Menteri: Mahfuz bohong, kebudak-budakan
Menteri
Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menafikan
dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa kementeriannya
menyediakan dana untuk membiayai program bekas exco Selangor Datuk Dr
Hasan Ali.
Ahmad Shabery (foto) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.
"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.
Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan.
Anggota parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, ia bertujuan menarik belia supaya menyokong BN dan sekurang-kurangnya sebahagian dariapada dana itu telah diperuntukkan.
Dalam SMS balas kepada Malaysiakini hari ini, Shabery mendakwa, tuduhan Mahfuz dibuat kerana pemimpin PAS itu takut dengan populariti Hasan Ali.
Ia juga, tambah Shabery, diburukkan lagi dengan kemelut PAS Kedah - negeri Mahfuz - yang tak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.
"Cerita bohong mengenai pembiayaan KBS (kementerian beliau dan sukan) timbul dari igauan buruk akibat kemelut ini.
"Saya nafikan sama sekali dakwaan beliau," kata anggota parlimen Kemaman itu.
Malaysiakini sudah menghubungi Dr Hasan bagaimanapun belum ada sebarang respons daripada pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) - yang mendakwa pro-Islam, Melayu dan Raja itu - setakat ini.
Mahfuz mendakwa, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.
Mahfuz (kanan) juga mendakwa, unit berkenaan akan membantu membiayai aktiviti berkenaan untuk menarik belia supaya menyokong Umno dan BN.
Beliau turut mendakwa bahawa keseluruhan dana RM30 juta itu, atau sekurang-kurangnya sebagian daripadanya telah diperuntukkan bagi tujuan itu.
Ahmad Shabery (foto) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.
"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.
Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan.
Anggota parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, ia bertujuan menarik belia supaya menyokong BN dan sekurang-kurangnya sebahagian dariapada dana itu telah diperuntukkan.
Dalam SMS balas kepada Malaysiakini hari ini, Shabery mendakwa, tuduhan Mahfuz dibuat kerana pemimpin PAS itu takut dengan populariti Hasan Ali.
Ia juga, tambah Shabery, diburukkan lagi dengan kemelut PAS Kedah - negeri Mahfuz - yang tak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.
"Cerita bohong mengenai pembiayaan KBS (kementerian beliau dan sukan) timbul dari igauan buruk akibat kemelut ini.
"Saya nafikan sama sekali dakwaan beliau," kata anggota parlimen Kemaman itu.
Malaysiakini sudah menghubungi Dr Hasan bagaimanapun belum ada sebarang respons daripada pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) - yang mendakwa pro-Islam, Melayu dan Raja itu - setakat ini.
Mahfuz dakwa kementerian biaya program Hasan Ali
Naib
presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya satu audit
penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan
Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya
program bekas ahli PAS Datuk Hasan Ali.Mahfuz mendakwa, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.
Mahfuz (kanan) juga mendakwa, unit berkenaan akan membantu membiayai aktiviti berkenaan untuk menarik belia supaya menyokong Umno dan BN.
Beliau turut mendakwa bahawa keseluruhan dana RM30 juta itu, atau sekurang-kurangnya sebagian daripadanya telah diperuntukkan bagi tujuan itu.
Isu negara Israel: Hasan Ali terus hentam Anwar
Bekas
anggota kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Datuk Dr Hasan Ali
menggiatkan serangannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan
dakwaan bahawa ketua pembangkang itu memutarbelit kenyataan berhubung
pendirian ke atas negara Israel.
Bekas pemimpin PAS itu berkata demikian dengan merujuk kenyataan pengerusi biro politik pergerakan Hamas, Dr Mousa Abu Marzook seperti yang disiarkan stesen TV3 semalam.
Dalam kenyataan itu, yang turut dipetik akhbar hari ini, Mousa menegaskan bahawa Hamas tiada kaitan dengan kenyataan Anwar yang dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau (Anwar) ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Anwar kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataannya itu telah diputar belit dan beliau turut menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.
Kenyataannya itu tetap mengundang kecaman demi kecaman daripada pemimpin BN, bermula daripada menteri luar Datuk Seri Anifah Aman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tidak ketinggalan, Hasan sendiri (foto) yang kini giat meraih sokongan melalui NGO pro-Melayu JATI setelah dipecat dari PAS dan majlis mesyuarat kerajaan Selangor.
Hasan berkata, kenyataan oleh Mousa itu menjelaskan bahawa Anwar memutarbelit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini semata-mata untuk mencapai tujuan politiknya."
"(Anwar) harus berhenti menggunakan nama-nama pimpinan Palestin dan ulamak-ulamak terkemuka dunia untuk dijadikan bahan mempertahankan posisi yang beliau ambil terhadap isu ini yang ternyata tidak benar," kata Hasan lagi.
Beliau turut menyeret PAS ke kancah isu berkenaan sekali lagi dengan menuntut mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membincangkan isu berkenaan sekali lagi.
Hasan berkata, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian "supaya ahli-ahli Majlis Syura PAS dapat melihat semula perkara ini dalam perspektif yang lebih sahih."
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Siapa sebenarnya Islamis?
Ramai
yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang
kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan hudud. Juga ada
yang menyatakan saya double-standard apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.
Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkitkan oleh rakan-rakan ‘tweet' (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.
Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat'i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi.
Ini disebut sebagai qat'iya thubut. Namun perbahasan ataupun pendetilan hukum tersebut seperti syarat-syarat hukum itu dilaksanakan, konteks perlaksanaan hukum dan segala pendetilan yang lain kebanyakannya adalah ijtihad ulama fekah.
Kebanyakan ijtihad itu berasaskan kefahaman mereka terhadap nas-nas yang zanni (speculative text l zanniyyat dilalah) iaitu nas-nas al-Quran atau hadis yang mempunyai pelbagai pentafsiran ataupun takwilan.
Ijtihad itu terdedah kepada penilaian semula dengan menggunakan ijtihad yang lain. Berbeza pandangan dalam perkara ijtihad, bukan satu kesalahan akidah pun.
Setelah saya tonton video Tun Mahathir tersebut, saya dapati ada kesilapan dalam menggunakan istilah. Tun Mahathir mungkin memahami hudud itu sebagai perbahasan fekah berkaitan hudud, maka beliau menyatakan hudud tiada dalam al-Quran.
Namun dalam masa yang sama beliau menyebut hanya ada beberapa hukum yang disebut secara umum. Di sini kesilapan beliau dalam menggunakan perkataan hudud tiada dalam al-Quran, sedangkan asas hukum tersebut memang ada dalam al-Quran.
Harap Tun Mahathir dapat membetulkan kenyataan tersebut. Namun kenyataan beliau bahawa yang penting hendaklah ditegakkan keadilan, memang sedang dipakai oleh ramai ‘Islamist' di masa kini.

Kerangka sekular
Minggu ini saya memohon dari Prof Tariq Ramadan untuk mengikuti kelas beliau ‘Political Islam, Islamism and Modern Islamic Movements'. Beliau membahaskan perkembangan golongan Islamist di Turki hari ini.
Beliau meminta para pelajarnya memberikan, apakah golongan Islamist di Turki itu masih layak digelar Islamist ataupun tidak? Pelbagai pandangan diberikan oleh para pelajarnya.
Kesimpulan dibiarkan terbuka. Kelas bersambung minggu hadapan. Maka saya terfikir untuk menyentuh tajuk ini dalam tulisan kali ini.

Ya, memang satu perkembangan yang menarik apabila Islamist
di Turki tidak lagi melaungkan slogan perlaksanaan undang-undang
syariah seperti hudud. Bahkan mereka bersedia untuk bekerja dan
membangunkan negara dalam kerangka sekular (secular framework).
Mereka menegak nilai-nilai Islam seperti ketelusan, amanah, berdisiplin dan lain-lain. Mereka tidak mengubah perlembagaan, sebaliknya bekerja dan memberi nafas kepada Islam dalam kerangka yang ada, tanpa menzahirkan perjuangan menentang secularism.
Isu hijab (tudung) di universiti di Turki yang tidak dibenar sebelum ini diatasi dengan pelantikan pentadbiran yang mempunyai yang lebih luas tentang undang-undang tersebut.
Sehingga John L Esposito dalam The Oxford Encyclopedia of Islamic World di bawah tajuk secularism menafsirkan perkembangan Islamist di Turki sebenarnya bukan pertarungan antara Islamism dan secularism, tetapi sebenarnya pertarungan dalam mentafsirkan konsep secularism itu sendiri.
Ia antara versi secular Anglo-American yang memberikan ruang kepada penglibatan agama dalam politik dibandingkan pemahaman French secularism yang bersifat keras terhadap agama dengan menganggap penglibatan agama akan mengancam social order. Maka, Esposito melihat Islamist di Turki itu berpihak kepada secularism versi Anglo-American.
Hari ini selepas ‘Arab Spring', gerakan Islam di kebanyakan negara Arab sudah mula bekerjasama dengan parti-parti lain yang tidak berasaskan Islam. Kerjasama itu sekali gus menjadikan mereka menggugurkan isu Islamic State khususnya perlaksanaan hudud.
Hal yang sama kita lihat di Malaysia. Ini menimbulkan perbahasan sarjana semasa di Barat dan Timur, apakah mereka itu masih dianggap sebagai Islamist atau mereka sebenarnya post-Islamist?
Pertamanya, istilah Islamist atau Islamism itu apakah maksudnya? Secara umum, perkataan Islamist difahami di Barat khususnya kelompok yang memperjuangkan politik Islam. Mereka ini berhasrat menegakkan Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam khususnya hudud.
Jika maksud ini dipakai, maka kelihatannya kebanyakan gerakan Islam hari ini bukan lagi Islamist seperti yang difahami oleh Barat. Namun jika istilah Islamist diberikan kepada mereka yang cuba menjadi Muslim yang baik dalam kehidupan harian, mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan individunya seperti amanah dalam pentadbiran, maka mereka ini masih lagi Islamist.
Jika disoal secara lebih jelas, apakah mereka ini pejuang negara Islam versi lama mereka ataupun negara Islam versi hudud? Jawapannya, kelihatan pada kemungkinan dan realiti, mereka bukan lagi pejuang negara Islam versi berkenaan.
Post-Islamism
Asef Bayat dalam tulisannya The Coming of a Post-Islamist Society menggunakan istilah post-Islamism merujuk kepada golongan Islamist di Iran. Beliau menyifatkan golongan post-Islamist ini ialah mereka yang cuba mengadunkan semula antara Islam dan realiti dunia masa kini khususnya yang membabitkan soal kebebasan hak individu, demokrasi dan kemodenan.
Beliau menyebut: "Post- Islamism is expressed in the idea of fusion between Islam (as a personalized faith) and individual freedom and choice; and post-Islamism is associated with the values of democracy and aspects of modernity"Mengapa ini berlaku? Kesemua ini berlaku disebabkan pengalaman yang dilalui oleh gerakan Islam menunjukkan kegagalan dalam banyak perkara untuk melaksanakan slogan-slogan yang dilaungkan sebelum ini.
Realiti politik dunia menunjukkan banyak slogan mereka sebelum ini lebih berbentuk retorik yang tidak dapat dilaksanakan. Negara seperti yang mereka baca dalam kitab-kitab lama itu sudah tidak wujud. Sudah tiada lagi Negara Khalifah.
Nation state ataupun negara bangsa hari ini mempunyai realiti yang berbeza. Globalisasi pula sedang menghakiskan ciri-ciri nation state yang ada. Hari ini perkaitan antara politik dan ekonomi amatlah jelas.
Dunia terbuka era teknologi juga mengubah terlalu banyak perkara. Hal ini akan lebih jelas terasa apabila golongan Islamist itu sendiri mendapat kekuasaan seperti di Turki dan juga beberapa negara Arab yang baru diperolehi.
Maka, selama ini mereka mungkin telah melihat nas-nas politik dalam Islam itu di luar dari konteks yang sepatutnya ataupun decontextualization of nas. Mereka mungkin hanya membaca nas tanpa melihat konteks dan realiti yang wujud di persekitaran nas.
Tidak mengkaji rentak ruang yang mana nas-nas itu beroperasi (tempo-spatial contexts). Sedangkan dalam memahami nas, persekitaran ekonomi dan politik yang wujud semasa nas-nas politik Madinah itu lahir hendaklah diambil.

Nabi
SAW mengambil kira persoalan persekitaran politik ataupun realiti yang
ada dalam perlaksanaan pemerintahan. Justeru itu, baginda tidak
mengarahkan Najasyi Raja Habsyah yang menganut Islam itu untuk
memerintah sama seperti kerajaan Nabi SAW di Madinah.
Najasyi atau Ashamah bin Abjar mengepalai kerajaan Kristian. Maka, realitinya berbeza. Nabi SAW tidak mempersalahkannya disebabkan ruang yang terhad yang dia ada. Tidak pula disuruh dia meninggalkan jawatannya.
Sebaliknya memuji ketelusan yang digunakan dalam ruang yang ada. Bahkan apabila Najasyi meninggal, Nabi SAW menyebut:
"Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)". (Riwayat al-Bukhari).
Demikian juga Nabi Yusuf yang bergerak dalam ruangan politik yang ada di zaman baginda.

Gerakan Islam mula rasional dan akur bahawa mereka mesti memahami text dan context.
Jika perubahan dalam pendekatan dan kefahaman mereka kini dianggap
tidak Islamik oleh sesetengah pihak, maka itu satu pentafsiran yang
dangkal.
Realitinya, dunia Islam berhajatkan kepada pemerintah yang cekap, amanah, adil serta berjaya menghidupkan kebahagiaan rakyat. Jika gerakan Islam berjaya melakukan hal itu, maka itu satu kejayaan.
Realitinya, dunia Islam berhajatkan kepada pemerintah yang cekap, amanah, adil serta berjaya menghidupkan kebahagiaan rakyat. Jika gerakan Islam berjaya melakukan hal itu, maka itu satu kejayaan.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Kaab Malik
jangan la bermain istilah..tegur je Tun Mahathir tu kalau tak tahu diam..tegur la dia kesian..masalah sheikh asyik manupilasi keadaan je maklumla ramai sebenarnya tak faham hudud tu apa...sedangkan dalam Al-Quran dan jelas.. ingat sheikh jangan nanti depan Allah tak "terIstilah" nanti..
Mohd Salleh Abdullah · Pengulas Tertinggi
Dalam Utiub tu TMahatir kata hukuman rjam sampai mati tiada dlm AlQuran..betul...tapi kenapa dia tk sebut pun fasal hadis Nabi. Sedang sumber hukum Islam ialah AlQuran - Hadis - Ijmak dan Qias. Kita bimbang dia buat pertimbangan atas dasar "tak mau pakai hadis". Dia pun memang ngam dengan seorang makhluk Allah yg diketahui umum sebagai "tak mau pakai hadis" . Dan kalau betul begitu ..tak payah cerita lagilah.- memmo22 (signed in using yahoo)
betul tu...pndangan maza adalah bernas cuma dia mengambil sikap utk tidak provocative..bukankah DrM sejak dulu mengulang2 kesilapannya..patutnya tegur aje 'Dr M kena diam' sbb dulu pun dia kata Hudud boleh bikin ramai2 org islam kudung dan habis batu2 dijalanan..ahak2..kesian DrM. belajrlah sblm berckp. dgn maza pun tak pa
Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
Mohd Salleh Abdullah, Tun, veteren yg cekap, beliau tau secara pratikal Hadis menpunyai byk kelemahan dan percanggahan, byk perkara dah tak releven dan ketinggalan zaman, ulamak2 belum pernah bersepakat dlm soal Hadis. ada Hadis sahih, 1/2 sahih, suku sahih dan temberang. mmg benar Umat Islam harapkan AlQuran-Hadis sbg panduan namun hakikatnya zaman unta tak serasi ngan zaman internet, itulah yg problem. la mana ada negara Islam yg berjaya? semua gostan juga.
Awan Yg Kelabu · Pengulas Tertinggi · ......
bila bab dr.mahathi saja..jgn nak kona ust....tegurla..Allah dah bagi dia jd PM30thn lebih hudud tidak terlaksana..malah mengelirukan umat pula..
Muhammad Uwais · Pengulas Tertinggi
ASKM USTAZ DR MOHD ZAINUL ASRI,
Anda bekas mufti dan ilmuan, Uwais pernah dengar ramai dikalangan ahli neraka itu adalah orang yang berilmu.... benarkah..??
Bukankah berkata benar walaupun pahit adalah lebih baik....
Kenapa kita perlu corner kiri kanan...?
Bukankah pernah ada kisah dikalangan sahabat melakukan hudud keatas anaknya sendiri...
Apakah kita rasa diri terlalu baik...??
Apakah kita boleh guna wang zakat kalau kita bukan 8 asnaf?
Harap boleh jelaskan????
Muhammad Uwais bukanlah seorang yang baik...TQ
Salmi Hashim · Top Commenter
susah sekarang nak cari mcm ustaz Ibrahim Lybia terus terang, buat sesuatu kerana tuhan bkn kerna nama, atau takut kpd org, jadi takut nak tegur walau pun salah. Bukan sekali ni saja dah berkali2 Dr mahadhir cakap merapu.Jgn nak bela dia, nanti kat akirat kena jawab dg tuhan.
Kamarul Ariffin · Top Commenter · General Cleaner at The University of Edinburgh
bagus huraian. maka konsep negara kebajikan dari PAS, PKR dan DAP juga tak salah. Boleh dikatakan masih bercorak negara yang mengamalkan Islam.
Konsep dari BN juga tak salah tp hanya konsep, lebih 50 tahun masih lagi konsep masih tak boleh buat walaupun dah ade kuasa.
Tentang Dr Mahathir ramai yg cepat suruh dia ditegur. Pertama siapa yg ade di sana sepatut tanya terus pada Dr Mahathir, apa yg dimaksudkan oleh beliau. Biar pada masa itu dijelaskan, itu tanda kita berdebat apabila berbeza pendapat. Bukan majlis dah habis, baru nak belasah dia, dia tak dpt pertahan kan diri dan dia pula terus hanyut.
Yg org lain, bukan di majlis itu, yg sekadar dengar dari satu pihak terus bagi hukuman. Jika ini berterusan, maka sama lah kita dengan satu kaum yg dipanggil org UMNO yg baca dari Utusan, TV3 dan yg seangkatan dengan nye. Maka Ilmu mcm tu lah, ala-ala ilmu burung kakak tua.
Jika ada ulama atau org berilmu pada masa itu, jgn lah takut untuk menegur, tegur pada masa tu juga. Jgn biar hanya kita sahaja nak masuk syurga, kalau boleh bawa lah sekali Dr Mahathir ke syurga juga kerana pengampunan dari Allah akan berterusan sehingga nyawa org itu dikerongkong.
Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
Dlm Islam, kita ada kaedah fiqhul awlawiyyat. Yg mana patut didahulukan, didahulukan. x bermakna, bila kita meninggalkan ssetengah prinsip negara Islam, kita mengabaikannya terus. Tapi kita fokuskan dl pd mana yg perlu diperkukuh & diperjuangkan. Setelah yg ini stabil, maka kita bergerak keperingkat seterusnya. Klau pelaksanaannya mengikut kaedah fiqhul awlawiyyat ini, maka sudah tentu ianya dpt diterima oleh semua, & tanpa ada apa2 pertikaian. Ini boleh jugak kita katakan sbagai strategi pelaksanaan. Contoh dari nabi saw sendiri, nabi x melarang org2 Islam meminum arak pd zaman permulaan Islam. Peringkat permulaan hanya dilarang meminum bila masa solat (ini berpandukan al-Quran sendiri). Setelah masa berlalu, dgn keiamanan sahabat2 bertambah & masa sesuai, maka pd masa itu baru nabi saw haramkan arak terus (dgn perintah & wahyu dari Allah juga). Dari sini, apa yg dpt kita ambil pengajaran adalah, pelaksanaan Islam dlm sesuatu negara adalah bergantung kpd kesesuaian org2 & persekitaran disitu. Maka mana yg perlu diutamakan pelaksanaan, diutamakan dl pelaksanaan. Yg lain2, akan dilaksanakan bila masanya sesuai. Inilah 'fiqhul awlawiyyat'. Islam itu universal (bersifat sejagat). Walaupun begitu, pelaksanaannya perlu mengikut kaedah fiqhul awlawiyyat tadi. Krn klau diabaikan, maka kecantikannya & keindahannya x dpt diselami masyarakat setempat...
Azamimi Mohamad Ghaffar · Top Commenter · SEK. KEB. KG MELAYU KLUANG 84-89
Nabi tak larang org islam pada permulaa minum arak sebab ayat pengharamannya belum diturunkan ..bukan sudah diturunkan n than nabi tak haramkan dulu ..semata2 mengambil lama strategi pelaksanaan .. la nie .. haram arak dah lama turun wajib .. maka haramnya arak itu sudah terlaksana sejak generasi kita dilahirkan di zaman ini .. :)
Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
Azamimi Mohamad Ghaffar, saya x menyentuh langsung soal pengharaman arak. saya cuma ambil contoh pelaksanaan Islam secara hikmah. Ayat Quran turun secara berperingkat utk tujuan pengharaman arak, adalah petunjuk pd hikmah. Cuba fahami betul2 kaitannya. Jgn cepat nak bangkang. Terimakasih...
Imanis Muzaffar · Works at MAAHAD DERANG
benar. dalam perlaksanaan sesuatu tasyriat lbh mustahak dipasak dahulu kefahaman. tetapi, persoalan yg ditimbulkan mahathir ialah menafikan hukum tersebut. Maka kenyataan Dr. Maza dlm isu ini sgt mendukacitakan...tidak menyedarkan Tun mahadet malah tidak juga memberi kefahaman kepada awam apa yg ditolak oleh mahadet tersebut..
Fes Debuk · Top Commenter · Works at Di Bumi ALLAH
apabila masalah kereta rosak pastu pergi tanya/mintak bantuan doktor gigi baiki, inilah hasilnya..dh tahu bkn ahli/pakar dlm bidang tu xyahlh bercakap, nnti trserlah kebodohan/kebongkakan, dh skrg sume org 1M blh tgk/nilai, DH LAMA DAH..kalu stakat perasan hebat/genius dunia, org Yahudi lg hebat/genius dunia Allah bg sbg ujian utk org Islam, tp syg Allah xpandang/nilai sume tu jika tiada iman/taqwa, sgla kbaikan jd habuk/debu yg berterbangan je....
Eddy Gordo · Subscribe · Top Commenter · Owner at Cendawan N Such
Ni bukan pertama kali Tun Mahathir buat ucapan mcm ni.Gua nak seru semua umat islam untuk desak Tun Mahathir didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina/mengelirukan ISLAM.Moga lepas ni jd pengajaran dan tiada lagi ucapan menghina ISLAM dr Tun Mahathir atau orang lain di Malaysia ini.
Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
tulisan yg menarik...semua orang islam tak kira uumno, pas, pkr, perkasa, pekida, hasan ali, zulkifli nordin dll juga bukan islam spt mca, dap, gerakan, mic dll perlu baca dan memahami tulisan dr asri ni...lepas baca baru faham bahawa pendekatan pas masa ini adalah tepat dan ikut trend gerakan2 islam di turki, mesir, tunisia, libya dll...
Jauhari Taib · Top Commenter · Tsukuba University, Japan
Izinkzn saya mempunyai pendapat yang berbeza. Tulisan ini saya bimbangi cuba mempromosi,atau paling tidak mempertahankan sekularisme. Sedangkan Islamis itu tetaplah mempertahankan aspek teologi tanpa kompromi lebih-lebih lagi kepada perkara-perkara pokok dan usul. Benar, Najashy tidak di minta mentadbir seperti Baginda lakukan di Madinah. Ini adalah kekangan masa, tidak memungkinkan rakyat jelata yang Kristian memahami Islam sedalam-dalamnya. Orang yang baru Islam tidak di tuntut dengan keras mengamalkannya, malah solatpun di ringankan dengan 'bacalah dari ayat quran apa yang kamu tahu'. Tulisan sebegini saya bimbangi menjustifikasikan kembali kepada UMNO/BN kerena mereka pernah bercogankan Bersih, Cekap dan Amanah atau menerap nilai-niali Islam dalam pentadbiran.
Basikal Tua
sound direct ja lah asri oi.. nie bab akidah bukan boleh dok bunga bunga dah..apa raaa.. bila dok jadi macam nie yg buat rasa hilang hormat tuuu...
Man Omar · Top Commenter · Klang
ustaz asri punya nak jaga mahathir sampai tak rasa kesal sikit pun dgn kenyataan mahathir itu. inilah ustaz zaman mutakhir ini, ustaz yg lebih menjaga perut daripada mahu menjaga akidah umat. lebih baik tanya ustaz azhar idrus...ustaz asri ini ustaz politik, biasalah...
Naimat Sukri · Top Commenter · UKM
Jawapan/ ulasan penuh dengan covering, itu yang saya nampak, segan untuk berterus-terang. Apa yang pembaca seperti saya ingin tahu ialah ada atau tidak hukum hudud dnyatakan dalam Alquran. Bukan minta Tun M perbetulkan keyataannya.
فايز ناقمان · Subscribe · Top Commenter
See... Itu sebabnya saya KURENG denga MAZA ni, cepat sangat nak respon, gelabah, ada isu saja dia datang kecoh dulu, walhal perihal video Tun sebut pasal hudud itu pun telah dipadamkan dari YOUTUBE kerana terdapat unsur-unsur SUNTINGAN, di mana, mengikut maklumat mereka yang berada di UNIMAS (ketika majlis itu), pihak Tun telah pun membuat pembetulan terhadap kenyataan yang kurang jelas (atau kurang tepat) mengenai hudud itu.
Patut kita sama-sama selidik atau bertanya terus kepada pihak Tun Dr. Mahathir bin Mohamad jika benar-benar ikhlas mahu menegur beliau, bukan buat satu artikel terbuka seperti ini yang buat orang ramai lebih bergosip sambil membuka ruang musuh-musuh politik Tun berspekulasi tentang hal ini tanpa BUKTI yang nyata.
Eddy Gordo · Subscribe · Top Commenter · Owner at Cendawan N Such
sori la beb.Tader unsur editing pon vid tuh.Mmg ada pembetulan dr YDP UPM tak silap gua lepas ucapan mahathir tuh.Dari pihak mahathir sendiri sehingga hari ini tader mintamaaf ata tarik balik.jelas apa yg mahathir ckp adalah fahaman dia.ndia dah hina islam.patut kita dah boleh dakwa dia di mahkamah syariah
Hj Afandi Abdul Samad · Top Commenter · Sekolah menengah seri mahkota
Saya sebenarnya amat kesian dan simpati dgn Tun Mahadir. Terlalu jauh tersasar dgn Al Quran. Bicara ikut sedap mulutnya saja. Ulama2 PAS dan sejiwa dgn PAS, telah menegur dlm media semasa, kerana jelas bertentangan dgn aqidah. Mana Ulama2 UmnoBN dan Krjn....dimana mereka? Sila nyatakan fatwa atau pendirian berdasarkan Ilmu Islam dan jgn takut dan menikus.
Allah SWT pasti akan tanya para alim ulama yg membisu dlm isu ini.
Mose Gucci · Top Commenter
salam... tkpelah kita bersangka baik sajalah.. patutya DrMAZA kena fahamkan Tun M ape itu hudud sebenar2nya. Orang tu pun dh berusia takkn selama nie berkwan takde ke masa nak bg penerangan psal hudud pd dia. bukan DrMAZA tak tau bukan sehari dua Tun M nie menolak hudud. Kita dok sibuk beralasan itu ini hudud takleh laksana bukannya dok sibuk fikir camne nak laksana... Dr M ngn Dr pun 2 x 5 lah jugaklah..
Syarifah Julaiha
Kenapa bila nak tegur orang atas n, i jadi cakapnya berbelit-belit macam ular? Patutlah tak layak jadi mufti...baru kena cuit sikit, dah cepat-cepat cabut lari...ni belum kena baling batu macam nabi...jenis macam ni kah yang dikatakan ulama pewaris nabi? Terketar-ketar tak berani bercakap bila berdepan dengan pemimpin yang mungkar?
Tariq Ziyad · Top Commenter · Gibraltar
berapa lama dah Madey tu jadi Islam. takkan x paham2 isi kandungan Alquran. Takkan penasihat2 dia x pernah cakap? Masih mahu kata Madey ni TERSILAP? hilang hormat saya pada drMAza. kerana DrMAza terlalu agungkan Madey yang terlalu sekular ni. buktinya, Drmaza dlm fbnya pernah mengatakan Tun M pejuang Islam yangsebenar. ciss..
Saaid Ramdzan · Top Commenter · Royal Military College, Sg Besi
Tun buka alquran baru buka mulut atau buka mulut baru buka quran.Dia buka minda baru buka quran atau buka quran dgn hati terbuka.Kalau semua buka dulu baru buka quran bolih menyebabkan ada org islam yg BIN MAHATHIR jadi tauke kilang arak san miguel.atau quran hanya dibuka bila perlu.kita sama2 lah ingat yg mati itu pasti, kalam allah itu yg hak.
Syedrazz Bin Syed Azmer · Top Commenter
Tegur pun dr mahathir takan ubah perdirian dianya..dulu pun pernah dah dia hantar surat kat TG nik aziz tentang x setuju dgn hudud.. Dr mahathir belajar agama dengan baca buku tanpa berguru..Dr Multifaith!!!
Mohd Azman Suratni · Top Commenter · UiTM Shah Alam
Setiap ustz atau ulamak ada cara tersendiri untuk berdakwah...cuma soal , ikhlas , amanah dgn ilmu yg menjadi persoalan...., sapa yg tau.., hanya Allah dan yg empunya diri saje...
Shah Abd Hamid · Top Commenter
Apa itu HUDUD? ini yg kita kena jelaskan. apa yg aku faham, huhud adalah satu batasan. dimana apabila kita melanggar batasan, kita akan dihukum. selagi kita tidak melanggar batasan (hudud), maka kita tidak akan dihukum. hudud itu bukannya hukum potong tangan.ituyg kita kena faham. hudud adalah batasan. (wallahualam)
Chuppa Yang Bersih · Top Commenter
mane koner baring la si MAZA ni..haaiii..bg aku kutty tu dah gile babi tahap babi utan..tu je..
Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
dlu Madey kata zmn nabi xde gillete sbb tu smpn janggut, skrg zaman dh moden hudud undng2 kuno x adil utk org Islam...apa lg nk d pertahankan Madey ni..
Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
Mahathir belajar pengajian Islam kat mana ye....Boleh dia kata hudud tak ada dalam Quran. Memang dah fasik orang tua ni.....jangan ikut nanti kamu jadi....
Adi Ali · Top Commenter · University of Massachusetts Amherst
KITA JANGAN AMBIK KIRA SANGAT CAKAP TUN NIEEE ... DIA DAH LAMA DAHHH DAH USIA NYA KELAPA ... KEKADANG INGAT KEKADDANG TIDAK ... CAM NA ...
Mohd Kamarul Zaman · Clifford Sec. School
Mahatir ni orang yang angkuh sahingga apa yang allah utus melalui nabi sawdinafikan dia ni mempertikai hukum islam bukan saja sekarang malah dari dulu lagi. Mana dia Harun Sani, mana dia mufti-mufti di Malaysia ni apa pendirian ulama sekilian kalau mereka ni diam makna setuju dengan org tua nyanyuk ni...pergilah duduk masjid dengar kuliah dengar tafsir Al Quraan ingatlah Mahatir rumah kata pergi kubur kata mari. kalau mempertikaikan
quraan nanti dlm kubur maalikat bertanya siapa imam kamu boleh ke kamu menjawanya...ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
Puak2 PR ni menharapkan Dr Asri hentam Tun habis-habisan...
tk tertunai jugak harapan mereka...apa pun kena tunggu respon dr Tun..
Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, Penang
KENAPE dr maza selalu mendapat tempat yg istimewa dlm memberi pandangan? Hairan n Ajaib? Anybody can answer?
Jamaludin Yusof · Top Commenter · STK
sejak akhir2 ni banyak sangat kenyataan yg dipetik dari TUN..Mengapa?? main peranan utk orang2 yg belum pencen lagi agaknya..
Adam Bin Mamat Adam · Sekolah JuVana
tun mahadir dah nyanyuk....nyanyuk....suruh la istri , anak, menantu tuh tutup aurat dulu...apa la tun nyanyuk nie.
Adif Khamis · Buruh kasar at ABDUL HAKIM ABDUL RAHMAN & CO
Tun mahathir mana tau hudud.. dia tau dangdut jer..hehe...
Maximus Madnes · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
Prof Asri nampak gaya manusia jugak, byk dia tegur direct, tak mintak betulkan kenyataan. Mahathir dia bagi 2nd chance. Apakah mulut mahathir tunjuk kan siapa asri sebenar nye? semua ada hikmah kan. siap tukar topik!!!???
Sang Nitham · Top Commenter · Technical Director at GO Nitham Sdn Bhd
Mcm baca jurnal kat universiti je.. tak faham -kena baca lg.. mentang2 la tgh sambung belajar.
Mat Ye · Damascus, Syria
kita lihat makin lama makin hilang orang mempercayai alquraan..walaupun tuhan panjangkan umur tak pernah nak support hukum alquraan malah ada pula prof2 yang cuba mempertahankannye..mahathir ni sejak dulu kini dan selamanye setiap kali beri pendapat hudud..hanya malaikat izrael saja yang tahu.
Abah Kita · Top Commenter · Smk landas
penasihat agama kepada perdana menteri, baik dulu smpai sekarang, berat 66..termasuk menteri agama..sbb tu Tun..sama mcam tun matam ketua polis negera..tak ada ayat judi dlm al quran..sbb org atas atas ni tak nak baca ql quran dan faham isi nya, sibuk..tapi buku lain bab dunia..smpai habis tajuk..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan