Rabu, 23 Oktober 2013

SYABAS....Syariat Islam: Brunei sudah kita bila lagi?

Brunei laksana kanun jenayah syariah semalam

Harakahdaily, 23 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Negara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei..

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

"Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Sultan Hassanal Bolkiah.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT  kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan "Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua", baginda bertitah, syariah yang datang daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Baginda juga berharap rakyat dan penduduk Brunei sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini.

Seperti Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah Brunei 2013 hanya tertakluk kepada rakyat Brunei beragama Islam. Hukuman jenayah sivil juga dilaksanakan secara bersama di negara tersebut.

122 keluar Sidang Menteri Luar, tak akui rejim Mesir

http://greenboc.blogspot.com, 23 Okt 2013

Tak Akui Rejim Kudeta Mesir, 122 Negara Keluar Sidang Menteri Luar



Suasana kosong ketika sambutan menteri-menteri luar rejim kudeta Mesir, Nabil Fahmi, di sidang Majlis Umum PBB pada 16 hingga 26 Oktober ini menjadi perbincangan ramai warga Mesir.

Ketika Nabil menyampaikan ucapan aluannya, terlihat banyak sekali kerusi perwakilan negara yang kosong. Ada 122 perwakilan negara yang tidak mengikuti sidang tersebut.

Oleh karenanya, Nabil hanya menyampaikan aluannya di hadapan beberapa kerat negara yang tersisa di ruangan sidang. Kebanyakan negara itu adalah negara-negara yang mendukung kudeta. Di antaranya Saudi, Iran, Israel, Emirat, Kuwait, Syria, Benin, Togo, Gambia, dan Croatia.

Suasana ini jelas sangat berbeza ketika dalam kesempatan yang sama pada tahun 2012 lalu, Presiden Mursi yang juga mengetuai rombongan delegasi Mesir berpidato di Majelis Umum PBB yang dihadiri dari pelbagai negara.

Beliau mendapat sambutan yang sangat hangat dari para perwakilan berbagai negara. Bahkan tercatat tidak ada satu pun negara yang tidak hadir dalam sidang pembacaan aluan Presiden Mursi saat itu, seperti terlihat dalam video dibawah ini. -islamedia

Hanya PAS dan BN bertanding di Sungai Limau

Muhammad Faizal, 23 Okt 2013

JERAI: Hanya PAS dan BN sahaja yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) (Dun) Sungai Limau yang diadakan 4 Novemberi ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abd. Rashid Othman di Dewan Datuk Madi di sini sebentar tadi.

PAS diwakili Ustaz Mohd Azam Abd Samat, 37, sementara BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Suhaimi Lazim, 52.

Abd Rashid Osman yang mengumumkan demikian pada jam 10.15 pagi berkata, pihaknya berpuas hati dengan kedua-dua borang pencalonan yang dikemukakan.

Ustaz Azam telah menghantar borang pencalonan pada jam 9.05 pagi manakala calon BN seminit sebelum itu.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Tiada tindakan terhadap Husam - Presiden PAS

Salmah Mat Husain, 23 Okt 2013



KOTA BAHARU: PAS tidak mengambil sebarang  tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa (gambar) yang mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.

Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, teguran Naib Presiden PAS itu dilihat sebagai perkara  biasa sebaliknya diperbesarkan pihak media.

Tuan Guru Abdul Hadi menjawab soalan wakil media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Lajnah Politik  PAS Pusat dan Dewan Harian PAS Pusat di JKR 10,  dekat  sini, semalam.

Husam turut hadir pada mesyuarat itu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,  Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan para pemimpin PAS Pusat dan negeri.

Pada masa yang sama Tuan Guru Abdul Hadi turut menyifatkan kritikan terbuka Husam dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

PAS Pusat  juga, tambah beliau tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan disiplin diambil terhadap Husam.

Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.

"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung daripada Husam dan kerajaan negeri," katanya.

Husam dalam jawapan ringkasnya kepada media selepas perjumpaan itu memberitahu berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.

“Perbincangan kita hari ini seperti antara keluarga bukan macam orang luar,” ujarnya.

Mayat tidak dituntut, penjelasan Hospital Miri

.,
Inilah jawaban dari pihak Hospital Miri berkenaan isu mayat tidak dituntut.

Miri General Hospital (Solved)
2013-10-18 04:39:10 PM
Tali khidmat received feedback from Hospital Miri:

PROSEDUR PENGURUSAN MAYAT YANG TIDAK DITUNTUT ATAU TIADA WARIS

A) Mayat bukan kes polis yang tidak dituntut dalam tempoh 72 jam selepas disahkan mati oleh Pegawai Perubatan, akan dikategorikan sebagai 'Mayat Tidak Dituntut'.

Dalam jangkamasa tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:

1. Pembantu Perubatan Yang Menguasa Bilik Mayat akan mendapatkan pengesahan daripada jururawat di wad Si Mati meninggal, samada waris Si Mati dapat dihubungi atau tidak.

2. Kes akan dirujuk kepada Pegawai Kebajikan Perubatan untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti :

a. Menyiarkan butir-butir Si Mati di dalam akhbar-akhbar tempatan.
b. Meminta bantuan pihak polis mengesan waris Si Mati.
c. Menyiarkan berita Si Mati di radio dalam bahasa-bahasa tempatan utama.

B. Mayat-mayat kes polis yang tidak dituntut (selepas dilakukan post-mortem) kerana tidak diketahui identiti dan juga waris, akan dikeluarkan hanyalah setelah pihak polis mengeluarkan Surat Kebenaran Mengeluarkan Mayat untuk urusan pengkebumian.

Biasanya pihak polis akan mengeluarkan kebenaran untuk urusan pengkebumian setelah mendapat perintah daripadah mahkamah.

Setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak polis, Pegawai Kebajikan Perubatan akan berhubung dengan Majlis Perbandaran Miri bagi memohon bantuan pengendalian pengkebumian mayat tersebut.

*Setiap penghantaran adalah dicaj sebagai perjalanan dua hala.

Contoh.
i)Kalau jarak 20km (kurang daripada 30km):
Jumlah caj ialah RM10.00 x 2 = RM20.00

ii) Kalau jarak 60km
Jumlah caj ialah RM0.35 x 60 x 2=RM42.00

PROSEDUR PENGURUSAN MAYAT YANG TIDAK DITUNTUT ATAU TIADA WARIS

A) Mayat bukan kes polis yang tidak dituntut dalam tempoh 72 jam selepas disahkan mati oleh Pegawai Perubatan, akan dikategorikan sebagai 'Mayat Tidak Dituntut'.

Dalam jangkamasa tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:

1. Pembantu Perubatan Yang Menguasa Bilik Mayat akan mendapatkan pengesahan daripada jururawat di wad Si Mati meninggal, samada waris Si Mati dapat dihubungi atau tidak.

2. Kes akan dirujuk kepada Pegawai Kebajikan Perubatan untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti:

a. Menyiarkan butir-butir Si Mati di dalam akhbar-akbar tempatan.
b. Meminta bantuan pihak polis mengesan waris Si Mati.
c. Menyiarkan berita Si Mati di radio dalam bahasa-bahasa tempatan utama.

PAS Miri gesa kebumi segera mayat tak dituntut

Pengundi sudah jangka Ustaz Azam jadi calon PAS

Muhammad Faizal, 23 Okt 2013
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar melihat keputusan meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat sebagai calon bukan satu kesulitan kepada parti, malah ia merupakan pilihan terbaik yang dibuat oleh kepimpinan PAS.

Katanya kepada Harakahdaily, Azam merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali penduduk setempat apatah lagi beliau adalah anak kepada seorang tokoh agama yang disegani di Sungai Limau.

"Bagi PAS pemilihan Azam sebagai calon bukan satu kesulitan tetapi merupakan pilihan terbaik dari PAS bagi menghadapi calon Barisan Nasional.

"Beliau merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali serta disenangi penduduk setempat dan anak kepada tokoh agama setempat," jelasnya.

Katanya lagi, setelah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Azam sebagai calon PAS pada PRK kali ini, pihaknya telah mendapat maklum balas positif dari penduduk setempat.

"Sebelum kita umum penduduk setempat telah tanya dan lapan puluh peratus telah mengatakan Azam akan dipilih sebagai calon.

"Apabila Presiden PAS mengumumkannya, hari ini kita telah mendapat maklum balas yang positif dan cukup baik dengan calon tersebut.

"Saya pasti Azam adalah calon yang dinantikan oleh penduduk Dun Sungai Limau bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak yang telah meninggalkan kita," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Jelasnya, seramai lapan orang calon telah dikemukakan oleh PAS peringkat kawasan dan negeri dan semua merupakan individu yang layak serta berwibawa.

"Azam diterima oleh segenap lapisan kepimpinan PAS sama ada peringkat pusat mahu pun negeri. Apa yang penting rakyat lebih selesa dengan beliau.

"Saya melihat beliau mempunyai kebolehan untuk berucap, malah kebolehan beliau dalam bidang pendidikan turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Jadi kepada pengundi di Dun Sungai Limau bukan satu kerugian kepada mereka yang terus memilih Azam pada 4 November nanti," tambah beliau.

Dalam pada itu beliau juga turut memberitahu PAS telah membuat satu transformasi dalam politik baru apabila membawa suara anak muda dalam turut sama merubah lanskap politik di Kedah.

Katanya lagi, PAS juga turut membuktikan satu pelaksanaan baru dalam konteks kepimpinan politik masyarakat setempat apabila tokoh muda dijadikan satu momentum kepada generasi akan datang.

Syariat Islam: Brunei sudah kita bila lagi?

Syed Abdullah Syed Osman ,
Saya sangat terharu dan terlalu gembira saya apabila mendapat berita bahawa DYMM Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam mengisytiharkan bahawa negara Brunei akan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya mulai bulan April tahun hadapan. Pelaksanaan ini turut memberi jaminan bahawa perundangan Islam itu hanya diperuntukkan kepada umat Islam yang bermastautin dan rakyat Brunei itu sendiri.

Bertuahnya rakyat Brunei mempunyai Raja dan juga sebagai Pemimpin yang benar-benar mahukan Islam ditegakkan mengikut apa yang diperintahkan sebagaimana yang termaktub dalam ajaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Pelaksanaan syariat Islam termasuklah hudud, qisas dan takzir akan menjadi kenyataan dan Baginda akan memastikan undang-undang Islam itu dilaksanakan dengan adil serta yakni tanpa mengira sesiapa sahaja. Perbicaraan di mahkamah syariah dilakukan teliti sebelum hukuman dijatuhkan.

Sebelum ini pun negara Brunei Darussalam telah dengan jayanya dapat menghapuskan kemasukan minuman arak kenegara tersebut. Sesiapa didapati meminum arak di khalayak ramai termasuk di lobi hotel dan seumpamanya akan dikenakan hukuman. Di negara itu juga tidak ada pusat hiburan saperti kelab malam dan begitu juga boleh dikatakan 99 peratus wanitanya yang beragama Islam menutup aurat. Setiap hotel dan resort akan dipastikan tiada pelacuran dan setiap pasangan untuk menginap dibilik hotel juga diperiksakan kedudukan status mereka.

Masjid dan Surau dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah, amalan berzikir, bacaan al-Quran dan sebagainya demi memberikan kesedaran kepada umat Islam tanpa apa-apa selindung di sebaliknya.

Sultan Brunei itu sendiri bertitah bahawa dengan mempraktikkan segala hukum hakam Islam itu nanti akan terlaksanalah tanggungjawab untuk menjalankan amanah sebagai Pemerintah sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam sapertimana yang dituntut. Kami mendoakan semoga negara Brunei Darussalam akan bertambah makmur dan diberkati.

Tiada ulasan: