Jumaat, 2 Mac 2012

BILA RAKYAT NAK DIPERBODOH2KAN...INI BUKAN ZAMAN PARAMESWARA...NI BUKAN 1957 ATAU NI BUKAN RAKYAT BUTA HURUF DAN BUTA IT....

MAPIM: K'jaan jangan hipokrit tuduh orang pro-Israel
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menggesa kerajaan supaya menghentikan sikap hipokrit dengan menuduh pihak lain sebagai sebagai pro-Israel.

Setiausaha agung MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pemimpin kerajaan bersikap hipokrit apabila bertindak demikian sedangkan kerajaan sendiri telah menggunakan khidmat firma Israel.

"Sekarang perdana menteri tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah Apco sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaiki imej pemimpin BN.

"Mapim menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten ini akan meletakkan imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel," kata Mohd Azmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Tun Dr Mahathir Mohammad yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak lebih resmi mengadakan perhubungan dengan Israel.

"Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?," soalnya.

Katanya lagi, rakyat selama ini telah dikaburi dengan "sandiwara" pemimpin negara bahawa Malaysia sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Israel.

Bagaimanapun, fakta yang mula didedahkan setakat ini menunjukkan perkara sebaliknya, kata Mohd Azmi lagi yang juga merupakan presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

"Dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kaca mata seluruh masyarakat antarabangsa.

"Di satu pihak Malaysia nampak sangat lantang mengutuk Israel, akan tetapi di pihak yang lain kerjasama perdagangan ekonomi sangat subur antara dua negara itu," katanya.

"Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingannya dengan cara yang paling efektif," katanya lagi.
DAP: Pengarah keluarkan 81.4 juta dari akaun NFC
Pengarah-pengarah National Feedlot Corporation (NFC) mengeluarkan hampir RM81.4 juta daripada akaun Pusat Fidlot Nasional pada 2009, dakwa Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

NONEJumlah itu, katanya, dipegang oleh syarikat persendirian bawah pengarah-pengarahnya dan tiada jaminan akan dipulangkan kepada NFC.

"Pengarah-pengarahnya menegaskan bahawa semua syarikat ini sama ada subsidiari atau berkaitan dengan NFC.

"Tetapi akaun sejak 2007 menunjukkan NFC tidak mempunyai subsidiari," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
Tahanan ISA ditanya tentang M'kini
Seorang bekas tahanan ISA, Badaruddin Ismail berkata beliau telah ditanya mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan tuduhan ke atasnya, termasuk mengenai portal berita Malaysiakini ketika beliau ditahan pada 2001.

Badaruddin ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkata, polis juga telah menyoal beliau mengenai hubungannya dengan wartawan Malaysiakini.

badaruddin ismail pak dinKatanya, polis telah bertanya sekiranya beliau kenal perwatakan, kecenderungan politik dan kepercayaan, selain sumber pembiayaan Malaysiakini, katanya yang merupakan anggota sekretariat badan pemerhati hak asasi Suaram ketika itu.

Selain itu, polis turut bertanya mengenai pemimpin di dalam Suaram, Parti Keadilan Nasional pada masa itu dan juga mengenai perhimpunan Black 14, katanya.

Polis juga bertanya mengenai bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan polis cuba memberitahunya bahawa Anwar merupakan "ejen asing" dan seorang yang tidak bermoral, katanya.
Badaruddin merupakan salah seorang daripada lima orang plaintif dalm kes tuntutan deklarasi bahawa penahanan mereka mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 73 ISA itu tidak mengikut perlembagaan.

Dalam saman tersebut, plaintif berkenaan turut menuntut kerugian untuk satu jumlah yang tidak dinyatakan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada pemimpin reformasi yang ditahan pada 2001 atas dakwaan berhubung cubaan mengguling kerajaan dengan kekerasan.

Turut ditahan pada waktu itu ialah Tian Chua, Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N Gobalakrishnan, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam dan Badrolamin Bahron
Dakwaan dikasari, Noh Omar salahkan DAP
Menjawab dakwaan ahli-ahli DAP yang mereka telah dikasari oleh penyokong BN di satu majlis di Bandar Sungai Long semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar sebaliknya mendakwa merekalah yang patut dipersalahkan.

"Tebukti DAP pembohong besar. Mereka yang datang macam samseng dan menceroboh majlis BN tapi BN pula yang dsalahkan.

"Saya pergi untuk tenangkan keadaan tapi saya pula dituduh samseng. Jelas putar belit DAP," katanya Noh dalam SMS kepada Malaysiakini lewat semalam.

NONESemalam, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Lee Kee Hiong dan beberapa  pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut.

Lee berkata, pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang dan didatangi 30 hingga 40 orang yang memakai baju-T BN dan 1malaysia.

Kumpulan yang didakwa penyokong BN itu didakwa telah mengkasari empat orang dalam kumpulan Lee.

Lee akan memanggil satu sidang akhbar berhubung perkara itu hari ini.
'Kami dikasari walaupun jadi tetamu di majlis PM'
Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong hari ini berkata beliau dan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis serta penduduk yang memakai baju hijau, menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah sekolah baru di Bandar Sungai Long semalam sebagai tetamu.

NONE"Kami bukan 'samseng' seperti yang dituduh oleh seorang menteri
  Umno," katanya.

Lee menafikan bahawa kumpulan itu berada di sana untuk menimbulkan masalah dan menceroboh majlis BN seperti yang didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Untuk membuktikannya, Lee menunjukkan satu salinan risalah jemputan BN yang diterima di rumahnya di Sungai Long, yang sangat dekat dengan tempat majlis itu diadakan.

NONEOleh itu, Lee percaya beliau juga dijemput sebagai tetamu, dan
kehadirannya di majlis itu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan penduduk yang sudah lama menunggu pembinaan sekolah Cina yang baru di Bandar Sungai Long.

"Ini adalah SRJK (C) yang kami perjuangkan selama 12 tahun. Kami telah menunggu dengan penuh sabar, tak mungkin (kami akan) menganggu majlis tersebut, "kata Lee (kiri dalam gambar).

"Kami dikasari oleh sekumpulan orang, dan kemudian Noh muncul menuduh kami menimbulkan masalah ... Saya sangat terkejut olehnya," kata Lee dalam satu sidang akhbar di Bandar Mahkota Cheras hari ini. 

PM: Sisa Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penduduk
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.
  
Perdana Menteri berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.
  
"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di Kota Bharu hari ini.
  
Najib berkata kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak.

Perdana Menteri menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.
  
"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.
  
Isu Lynas telah dimanipulasi oleh pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi di beberapa tempat pada Ahad lepas.

- Bernama

Tiada ulasan: