Jumaat, 2 Mac 2012

PARASIT MENUMPANG...DAH KENYANG PANDAI2 LAH...SAPE PARASIT ALLAH SAJA YANG TAHU...BIASA MENGANGGAP DIRI LEBIH PANDAI SERTA LEBIH LAYAK...TAPI ADAKAH IA BUAT SOLAT ISTIHARAH...BAGAIMANA KALAU RASULLULLAH SAW ADA ZAMAN INI...BAGINDA SAW YANG UMMI TAK RETI MEMBACA DAN MENULIS...ADAKAH MEREKA AKAN BERIMAN PADA RASULLULLAH SAW...

'MAS terbang dengan asap, bukan bahan api'
Kerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.

Simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

Sebenarnya, MAS mula menjunam sejak Datuk Seri Idris Jala (bawah) dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

ACCIM seminar on ETP Idris Jala (centre)Keuntungan bersihnya merudum dari tahun ke tahun. Keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO.

Beliau dilantik pada tahun 2005 dan berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding kerugian RM1.3 bilion dua tahun sebelum itu.

Idris memulihkan MAS tetapi semua usahanya sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Idris untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?

Penswastaan sebagai 'piratisation'
Di samping kerugian teruk itu, simpanan tunai MAS 'diseparuhkan' kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010. Sementara aset bersih menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Dalam kata lain, MAS tidak lagi terbang dengan bahan api tetapi hanya terbang dengan asap. Inilah pewarisan 'piratisation' atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan dan kemudian pengambilalihan semula kerajaan secara tidak keruan.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalMalah tindakan kerajaan persekutuan menyelamatkan MAS pada 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran tidak dapat membantu.

Kerajaan persekutuan membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham.

MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines mencatatkan keuntungan pada tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan AirAsia pun mengalahkan MAS.

Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran AirAsia yang bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion.
Meskipun AirAsia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.

Isu-isu fundamental
Tentunya terdapat masalah apabila syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah lebih berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang tinggi.

azlanDaya maju syarikat penerbangan kebangsaan kita akan terus dipersoalkan melainkan isu-isu fundamental diselesaikan. Adakah ia  masalah model bisnes atau pengurusan yang gagal, ataupun kedua-duanya?

Jelas bahawa cara mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah dengan menggunakan model bisnes baru berdasarkan prinsip Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT) yang membawa kejayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kita berjaya meyakinkan dan menarik pelabur dan menjadi destinasi pelaburan pembuatan nombor satu di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011.

Pulau Pinang juga mencatatkan lebihan bajet pada setiap tahun sejak 2008 dan mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus, daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

mas dap bbc 231205 mas buildingModel bisnes yang digunakan MAS jelas gagal. Sekiranya MAS menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campur tangan politik yang boleh membiakkan rasuah dan ketidakcekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan gagal.

Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia, siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua.

Terutamanya apabila sebab utamanya bertujuan menyelamatkannya daripada masalah salah urus dan model bisnes yang lemah.

Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar ini dan mengambil tindakan kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.

NONEPenulis adalah ketua menteri Pulau Pinang, ahli parlimen Bagan dan setiausaha agung DAP. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Pemuda PAS: MAS perlu diselamatkan
Pemuda PAS berkata Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mesti diselamatkan daripada terus mengalami kerugian dan sebagai sistem penerbangan utama negara, ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

riduan mohd norKetua penerangannya dewan itu Riduan Mohd Nor (kanan) berkata, MAS mungkin patut belajar dengan syarikat penerbangan lain seperti AirAsia yang jauh lebih muda tetapi mampu membina empayar sendiri.

"Kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia. Imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas bagaimanapun MAS akan diselamatkan.

MAS semalam mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

malaysia airline mas aircraftDalam kenyataannya hari ini, Pemuda PAS turut mempersoalkan kerugian besar itu dan membangkitkan sama ada ia berpunca dari kelemahan urus tadbir atau strategi perniagaan yang tidak berkesan.

"Keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik," kata Riduan.

Dengan sinis, Riduan berkata, tiada ertinya mempunyai lapangan terbang bertaraf dunia tetapi syarikat penerbangannya gagal menempatkan diri.

"Rakyat Malaysia pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

"Apakah lagi kebanggan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?" soalnya.
Hasan Ali: Golongan 'parasit' mahu jatuhkan MB Kedah

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa golongan 'parasit' yang menguasai parti itu sudah menjatuhkannya dan sekarang mereka hendak menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"...dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.
  
Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu.

Katanya, PAS sudah hilang halatuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.
  
"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya.
  
Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

- Bernama
Kabinet setuju pulang sisa nadir bumi ke Australia
Walaupun ditolak kerajaan Australia, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.

Kerajaan akan menulis surat kepada kerajaan Australia tidak lama lagi untuk menyampaikan pendirian tersebut, katanya kepada akhbar Cina hari ini selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

anti lynas bukit perlindung solidarity walk 260611 anti lynas bannerMenurut News Oriental Daily, Liow berkata, kerajaan hanya akan memberikan lesen operasi kepada Lynas jika ia memenuhi kriteria tersebut.

"Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi)," Liow dipetik sebagai berkata.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.

April lepas, Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.

  • Teuku Zacharyah Iskandar · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    hahahaha... kerajaan mula nak cover line lah tu... bila rakyat dah bangkit menentang lynas ni... kalau korang tak percaya nanti bila BN memang PRU13 tak akan ada neyrr dihantar pulang ke australia sisa lynas tu...

  • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
    Tutup jer loji tu senang citer, ape yg susah sgt takut xdpt pulus ke?, Hahaha...

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      AUTRALIA PUN TAK NAK SISA RADIOAKTIF..KENAPA PULAK KITA MALAYSIA BERIA-IA MINTAK PUJI. HINGGAKAN TV3 DGN KARAM SING PUJI SISA LYNAS TIADA KESAN RADIOAKTIF...BILA MEDIA DAH DIPERALATKAN UTK KEPENTINGAN PERIBADI INILAH JADINYA.

    • Mohd Zulhisyam Deraman · Bekerja di TMB
      mana boleh tutup..duit pengeras dah sapu..nanti lynas pecah lubang lg pening penyamun2...pada aku sisa tu sumbat je dlm mulut penyokong2 lynas yg gila dok sokong tp xdpt apa2

    • Chottii Bashar · Pengulas Tertinggi
      hakhak,,teringat pula samseng2 umngok yang jadi pencacai2 lynas di penang,,buang je sisa2 lynas ni dlm seluar dalam mereka biar nanti lama2 'boboy' mereka boleh jadi radio ,televisyen dan iphone,,tu semua bahan radioaktif tu,hujah paling femes si pencacai2 lynas..kihkih

    • Azwan Samad · Top Commenter · Sekolah vokasional kota tinggi
      tak cukup tanganlah MB pahang nak letak kat dahi ,tak tido malam lahh

    • Carlos Kiyanly · Top Commenter · De Todo Un Poquito
      Tutup jer.... masalahnya sekarang, Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain. Hanya Menteri Besar Pahang saja yg nak sisa radioaktif dibuang kat Negeri Pahang. Apa ke bodoh tuuu.

    • Mohamad Noor Mohd Zain · Top Commenter · Penjaja kecil bumiputra at Ericsson Saudi Arabia
      Idea paling bernas aku rasa sisa bahan radioaktif tu tanam jer kat sebelah rumah Adnan Yaakop, kita tunggu selama 3 tahun aku yakin muka Adnan Yaakop sedikit demi sedikit akan bertukar menjadi muka Alien kesan drp sisa radioaktif tu.

    • Mamaruddeen Mafizullah · University of Liwat
      hoi cibai ko Jashamsulnizam Md Jani@Jahanam, baik ko mampos lg baik, pukimak ko brkurap kah3...

    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Pengemis Kayap : cantik ayat?, bg la lg brjuta2 yg baca MK dlm ni nk tgok puak2 Umno mcm ko mencarut, hahaha....

    • Aboi Boboi · · Top Commenter
      Chottii Bashar suka perkataan boboy tu hehehhe i loike

    • Ambe Berispakabu · Top Commenter · Works at Buffalo Soldier
      Azwan Samad : btul3...hahha mana nk cekau duit nk bayo tokey kilang rm63 juta tu...

    • Cik Nene · Top Commenter
      Mohd Zulhisyam Deraman Teringat cerita PRamlee dulu. kata Sudin masa nak ambil lampu dalam gua tu."nasib baik ko panas, kalau tidak ko pun aku kebas"

    • Atan Angah · Top Commenter · U-M
      kalau tutup loji nii... komisyen yang telah diambik oleh kroni UMNO macam mano pulak?.

    • Zulkifli Mamat · Top Commenter · Sekolah menengah chukai kemaman terengganu
      Pakai Otak tanam jew sisa radioaktif kat umah karam singh...hehehe

    • Bakau Tua · Top Commenter · Kuli at Usaha sendiri
      kabinet setuju tp australia bukan bodoh nak setuju..yg bodoh tu kabinet..bodoh mcm lembu2 nfc..

    • Erabaru Mindamuda · Top Commenter · Works at Business
      Pakai Otak itulah bodohnya puak puak bn

    • Joe Hary · Top Commenter
      dua..tiga...kucing berlari,
      karam sing pun sudah pandai pusing..hihi... pulusssss...

    • Qamal Qassim Qamal · Top Commenter · ALOHA
      Pakai Otak = Qaram Singh Walia Pun Nak Jadi Pelakon.

    • Narong Sadao · Top Commenter · Kampung Padang Besar, Perlis, Malaysia
      Pakai Otak ...Karam&Sink celaka tu semenjak dapat datok ni...sisa radioaktif pun dia kata tak bahaya...haramjadah punya pengampu ameno

    • Narong Sadao · Top Commenter · Kampung Padang Besar, Perlis, Malaysia
      Jashamsulnizam Md Jani .....tak mengapa biar le,orang yg hampir sakaratul maut memang macamtu,perangai nya berubah.....mengelupur/mencacing panas untuk kali terakhir...jangan ambil hati, he..he..he.

    • Tipah Tertipu · Top Commenter · U-M
      Chottii Bashar adoiiiii......lucu nyeeee

Bijih besi sumber pendapatan baru Kedah
Kerajaan negeri Kedah melalui syarikat milik penuhnya, Permodalan Kedah Berhad (PKB), sedang giat meneroka hasil bumi secara usahasama dengan syarikat swasta untuk dijadikan sumber pendapatannya yang baru.
  
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata aktiviti terbaru PKB ialah mengusahakan lombong bijih besi dengan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn Bhd, di tapak seluas 26.091 hektar berhampiran Gunung Jerai di Gurun, yang dijangka memberi hasil sebanyak RM10 juta setahun.
  
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak lombong itu hari ini, Azizan berkata kerajaan negeri menerima royati sebanyak lima peratus daripada nilai bijeh besi yang dieksport, tidak termasuk keuntungan yang diperoleh PKB melalui usaha sama itu.
  
Menurutnya tapak tersebut diangggarkan mengandungi lebih satu juta metrik tan bijeh besi manakala satu tapak lagi seluas 42 hektar bersebelahannya, hanya menunggu kelulusan Jabatan Galian dan Geosains, untuk dilombong.

Dalam tempoh tiga bulan lombong itu beroperasi, sebanyak tiga kapal muatan bijih besi itu telah di eksport ke China, kata Azizan.
  
Beliau berkata beberapa tapak lain juga telah dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuartz di Bukit Kachi, Sintok, yang masih dalam proses kajian dan sudah ada pengusaha yang berminat melombongnya.

- Bernama
Sosilawati rancang jual tanah di Pulau Pinang
Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa syarikat milik jutawan kosmetik itu terlibat dalam urusan jual-beli tanah di Pulau Pinang dengan sebuah syarikat.
Perkara itu disahkan oleh saksi ke-99 pendakwaan, pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob ketika peguam Manjeet Singh Dhillon merujuk beliau kepada beberapa dokumen yang dirampas dari pejabat guaman tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.
  
ASP Mohd Ishak berkata berdasarkan dokumen berkenaan, syarikat Southern Symphony Sdn Bhd yang dimiliki oleh Sosilawati telah menjual tanah yang terletak di Batu Feringghi itu kepada syarikat Ample Quality Sdn Bhd yang mana ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.

"Tahu atau tidak berapa dibayar Ample Quality untuk beli tanah berkenaan daripada Southern Symphony," soal Manjeet.

"RM2.9 juta telah dibayar sebagai deposit tetapi bakinya tidak dibayar lagi," jawab Mohd Ishak.
  
"Jadi, nilai tanah berkenaan dijangka naik lebih daripada RM200 juta walaupun perjanjian (jual beli tanah) belum diselesaikan," soal Manjeet dan saksi itu menjawab ya.
  
Mohd Ishak menyambung keterangan pada hari ke-69 perbicaraan kes Pathmanabhan yang merupakan bekas peguam serta tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
  
Kepada soalan oleh Manjeet, saksi pendakwaan itu berkata tanah berkenaan bagaimanapun masih dimiliki oleh Southern Symphony pada Ogos 2010.
  
"Kalau dia (Southern Symphony) tarik balik perjanjian apa jadi dengan projek itu," soal Manjeet.
  
"Projek akan terbengkalai," jawab Mohd Ishak.

"Jadi harapan Ample Quality nak millions of ringgit akan terhapus," soal Manjeet dan saksi itu menjawab ya.
  
Mohd Ishak juga bersetuju dengan Manjeet bahawa Southern Symphony yang ditubuhkan pada 13 April 2007 merupakan 'Syarikat Tujuan Khas' (SPV) bagi urusan jual-beli tanah di Pulau Pinang.
  
Selain itu, pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu berkata, analisa ke atas 65 sampel tanah yang diambil dari ladang yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individu berkenaan tidak menemui sebarang kesan bahan pembakar iaitu bermaksud tiada bukti pembakaran ditemui pada kesemua sampel tanah berkenaan.
  
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.

- Bernama

Tiada ulasan: