Ahad, 4 Mac 2012

SEMUA NAK MENANG...SEMUA MENGANGGAP BETUL DAN BENAR...SEMUA MENGANGGAP IA LAYAK...SEMUA NAK SYURGA...SEMUA NAK YANG BAIK2...YANG SENANG2..MAU LEBIH DARI SEMUA ORANG...TAPI PENILAINYA.... ALLAH LAH PENILAI YANG TEPAT SEKALI...BACA DAN NILAI SENDIRI SECARA JUJUR...KITA DIMANA AGAK2NYA....MAZMUMAH ATAU MAHMUDAH

PAS: Penyelesaian kemelut Kedah diumum esok
Pertemuan khas antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan badan perhubungan PAS Kedah malam semalam dan berlarutan sehingga awal pagi ini dikatakan berjaya mencapai keputusan yang akan menyelesaikan kemelut kepimpinan di negeri itu.

NONEMenurut Harakahdaily yang memetik Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai berkata, keputusan yang dicapai itu mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.

"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya dipetik organ rasmi parti itu.

Sementara itu, dalam satu teks pesanan ringkas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan satu sidang media khas mengenai isu Kedah akan diadakan pada jam 11 pagi esok.
Sidang akhbar itu akan diadakan di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"PAS akan membuat sidang media khas isu Kedah jam 11 pagi esok, Isnin di pejabat agung PAS Jln Raja Laut. Semua wakil media dijemput," katanya.
Mesyuarat lima jam
Semalam, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu dilaporkan berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ia berhubung isu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri Kedah kerana dikatakan tidak mampu bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

phahrolrazi nawawi Phahrolrazi (kanan) dan Dr Ismail masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I dan II manakala Azizan adalah pesuruhjaya PAS Kedah.

Para pemimpin PAS Pusat seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar juga dilihat antara yang terawal memasuki kediaman rasmi menteri besar kira kira jam 8.15 malam.

Beberapa exco kerajaan negeri seperti Datuk Amiruddin Hamzah; Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Abdul Ghani Ahad juga kelihatan memasuki Seri Metaloon.

Menurut Harkahdaily lagi, difahamkan pertemuan malam semalam itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, dan diikuti dengan Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa PAS Pusat dengan badan perhubungan PAS negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri, Datuk Seri Hadi Awang.
Pertemuan tertutup itu merupakan kali kedua bagi membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.
Dipertemukan buat kali pertama

Sementara itu, pagi tadi, Bernama melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan keputusan berhubung kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan parti itu, hari ini.

Salahuddin yang mempengerusikan pendengaran berhubung kemelut itu berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat akan mengumumkan keputusan itu secara rasmi sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur.

NONEMereka yang terlibat dalam kemelut itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) dan anggota-anggota exco Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai exco bagi penggal 2012/2013 di Istana Anak Bukit pada 28 Februari lalu.

Pada hari yang sama Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah berkata beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Buat pertama kali, Azizan dan Phahrolrazi dipertemukan oleh PAS Pusat yang campur tangan untuk menyelesaikan kemelut itu dengan mendengar penjelasan mereka di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar, malam tadi.

Salahuddin berkata Azizan dan Phahrolrazi, masing-masing mengambil masa sejam menyampaikan fakta dan hujah pada pendengaran itu.

hadi awang pc 060609 02"Mereka memberi kerjasama cukup harmoni dan profesional. Saya yakin jawatankuasa kerja PAS Pusat yang dipengerusikan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) akan dapat mencari penyelesaian terbaik kepada masalah ini.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan mereka. Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan mereka mesti akur," katanya kepada pemberita selepas pendengaran itu selesai kira-kira tengah malam tadi.

Semua jawatankuasa PAS Pusat termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu, tiga naib presidennya dan beberapa anggota exco kerajaan Kedah hadir kecuali Dr Ismail.

Jawatankuasa itu berbincang hampir tiga jam bermula kira-kira 12.15 tengah malam selepas Salahuddin bertemu media yang menunggu di luar Seri Mentaloon.

Sebelum itu, semua anggota jawatankuasa PAS Pusat tiba di Seri Mentaloon kira-kira pukul 8 malam dan mereka menunggu Abdul Hadi yang tiba kira-kira 9.50 malam untuk mendengar hujah dan penjelasan Azizan dan Phahrolrazi.

Seri Mentaloon dikawal ketat dan pihak-pihak tidak berkenaan termasuk media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman tersebut.

Bagaimanapun, harapan media yang menunggu seawal jam 8 malam di Seri Mentaloon agar ada pemimpin tertinggi PAS akan membuat kenyataan selepas mesyuarat jawatankuasa selesai kira-kira pukul 3 pagi, hampa.

Malah kenderaan yang membawa Azizan atau Phahrolrazi juga tidak berhenti.

Tiada sebab kami menentang pentadbiran Ust Azizan 
 - Tuan Guru Awang Lanai,Baling
Posted on Saturday, March 03 @ 21:32:15 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

Artikel Oleh Bancuh

berita : Jangan Khianati Perjuangan

menarik apa yg diperkatakan oleh Tuan Guru Awang Lanai iaitu dengan kata2 beliau seperti berikut :

"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam




klik gambar utk besarkan

sudah tentu apa yg disebutkan oleh seorang yg terlalu amat lama dalam PAS dan mengetahui segala selok belok perjuangan PAS dan sejak puluhan tahun telah menginfakkan diri ke dalam perjuangan ini membawa erti yg amat dalam.....

beliau juga dipetik sebagai berkata sikap yang bermotifkan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan yang ada sehingga menatijahkan tumpuan dan sokongan rakyat menghadapi PRU 13 amatlah dikesali.... 

Tuan Guru Awang Lanai merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kedah yang tidak bersetuju dengan tindakan yg boleh memecahbelahkan perpaduan parti walau apa pun alasannya, tindakan sedia ada kini sebenarnya tidak membantu menyelesaikan sebarang permasalahan....tetapi sebenarnya lebih kepada membinasakan......

aku tak berniat nk bancuh banyak sbb apa yg diperkatakan adalah amat jelas dan syabas aku ucapkan juga kepada PAS Kawasan Baling yg menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi demi perpaduan ahli parti dan demi kelansungan pentadbiran negeri
HRP amat yakin rampas kerusi Kota Raja dari PAS
Parti Hak Asasi Manusia (HRP) amat yakin mampu merampas kerusi Parlimen Kota Raja dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

NONEPada jamuan makan malam amal bagi mengutip dana, setiausaha agung pro-tem parti itu, P Uthayakumar (kanan) menamakan Kota Raja sebagai sasaran utama mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Uthayakumar berkata HRP yakin mampu mendapat 90 peratus undi kaum India di Kota Raja, yang mempunyai 71,887 pengundi jumlah, di mana 28.3 peratus adalah masyarakat India.

Katanya, HRP juga mensasarkan 33 peratus undi Cina, yang beliau yakin cukupi untuk memenangkan partinya itu.

"Dengan mengandaikan bahawa calon Pakatan Rakyat mendapat 70 peratus undi Melayu, tetapi calon Hindraf mendapat satu perempat undi orang Cina dan 90 peratus undi kaum India, kami akan ke menumbangkan calon Pakatan Rakyat dengan beberapa ratus undi," kata Uthayakumar.

hindraf fund raising dinner 040312Kota Raja adalah kawasan pilihan raya campuran di bandar. Pengundi Melayu membentuk 47.8 peratus manakala pengundi Cina pula adalah 23.2 peratus.
Kerusi itu kini dipegang oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

 

 

 

Jangan Lebih Lajak Daripada Laju

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.
Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:
“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.
Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.
Dosa Pahala
Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.
Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.
Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.
Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.
Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)
Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:
“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

- Gambar Hiasan
Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.
Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.
Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
bankruptfinal.jpg
- Gambar Hiasan
Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.
Rahsia
Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.
Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.
Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.
Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.
BN: Ada peluang menang lebih kerusi di Pualu Pinang
Walaupun tidak dapat dinafikan Pulau Pinang merupakan medan tempur yang paling mencabar bagi BN pada pilihan raya umum akan datang, tetapi parti komponennya tidak pernah berputus
asa untuk mengatur pelbagai langkah dan usaha untuk berkuasa semula di negeri itu.

NONETanpa menghiraukan ramalan ramai penganalisis politik bahawa BN mempunyai harapan tipis untuk menawan kembali Pulau Mutiara berikutan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan negeri yang diterajui DAP ketika ini, para pekerja parti BN tetap bersemangat untuk memberi tentangan hebat pada pilihan raya umum akan datang.

"Pertarungan tidak pernah mudah, terutama apabila menentang penyandang. Menentang Lim Guan Eng juga bukan perkara mudah," kata Ketua Gerakan Pulau Pinang, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr Teng Hock Nam dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini.

Daripada 40 kerusi dewan undangan negeri Pulau Pinang yang ada sekarang, 27 menjadi milik pakatan Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum lalu, DAP memenangi semua 19 kerusi yang ditandinginya, PKR sembilan daripada 16 kerusi, manakala PAS hanya memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandinginya.
Senarai calon

Pada pilihan raya umum yang menyaksikan pencapaian paling buruk bagi BN itu, parti gabungan berkenaan hanya memenangi dua daripada 13 kerusi parlimen dan 11 daripada 40 kerusi negeri.

penang gerakan critisc on land policy 210811 teng hock namSecara tradisi, peruntukan kerusi BN di negeri itu dibuat berdasarkan formula Umno (15), Gerakan (13), MCA (10) dan MIC (2).

Teng (kiri) berkata Gerakan Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sejak tahun lepas lagi setelah memuktamadkan "senarai calonnya" pada Januari 2010 dan melantik 17 penyelaras kawasan pilihan rayanya -- termasuk 13 untuk kawasan negeri dan empat kawasan parlimen.

"Kebanyakan penyelaras ini telah melaksanakan kerja asas selama dua tahun. Daripada segi pemilihan calon, mereka terletak di barisan hadapan, melainkan ada alasan kukuh mereka tidak boleh diketengahkan nanti (sebagai calon)," kata Teng.

najib and lim guan eng penang cycle event 250911 guan eng koh tsu koonBeliau berkata sejak terlantiknya penyelaras berkenaan, parti itu sentiasa bergerak bersama-sama anggota peringkat akar umbi, termasuk dalam urusan pemberian BR1M baru-baru ini, untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan itu, mengemukakan permohonan.

"Kami juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi penjelasan tentang isu berkaitan dasar dan mendedahkan kelemahan kerajaan negeri.

"Bagi Gerakan, kami juga mengunjungi kedai kopi untuk mengumpul maklum balas, mengedarkan risalah kepada penduduk di Pulau Pinang dan untuk menangkis tuduhan Lim Guan Eng," katanya.
Perhebatkan program

Oleh itu, kata Dr Teng, BN Pulau Pinang mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

NONEKetua MIC Pulau Pinang Datuk PK Subbaiyah pula berkata parti itu sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, termasuk mengenal pasti calon berpotensi bagi dua kerusi -- kawasan dewan undangan negeri Prai dan Bagan Dalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan nama mereka kerana katanya keputusan muktamad mengenainya akan dibuat kempimpinan BN.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menawan dua kerusi itu daripada MIC dan kini kerusi Prai disandang Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy, manakala kerusi Bagan Dalam disandang A  Thanasekaran, juga daripada DAP. Ramasamy mengalahkan timbalan ketua MIC negeri L  Krishnan dengan 5,176 undi, manakala Thanasekaran mengatasi Subbaiyah dengan 3,053 undi.

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula berkata BN negeri itu telah memperhebatkan pelaksanaan program bersama rakyat, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat dan menawan hati mereka.

Ini termasuk kegiatan kemasyarakatan seperti tinjauan mesra dan mengadakan lebih banyak taklimat untuk kumpulan sasaran bagi menangkis isu serta hujah yang dibangkitkan pihak lawan.

penang land scam issue 290708 hilmi yahya"Kami juga mengedarkan risalah dan menganjurkan ceramah, sambil mengoptimumkan penggunaan blog serta sistem perkhidmatan pesanan ringkas untuk sampai kepada khalayak lebih ramai," kata Hilmi (kanan).

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang berkata walaupun menghadapi kesulitan dan kekangan, kebanyakan pemimpin MCA, termasuk mereka yang kalah pada pilihan raya lalu, terus mengendalikan pusat khidmat masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat.
Wang sendiri

"Macam pusat khidmat saya ni... (ia) dibuka enam hari seminggu dan semua petugasnya terdiri daripada sukarelawan, yang memberi khidmat dari tengah hari hingga malam. Semuanya kami gunakan wang sendiri kerana kami tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji petugas tetap," katanya.

"Kami terus memberi perkhidmatan kerana telah berbuat demikan sejak sekian lama. Oleh itu, kami harap, sekurang-kurangnya mereka mengambil kira perkara ini apabila tiba pilihan raya nanti. Saya tahu memang susah untuk menang banyak kerusi, tapi sekurang-kurngnya, mereka akan terus mempunyai MCA sebagai pembangkang dalam dewan undangn negeri. Kini, tak ada langsung kerana DAP menawan semuanya," kata beliau.

tan cheng liang penang pc 040808 03Beliau berkata sejak dua tahun lalu, orang ramai menyuarakan banyak isu melalui pusat khidmat MCA, tapi mereka hanya dapat membantu hingga ke tahap tertentu saja kerana sesetengah perkara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kami cuba membantu sebanyak yang mungkin, tapi bukan semuanya boleh diselesaikan kerana ia memerlukan kuasa lain," kata Tan (kiri).

- Bernama
Rakyat perlu bangkit, tolak Pakatan, kata Ahmad Zahid
Rakyat perlu bangkit dan menolak pemerintahan kerajaan Pkatan Rakyat yang sering bergolak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata krisis pentadbiran seperti yang berlaku di Kedah bukan perkara baru malah lumrah dalam pentadbiran negeri dikuasai Pakatan.

lim guan eng submarine ride 091211 ahmad zahid"Saya fikir soal di Kedah adalah satu yang lumrah dalam pentadbiran sebuah negeri Pakatan, dulu ada komplot di Selangor yang mahu menjatuhkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Masalah politik ini saya fikir banyak lagi yang kita tidak ketahui di negeri-negeri berkenaan dan inilah masa kita bangkit semula dan kita tolak Pakatan termasuk di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri di Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis pentadbiran erajaan PAS Kedah selepas dua exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula ke jawatan masing-masing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pembangkang yang sebelum ini membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan BN jelas gagal mentadbir dengan baik apabila memperoleh peluang berkenaan. 

"Parti pembangkang ini jelas apabila peluang diberikan kepada mereka, mereka sebenarnya lebih buruk daripada tuduhan yang dikenakan kepada BN," katanya.

Justeru, katanya, rakyat perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan bahawa parti itu memerintah dengan lebih baik dan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.
  
- Bernama
Menteri ingatkan aset tentera tak dipolitikkan
Ahli politik khususnya daripada Pakatan Rakyat diingatkan agar tidak lagi mempolitikkan aset angkatan tentera sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara.

azlanMenteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya.

Beliau berkata pembangkang sebelum ini menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.

"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terlibat) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita telah melakukan pendakwaan.

NONE"Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri Melaka yang diwakili Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka, hari ini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia Dorance Martine dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Kapal selam berkenaan yang merupakan platform latihan bawah permukaan air bagi krew-krew pelatih TLDM sebelum mengoperasikan kapal selam konvensional sebenar kelas Perdana Menteri kini diabadikan sebagai muzium di kompleks Muzium Maritim, Klebang di Melaka.

Ahmad Zahid berkata pembangkang sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Kementerian Pertahanan berhubung sesuatu perkara agar ia dapat ditangani dengan baik.

azlan"Dapatkan penjelasan dulu daripada kami (Kementerian Pertahanan), jangan jadikan ini (aset pertahanan) bahan ceramah yang boleh mengelirukan rakyat... saya fikir tidak satu negara pun yang mendedahkan apa saja aset negara atau strategi pertahanan negara, tetapi mereka (pembangkang) nak tahu semua sekali.

"Saya takut mereka menjadi ejen (pihak luar negara), kita tidak mahu jadi kurang pandai dalam menangani soal pertahanan," katanya.

Beliau berkata kesilapan sesuatu fakta bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat malah boleh mengguris perasaan anggota profesional dalam angkatan tentera yang tidak terlibat dalam soal politik.

- Bernama
Muhyiddin: Mohon maaf tunjuk sikap rendah diri
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008, menunjukkan sikap merendah diri parti itu, kata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting pada masa ini adalah untuk melihat ke hadapan terutama dalam tempoh lapan tahun akan datang, tentang bagaimana mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

NONE"Apa yang Perdana Menteri nyatakan itu tunjukkan sikap merendah diri. Kita sebagai manusia memang ada kelemahan, kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional juga kita tahu ada kelemahan kita dan mungkin beberapa kesilapan.

"Secara umumnya dalam tempoh 54 tahun tidak ada sesiapa boleh menolak hakikat bahawa walaupun ada kelemahan, kita sudah berjaya capai kemajuan besar dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, hubungan antarabangsa dan pelbagai lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Najib memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) 2008, tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Muhyiddin berkata beliau percaya rakyat sudah mula faham dengan langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi serta konsep gagasan 1Malaysia yang bertujuan memperbaiki kelemahan serta menambah baik segala usaha yang dilakukan selama ini.

NONE"Macam transformasi nasional, ia mencakupi semua perkara... ekonomi, kerajaan, politik, luar bandar dan pendekatan baru yang diambil perdana menteri dan kerajaan BN pada hari ini. Semuanya masyarakat sudah dapat lihat impak yang agak begitu berkesan dan ini beri satu harapan baru," katanya.

Beliau berkata kefahaman dan penerimaan rakyat tentang semua perkara tersebut memperlihatkan keyakinan baru di kalangan mereka tentang keupayaan kerajaan BN.

Katanya kekalahan pada PRU-12 telah memberi keinsafan kepada BN tentang apa yang perlu dilakukan dan diperbaiki, termasuk oleh wakil-wakil parti di seluruh negara.

- Bernama


Siapa Islamis sebenar?
Ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan hudud. Juga ada yang menyatakan saya double-standard apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.

Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkitkan oleh rakan-rakan ‘tweet' (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.

Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat'i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi.

Ini disebut sebagai qat'iya thubut. Namun perbahasan ataupun pendetilan hukum tersebut seperti syarat-syarat hukum itu dilaksanakan, konteks perlaksanaan hukum dan segala pendetilan yang lain kebanyakannya adalah ijtihad ulama fekah.

Kebanyakan ijtihad itu berasaskan kefahaman mereka terhadap nas-nas yang zanni (speculative text l zanniyyat dilalah) iaitu nas-nas al-Quran atau hadis yang mempunyai pelbagai pentafsiran ataupun takwilan.

Ijtihad itu terdedah kepada penilaian semula dengan menggunakan ijtihad yang lain. Berbeza pandangan dalam perkara ijtihad, bukan satu kesalahan akidah pun.

Setelah saya tonton video Tun Mahathir tersebut, saya dapati ada kesilapan dalam menggunakan istilah. Tun Mahathir mungkin memahami hudud itu sebagai perbahasan fekah berkaitan hudud, maka beliau menyatakan hudud tiada dalam al-Quran.

Namun dalam masa yang sama beliau menyebut hanya ada beberapa hukum yang disebut secara umum. Di sini kesilapan beliau dalam menggunakan perkataan hudud tiada dalam al-Quran, sedangkan asas hukum tersebut memang ada dalam al-Quran.

Harap Tun Mahathir dapat membetulkan kenyataan tersebut. Namun kenyataan beliau bahawa yang penting hendaklah ditegakkan keadilan, memang sedang dipakai oleh ramai ‘Islamist' di masa kini.
Kerangka sekular
Minggu ini saya memohon dari Prof Tariq Ramadan untuk mengikuti kelas beliau ‘Political Islam, Islamism and Modern Islamic Movements'. Beliau membahaskan perkembangan golongan Islamist di Turki hari ini.

Beliau meminta para pelajarnya memberikan, apakah golongan Islamist di Turki itu masih layak digelar Islamist ataupun tidak? Pelbagai pandangan diberikan oleh para pelajarnya.

Kesimpulan dibiarkan terbuka. Kelas bersambung minggu hadapan. Maka saya terfikir untuk menyentuh tajuk ini dalam tulisan kali ini.
Ya, memang satu perkembangan yang menarik apabila Islamist di Turki tidak lagi melaungkan slogan perlaksanaan undang-undang syariah seperti hudud. Bahkan mereka bersedia untuk bekerja dan membangunkan negara dalam kerangka sekular (secular framework).

Mereka menegak nilai-nilai Islam seperti ketelusan, amanah, berdisiplin dan lain-lain. Mereka tidak mengubah perlembagaan, sebaliknya bekerja dan memberi nafas kepada Islam dalam kerangka yang ada, tanpa menzahirkan perjuangan menentang secularism.

Isu hijab (tudung) di universiti di Turki yang tidak dibenar sebelum ini diatasi dengan pelantikan pentadbiran yang mempunyai yang lebih luas tentang undang-undang tersebut.

Sehingga John L Esposito dalam The Oxford Encyclopedia of Islamic World di bawah tajuk secularism menafsirkan perkembangan Islamist di Turki sebenarnya bukan pertarungan antara Islamism dan secularism, tetapi sebenarnya pertarungan dalam mentafsirkan konsep secularism itu sendiri.

Ia antara versi secular Anglo-American yang memberikan ruang kepada penglibatan agama dalam politik dibandingkan pemahaman French secularism yang bersifat keras terhadap agama dengan menganggap penglibatan agama akan mengancam social order. Maka, Esposito melihat Islamist di Turki itu berpihak kepada secularism versi Anglo-American.

Hari ini selepas ‘Arab Spring', gerakan Islam di kebanyakan negara Arab sudah mula bekerjasama dengan parti-parti lain yang tidak berasaskan Islam. Kerjasama itu sekali gus menjadikan mereka menggugurkan isu Islamic State khususnya perlaksanaan hudud.

Hal yang sama kita lihat di Malaysia. Ini menimbulkan perbahasan sarjana semasa di Barat dan Timur, apakah mereka itu masih dianggap sebagai Islamist atau mereka sebenarnya post-Islamist?

Pertamanya, istilah Islamist atau Islamism itu apakah maksudnya? Secara umum, perkataan Islamist difahami di Barat khususnya kelompok yang memperjuangkan politik Islam. Mereka ini berhasrat menegakkan Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam khususnya hudud.

Jika maksud ini dipakai, maka kelihatannya kebanyakan gerakan Islam hari ini bukan lagi Islamist seperti yang difahami oleh Barat. Namun jika istilah Islamist diberikan kepada mereka yang cuba menjadi Muslim yang baik dalam kehidupan harian, mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan individunya seperti amanah dalam pentadbiran, maka mereka ini masih lagi Islamist.

Jika disoal secara lebih jelas, apakah mereka ini pejuang negara Islam versi lama mereka ataupun negara Islam versi hudud? Jawapannya, kelihatan pada kemungkinan dan realiti, mereka bukan lagi pejuang negara Islam versi berkenaan.

Post-Islamism

Asef Bayat dalam tulisannya The Coming of a Post-Islamist Society menggunakan istilah post-Islamism merujuk kepada golongan Islamist di Iran. Beliau menyifatkan golongan post-Islamist ini ialah mereka yang cuba mengadunkan semula antara Islam dan realiti dunia masa kini khususnya yang membabitkan soal kebebasan hak individu, demokrasi dan kemodenan.

Beliau menyebut: "Post- Islamism is expressed in the idea of fusion between Islam (as a personalized faith) and individual freedom and choice; and post-Islamism is associated with the values of democracy and aspects of modernity"
Mengapa ini berlaku? Kesemua ini berlaku disebabkan pengalaman yang dilalui oleh gerakan Islam menunjukkan kegagalan dalam banyak perkara untuk melaksanakan slogan-slogan yang dilaungkan sebelum ini.

Realiti politik dunia menunjukkan banyak slogan mereka sebelum ini lebih berbentuk retorik yang tidak dapat dilaksanakan. Negara seperti yang mereka baca dalam kitab-kitab lama itu sudah tidak wujud. Sudah tiada lagi Negara Khalifah.

Nation state ataupun negara bangsa hari ini mempunyai realiti yang berbeza. Globalisasi pula sedang menghakiskan ciri-ciri nation state yang ada. Hari ini perkaitan antara politik dan ekonomi amatlah jelas.

Dunia terbuka era teknologi juga mengubah terlalu banyak perkara. Hal ini akan lebih jelas terasa apabila golongan Islamist itu sendiri mendapat kekuasaan seperti di Turki dan juga beberapa negara Arab yang baru diperolehi.

Maka, selama ini mereka mungkin telah melihat nas-nas politik dalam Islam itu di luar dari konteks yang sepatutnya ataupun decontextualization of nas. Mereka mungkin hanya membaca nas tanpa melihat konteks dan realiti yang wujud di persekitaran nas.

Tidak mengkaji rentak ruang yang mana nas-nas itu beroperasi (tempo-spatial contexts). Sedangkan dalam memahami nas, persekitaran ekonomi dan politik yang wujud semasa nas-nas politik Madinah itu lahir hendaklah diambil.
Nabi SAW mengambil kira persoalan persekitaran politik ataupun realiti yang ada dalam perlaksanaan pemerintahan. Justeru itu, baginda tidak mengarahkan Najasyi Raja Habsyah yang menganut Islam itu untuk memerintah sama seperti kerajaan Nabi SAW di Madinah.

Najasyi atau Ashamah bin Abjar mengepalai kerajaan Kristian. Maka, realitinya berbeza. Nabi SAW tidak mempersalahkannya disebabkan ruang yang terhad yang dia ada. Tidak pula disuruh dia meninggalkan jawatannya.

Sebaliknya memuji ketelusan yang digunakan dalam ruang yang ada. Bahkan apabila Najasyi meninggal, Nabi SAW menyebut:

"Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)". (Riwayat al-Bukhari).

Demikian juga Nabi Yusuf yang bergerak dalam ruangan politik yang ada di zaman baginda.
Gerakan Islam mula rasional dan akur bahawa mereka mesti memahami text dan context. Jika perubahan dalam pendekatan dan kefahaman mereka kini dianggap tidak Islamik oleh sesetengah pihak, maka itu satu pentafsiran yang dangkal.

Realitinya, dunia Islam berhajatkan kepada pemerintah yang cekap, amanah, adil serta berjaya menghidupkan kebahagiaan rakyat. Jika gerakan Islam berjaya melakukan hal itu, maka itu satu kejayaan.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Hasan: Pemecatan saya punca PAS akan tumbang
Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, klKatanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

NONEDi Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.
Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.


  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Astaghfirullaaaal'aziim!! Siapa awk utk berkata bahawa PAS akan tumbang disbbkan pemecatan awk? Awk nak berlagak sbagai Tuhan ke hasan?? Istighfar byk2 hasan. Meh saya nak habaq (khabar), pemecatan awk adalah teramat relevan bagi pihak PAS, krn tanpa pemecatan awk, ianya akan menjadi duri dlm daging pd PAS itu sendiri. Justeru, keberadaan awk dlm PAS akan menyebabkan kerosakan sedikit sebanyak, & mungkin juga akan sbbkan prestasi PAS merosot dlm PRU13. Maka, pemecatan awk itu adalah langkah yg tepat & kena pd masanya. Krn awk lah yg sbnarnya PARASIT dlm PAS, sperti mana yg awk warwarkan sblom ini. Parasit kenalah dimusnahkan/dikeluarkan dari parti sblom ianya merosakkan parti lebih teruk sikit demi sedikit dari dlm. Awk lah yg perlu muhasabah, jgn nak menuding jari pd org lain. Sepatutnya awk telah insaf dari pmecatan itu & x berlagak angkuh/sombong. Tapi yg berlaku adalah, awk masih lagi SOMBONG/ANGKUH. AWK INGAT AWK SIAPA HASAN?? Awk x takut ke Allah turun BALA pd awk dlm sekelip mata?? (dek krn kesombongan awk) Cukup2lah bermain wayang, & jadi alat pd puak2 berkepentingan. Kpd keluarga hasan, sila nasihatkan elok2 hasan ini, dia dah byk menyeleweng sejak dua menjak ini. Klau anda kasihaninya, nasihatkan dia spaya JGN KERAS KPALE & JGN SOMBONG/TAKABBUR!...

  • Teuku Zacharyah Iskandar · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Fathul Bari ( ulama muda UMNOK ) mengatakan kalau Mahather faham pasal agama tapi masih mempersenda2kan hukum Allah maka Mahather telah kuffur yakni hampir kepada kaffir... Kalau mahather tak faham agama islam ( pelik juga saya org islam tak faham pasal islam ) maka para mufti dan penasihatnya wajib mengajar beliau tentang agama Allah.. jika mereka membiarkan sahaja maka mufti2 dan penasihat tersebut juga telah menjadi kuffur yakni mereka bersama2 dgn mahather telah menghampiri Kaffir... wa nauzubillah..

    MANA HASSAN ALI... TAK DE KOMEN KA./.

    • Al Walid Faiza · · Pengulas Tertinggi · Pembantu Penilaian di Majlis Bandaraya Shah Alam
      KINI Dato' Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz join PAS (ulamak ambil ahli motivasi) Alhamdulillah Syukran.

    • Pprt Tsekah · Pengulas Tertinggi · Sekolah Pondok Rembia
      Al Walid Faiza : dia ulamak , ikut jln yg benar, hassan ni bangga ngan Phd nya saja.... p.ramlee kata suka jaga lembu he he he

    • Shukree Osman · Universiti Pertanian Malaysia
      Mengapa tiba2 jaja cakap ust umno? Mengapa tak jaja cakap bekas pemimpim korang macam dr hasan ali tu??? Nampak sgt kemunafikan mereka ni!!!

KENALI SIFAT2 MAHMUDAH DAN SIFAT2 MAZMUMAH

Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah

Bicara Ahmad Firdaus Fuzai
"Baik, masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas?" Tanya seorang penceramah dalam salah satu program yang kami ikuti.
"Em..! " kami mengangguk..
" Baik, sekarang saya nak kam semua listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mazmumah yang kamu tahu dalam masa 1 minit.."
Aku cepat-cepat menuliskan sifat-sifat mazmumah yang terlintas difikiranku. Banyak, hampir 10 yang dapat aku listkan..
( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri....)
"Dah?? " tanya penceramah.
"Sudah..." Kami menyahut serentak, sambil menanti arahan seterusnya.
" Baik, sekarang listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mahmudah dalam masa 1 minit .." beliau mengeluarkan arahan.
Dengan kemas aku genggam pen dan menulis secepat mungkin.. Aku cuba mengintai-ngintai jawapan rakanku, manalah tahu mereka dapat listkan lebih banyak daripada aku. Aku tak mahu kalah, aku nak tulis sebanyak mungkin.. Aku masih ingat lagi dulu aku pernah belajar 10 "sifat-sifat Mahmudah" dam 10 "sifat-sifat mazmumah" sewaktu darjah 6 di Sekolah Agama.
( Sabar, Redha, Tawakkal, Qanaah, Ikhlas, Peramah, Rajin, syukur...dll)
"dah cukup seminit, semua letakkan pen dan berhenti menulis" penceramah itu mengeluarkan arahan lagak seorang pengawas di dewan peperiksaan. Mungkin dia dah terbiasa dulu-dulu bertugas sebagai pengawas peperiksaan di sekolah kot? Tapi tak pe lah, tak ada kaitan dengan aku kenapa aku nak fikir lebih-lebih? memberatkan kepala aku jek nanti.
" Kamu.. Berapa yang dapat kamu listkan?.." Setiap orang diajukan soalan itu.
" 6 sifat mazmumah, 5 sifat mahmudah..." jawab abdullahakhi.
" 5 sifat Mazmumah, 7 sifat mahmudah.." Jawab muadz.
.......
sehinggalah tiba giliranku.. Dengan segera aku menjawab.
" 9 sifat Mazmumah, 8 Sifat Mahmudah.." Alhamdulillah, syukur.. banyak jugak yang dapat aku listkan rupanya.
"Kamu tahu apa motif saya suruh kamu senaraikan sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah dalam tempoh masa yang singkat?" Tanya penceramah berkenaan.
Dan seperti biasa, lumrah berceramah di tanahair kita nih, apabila penceramah mengajukan soalan, mereka sendirilah yang perlu menjawabnya nanti.
" Sifat-sifat Mazmumah yang kamu listkan tu, kalau kamu renung dan muhasabah elok-elok.. Itu adalah sifat Mazmumah yang prominent ada pada diri kamu, Yang kamu tak nak ianya ada pada diri kamu, sebab tu bila saya suruh kamu listkan dalam banyak-banyak sifat-sifat mazmumah, yang itu yang kamu dapat fikirkan dalam tempoh masa yang singkat ni..
kemudian, sifat-sifat Mahmudah yang kamu listkan tu semua adalah sifat-sifat Mahmudah yang kamu selalu berharap ianya akan ada pada diri kamu..." Penerangan yang ringkas cukup untuk membuatku terpukul.
"Astaghfirullah.."Aku perbanyakkan istighfar.. aku tenung dalam-dalam kertas yang aku conteng sebentar tadi. Aku genggam kemas pen ditanganku. Banyak sungguh sifat-sifat mazmumah yang masih menyubur dalam diri. Sifat-sifat Mazmumah yang diibaratkan seperti virus-virus yang akan menyerang sel-sel yang sihat, lantas menjadikan amalan sel-sel itu cacat. Tidak diterima Allah.
Sifat mazmumah dan mahmudah adalah berlawanan, kalau banyak sifat mazmumah maka sedikitlah sifat mahmudah yang dapat subur.. kadang-kadang bila terlalu banyak sifat mazmumah sehinggakan sifat mahmudah langsung tak dapat ruang untuk hidup dan menyubur di dalam diri. Mereka berkadar songsang antara satu sama lain.
Selagi mana sifat Mazmumah ada dalam diri, sifat Mahmudah takkan dapat masuk. al-Haq dan al-bathil  takkan boleh duk sekali. Selagimana ada sifat Riya' macammana Ikhlas nak masuk? Selagimana ada sifat kedekut macammana sifat Pemurah boleh dipraktikkan? 
Virus-virus Mazmumah ini perlu dikiks dengan antivirus. Bukan dengan menggunakan antivirus-antivirus biasa, tetapi antivirus yang perlu kita install dalam diri kita adalah "antivirus at-taqwa". Dengan taqwa barulah diri kita terselamat dari virus-virus degil ni. Mari sama-sama kita menginstall antivirus ini dalam diri kita, tidak mahal tapi perlu pada mujahadah yang tinggi.
Astaghfirullah, jauhnya aku untuk bergelar hamba yang Soleh, jauhnya aku untuk layak bergelar pejuang agamaMu ya Allah.
Ya Allah, izinkanlah aku menjadi pejuang dan penolong agamaMu, masukkanlah aku menjadi antara hamba-hambaMu yang soleh. Ameen....

Sifat-sifat Mahmudah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahteraorg-berdoa
Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.
Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”
Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
5. Sabar
6. Syukur -
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
9. Redha dgn Qadak dan Qadar
10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.
-ustazah azimah-

SIFAT SIFAT MAHMUDAH


Asalamualaikum….sahabat sekelian….kali ini kita berkongsi satu lagi ilmu.Mungkin sahabat semua dah tahu.Oleh itu….mari sama sama kita ingatkan kembali.
Iaitu sifat Mahmudah atau sifat terpuji yang sepatutnya kita sebagai orang beriman memilikinya.




1) Taubat…iaitu keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa dosa yang telah dilakukan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
2) Khauf… Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu merasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Firman Allah maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah s.w.t ).”( Surah Ali Imran ayat 102 )
3) Zuhud…merupakan sifat yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang mengaku mukmin. Zuhud juga hendaknya menjadi gaya hidup umat Islam walau di manapun ia berada. Zuhud bukanlah meninggalkan kenikmatan dunia, bukan bererti mengenakan pakaian yang lusuh,dan bukan bererti miskin.Zuhud juga bukan bererti hanya duduk di masjid, beribadah dan beribadah saja tanpa melakukan kegiatan-kegaiatan lainnya. Zuhud adalah kemampuan kita dalam menjaga hati dari godaan serta tipu daya kemewahan dunia tanpa meninggalkannya. Dengan pengertian yang lebih luas, zuhud merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang memiliki pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi.Mereka tetap bekerja dan berusaha, namun kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuatnya meninggalkan mengingati Allah walau sesaatpun. Kita beramal shaleh, memakmurkan bumi dan bermuamalah, namun di saat yang sama hati kita tidak tertipu. Kita meyakini sepenuhnya bahwa kehidupan akhiratlah yang menjadi tujuan utama.
4) Sabar…iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak kita sukai.Juga tidaklah kita terlampau mengadu ngadu pada selain Allah serta hendaklah sabar kita dalam menahan diri pada meninggalkan setiap tegahanNya.
5) Syukur…iaitu rasa berterima kasih,mengaku dan memuji setiap nikmat yang telah diberikan Allah dan kita gunakanlah pada jalan Allah.
6) Ikhlas…hendaklah menumpukan sepenuhnya niat pada ibadah semata kerana Allah.
7) Tawakkal…ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha..sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah),sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”(Surah al-Thalaq ayat 3).
B) Redha…iaitu menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
9) Mahabbah…Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya dan dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
10)Mengingati Mati…iaitu merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.


Ya Allah Ya Tuhan ku.Ampunkanlah segala dosa dosaku….Amin,Amin,Amin…Ya Robbal A’lamin…
Sekian Terima kasih
Wasallam.


Sifat Mazmumah
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah


MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

10 Perangkap Syaitan - Sifat Mazmumah

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahannam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' (QS An-Nisa': 120~121)
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah, sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri kita. Apabila syaitan sudah merajai diri seseorang, individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah SWT kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan laknatullah mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia secara berterusan untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu (10 sifat mazmumah):
1. BANYAK MAKAN
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan seseorang itu malas, lemah badannya serta banyak tidur. Ini menyebabkan seseorang itu lalai daripada menjalankan ibadah serta zikrullah. Firman Allah SWT: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (QS Al-A'raf:31)
2. BANYAK BERCAKAP
Apabila seseorang itu banyak bercakap maka banyaklah salahnya. Banyak salahnya maka banyaklah dosanya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam." (HR Imam Muslim)
3. PEMARAH
Sifat pemarah yang dimaksudkan ialah kemarahan yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah. Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dapat menjauhkan diri saya daripada kemurkaan Allah Azza wa Jalla? Baginda menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).
4. HASAD
Orang yang memiliki sifat hasad sentiasa menginginkan agar nikmat yang diperolehi oleh orang lain berpindah kepadanya dan selalu berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan atau kurnia. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim).
5. BAKHIL
Orang yang memiliki sifat ini bakhil untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT dan untuk agamaNya. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan Allah SWT semata-mata yang seharusnya dibelanjakan pada jalan yang hak. Kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepatutnya digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. Firman Allah SWT: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Ali-Imran: 180) Dalam hal ini, Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud)
6. HUBBUL-JAH (CINTAKAN KEMEGAHAN)
Orang yang memiliki sifat ini amat kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Ini boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan kerana perebutan mengejar pangkat dan kedudukan. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.” (HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i)
7. HUBBUD-DUNYA (CINTAKAN DUNIA)
Orang yang memiliki sifat ini gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang menjadikannya lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada Allah SWT. Orang seperti ini tidak menyedari bahawa maut sentiasa menghampirinya setiap masa. Daripada Tsauban r.a., beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah 'wahan' itu, hai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati." (HR Abu Daud)
8. TAKABBUR
Orang yang takabbur sentiasa memandang dirinya lebih mahir dan memandang bahawa orang lain lebih rendah serta hina darinya. Dia merasakan pendapatnya sahaja yang betul. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah SWT berfirman: "Sebenarnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka terangkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takabbur.'' (QS An-Nahl:23)
9. BANGGA DIRI (UJUB)
Orang yang memiliki sifat ini mengakui atau timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti ibadahnya, pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain. Firman Allah SWT: “Jangan kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (QS Al-Qashash:76) Sebenarnya perasaan bangga dan kagum terhadap diri sendiri adalah sifat Iblis laknatullah yang memandang rendah terhadap Nabi Adam AS kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan tanganKu. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang (yang) lebih tinggi?" Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” (QS Shad: 75~76).
10. RIAK
Orang yang memiliki sifat riak suka memperlihatkan atau menunjukkan amalannya kepada orang lain yakni tidak ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Natijahnya, segala amalannya hanya akan menjadi sia-sia saja. Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam berbagai keadaan, termasuklah ketika menunaikan ibadah yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah 'asy syirkul ashghar' (syirik kecil)." Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?" Baginda menjawab: "Riak.” (HR Imam Ahmad)
Semoga kita semua dihindari daripada sifat-sifat di atas. Wallahua'lam.

10 Sifat Mazmumah



1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.

3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan
lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.

8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja. 



Sifat-sifat Mahmudah :
1.0 HIKMAH


Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.

1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.

1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.

1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.

1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.

1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.

1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.

1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.

1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.

1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.

1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 'ADAALAH


Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.

2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.

2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.

2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.

2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.

2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.

2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.

2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.

2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.

2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.

2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.

2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH

Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.

3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.

3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.

3.3 Tabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.

3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.

3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.

3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.

3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.

3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.

3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.

3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.

3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.

3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.

3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.

3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.

3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.

4.0 SYAJAAH

Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.

4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.

4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.

4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.

4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.

4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.

4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.

4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.

4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.

4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancamanmusuh dan godaan syaitan

Sifat Mazmumah Menghapus Kebahagiaan Hati

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan rasa kebahagiaan di hati ialah :


1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah


** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .


Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

Tiada ulasan: