwah, beliau tidak akan berdiam diri berhubung isu murtad ketika ditanya mengenai gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang meminta beliau berdiam diri sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan memurtadkan umat Islam.
Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.
"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.
"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.
Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.
Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.
"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.
Mengenai hubungannya dengan Azizan yang menurut beberapa pemerhati politik agak dingin, khususnya sejak kebelakangan ini, Mahfuz mengakui tidak semua perkar, beliau bersependapat dengan menteri besar berusia 72 tahun itu.
Namun, katanya, segala yang tidak dipersetujuinya diluahkan sama ada dalam atau luar mesyuarat.
"Itu pendirian dan sikap saya," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan Azizan.
Ditanya sama ada PAS Kedah memerlukan menteri besar yang lebih muda di negeri itu, Mahfuz berkata soal faktor umur tidak timbul sebaliknya kemampuan dan keupayaan mentadbir sebuah kerajaan lebih penting.
"Kalau muda pun tapi gagal, tidak ada keupayaan, tidak ada kemahiran, tidak ada kepakaran dan kemampuan untuk tadbir sebuah negeri, jangan kata itu sahaja, waktu bertanding pun ia tidak wajar," katanya.
Ditanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh:
" Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".
"Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.
Muhyiddin nasihat Pas jangan ‘buat dosa kering’
3 Mac 2012
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan parti pembangkang berkenaan sanggup memfitnah Umno serta menjadikan Umno dan Barisan Nasional sebagai kambing hitam dengan menuduh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan dana RM30 juta membiayai siri ceramah Hasan di seluruh negara.
"Saya dah dengar kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. PAS biasalah... apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan tuduh Umno. Ini bukan suatu perkara baru.
"Sekarang dia berhadapan dengan masalah dengan Hasan Ali yang menjelajah di seluruh negara menceritakan perkhabaran yang beliau tahu dalam Pas.
"Jadi Pas dah menggelatak. Menggelatak itu seperti cacing kepanasan. Jadi bila dah jadi begitu, dia tengok tidak ada orang lain boleh dipersalahkan melainkan Umno. Jadi yang kena Umno, menteri Umno, dan kena tuduh Umno," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri Jorak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kononnya KBS menyalurkan dana RM30 juta bagi membiayai program kendalian Hasan yang sedang rancak berjalan rancak di seluruh negara pada masa kini.
Katanya, dakwaan itu merupakan satu fitnah dan sebagai orang Islam, Muhyiddin menasihati Pas agar tidak membuat dosa kering dengan membuat tuduhan seperti itu.
"Kalau tahu Hasan Ali buat begitu tentu ada keupayaan dan semangat yang kuat untuk beliau sebarkan apa yang berlaku dalam Pas, jadi Pas kena hadapinya.
"Kenapa nak tuduh Umno itu sedangkan itu masalah mereka? Pas harus tanggung sendiri masalah mereka, jangan lempar tuduhan kepada pihak lain," katanya.
Beliau berkata Pas tidak melihat kelemahan sendiri serta kepincangan yang berlaku menyebabkan parti itu apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian akan menuding jari menyalahkan pihak lain.
Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Mahfuz berikutan dakwaan itu, Muhyiddin berkata ia terserah kepada menteri berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya. – Bernama
Murtad: Hasan Ali pertikai MB Selangor
3 Mac 2012
Hasan berkata, jika Abdul Khalid sedia memahami yang isu murtad di kalangan umat Islam adalah perkara yang serius, sudah tentu beliau tidak akan mencabarnya agar menunjukkan bukti selain meminta Jais dan Mais menyiasat perkara berkenaan.
“Kalau beliau (Abdul Khalid) faham, dia tidak mencabar saya menunjukkan bukti dan minta Jais dan Mais untuk menyiasat perkara ini.
“Masa saya jadi Exco (Hal Ehwal Islam), kenapa tidak tanya saya? Kenapa MB tidak tanya Jais, Mais dan panggil saya (pada ketika itu). Kenapa sekarang ni? Saya yakin (minta maaf saya sebutkan ini), ada kumpulan tertentu yang mendesak beliau hingga mengeluarkan kenyataan yang mencabar saya dalam hal sedemikian,” kata bekas Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada agama Islam.
Selepas digugurkan daripada jawatan itu dan dipecat Pas, portfolio itu diambil alih oleh Abdul Khalid sendiri.
Hasan juga berkata, video memurtadkan umat Islam di negeri ini dijangka akan didedahkan dua minggu lagi.
Menurutnya, pendedahan tersebut mengambil sedikit masa memandangkan prosesnya agak panjang, malah memerlukan keizinan mangsa untuk ditunjukkan kepada awam kerana ia melibatkan keselamatan mereka.
Malah katanya, beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di atas permintaan mangsa yang membuat pengakuan.
"Bagaimana saya hendak menunjukkan individu terbabit seperti yang diminta di khalayak ramai, siapa yang boleh menjamin keselamatan mereka sepanjang hidup mereka. Kalau ada, saya akan pujuk mereka berdepan dengan masyarakat tetapi siapa yang boleh menjamin?
"Ya, isu keselamatan mereka. Sekarang ini tidak perlu laporan polis sebab mereka pun tak nak. Bila lapor, polis akan siasat, nama akan didedahkan, adik-beradik keluarga akan ditanya, hal akidah tidak boleh sampai peringkat itu," katanya.
Katanya, sememangnya terdapat bukti sahih mengenai gerak kerja memurtadkan orang Melayu Islam yang sudah berjalan buat sekian lamanya.
Malah beliau menyifatkan pandangan Abdul Khalid bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyebut terdapat tindakan memurtadkan orang Melayu/Islam dalam kes DUMC.
"Saya berasa hairan terhadap sikap Menteri Besar dalam perkara penting yang menyentuh soal akidah umat. Beliau yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, sepatutnya memandang serius perkara ini, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain," katanya.
Hasan juga menegaskan sebagai pendakwah, beliau tidak akan berdiam diri berhubung isu murtad ketika ditanya mengenai gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang meminta beliau berdiam diri sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan memurtadkan umat Islam.
Tanya hukuman murtad |
Ditulis oleh Pengendali Laman | |
--- In fikrah@yahoogroups.com, Tok Janggut wrote:Assalamualaikum Pertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh? Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada. Di dahulukan dgn ucapan terima kasih.TJ
Jawapan (oleh Salafi2Sunnah):
wsm
1. Hukum murtad
Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had.
Dalil:
a. "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217 (terjemahnya) b. Hadis-hadis. i) Jalur Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah kecuali* Muslim)
{Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma' azZawaid: 6/261} * alJama'ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari - Muslim - Ahmad - Abu
Daud- Ibn Majah - anNasa'iy - atTermidzi
ii) Jalur Ibn Mas'ood r.a., "Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama'ah (ummah)." (HR alJama'ah) iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., "Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur setelah beriman, zina setelah merasai nikah atau membunuh tanpa alasan."(Sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, annasa'iy dan Ibn Majah) 2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh? a. Ianya ijma' menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami' alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu'aib alArnauth) b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega. Prosedur jenayah murtad 3. Takrifan hukum bunuh Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada'iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat. Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis:
a. murtad yg senyap dan personal
b. murtad yg disertai aktivitas memerangi Islam Maka hukum bunuh dijatuhkan kepada yang (b), spt kemurtadan Salman Rusydie (tambahan s2s). Dalil Ibn Taymiyah ialah Fiqh Umar alKhattab r.a. yg melaksanakan hukum murtad di zamannya (lihat Abd Razzaq, alMusyanif: 10/168 Atsar no 18707) ada unsur tolakansur Omar terhadap kaum murtad Iraq dan tidak memerintahkan mereka semuanya dibunuh sebelum dialog dan kaunseling. 4. Bentuk Hukuman mati: Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld 8) Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka) Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu'iyah) 5. Prosedur jinayah murtad: Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur. a. Jika thabit kesalahan murtad, pesalah akan dikaunseling dan dipinta bertaubat dalam tmepoh 3 hari. Jika masih enggan, maka akan dibunuh (Maliki, Syafi'iy dan Hanbaliah) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 9, ms 4 ke atas] b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi'iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222) c. Fuqaha' muttakhir Imam Muhd Abu Zuhrah misalnya (alUqubah/195) mengkategorikan kesalahan murtad dari Muslim yang asli dan muslim convert (yg memeluk Islam dari agama lain). Jika Muslim yg asli tidak perlu diminta taubat dan jika muslim saudara baru, maka perlu diminta taubat dan diberi kaunseling. sekian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan