Sabtu, 26 Oktober 2013

SEX....KAH KAH KAH....LAWAKLAH

Bajet 2014: Untuk rakyat, dari rakyat

Syahir Sulaiman, 26 Okt 2013
Firman Allah, maksudnya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu “berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan”.

Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%)

Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan.

Dari mana RM264.2 bilion ini diperolehi? Sebanyak RM224 bilion hasil dijangka dipungut manakala defisit RM37 bilion akan dibiayai oleh pinjaman dalam dan luar negeri. Sejumlah RM133 bilion cukai langsung dan RM39 bilion cukai tidak langsung (duti, eksais, cukai jualan dan perkhidmatan) dijangka dipungut manakala sejumlah RM52 bilion hasil bukan cukai (dividen, royalti) dijangka diperolehi pada 2014, memandangkan regim cukai GST 6% hanya akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Sebahagian besar pinjaman kerajaan adalah daripada sumber dalam negeri (2013: 97%, 2012: 96%) berbanding sumber luar negeri (2013: 3%, 2012: 4%). Namun, angka hutang ini adalah jauh lebih tinggi jika dicampur dengan jumlah tanggungan liabiliti luar-jangka (contingent liability) yang mencecah puluhan bilion.

Melihat secara makro angka berbilion ini membawa kepada konklusi awal bahawa bajet 2014 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri (Nota: Juga merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang menyelit ucapan bajet di dalam Dewan Rakyat seumpama berucap di Perhimpunan Agung UMNO), ia adalah manifestasi janji ‘balas budi’ oleh kerajaan yang memenangi 60% kerusi tetapi hanya menguasai 48% undi pada PRU13, jika dibandingkan dengan bajet 2010 hingga 2013 yang dipenuhi pelbagai pemberian dan imbuhan untuk meraih sokongan rakyat.

Cukai dikutip daripada pendapatan dan perbelanjaan rakyat (cukai pendapatan >20%, duti & eksais, GST 6%), simpanan dan caruman rakyat dipinjam untuk membiayai defisit kerajaan (pembelian bon dan sekuriti kerajaan oleh KWSP, BSN serta institusi perbankan dan insurans). Defisit terus menjerut hutang kerajaan ke paras 55% KDNK (2013: 54.8%, 2012: 53.3%), manakala inflasi dan kos sara hidup kian menghambat pendapatan, perbelanjaan dan hutang rakyat (>80% KDNK). Inilah sebuah bajet, untuk rakyat dari rakyat.

* Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM.

Ustaz Azam pilihan tepat pengundi Sg Limau

Hazayani Zakaria, 26 Okt 2013
JERAI: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyeru seluruh pengundi di Dun Sungai Limau memberikan sokongan kepada calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Menurut Ketua DPPNK Mohd Nasir Zakaria, Azam merupakan ikon baru anak-anak muda yang konsisten dalam perjuangan memartabatkan Islam dan membela nasib rakyat di semua peringkat.

"Ustaz Azam seorang bekas guru yang berwibawa, pemimpin pemuda dan anak jati Sungai Limau telah terbukti keterampilannya sebagai seorang pemimpin berakhlak mulia, berpelajaran tinggi, dan berwibawa untuk dipilih oleh pengundi Dun Sungai Limau tanpa ragu-ragu lagi," kata beliau pada sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15, hari ini.

Beliau juga berkata, DPPNK amat berbangga dan gembira atas pemilihan Azam sebagai calon PRK kali ini yang dilihat menghasilkan momentum kuat dalam kalangan anak-anak muda untuk terus memberi sokongan padu kepada PAS.

"DPPNK merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para pimpinan parti kerana memilih calon bagi PRK Sungai Limau daripada kepimpinan DPPNK sendiri," katanya.

Justeru tegasnya, DPPNK sudah bersedia di semua peringkat jentera untuk membantu kemenangan Azam bagi memastikan PAS terus kekal di Sungai Limau.

"DPPNK telah bersedia di semua peringkat jentera untuk bertungkus-lumus bekerja pagi, petang, siang dan malam untuk memastikan Sungai Limau kekal di bawah PAS yang diwakili Ustaz Azam," tegasnya.

Ustaz Azam turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat Sani Hamzan, Ketua Penerangan dan beberapa exco DPPNK yang lain.

Azam merupakan Exco DPPNK yang mendapat undi tertinngi dalam pemilihan di peringkat negeri baru-baru ini dan juga anak didik politik bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz ikhlas ke lawat pekan sehari - Mahfuz

Salmiyah Harun, 26 Okt 2013
JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas.

"Mukhriz mempersoalkan saya dan calon PAS apabila memuat naik gambar ziarah Pak Ngah Baharom itu di dalam FB.

"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.

Mahfuz turut membidas anak bekas Perdana Menteri itu yang diberi liputan meluas oleh media arus perdana apabila hanya turun ke pekan sehari di Bukit Besar.

"Saya nak tanya dia (Mukhriz) ikhlas ke melawat Pekan Nat (pekan sehari), masuk dalam TV3. Ikhlas ke dia pergi ke sana?

"Muhyiddin tu ikhlas ke datang Sungai Limau, hari ini dia datang sini. Kalau tidak ada PRK tidak ada mini RTC dan karnival Kerja Sungai Limau," katanya.

Menurut Mahfuz, PAS melawat bapa Jamil Khir itu kerana dia adalah ahli PAS dan banyak menyumbang kepada parti.

"Tidak salah untuk kita menziarahi orang tua yang uzur, lagipun beliau ahli PAS. Bulan Mei baru ni dia bayar yuran ahli, tak pernah 'miss'. Pergi ziarah siapa pun dan muat naik di FB ikut sukalah, tidak perlu persoalkan," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz sekali lagi membidas Mukhriz daripada beliau asyik mempersoalkan keikhlasan orang lain adalah lebih baik beliau membuat keputusan segera untuk mengisytiharkan cuti umum pada hari mengundi 4 November ini.

Katanya, cuti umum itu diperlukan bagi memudahkan pengundi yang berada di seluruh negeri kedah dan bekerja di luar boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa pada hari itu.
Bajet JPM melonjak ke paras paling tinggi
 
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mengekang defisit negara, namun belanjawan jabatannya sendiri telah melonjak ke paras tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, anggaran bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun depan berjumlah RM16.45 bilion, dengan perbelanjaan operasi RM5.86 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM10.58 bilion.

putrajaya aerial view 02 201106Jumlah itu adalah peruntukan tertinggi kepada JPM, dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu bajet RM15.62 bilion pada 2011.

Perbelanjaan JPM pada tahun-tahun sebelumnya ialah RM6.91 bilion (2008), RM10.19 bilion ( 2009), RM11.88 bilion (2010), RM15.62 (2011 ), dan RM13.721 bilion (2012).

Peruntukan bajet 2014 bermakna JPM telah, buat kali pertamanya dalam tempoh tiga tahun, mengatasi kementerian pertahanan  dengan bajet 2014 sebanyak RM16.1 bilion.

Bajet bagi kementerian pendidikan bagi 2014 ialah RM54.6 bilion, manakala kementerian kesihatan di tempat kedua dengan RM22.16 bilion.

Antara perkara yang mengambil sebahagian besar bajet JPM adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( RM779 juta), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (RM631 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( RM367 juta).

Ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, Najib berkata negara mensasarkan untuk terus mengurangkan defisit daripada 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan.
PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan
3:18PM Okt 26 2013  
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah menghina Islam, kata PERKASA semalam.

"Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi  Ideris dalam blognya.

"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.

Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu,  juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .

Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.

Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.

"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".

 "Hormat sedikit," tambah Irwan.

'Tumbangkan Kamalanathan'
Beberapa ibubapa bukan Islam mengadu bahawa tindakan sekolah tersebut sebagai tidak sensitif dan tidak sesuai untuk para pelajar.

Penganut agama Hindu dan Buddha menganggap lembu sebagai haiwan suci.

Sementara itu, Irwan memberi amaran kepada Kamalanathan (kiri) bahawa dia harus menarik balik kenyataannya atau ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kepimpinan Wira juga menggesa orang-orang seperti ini kita tumbangkan pada PRU yang akan datang.

"Kena ingat kawasan anda mempunyai ramai orang melayu, jika tidak menarik balik, kita tunggu PRU yang akan datang," kata Irwan.
Pakatan: Mana janji BR1M RM1,000 dulu?
9:17AM Okt 26 2013  
Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu - sebelum pilihan raya umum ke-13 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

"#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: "Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650," kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan".
Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang
NONESaya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP
Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.
Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS
GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:
Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali.
Jamil Khir sifatkan ziarah PAS lawatan politik
 
Tindakan PAS menziarahi Baharom Ramli - ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom - yang menghidap sakit angin ahmar sejak tiga tahun, disifatkan menteri itu sebagai satu 'lawatan politik'.

Beliau bagaimanapun 'berterima kasih' kepada PAS atas kunjungan yang dibuat dua hari lalu ke rumah ibu-bapanya di Kampung Ulu Sedaka, Yan.

"Terima kasihlah pi (pergi). Terima kasih atas lawatan politik," kata Jamil Khir ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kunjungan itu yang dilakukan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat itu dua hari lalu.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan berbuat demikian dalam sidang media.

Mahfuz sebelum ini dipetik sebagai berkata yang ayah Jamil Khir berjanji kepadanya untuk mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini kerana beliau didakwa merupakan ahli PAS dan membayar yuran keahlian setiap tahun.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam reaksinya semalam kesal PAS menggunakan lawatan itu untuk memperolehi kelebihan politik apabila berita tentang lawatan itu dimuat naik pada masa lawatan itu berlangsung.

Menurutnya, ia berbeza dengan BN yang turut mengunjungi balu almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak tetapi tidak pula menghebahkanya seperti PAS.
Najib: Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda...
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

gerakan egm 261013 01Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk
menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.

Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya.  [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat.
  
Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sememangnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.
  
Rakyat Malaysia, tegasnya,  perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka.
  
Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di  sebalik keputusan itu.
  
"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).
  
"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.
  
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.
  
"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi.

Tiada ulasan: