Khamis, 24 Oktober 2013

URUSLAH DENGAN BAIK DAN AMANAH...BELANJALAH@KUARLAH PERUNTUKAN AGAR RAKYAT RASA KESENANGAN NEGERI

Sg Limau: PAS berkempen secara damai

Muhammad Faizal, 23 Okt 2013
JERAI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkeyakinan parti itu akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November nanti.

Namun katanya, walaupun berada dalam keadaan selesa PAS tidak boleh memandang mudah dengan Barisan Nasional (BN).

"Syukur segalanya telah selesai dan kita dapat pertembungan PRK kali ini hanya melibatkan PAS dan BN.

"Melihat kepada rekod yang lepas saya yakin PAS berpeluang memenangi kerusi Dun Sungai Limau, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh memandang mudah kepada BN.

"Ini disebabkan parti itu tidak pernah bertanding dalam pilihanraya dalam keadaan demokrasi yang adil, setiap kali berlaku pilihanraya kita bukan berdepan dengan BN tetapi seluruh jentera kerajaan," jelasnya pada sidang media sejurus selesai proses penamaan calon pagi tadi.

Beliau berkata, PAS akan berkempen secara damai pada PRK kali ini.

"Kita akan berkempen secara damai, dan jika BN juga berhasrat untuk berkempen secara damai kita sambut baik kerana itu yang seeloknya.

"Tetapi kita tidak boleh lupa Umno sebelum ini ada menyediakan pemuda tahan lasak yang akan membuat apa jua provokasi sepertimana yang diarahkan," sambung beliau.

Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak perlu menggunakan khidmat mana-mana NGO yang selama ini telah terbukti menimbul ketegangan.

Katanya lagi, Umno juga perlu mengelak dari menggunakan isu-isu agama, perkauman dalam kempen mereka.

"Bagi memastikan suasana kempen berjalan dengan baik dan harmoni, saya nasihatkan Umno agar tidak lagi menggunakan NGO-NGO yang boleh menimbulkan ketegangan.

"Selain itu Umno juga perlu elak dari menggunakan isu agama mahupun perkauman, kita mahu semua pihak menghormati keadaan di Sungai Petani yang hidup dalam persekitaran ilmu agama," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Ditanya mengenai pengundi luar, Mahfuz mengharap majikan dapat memberi pelepasan cuti kepada pekerja yang mengundi.

Beliau berharap agar majikan tidak kira kerajaan mahupun swasta lebih peka kepada keadaan pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samad dipilih mewakili parti dan Pakatan Rakyat pada PRK Dun Sungai Limau.

Video-video best

http://siyasahsyariyah.blogspot.com, 23 Okt 2013

Video-video best ooooooo ...?


Video 1

Video 2

Video 3

Rakyat Kelantan tidak perlukan Umno lagi

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com, 23 Okt 2013

Berbeza pandangan mengenai isu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan Umno di negeri itu perlu malu dengan tindakan berani pemimpin itu.
Menurutnya, isu pentadbiran negeri tersebut seharusnya Umno yang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang.
***
Sebab tu aku kata kalau PAS dah ada pembangkang untuk betulkan kelemahan mereka sendiri maka rakyat Kelantan tak perlu lagi pilih UMNO kerana peranan UMNO boleh diambil alih oleh PAS. Mengabiskan beras saja undi UMNO ni kalau nak jadi pembangkang pun mereka tak reti.

BN tabur duit, semalam RM1.2 juta, hari ni RM2 juta, esok...

http://www.kedahlanie.info, 23 Okt 2013

BN taboq duit di Sg Limau, Semalam RM1.2juta hari ini RM2juta esok pula.....!!!!

ini duit yang turun semalam... RM1.2juta...

Mai hari nie pulak turun lagi RM2juta... mewah.. mewah..
nak kena tunggu YB mati baru nak merasa peruntukan untuk rakyat
Baca lagi

Polis, Felda beri ruang rakyat bergerak - Mazlan

Khairil Abdul Rahim, 23 Okt 2013


Mazlan dan rakan-rakan di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.

TEMERLOH: “Saya pun tak sangka diberi kemenangan hari ini, tetapi saya banyak serahkan urusan ini kepada Allah. Maka dengan keputusan ini harapan saya supaya polis dan Felda berilah rakyat ruang bergerak demi transformasi dan keadilan,” kata Mazlan Aliman.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata demikian dalam sidang media sebaik diumumkan menang dalam kesnya menyaman polis dan Kerajaan Malaysia oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini.

Berikutan keputusan berkenaan, hakim mengarahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi kepada Mazlan  sebanyak RM300,000 akibat polis tersalah tahan, RM50,000 sebagai ganti rugi tauladan, RM20,000 kos mahkamah dan faedah 8% dari tarikh saman sehingga tarikh melunaskan semua pembayaran.

Saman tersebut difailkan Mazlan pada 18 Ogos 2010 berikutan tangkapan berniat jahat oleh polis di Felda Lembah Klau pada 9 Mac 2010.

Mazlan berkata, hari ini merupakan detik-detik gembira baginya serta rakan-rakan setelah terlibat memperjuangkan isu-isu Felda sejak tahun 1989.

“Keputusan hari ini sangat menggembirakan saya, sebab sebagai rakyat Malaysia saya terasa hak asasi saya  disekat termasuk ketika Kembara Oren.

“Terima kasih saya juga kepada pasukan peguam dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya.

PRK pasca PRU13, BN mendahului

M Faqih, 23 Okt 2013
Ketika pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009 PAS hanya mampu meraih kelebihan 65 undi majoriti. Sedangkan sebelum itu pada pilihan raya umum 2008, calon PAS menang majoriti 1,352 undi.

Sebaliknya di Dun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menang majoriti 2,774 undi. Kalau dicongak-congak situasi hampir antara Manek Urai dan Sungai Limau.

Cuma berbezanya pilihan raya kecil (PRK) di Kelantan PAS muncul sebagai kerajaan, sebaliknya Sungai Limau pula PAS di posisi pembangkang.

Majoriti di Sungai Limau jauh lebih besar berbanding Manek Urai. Berdasar statistik itu, mampukah kemenangan masih berkiblat kepada PAS.

Begitu juga kalau diambil kira petunjuk di Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Kelebihan awal berpihak kepada BN, di mana calonnya, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar mengatasi calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi pada pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Di Besut PAS muncul dalam situasi underdog, biar pun gerak kerja kempen nampak lebih menyerlah. Sepanjang kempen kelihatan Che Long berada di hadapan berbanding Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Harapan PAS mengurangkan majoriti diraih BN pada pilihan raya umum lalu.

Namun ternyata umpan kebendaan yang mengalir deras dari dari Kuala Lumpur sukar dibendung jentera PAS dan Pakatan Rakyat.

Hasilnya majoriti BN meningkat sebanyak 158 undi berbanding PRU-13. Asakan wang ringgit juga pernah membadai Dun Manek Urai sehingga hampir-hampir melemaskan Mohd Fauzi Abdullah.

Di Manek Urai dianggarkan lebih 1,200 pengundi seperti dirasuk wang ringgit. Lojiknya majoriti turun mendadak berbanding PRU-12.

Di Sungai Limau pemerhati politik sukar untuk membuat telahan mudah memandangkan PAS Kedah dikocakkan isu dalaman menjelang PRU13 lalu.

(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah cetak keluaran terbaru di pasaran)


“Bagaimanapun saya masih ada beberapa kes mahkamah lagi. Saya menyaman Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap yang memfitnah saya makan duit peneroka Kemahang.

“Saya juga berhadapan dengan saman Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dalam kes Rapid dan saman Felda dalam isu penjualan minyak sawit ke Israel,” jelasnya.

Rizab diurus berhemah bukan untuk bermegah

Harakahdaily, 23 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor terutama bagi membiayai pembangunan prasarana negeri yang tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin,  walaupun Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai yang melebihi 23% pada 2012, namun agihan  peruntukan untuk pembangunan negeri ini tidak setimpal.

"Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

"Selaku kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh," katanya dalam satu sebaran media, semalam.

Menurut Faekah, Kerajaan Selangor pimpinan  Abdul Khalid sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan.

Sehubungan itu, tambahnya pentadbiran Abdul Khalid telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan melaksanakan beberapa projek Persekutuan yang tertangguh antaranya pembinaan hospital baharu di Klang, pembinaan jambatan ketiga Klang dan  memuktamadkan proses penstrukturan industri air negeri.

"Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu.

"Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang  'pandai berbelanja' berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara," tegas Faekah.

Menurut Faekah, menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat "memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun" malah menjadi sikap semulajadi Abdul Khalid untuk tidak bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya  menunjukkan sebarang hasil.

"Akibatnya beliau sering dilabelkan sebagai seorang Menteri Besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri.

"Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama beliau begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baharu sahaja bermula," ujarnya.

Menurut Faekah,  pendekatan berhemah kerajaan negeri mengurus dana rakyat tidak mengkesampingkan kepentingan rakyat memandangkan sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program  Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tiada ulasan: