Khamis, 17 Oktober 2013

TAHU SYAITAN ITU MUSUH TAPI KITA BUAT JUGA PERKARA2 YANG DISUKAI SYAITAN

Petua Menghilangkan Bisul [BACALAH...]
Posted on Wednesday, October 16 @ 11:40:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



" BONGKAR!!! Petua Menghilangkan Bisul [BACALAH...]

Penyakit bisul yang telah membesar amat menyakitkan. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.

KAPAS DAN CUKA.
Ambil sedikit cuka makan dan secebis kapas bersih. Celupkan kapas ke dalam cuka dan biarkan sehingga cuka tersebut meresap ke seluruh kapas tersebut. Sapukan di sekeliling bisul tersebut dan lakukan setiap malam.

GETAH POKOK SAGU.

Ambil dahan pokok sagu yang telah dipotong dan ambil getahnya dan sapu di sekeliling bisul dengan cermat. Ini dapat menghalang bisul dan mencegah kesakitannya.

KHASIAT DAUN KELEDEK.

Ambil beberapa helai daun keledek basuh hingga bersih dan tumbuk hingga lumat. Tampalkan di sekeliling bisul kecuali mata bisul. Bisul akan pecah pada hari berikutnya. InsyaAllah...

RAHSIA DAUN SIRIH.
Ambil beberapa helai daun sirih kunyat hingga lumat. Ambil hampasnya dan sapukan letakkan ke mata bisul. Lakukan beberapa kali sehari hingga bisul itu akan pecah dengan sendirinya. Setelah pecah bersihkan darah dan nanahnya dan sapukan serbuk arang dari tempurung kelapa. Cara ini akan cepat sembuh dan tiada parut.

[Baca Seterusnya...]"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, October 16 @ 11:40:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa, PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!



JAKARTA – Indonesia memprotes tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyatnya, Jumaat lalu.

“Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan terrorist (pengganas).

“Saya mengecam keras tindakan barbar (biadap) polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas (mati),” kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat semalam yang dipetik dari laman Kompas.com.

Jumhur menambah, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur mendapat laporan bahawa empat rakyatnya ditembak mati dalam insiden pukul 12 tengah hari itu.

Keempat-empat mereka dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273).

Menurut versi PDRM, kata Jumhur, kesemua mereka disyaki telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.

Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah yang disyaki digunakan sebagai tempat persembunyian mereka di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.

Katanya, PDRM masih melakukan siasatan termasuk memastikan identiti keempat-empat mayat dan KBRI diminta untuk menunggu hasil siasatan serta akan diberi akses untuk memeriksa mayat, menurut sumber Antarapos.

Jumhur menambah, pihaknya akan memastikan protes kerajaannya disampaikan melalui saluran diplomatik.-omakkau


 Terkini : Punca Kerugian Berpanjangan MAS Terjawab
Posted on Wednesday, October 16 @ 10:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Patut lah beb walaupun sudah berniaga selama 41 Tahun namun masih lagi TAK UNTUNG-UNTUNG setiap kali Penyata Kewangan Tahunan Berakhir Dibentangkan... rupa-rupanya yang mengendalikan Syarikat Malaysia Airlines (MAS) adalah jenis dari golongan PERPATAH MELAYU yang berbunyi BODOH MACAM UMNO... kah kah kah...

Mana lah tak gua katakan BODOH MACAM UMNO... ada ke Filem RUGI yang bertukar Tajuk dari TANDA PUTERA ke TANDA TANYA KENAPA RUGI menjadi PILIHAN bagi DITAYANGKAN kepada KAKITANGAN MAS untuk Sambutan Ulang Tahun ke-41 MAS... kah kah kah !.

Tak Pelik kek beb... sudah lah Filem tersebut Terang Lagi Bersuluh adalah sebuah Filem CEREKA BODOH yang MENGAIBKAN golongan Pahlawan Melayu Terakhir Spesis Umno... bila dikatakan Tiang Bendera Umno yang TERKENAL dengan SLOGAN Perjuangan Hingga Ketitisan Darah Terakhir boleh DIKENCINGKAN oleh Lim Kit Siang... kemudian tu lagi Filem yang MENELAN BELANJA hampir RM4.7 Juta DUIT HARTA PUSAKA MAK BAPAK UMNO menghasilkan pulak KERUGIAN... kerana ianya TIDAK DITONTON bukan sahaja oleh Sebahagian Besar Rakyat Malaysia malahan Sebahagian Besar dari 3 juta lebih Ahli Umno itu sendiri... kah kah kah !.

Tiba-tiba Filem TANDA TANYA KENAPA RUGI itu lah yang hendak DIHIDANGKAN kepada Kakitangan MAS sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-41 MAS oleh Pengedali MAS yang gua pasti 100 peratus adalah Spesis Umno TOTOK... apa punya SENGAL lah OTAK yang ada pada Pengendali MAS ni beb... rupa nya itu lah sebab nya MAS setiap Tahun bukan nya UNTUNG tapi RUGI BERPANJANGAN... yang TERBAIK pun kalau boleh dikatakan TERBAIK hanyalah MENGURANGKAN RUGI daripada Tahun sebelum nya... tiap-tiap Tahun itu lah CERITA SAMA yang akan DIHIDANGKAN kepada Rakyat... rupa-rupanya Spesis BODOH MACAM UMNO yang mengendalikan MAS tu beb... kah kah kah !. Mat Indera Sipejuang

hemmmmm..... apa dia orang nak risau beb kalau rugi pun bukan nya dari harta pusaka mak bapak dia orang... jadi soal untung rugi boleh pergi mampos pada di orang... yang penting kalau untung dapat nama kalau rugi boleh cover... kah kah kah... A B U.

TERKINI : PUNCA KERUGIAN MAS SELAMA INI DIKENAL PASTI !"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, October 16 @ 10:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Malam Tadi Rakyat Turun Ke Pelabuhan Kuantan Bantah Kapal Pembawa Nadir Bumi
Posted on Wednesday, October 16 @ 07:02:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Apabila menerima maklumat tentang kehadiran kapal pengangkut "Red Recource" yang akan membawa Nadir Bumi Syarikat Lynas dari Australia dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober 2013, maka rakyat yang sekian lama menentang projek Lynas telah berkumpul di Pelabuhan bagi menunjukkan Solidariti membantah kehadiran kapal berkenaan.

Sebelum itu, melalui Pejabat Ahli Parlimen Kuantan satu surat telah dihantar kepada Menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar kehadiran kapal berkenaan dapat dibatalkan. 

Malam tadi, sekumpulan Anti Lynas telah turun dan berkumpul di Pelabuhan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada pihak berkenaan bahawa kehadiran Nadir Bumi tersebut dibantah sekeras-kerasnya. 



Di antara yang turut bersama rakyat bersolidariti malam tadi adalah kesemua YB dari PR terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota termasuk Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.
Mereka berkumpul dengan membunyikan 'horn' dan menyalakan lampu kenderaan masing-masing tepat jam 12.00 tengah malam tadi seterusnya berkumpul bersama sepanduk dan banner. 

Sumber Link
 Perlukah Tantawi Ditentang?
Posted on Wednesday, October 16 @ 06:59:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



ADA suara-suara mahu agar Ketua Dewan Pemuda PAS dicabar di dalam Muktamar PAS akan datang.  Ertinya, ada yang tidak berpuas hati dengan peranan Us Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.  Mengapa?
Aku hanya dapat rasakan satu saja sebab mengapa Us Nasruddin perlu ditentang pada fikiran mereka.  Sebabnya beliau dilihat kurang agresif atau tidak bersifat radikal yang sepatutnya ada pada seorang Ketua yang memimpin orang muda apatah lagi yang memperjuangkan dasar Islam. Beliau tidak seperti pemuda di era Mahfuz Omar atau sekurang-kurangnya menyamai pemuda di zaman Salahuddin Ayub.  Us Nasruddin lebih dilihat seperti Ketua Dewan Ulamak, dan memang pun diakui beliau salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Ulamak.
Salahkah Ulamak muda memimpin orang muda?  Jawapannya tentu baik sekali anak muda dipimpin oleh Ulamak kerana sesiapa sahaja yang berdamping dengan Ulamak tentu akan mendapat faedah dan manafaatnya.  Kepimpinan Ulamak memang baik, tetapi Ulamak yang hebat adalah Ulamak yang menanamkan sifat berani kepada para pengikutnya.  Apabila mendengar sahaja ada sekumpulan manusia yang ingin bangkit menentang kemungkaran mahuoun kezaliman, Ulamak yang memimpin pemuda haruslah menyahut panggilan ini dan berada di saf hadapan.  Mungkin inilah yang mereka rasakan tiada pada Us Nasruddin Tantawi.  
Sehubungan itu, mereka beranggapan Ketua Dewan Pemuda PAS perlu diganti.  Siapakah yang layak memikul tugas ini ?  Apakah memadai Ketua Dewan Pemuda PAS ini hanya tahu berdemo atau memberontak sahaja?  Rasanya jika begitu, PAS tidak perlu tukar Us Nasruddin Tantawi, cumanya Us Nasruddin perlu tukar stail sahaja.  Yang lain, semuanya dah cukup pada beliau.

.......
W FAUZUDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com
 10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita
Posted on Tuesday, October 15 @ 22:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Sumber 
 

PESANAN AHLI SUFI IBRAHIM ADHAM 10 SEBAB DOA DITOLAK

Ibrahim bin Adham ditanya oleh seseorang : “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahawa Dia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?” . Beliau terdiam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.
1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau
mengamalkan isinya.
3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat
nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak
dan perintahnya.
4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka
meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.
9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.
10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak
pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal
yang serupa.”

Tiada ulasan: