Maut rempuh babi hutan
6 Mac 2012
“Selalunya, jika tidur awal pun dia akan bangun makan tetapi malam kelmarin dia tidak mahu makan walaupun suaminya menghantar buah mangga hingga ke bilik tidur.”
Demikian kata kakak ipar mangsa, Hairul Suzana Che Hassan, 30, menceritakan kelakuan pelik adik iparnya sebelum maut dalam kemalangan awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, kereta Perodua Myvi dipandu adiknya, Che Mohd Azmil Che Hassan, 24, terbabas ke laluan bertentangan selepas merempuh babi hutan yang melintas tiba-tiba di Kampung Anak Ikan, di sini.
Lebih malang, kereta dinaiki Che Mohd Azmil dan isterinya, Noor Azira Md Nayan, 24, bertembung pula dengan Perodua Kelisa dari Kuala Terengganu dipandu Marzita Mat Yahya, 31.
Kata Hairul Suzana, kemalangan yang berlaku itu kejadian kedua membabitkan kereta adiknya.
“Kejadian pertama berlaku Disember lalu di Kuantan, Pahang apabila kereta yang dipandu adik saya melanggar kayu di atas jalan raya pada waktu malam menyebabkan kereta tersebut mengalami kerosakan teruk tetapi dia hanya cedera ringan.
“Namun, kemalangan kali ini paling tragis apabila menyebabkan isterinya meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, pemandu Perodua Kelisa yang merempuh kereta mangsa, Marzita, kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur memandu seorang diri dari ibu kota itu untuk pulang ke kampung di Kampung Tok Donik, Kubang Bemban, Jertih.
Beria-ia mahu pulang ke kampung
Menurut Hairul Suzana, pada Jumaat lepas, adik iparnya, Noor Azira beria-ia mahu pulang ke kampungnya di Kuala Ketil, Kedah untuk menemui keluarga dan datuknya yang baru pulang menunaikan umrah.
“Dia memang beria-ia mahu pulang ke Kedah hinggakan meminta izin suaminya untuk pulang dengan bas sekiranya suami tidak mahu pulang. Tetapi, adik saya bersetuju pulang.
“Selepas pulang dari Kedah, mereka singgah di rumah mak saya di Kampung Kepala Gajah, Renek sebelum pulang Seberang Takir, Kuala Terengganu kerana bertugas pagi ini,” katanya.
Hairul Suzana berkata, Noor Azira bertugas sebagai penyelia Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kuala Terengganu manakala adiknya (suami mangsa) menjalankan perniagaan muat turun kad prabayar di Cherating, Pahang.
Katanya, pasangan itu mendirikan rumah tangga September tahun lalu dan tinggal berasingan namun pulang ke Kuala Terengganu setiap tiga hari sekali.
Dua maut dalam kejadian berasingan
Kemalangan maut yang berlaku di Kampung Anak Ikan yang meragut nyawa Noor Azira itu kejadian kedua di Besut semalam.
Satu lagi kemalangan berlaku di Jalan Tembila–Kampung Raja di Kampung Paya Rawa dekat Kampung Raja, apabila seorang pemandu Proton Iswara Aeroback maut kemalangan dengan sebuah kereta lain.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, Mohamad Zain Junus, 51, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
“Isteri dan empat anaknya cedera parah manakala pemandu kereta Proton Wira Aeroback, Mohd Zaitu Md Zahid, 45, yang tinggal di Rumah Awam Kos Rendak Anak Ikan dekat Tok Dor juga cedera parah,” katanya.
Menurutnya, kemala-ngan berlaku dipercayai kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Mohd Zaitu keluar dari simpang Sekolah Menengah (SM) Vokasional Besut yang membelok ke arah Kuala Terengganu tanpa memberhentikan kereta lalu bertembung dengan kereta yang
dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kampung Raja.
Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa tersepit di dalam kereta dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.
Baru lepas makan kenduri
MOHAMAD Zain yang maut selepas kereta dipandu bersama isteri dan empat anak bertembung kereta lain baru sahaja pulang daripada majlis kenduri di rumah bapa saudaranya di Kemaman.
Bapa saudara mangsa, Hussin Senik, 66, berkata, anaknya saudara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru Pantai Mek, Kota Bharu.
Menurutnya, dia menaiki kenderaan berasingan bertolak dari Chenih, Kemaman kira-kira jam 10 pagi kelmarin dan mereka berpecah di Kuala Terengganu apabila mangsa mengambil keputu-san untuk pulang melalui jalan pantai.
“Saya bersama kumpulan lain pula pulang melalui jalan Sungai Tong dan mendapat berita kemalangan itu ketika kami sudah sampai di Pasir Putih, Kelantan lalu berpatah balik ke Hospital Besut,” katanya.
Hussin berkata, anak saudaranya itu bekerja dengan sebuah syarikat swasta manakala isterinya tidak bekerja.
Tidak jumpa jalan ke rumah saudara
KATANYA, dia tidak menyangka kejadian arwah sesat dan tidak menemui rumah bapa saudara sehari sebelum itu rupa-rupanya tanda perkara tidak baik akan berlaku.
Menurutnya, ketika sampai di Chenih, Mohamad Zain lupa jalan ke rumah saudaranya itu malah dia sudah masuk semua jalan namun tetap tidak berjumpa menyebabkan dia terpaksa diambil sedangkan dia sudah biasa ke rumah tersebut.
Selain isteri, Bidah Junuh, 45, empat lagi anak Mohamad Zain yang duduk di kerusi belakang iaitu Sukri, 14, Mohd Aidey Izham, 11, Mohd Azwa, 6, dan Nur Sarah Liyana, 4 mengalami kecederaan parah.
Rupa dan bakat seiring
5 Mac 2012
Gadis kelahiran Jakarta ini memulakan kariernya dalam industri hiburan
setelah diberi tawaran lakonan menerusi sinetron, Kawin Gantung, sekali
gus memberi pengalaman bermakna buatnya.
Bakat dan kebolehan yang ada membuatkan aktres muda ini dikagumi
pengarah dan penerbit di Indonesia yang tidak putus-putus memberi
tawaran lakonan kepadanya.
Asmirandah berkata, dia kini menyedari dirinya amat serasi dengan dunia lakonan dan semakin mencintai karier itu.
“Saya gembira menceburi bidang ini dan saya juga suka apabila penonton
beri respons yang positif dalam setiap sinetron lakonan saya.
“Inikah Rasanya dan Cinta SMU2 adalah antara sinetron yang berjaya
mengangkat nama saya sebagai seorang pelakon dan saya amat berpuas hati
kerana penonton dapat menerima kehadiran saya dalam industri sejak mula
hingga kini,” katanya.
Selain menceburi bidang lakonan, pelakon yang senang dipanggil Andah
ini juga aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi beberapa produk
iklan komersial dan video klip penyanyi tempatan.
Minat puisi
Sama seperti pemain sinetron lain seperti Yasmine Wilblood dan Nikita
Willy, Asmirandah tidak terkecuali mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
Menurut gadis yang berusia 23 tahun ini, semuanya bermula dengan minat yang mendalam terhadap penulisan puisi.
“Pada waktu lapang, saya suka menghabiskan masa menulis puisi kerana saya amat cintakan bahasa Indonesia.
"Sejak sekolah saya gemar menulis dan punya koleksi puisi sendiri," katanya.
Minat itu mendorong gadis manis ini mencuba nasib dalam nyanyian dan tampil dengan single pertama, Ketulusan Cinta.
“Lagu ini adalah hasil ciptaan saya sendiri. Saya gembira kerana
peminat dapat menerima saya sebagai penyanyi dan jika diberi peluang
saya mahu tampil dengan album penuh.
"Saya mahu lebih serius dalam bidang ini," katanya.
Bercerita mengenai kehadiran muka-muka baru, kata Asmirandah, ia adalah
persaingan sihat bagi setiap selebriti di seluruh dunia. Katanya, tanpa
muka baru, industri sukar berkembang.
"Saya menerima baik kehadiran mereka. Bagus sekali kerana kami boleh
berkongsi pandangan selain mewarnai lagi industri hiburan negara,"
katanya.
Tidak serik bercinta
Lumrah bagi seorang manusia biasa, Asmirandah juga tidak terlepas dari
dugaan hidup yang kini menjadi pengajaran yang bermakna buat dirinya.
Pelakon berdarah kacukan Belanda ini pernah menjalinkan hubungan
percintaan bersama seorang pelakon, Dude Herlino. Bagaimanapun dikatakan
terkandas di tengah jalan pada akhir tahun lalu.
Menurutnya, tiada keserasian adalah salah satu punca terputusnya
hubungan percintaan mereka dan merasakan perlu fokus pada karier
masing-masing.
“Kami putus secara baik dan sehingga kini masih berkawan. Perasaan
sayang masih lagi ada, tetapi perbezaan yang ada membatasi kami untuk
meneruskan hubungan ini.
“Apa yang terjadi biarlah berlalu dan saya akan jadikannya sebagai
pengajaran dalam hidup,” katanya dan mengakui mahu menamatkan zaman
bujangnya setelah mencecah usia 25 tahun.
Tarikh: 27 Februari 2012
Dato' Siti Nurhaliza Beli kediaman Mewah RM1 Juta Di Australia
Tarikh: 27 Februari 2012
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani
perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam
majlis pelancaran projek kediaman itu, baru-baru ini.
Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.
The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.
Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 10,800 meter persegi yang memuatkan 320 unit kediaman.
Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.
Tarikh: 5 Mac 2012

Aktres China Mati Ditikam Suami Sendiri
Tarikh: 5 Mac 2012
China telah digemparkan dengan berita tentang kematian aktres, Bai Jing
yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri pada selasa lalu selepas
berlaku pertengkaran di kediaman mereka di daerah Chaoyang, China.
Portal berita Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum membunuh dirinya sendiri.
Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem antaranya 'Kung Fu Wing Chun', 'Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon' dan banyak lagi.
Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.
Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.
24 Disember 2011
KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa
tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk
membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian
jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab
mendorong dia melakukan jenayah tersebut.
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.
Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.
Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.
Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.
6 Mac 2012
GOMBAK – Sebuah keluarga sanggup bergolok bergadai dan berhabis ratusan
ribu ringgit dalam tempoh empat tahun untuk seorang lelaki
berperwatakan alim yang mengaku sebagai wali.
Tidak cukup dengan itu, lelaki yang layak digelar warga emas itu turut melarikan anak gadis keluarga berkenaan dengan meyakinkan seluruh ahli keluarga itu bahawa mereka berkahwin secara ghaib dengan bersaksikan malaikat.
Bagaimanapun, ‘sihir’ lelaki itu berakhir selepas keluarga malang berkenaan tidak diiktiraf menjadi kaum kerabatnya sebaik keluarga itu tidak lagi mampu membiayai kehidupannya.
Mangsa, Mohd Zin Mamat, 62, berkata, dia mengenali lelaki yang berasal dari Kelantan itu menerusi seorang rakan selepas cuba berikhtiar mengubati sakit kaki anak gadisnya yang ketika itu baru berusia 20 tahun.
“Berusia sekitar 60 tahun, wajahnya berjambang dan berkopiah, dia selalu berulang–alik dari rumahnya di Pasir Mas untuk mengubati kaki anak perempuan kami, Siti Maizura.
“Namun, memikirkan anak kelima saya itu memerlukan rawatan susulan, kami membenarkan lelaki berkenaan tinggal di rumah ini tanpa sebarang syak wasangka,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu ditemui di rumahnya di Gombak.
Mohd Zin berkata, meskipun penyakit anaknya itu sudah sembuh, lelaki itu masih terus mahu menetap di rumahnya.
Mengenangkan keadaan lelaki berkenaan yang hidup susah, Mohd Zin sekeluarga sanggup membantu membayarkan sewa rumah.
“Lama-kelamaan kami jadi macam bodoh dan menuruti kemahuannya, dia sering mengatakan dirinya setaraf Nabi Isa dan berjanji akan membayar balik semua wang selepas dia mengeluarkan wang dari alam ghaib bernilai RM99 bilion,” katanya.
Mohd Zin berkata, lelaki itu turut mengakui bahawa mereka sekeluarga adalah kerabatnya dan pernah membawa mereka ke Pantai Cahaya Bulan bersama enam keluarga lain yang tidak dikenali, kononnya untuk memberikan pangkat dan nama gelaran sebagi persediaan tinggal bersama di sebuah istana yang bakal dibina di atas bukit di daerah Machang.
“Setiap bulan kami diperintah membayar sewa rumah dan pembiayaan sekolah serta makan dan minumnya, jika berada di Kelantan, dia akan menghubungi saya atau isteri untuk memasukkan wang dalam akaunnya. Jika kami tidak berbuat demikian, dia akan mengenakan dam’ atau denda yang mencecah RM2,000,” katanya.
Difahamkan, dalam tempoh itu juga, anak lelaki Mohd Zin membuat pinjaman sehingga RM100,000 hanya untuk membiayai kehidupan lelaki berkenaan.
Isteri dan anak perempuannya juga dikatakan sanggup menggadai barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memberikan wang kepada lelaki itu.
Anehnya Mohd Zin berkata, mereka sekeluarga tidak boleh marah kerana lelaki itu dikatakan pandai bermain dengan kata-kata dan sering memberitahu bahawa al-Quran itu hanya di bawah telapak kakinya, malah lelaki itu mengakui mampu mengampunkan dosa orang kerana boleh naik ke langit dan berunding dengan ALLAH.
“Sampai satu tahap, kami tidak boleh membiayai perbelanjaannya kerana sudah tidak mempunyai wang, lelaki itu memberitahu kami tidak layak menjadi kerabatnya dan perlu dibuang. Ketika itu barulah kami sedar tentang apa yang berlaku selama empat tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, sejak berkahwin, warga emas itu juga tanpa segan silu melakukan hubungan kelamin bersama anaknya diruang tamu rumah secara terbuka pada waktu malam.
“Sampai sekarang anak mereka tidak boleh dibintikan nama bapanya kerana perkahwinan dianggap tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara” katanya.
Salurkan maklumat kepada keluarga
Isteri Mohd Zin, Siti Habshah Yusof, 65, berkata, anak perempuan berjaya ditemui selepas hampir setahun menghilangkan diri dan dibawa pulang ke rumah, namun lari semula mengikut lelaki itu.
“Kami tidak tahu dia lari ke mana, ada sekali dia hubungi dan beritahu supaya kami sekeluarga tidak mencarinya sampai bila-bila kerana dia bahagia bersama suaminya.
“Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri berkata begitu, sudah berpuluh ustaz dipanggil untuk membantu memulihkan dan mencari Maizura, semuanya tidak berhasil, saya yakin anak saya sekarang hidup susah kerana sewaktu mula-mula berjumpa dengannya, keadaan amat lesu, pucat dan tidak bermaya,” katanya.
Katanya, dia sudah berikhtiar pergi mencari lelaki itu di rumahnya di Pasir Mas, namun isterinya memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak lebih setahun yang lalu.
“Tujuan saya menghebahkan kepada media bukan mahukan publisiti, tetapi berharap orang ramai yang mengetahui di mana anak saya berada dapat menyalurkan maklumat, kami juga berharap agar tidak ada lagi orang di luar sana terus terpedaya dengan lelaki ini,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Maizurah boleh menghubungi talian Mohd Zin 017-3257271 atau Mohd Affendi 019-6137014.
Sehingga kini, empat laporan polis telah dibuat di Ampang dan Gombak berhubung penipuan warga emas berkenaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakimannya berkata afidavit Razak bertarikh 5 Jan, 2007 disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum kes itu ditutup.
Pada penghakiman 70-muka surat yang diperolehi oleh Malaysiakini, Zaki mengklasifikasikan afidavit Razak, yang menjadi sebahagian besar penghakimanbya itu, sebagai "bukan sebahagian daripada proses penyiasatan polis" tetapi tertakluk di bawah Akta Sumpah dan Ikrar.
Justeru, kata hakim, afidavit yang disediakan oleh pihak pendakwaan perlu diberikan wajaran sepatutnya seperti bukti-bukti lain dari pihak pendakwaan.
Pada mula perbicaraan itu, hanya sebahagian kecil afidavit itu diterima sebagai keterangan, termasuk pengakuan Razak bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang dikenalinya pada bulan November 2004.
Walau bagaimanapun, penganalisis politik itu berkata beliau menamatkan hubungannya dengan wanita Mongolia berkenaan pada bulan Ogos 2005.
Razak juga mendakwa bahawa Altantuya memeras ugutnya meminta wang kerana "hubungan" berkenaan.
Pada sekitar bulan April 2006, Razak dalam afidavit itu, berkata beliau memberitahu Altantuya bahawa dia tidak akan tunduk ke atas ugutan itu kerana tidak takut hubungan mereka didedahkan.
"Tambahan pula, saya tidak mahu terus membayarnya. Mulai hari itu dan seterusnya, dia terus mengganggu saya melalui telefon dan surat. Sekitar pada bulan Ogos 2006, beliau mengugut untuk datang ke pejabat saya," kata Razak dalam afidavitnya.
Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam berhampiran Kuala Lumpur.
Meskipun Razak dibebaskan, dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.
Hakim Zaki juga menyatakan beliau mengambil maklum bahawa Razak dalam afidavitnya menyatakan bahawa kedua-dua polis pasukan khas itu telah membawa Altantuya ke balai polis untuk disoal siasat pada hari kejadian.
Hakim itu juga menerbitkan semula sebahagian daripada afidavit Razak dalam penghakimannya.
Para 25: Walaupun saya melantik P Balasubramaniam, namun ganguan oleh si mati ke atas saya dan keluarga saya masih berterusan. Oleh itu, saya meminta bantuan tambahan daripada seorang pegawai polis bernama DSP Musa Safri. Saya dapat berkenalan dengan DSP Musa semasa saya mengendalikan urusan rasmi “Malaysia Strategic Research Centre”.
Para 26: Saya telah meminta DSP Musa untuk membantu pemasangan suatu peti surat ‘polis; di rumah saya, menghantar kereta polis untuk meronda sekitar rumah saya dan memperkenalkan seorang pegawai polis untuk membantu mengenai gangguan oleh si mati.
Para 27: DSP Musa memberitahu saya bahawa beliau akan membantu dengan memperkenalkan terkemudiannya seorang pegawai polis untuk membantu saya.
Para 28: Pada 16 Oktober 2006 dalam satu perjumpaan antara saya dengan Balasubramaniam dan Dhiren Norendra, penyiasat persendirian itu menyarankan aduan dibuat bagi mengusir si mati dari Malaysia. Saya dan Norendra menolak cadangan ini dengan tegas.
Para 29: Pada sebelah pagi 17 Oktober 2006, si mati telah datang ke rumah saya untuk cuba berjumpa dengan saya dan lawatan ini diketahui oleh isteri saya Mazlinda Makhzan. Saya tidak berada di rumah pada masa itu.
Portal berita Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum membunuh dirinya sendiri.
Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem antaranya 'Kung Fu Wing Chun', 'Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon' dan banyak lagi.
Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.
Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.
Saya terdesak samun untuk beli susu anak
24 Disember 2011
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.
Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.
Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.
Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.
Penangan Pak Din, mengaku setaraf wali
6 Mac 2012
Tidak cukup dengan itu, lelaki yang layak digelar warga emas itu turut melarikan anak gadis keluarga berkenaan dengan meyakinkan seluruh ahli keluarga itu bahawa mereka berkahwin secara ghaib dengan bersaksikan malaikat.
Bagaimanapun, ‘sihir’ lelaki itu berakhir selepas keluarga malang berkenaan tidak diiktiraf menjadi kaum kerabatnya sebaik keluarga itu tidak lagi mampu membiayai kehidupannya.
Mangsa, Mohd Zin Mamat, 62, berkata, dia mengenali lelaki yang berasal dari Kelantan itu menerusi seorang rakan selepas cuba berikhtiar mengubati sakit kaki anak gadisnya yang ketika itu baru berusia 20 tahun.
“Berusia sekitar 60 tahun, wajahnya berjambang dan berkopiah, dia selalu berulang–alik dari rumahnya di Pasir Mas untuk mengubati kaki anak perempuan kami, Siti Maizura.
“Namun, memikirkan anak kelima saya itu memerlukan rawatan susulan, kami membenarkan lelaki berkenaan tinggal di rumah ini tanpa sebarang syak wasangka,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu ditemui di rumahnya di Gombak.
Mohd Zin berkata, meskipun penyakit anaknya itu sudah sembuh, lelaki itu masih terus mahu menetap di rumahnya.
Mengenangkan keadaan lelaki berkenaan yang hidup susah, Mohd Zin sekeluarga sanggup membantu membayarkan sewa rumah.
“Lama-kelamaan kami jadi macam bodoh dan menuruti kemahuannya, dia sering mengatakan dirinya setaraf Nabi Isa dan berjanji akan membayar balik semua wang selepas dia mengeluarkan wang dari alam ghaib bernilai RM99 bilion,” katanya.
Mohd Zin berkata, lelaki itu turut mengakui bahawa mereka sekeluarga adalah kerabatnya dan pernah membawa mereka ke Pantai Cahaya Bulan bersama enam keluarga lain yang tidak dikenali, kononnya untuk memberikan pangkat dan nama gelaran sebagi persediaan tinggal bersama di sebuah istana yang bakal dibina di atas bukit di daerah Machang.
“Setiap bulan kami diperintah membayar sewa rumah dan pembiayaan sekolah serta makan dan minumnya, jika berada di Kelantan, dia akan menghubungi saya atau isteri untuk memasukkan wang dalam akaunnya. Jika kami tidak berbuat demikian, dia akan mengenakan dam’ atau denda yang mencecah RM2,000,” katanya.
Difahamkan, dalam tempoh itu juga, anak lelaki Mohd Zin membuat pinjaman sehingga RM100,000 hanya untuk membiayai kehidupan lelaki berkenaan.
Isteri dan anak perempuannya juga dikatakan sanggup menggadai barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memberikan wang kepada lelaki itu.
Anehnya Mohd Zin berkata, mereka sekeluarga tidak boleh marah kerana lelaki itu dikatakan pandai bermain dengan kata-kata dan sering memberitahu bahawa al-Quran itu hanya di bawah telapak kakinya, malah lelaki itu mengakui mampu mengampunkan dosa orang kerana boleh naik ke langit dan berunding dengan ALLAH.
“Sampai satu tahap, kami tidak boleh membiayai perbelanjaannya kerana sudah tidak mempunyai wang, lelaki itu memberitahu kami tidak layak menjadi kerabatnya dan perlu dibuang. Ketika itu barulah kami sedar tentang apa yang berlaku selama empat tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, sejak berkahwin, warga emas itu juga tanpa segan silu melakukan hubungan kelamin bersama anaknya diruang tamu rumah secara terbuka pada waktu malam.
“Sampai sekarang anak mereka tidak boleh dibintikan nama bapanya kerana perkahwinan dianggap tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara” katanya.
Salurkan maklumat kepada keluarga
Isteri Mohd Zin, Siti Habshah Yusof, 65, berkata, anak perempuan berjaya ditemui selepas hampir setahun menghilangkan diri dan dibawa pulang ke rumah, namun lari semula mengikut lelaki itu.
“Kami tidak tahu dia lari ke mana, ada sekali dia hubungi dan beritahu supaya kami sekeluarga tidak mencarinya sampai bila-bila kerana dia bahagia bersama suaminya.
“Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri berkata begitu, sudah berpuluh ustaz dipanggil untuk membantu memulihkan dan mencari Maizura, semuanya tidak berhasil, saya yakin anak saya sekarang hidup susah kerana sewaktu mula-mula berjumpa dengannya, keadaan amat lesu, pucat dan tidak bermaya,” katanya.
Katanya, dia sudah berikhtiar pergi mencari lelaki itu di rumahnya di Pasir Mas, namun isterinya memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak lebih setahun yang lalu.
“Tujuan saya menghebahkan kepada media bukan mahukan publisiti, tetapi berharap orang ramai yang mengetahui di mana anak saya berada dapat menyalurkan maklumat, kami juga berharap agar tidak ada lagi orang di luar sana terus terpedaya dengan lelaki ini,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Maizurah boleh menghubungi talian Mohd Zin 017-3257271 atau Mohd Affendi 019-6137014.
Sehingga kini, empat laporan polis telah dibuat di Ampang dan Gombak berhubung penipuan warga emas berkenaan.
Kes Altantuya: Penghakiman penuh dikeluarkan
Dalam
penghakiman penuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, hakim
perbicaraan secara panjang lebar menghuraikan bagaimana penterjemah
Mongolia itu mengancam tertuduh ketiga Abdul Razak Baginda dan mengapa
mahkamah menerima afidavit penganalisis politik itu sebagai sebahagian
daripada bukti sehingga membawa kepada pembebasan beliau.Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakimannya berkata afidavit Razak bertarikh 5 Jan, 2007 disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum kes itu ditutup.
Pada penghakiman 70-muka surat yang diperolehi oleh Malaysiakini, Zaki mengklasifikasikan afidavit Razak, yang menjadi sebahagian besar penghakimanbya itu, sebagai "bukan sebahagian daripada proses penyiasatan polis" tetapi tertakluk di bawah Akta Sumpah dan Ikrar.
Justeru, kata hakim, afidavit yang disediakan oleh pihak pendakwaan perlu diberikan wajaran sepatutnya seperti bukti-bukti lain dari pihak pendakwaan.
Pada mula perbicaraan itu, hanya sebahagian kecil afidavit itu diterima sebagai keterangan, termasuk pengakuan Razak bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang dikenalinya pada bulan November 2004.
Walau bagaimanapun, penganalisis politik itu berkata beliau menamatkan hubungannya dengan wanita Mongolia berkenaan pada bulan Ogos 2005.
Razak juga mendakwa bahawa Altantuya memeras ugutnya meminta wang kerana "hubungan" berkenaan.
Pada sekitar bulan April 2006, Razak dalam afidavit itu, berkata beliau memberitahu Altantuya bahawa dia tidak akan tunduk ke atas ugutan itu kerana tidak takut hubungan mereka didedahkan.
"Tambahan pula, saya tidak mahu terus membayarnya. Mulai hari itu dan seterusnya, dia terus mengganggu saya melalui telefon dan surat. Sekitar pada bulan Ogos 2006, beliau mengugut untuk datang ke pejabat saya," kata Razak dalam afidavitnya.
Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam berhampiran Kuala Lumpur.
Meskipun Razak dibebaskan, dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.
Hakim Zaki juga menyatakan beliau mengambil maklum bahawa Razak dalam afidavitnya menyatakan bahawa kedua-dua polis pasukan khas itu telah membawa Altantuya ke balai polis untuk disoal siasat pada hari kejadian.
Hakim itu juga menerbitkan semula sebahagian daripada afidavit Razak dalam penghakimannya.
Para 25: Walaupun saya melantik P Balasubramaniam, namun ganguan oleh si mati ke atas saya dan keluarga saya masih berterusan. Oleh itu, saya meminta bantuan tambahan daripada seorang pegawai polis bernama DSP Musa Safri. Saya dapat berkenalan dengan DSP Musa semasa saya mengendalikan urusan rasmi “Malaysia Strategic Research Centre”.
Para 26: Saya telah meminta DSP Musa untuk membantu pemasangan suatu peti surat ‘polis; di rumah saya, menghantar kereta polis untuk meronda sekitar rumah saya dan memperkenalkan seorang pegawai polis untuk membantu mengenai gangguan oleh si mati.
Para 27: DSP Musa memberitahu saya bahawa beliau akan membantu dengan memperkenalkan terkemudiannya seorang pegawai polis untuk membantu saya.
Para 28: Pada 16 Oktober 2006 dalam satu perjumpaan antara saya dengan Balasubramaniam dan Dhiren Norendra, penyiasat persendirian itu menyarankan aduan dibuat bagi mengusir si mati dari Malaysia. Saya dan Norendra menolak cadangan ini dengan tegas.
Para 29: Pada sebelah pagi 17 Oktober 2006, si mati telah datang ke rumah saya untuk cuba berjumpa dengan saya dan lawatan ini diketahui oleh isteri saya Mazlinda Makhzan. Saya tidak berada di rumah pada masa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan