Rabu, 7 Mac 2012

BILA KEADILAN TIDAK UJUD DIDUNIA...KEADILAN DIAKHIRAT TETAP DATANG...ALLAH AKAN MENGADIL SEADIL2NYA...SEGALA PERSALAH2 DIDUNIA TAK KAN TERLEPAS....

Lynas tak perlu, cukuplah sisa toksid sedia ada

Harakahdaily, 07 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 7 Mac: Cukuplah industri yang mempunyai sisa toksid yang sedia ada di banyak zon industri di Malaysia merumitkan pihak berkuasa untuk memantaunya.
“Untuk apa kilang yang menambah beban pengendalian alam sekitar dibenarkan masuk di negara ini,” kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Justeru, katanya, Teras mempersoalkan bagaimana kemelut menangani isu Lynas yang nampaknya semakin menunjukkan kerajaan terperangkap dengan komitmennya untuk membenarkan Lynas beroperasi di negara ini.

Menurutnya, persoalan utama yang sepatutnya ditangani ialah apakah keperluan kerajaan meluluskan operasi perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd  di Malaysia.

“Kenapakah kerajaan menyanggupi untuk menerima segala risiko ‘industri kotor’ seperti ini?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kini, ujarnya kerajaan terpaksa mengambil keputusan damage control yang sebenarnya tidak perlu dari awal lagi, satu demi satu pengumuman diumumkan untuk menyedapkan hati rakyat.

Teras, jelasnya berpendapat memutuskan syarat tambahan untuk melegakan keresahan rakyat tidak akan menyelesaikan masalah pokok dalam isu itu.

Menurutnya, dengan bersetuju untuk menghantar buangan dari kilang memproses Lynas ke luar negara menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

“Jika itu keputusannya, untuk  apa Lynas dibenarkan beroperasi di Malaysia?

Dari keputusan awal lagi, kenapa kerajaan menerima permohonan Lynas jika buangannya tidak boleh ada dalam negara?” katanya lagi.

Kini, tambah beliau kerajaan sudahpun mengeluarkan lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Beliau mempersoalkan adakah itu bermaksud kelulusan buangan Lynas pada awal lagi tidak mengambilkira risiko kepada pendudukan sekitar dan kenapa lesen sementara itu dikeluarkan.

Katanya, kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan berpuas hati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka menambahkan kekeliruan.

Ini, katanya  kerana jika demikian kenapa pula ditambah syarat untuk sisa buangan dihantar ke luar negara.

Beliau berkata, sekarang rakyat diberitahu pula adanya Kemudahan Pelupusan Tetap  (PDF) yang mesti dibina oleh Lynas kerana ia disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Kenapa hal ini timbul sekarang sedangkan sudah beberapakali masyarakat menyuarakan isu risiko sisa buangan sejak dari awal bantahan lagi?” soalnya lagi.

Katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk, menunjukkan memang ada sebab kenapa rakyat menolak Lynas beroperasi di Malaysia.

Beliau menambah, hanya dengan alasan mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi bukan menyelesaikan masalah itu secara muktamad, ia hanya langkah sementara kerana risiko tidak ada.

“Bila Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan, pertanyaannya ialah siapa pula yang akan membiaya kos menganalisis bacaan.

“Adakah prinsip polluters pay (beban bayar terletak kepada pencemar alam) akan digunakan?” tanya beliau lagi.

Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, ujarnya Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

Katanya, kenyataan  daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Februari yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya, menimbulkan persoalan.

Jika begitu, katanya kenapa tidak diproses bumi nadir di Australia sendiri.

“Lebih langsung lagi, jika benar ianya selamat kenapa tidak kilang Lynas didirikan tidak kawasan pemimpin-pemimpin kerajaan sendiri?” ujarnya.

Jelasnya, Teras menimbulkan isu itu kerana nampaknya kerajaan kini cuba mencipta berbagai alasan untuk membenarkan keputusan yang telah dikeluarkan.
Pada hal, kata beliau isu pokok ialah Malaysia tidak perlu kilang itu beroperasi di sini.


Lembu Felcra: Bapa minta penjelasan Tajuddin

Muhammad Faeez, 07 Mac 2012
IPOH, 7 Mac: Badan Bertindak Peserta Felcra Negeri (Bapa) membongkarkan penyelewengan lembu Felcra Berhad yang dijalankan di bawah projek Bio Valley pada tahun 2009.
Pengerusi Bapa, Razman Zakaria berkata, dana rakyat pembayar cukai digunakan untuk tujuan menggemukkan lembu Bio Valley telah menerima dana sebanyak RM18 juta.

Katanya, siasatan Bapa mendapati projek itu hanya mengeluarkan lembu di antara 10 hingga 18 ekor sahaja dalam masa sebulan.

Tambahnya, Bapa juga meminta pengurusan Felcra memberi penjelasan kepada rakyat bagaimana Datuk Tajuddin Abdul Rahman selaku Pengerusi Felcra dikatakan telah meluluskan sumbangan lembu anak Felcra kepada rakan-rakan politiknya.

Beliau mendakwa, sebanyak 45 ekor lembu diagihkan kepada rakan politiknya termasuk kawasannya di Parlimen Pasir Salak yang berjumlah RM135,000.

“Bagaimanakah sumbangan berjumlah RM135,000 boleh diluluskan kepada kroni Datuk Tajuddin sahaja?

“Apakah matlamat anak syarikat untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 hingga RM1,000 telah tercapai?” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini, semalam.

Tambahnya, persoalan timbul apakah peraturan di Felcra begitu longgar membolehkan Tajuddin meluluskan 20 ekor lembu untuk dirinya dan 10 ekor daripada lembu tersebut dihantar ke kediamannya.

“Oleh itu, kami mendesak supaya pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci atas dakwaan ini dan rakyat seluruhnya khususnya warga Felcra wajib menuntut penjelasan ke atas perkara ini,” jelasnya.

Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan Setiausaha PAS negeri, Dr Muhaimin Sulam.

Peranan Jawatankuasa Pemandu

Datuk Mustafa Ali, 07 Mac 2012
Saya kesal dengan laporan sesetengah media hari ini ekoran pengumuman pembentukan jawatankuasa pemandu semalamn. Ia berlaku samada kerana tidak faham atau sengaja memutar belitkan fungsi sebenar jawatankuasa pemandu ini.

Ini kerana kuasa tertinggi disesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula Jamaah Menteri atau kebinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.

Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.

Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja.

Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini.

Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini.

PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu ini.



Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS
-------------------------------------------------------------------
Kenyataan media semalam ini disiarkan sekali lagi kerana ramai yang masih membuat fitnah dan salah faham terhadap penubuhan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat. - Editor.

123 Bangkit: Polis beri ‘lampu hijau’

Mohd Firdaus, 07 Mac 2012
KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah) hari ini membaritahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah mendapat ‘lampu hijau’ oleh pihak polis.
Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin.

“Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut beliau, beberapa pertubuhan politik tempatan turut menyatakan pedndirian positif dengan memberi sokongan terhadap himpunan tersebut.

“Himpunan ini turut mendapat respons positif terutama dari parti-parti politik PAS, DAP, SAPP serta beberapa NGO dan badan sukarela yang lain. Ini satu perkembangan yang baik,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai bilangan kehadiran semasa himpunan tersebut, beliau memberi keyakinan bahawa sasaran 5,000 orang akan tercapai.

“Kita memberi keyakinan, sasaran menghimpunkan 5,000 orang akan tercapai.

Perhimpunan 123 Bangkit yang akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Anjung Selera, dekat Wisma Innoprise, Isnin depan juga bakal diadakan di luar negara termasuk United Kingdom  dan Timur Tengah.

“Himpunan ini akan diadakan serentak di seluruh negara termasuk di luar negara. Ramai anak-anak Sabah yang berada di luar sana, mereka mahu ikut serta sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Sabah,” jelas beliau
Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting
Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 happy"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Mempunyai kaitan
“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

altantuya razak baginda crime scene 180707 media“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."
Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa  Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

“Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan tkesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

altantuya trial 160707 azilah“Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga  menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.
Pengawal Perdana Menteri
Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge mohd zakiDalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".
Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan ‘kambing hitam’ apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata ‘kamu tuding barangan tersebut.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacket“Saya kata ‘Apa ni, Tuan’. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata ‘kamu tunjuklah sahaja Sirul’. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.
Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police“Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai ‘kambing hitam’ yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat merea yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.

altantuya and son 050309Menurut Hakim Mohd Zaki, pada akhir kes pembelaan dan setelah menilai keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati keterangan pembelaan merupakan penafian (denial), menyalahkan satu sama lain, tak terdamaikan (irreconcilable) dan rasa berbelah terhadap sesuatu (ambivalent).

“Oleh itu mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membukitikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah."

Maka, hakim itu memutuskan bahawa kedua-dua anggota polis itu bersalah dan mengarahkan mereka menjalani hukuman mati.
Nyaris jadi mangsa Umno: Polis ambil keterangan Nurul
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi keterangan kepada tiga pegawai polis dari Kuantan berhubung siasatan insiden pada 26 Fenruari lalu yang mana beliau nyaris menjadi mangsa ditumbuk oleh samseng semasa ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang.

NONESelain Nurul Izzah, turut memberi keterangan, ialah suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut mengiringi ketika keterangan diambil ialah peguam N Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

"Kita ada Surendran yang membantu menerangkan semula soalan semasa kejadian itu," kata Nurul pada sidang media selepas keterangan di ambil di ibu pejabat PKR, petang semalam.

Pada kejadian itu, PKR mendakwa ceramah mereka diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja menganjurkan sesi karaoke dan memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap.

NONEKetika giliran Nurul Izzah berucap, "budak-budak muda" dari Umno itu dikatakan mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu. Beliau kemudiannya terpaksa diiringi polis bantuan Felda meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Umno. Menurut ADUN Lepar Mohd Shohaimi Jusoh, lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah itu sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.
Tindakan susulan

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

NONE“Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi.

Pada sidang medianya, semalam, Nurul Izzah berkata, beliau turut disoal mengenai insiden pada malam kejadian, persekitaran, dan reaksi mereka yang membuat provokasi dengan tindakan mereka memainkan muzik dengan kuat sebelum ceramah bermula

Selain itu, katanya, tindakan susulan terhadap kes seperti ini adalah penting bagi penguatkuasa undang-undang seperti polis untuk menunjukkan komitmen dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

NONE"Apa yang penting di sini ialah tindakan susulan kerana apabila penguat kuasa undang-undang seperti polis menunjukkan komitmen bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

"Tidak kira apa bentuk ancaman atau serangan, sama ada secara fizikal atau mental, ke arah mana-mana individu dan tidak hanya pemimpin-pemimpin politik, "katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Menjadi-jadi

Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.

NONEPada 26 Februari lalu, Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Pulau Pinang sebagai sokongan solidariti membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang diganggu.

Dalam kejadian itu, beberapa ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA terus mengganggu acara yang dijalankan itu. Ia berakhir dengan dua wartawan cedera. Seorang daripada mereka terpkasa menerima lapan jahitan.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Lagi permohonan BR1M Orang Asli ditolak
Beberapa penduduk komuniti Orang Asli di Pahang binggung apabila diberitahu mereka tidak layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun dikatakan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ismail Leh, 42, dari Kampung Batu Gong Chini berkata, beliau bersama isteri, Fatimah Buka Kunci, 38, telah memohon untuk mendapatkan bantuan RM500 sekeluarga itu.

Bagaimanapun, mereka menerima surat yang mengatakan bahawa mereka tidak layak.

"Saya hanya seorang penoreh getah dan kadang-kadang isteri saya membantu saya. Pendapatan kami hanya RM600 sebulan.

"Saya tidak tahu ... mungkin untuk mengisi borang ini memerlukan seseorang yang boleh membaca dan menulis dengan baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ismail dari suku kaum Jakun mempunyai lima orang anak yang berusia 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun.

Namun kata Ismail, permohonan bantuan BR1M bapanya diluluskan.

Menurut garis panduan BR1M di laman web Kementerian Kewangan, ketua keluarga bagi setiap isi rumah layak membuat permohonan jika mempunyai anak yang tidak bekerja dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Permohonan 10 keluarga ditolak

Ismail juga memberitahu bahawa keluarga sepupunya yang tinggal di kampung yang sama - terletak di Pekan, kawasan parlimen yang diwakilin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - juga gagal mendapatkan bantuan itu.

"Sepupu saya mempunyai dua orang anak, kedua-dua masih kanak-kanak. Suaminya bekerja sebagai kontraktor.

"Secara keseluruhan, saya rasa kira-kira 10 keluarga di kampung saya yang tidak dapat bantuan," katanya.

Sehingga kini, tiada laporan yang memberitahu terdapat keluarga yang gagal untuk mendapatkan bantuan walaupun ada pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM3,000.

Malah, seorang lelaki anggota MCA yang bergelar ‘Datuk’ di Triang, Pahang juga didapati layak untuk menerima  BR1M, walaupun selepas itu beliau mendakwa wang itu didermakan semula.
NONEPada Isnin lalu, Malaysiakini tutut melaporkan seorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan BR1M  beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

Tiada ulasan: