Ahad 04 Mac 2012 - KENYATAAN YANG MENYAKITKAN PERKASA DAN JATI
Hanya Islam Boleh Satukan Melayu kata Tun Daim Zainuddin.. jadi bukan UMNO lah ya...kah kah kah kah
Kenyataan dari Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ini menafikan kenyataan-kenyataan dari pemimpin dan juga pencacai UMNO yang mengatakan hanya UMNO boleh menyatukan Melayu..
KUALA LUMPUR, 4 MAC : Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, perpecahan di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini bersifat kompleks dan senario itu berada di tahap membingungkan.
Menurut beliau, sejarah menunjukkan Melayu hanya pernah bersatu ketika menentang Malayan Union dan ketika UMNO dilahirkan.
" Apabila kedudukan mereka dan pemerintah terancam dan melibatkan soal survival, mereka akan bersatu.
" Setelah mereka mencapai matlamat, kita melihat kelahiran pelbagai parti politik Melayu yang melemahkan mereka. Pas dilahirkan bagi menjadikan Malaysia negara Islam.
Parti Rakyat, sosialis kemudian Aziz Ishak, Semangat 46 dan kini Keadilan. Kemudiannya parti-parti berkenaan akan memperjuangkan cita-cita pemimpin mereka,"katanya dalam wawancara khas bersama Mingguan Malaysia.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan mengenai bagaimana kemajuan teknologi hari ini mengubah landskap sosio politik tanah air yang mana masyarakat lebih bebas dan kritis tetapi mengakibatkan perpecahan terutama di kalangan orang Melayu.
Beliau juga diminta menyarankan, dalam keadaan itu,bagaimana caranya memastikan orang Melayu kekal bersatu supaya tetap berupaya mengekalkan survival demi agama dan bangsa.
" Bagi Melayu untuk bersatu, ia mesti tidak melibatkan polisi yang boleh ditafsirkan sebagai ekslusif. Melayu perlu bersatu untuk menentang rasuah, pembaziran, pengurusan tidak betul dan bersetuju untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang," kata Daim.
" Melayu perlu mempunyai pengetahuan dan memberikan keutamaan tinggi kepada pendidikan dan berpegang kepada ajaran Islam dengan menonjolkan kejujuran, disiplin, kerja keras, kejayaan dan sentiasa mengikut jalan yang benar.
" Nilai Islam universal akan menyatukan Melayu," tambahnya lagi.
Menurut pemimpin vateran ini lagi, populasi Melayu yang bersatu akan membawa kepada Malaysia yang bersatu dan mewujudkan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan kepada semua.
Namun ujarnya, hanya menumpukan kepada bersatunya Melayu itu sahaja tidak dapat membantu masyarakat itu untuk bersaing dan hidup senang.
Melayu itu perlu mempunyai sifat-sifat yang baik.
Tidak perlulah menjerit mengenai penyatuan walhal berterusan membina jalan untuk perpecahan.
Oleh itu katanya, Melayu perlu ada sifat-sifat berikut :
- Melayu mesti jangan sia-siakan peluang dan tidak melepaskan generasi muda kepada penagihan dadah.
- Melayu perlu hidup di rumah yang selesa dan menjadi alat kepada sumber manusia dan mobiliti.
- Melayu mesti boleh menulis dan bertutur pelbagai bahasa dan berpengetahuan bagi menjadi pemimpin yang hebat.
- Melayu mesti belajar mensyukuri kejayaan dan tidak berhasad dengki untuk menurunkan mereka yang berjaya. Melayu berjaya di satu pihak perlu bersikap rendah diri dan tidak memberikan tanggapan mereka akan membolot segalanya.
- Memerangi elitisme dengan berani dan bermaruah. Tiada ada orang pada era Melayu-DEB yang mempunyai hak untuk menjadi elit dan hebat berbanding yang lain. Ingatlah kepada penggubal DEB di mana mereka adalah pelajar pergerakan Fabian yang sentiasa melihat cara menyamakan kedudukan dalam peluang hidup.
- Kerjasama tulen dengan bukan Melayu dalam perniagaan dan rundingan.
- Kerja keras dan bijak pada masa sama dan jika anda fikir anda telah bekerja keras, letakkan lebih usaha dan tidak gentar kepada kegagalan. Belajar daripada kegagalan.
- Perkukuhkan bahasa Melayu.
- Bercita-cita menjadi pemimpin. Bercita-cita menjadi penderma. Bercita-cita untuk belajar. Bercita-cita menjadi Melayu yang baik.
Pakkaramu
Daim: PM tak harus pegang jawatan menteri kewangan
Seseorang
perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan menteri
kewangan, kata pemimpin veteran Umno dan bekas menteri kewangan, Tun
Daim Zainuddin.Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan hari ini, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.
Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu.
"Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).
"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.
Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.
"Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, "
"Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan