Ahad, 4 Mac 2012

NAK MENANG SUSAH...JAGA KEMENANGAN LAGI SUSAH...JANGAN KITA JADI PENEBUK PERAHU@KAPAL...NANTI SEMUA KARAM DAN TENGGELAM...PADAN MUKA...TOLAK ANSURLAH SEDIKIT...UTAMAKAN JEMAAH ISLAM...INGAT SYAITAN AKAN MENYESATKAN PEJUANG2 YANG TAK IKHLAS..

Najib kena 'ejek' di Kota Bharu

Mohd Sayuti Omar, 02 Mac 2012
Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata memperli perdana menteri itu.

Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikkan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain.

Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.

Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak.

Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib.

Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib.

Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini.

Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?"

"Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun.

Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Isu Kedah: Presiden PAS minta ahli bertenang

Harakahdaily, 02 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seluruh ahli PAS diminta bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda Kerajaan Negeri Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan untuk menyelesaikan beberapa isu yang melanda negeri Kedah mutakhir ini.

"Insya Allah ia akan selesai sehari dua lagi atas usaha kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang mendukung perjuangan ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada Harakahdaily lewat petang ini.

Presiden PAS itu kini masih di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Dalam pada itu, seluruh pimpinan PAS Pusat akan turun ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan mahabbah dengan pimpinan parti di negeri itu berhubung kemelut yang melanda.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat AJK PAS Pusat malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Pada sidang media semalam, Naib Presidennya, Salahudin Ayub  berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Difahamkan sebelum ini, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.

Pada Selasa lalu, lapan daripada 10 Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.

Ulamak PAS Kedah pertahan kerajaan negeri

Harakahdaily, 02 Mac 2012
Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)
2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.
3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.
4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.
YB Datuk Tuan Guru Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.
Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang
Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Phahrolrazi: 'Saya yakin boleh menang'
Roslinda Hashim & Rosnani Saad
3 Mac 2012
Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.
ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, personaliti yang menjadi tumpuan dalam kontroversi semasa, yakin beliau akan "menang" dalam pertemuan khas diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini bagi membincangkan kemelut kepimpinan Pas negeri Kedah.
Pertemuan yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri Kedah sedang berlangsung. Ia bermula sekitar jam 10 malam tadi.
Phahrolrazi, yang tiba sekitar jam 8.50 malam, semasa dikerumuni wartawan ketika memasuki pekarangan Seri Mentaloon sempat berkata:
"Saya yakin boleh menang."
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I ini diajukan soalan tentang harapannya terhadap pertemuan bersejarah malam ini.
Semalam, beliau memberitahu Sinar Harian bahawa menyerahkan nasibnya kepada Pas Pusat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
Beliau merupakan salah seorang daripada dua Exco yang mengambil pendirian menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco, sekali gus mendedahkan kepada umum krisis dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Kemelut itu membawa kepada campur tangan kepimpinan Pas Pusat.
'Misi damai' Kedah bersidang, kawalan ketat
Roslinda Hashim & Rosnani Saad
3 Mac 2012
misi
ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah sedang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.
Bagaimanapun pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad malam ini.
Antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Pertemuan malam ini dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar jam 9.45 malam.
Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya bermula sekitar jam 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.
Keperluan mengadakan pertemuan malam ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara, malam kelmarin susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu ini.
Sementara pemimpin negeri yang kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.
Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak kelihatan setakat 9 malam tadi.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.
Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama. Maklumat awal mengatakan tidak akan ada sidang media apabila pertemuan khas malam ini selesai, dijangka akan berlarutan sehingga tengah malam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.
Sinar Harian juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.
Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.
AKAN MENYUSUL
Isu Kedah: Ulama Pas mahu pemimpin seleweng diganti
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2012
isu kedah
SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Pusat dan Dewan Ulama Pas Kedah menyambut baik usaha damai digerakkan oleh kepimpinan parti Islam itu sambil menegaskan, mana-mana pemimpin yang seleweng perlu diganti.
Pendirian itu dikeluarkan menjelang pertemuan antara ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Kedah di Alor Setar malam ini.
Dalam kenyataan bersama, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kedah.
“Dewan Ulama Pas Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan kerajaan Pas negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia
“Dewan Ulama Pas Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya,” kata beliau.
Kata mereka, pihaknya menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Kerajaan Negeri itu malam ini untuk mendapatkan penjelasan tentang isu yang berbangkit kebelakangan ini.
Malah kata mereka, pertemuan itu dilihat sebagai satu usaha yang dapat membantu mengembalikan keharmonian dalam kepimpinan Pas di Kedah yang kini mengalami kemelut politik yang membimbangkan masa depan parti itu.
“Kami bersetuju dengan apa juga usaha dan kami menolak sebarang perilaku yang boleh memusnahkan masa depan Kerajaan Pas di Kedah.
“Kami Ulama Pas Kedah akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan kerajaan kami di negeri ini bersama-sama ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia,” kata kenyataan itu.
Kepimpinan Pas Negeri Kedah dilaporkan berhadapan dengan kontroversi dengan dua Exco Kerajaan Negeri menolak tawaran untuk dilantik semula ke jawatan itu.
Hanya lapan orang daripada 10 Exco semasa mengangkat sumpah Selasa lalu.
Tempoh perkhidmatan Exco semasa akan berakhir 7 Mac ini.
Pertemuan mala mini diputuskan oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat kelmarin.

Tiada ulasan: