Khamis, 31 Oktober 2013

PERKARA2 INI BUKAN SAJA DISOAL DIDUNIA MALAH DIAKHIRAT...DIAKHIRAT TAK BOLEH PUTAR ALAM....HUKUMAN ALLAH SETIMPAL DAN ADIL

Kemenangan besar bagi kebebasan akhbar, kata Mkini
6:20PM Okt 30 2013
Malaysiakini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa menerbitkan akhbar adalah satu hak dan bukan satu keistimewaan.

"Keputusan ini bukan sahaja satu kemenangan kepada Malaysiakini, tetapi kepada kebebasan akhbar secara keseluruhannya. Ia mendokong pandangan bahawa kebebasan akhbar adalah satu hak asasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

steven gan chinese website launchKetua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan (kiri)
menyifatkan keputusan itu sebagai satu lagi tamparan terhadap kerajaan, yang mahu menyekat aliran bebas maklumat.

"Perjuangan untuk kebebasan akhbar berterusan. Ini hanyalah satu langkah kecil ke hadapan. Tetapi dengan sokongan rakyat Malaysia, kita akan berjaya mencapainya," kata Gan.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberikan lesen mencetak kepada Malaysiakini. Ia menghadkan kuasa menteri dalam negeri daripada sewenang-wenangnya menafikan permit penerbitan dan menteri berkenaan kini perlu mengambil kira hak perlembagaan bagi kebebasan bersuara.

Oleh itu, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, jika tidak dicabar, menjadi satu duluan (precedent) yang akan membentuk semula industri media, dengan membolehkan lebih banyak surat khabar diterbitkan.

NONEBagaimanapun, Malaysiakini menjangka kerajaan akan memfailkan
rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kerajaan mahu mencontohi demokrasi Barat dalam banyak cara. Kami berharap mereka menghargai nilai kebebasan media dalam demokrasi yang berfungsi," tambah Premesh (kanan).

"Kami bersedia untuk bertemu menteri dalam negeri untuk membincangkan perkara itu."

Harapan kementerian ambil iktibar


Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York, dalam reaksinya, mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

NONE"Keputusan Mahkamah Rayuan yang menyokong hak Malaysiakini untuk menerbitkan edisi cetak merupakan satu kemenangan besar bagi kebebasan bersuara di Malaysia dan satu langkah penting pertama ke arah membetulkan peranan dominasi kerajaan dalam menentukan berita yang rakyat biasa baca dalam media cetak," kata Timbalan Pengarahnya bagi wilayah Asia, Phil Robertson (kanan).

"Dengan Malaysiakini yang merupakan perintis bagi laporan berita di talian yang bebas dan berwibawa, maka diharap keputusan kehakiman ini akan membuka pintu untuk memainkan peranan yang sama di kalangan media cetak di negara itu. "

Robertson berkata Pemantau Hak Asasi Manusia itu berharap keputusan itu menjadi satu pengajaran kepada kementerian dalam negeri supaya menghentikan amalan menggunakan perintah eksekutif untuk menghalang penerbitan pandangan yang ia tidak suka.

Peruntukan besar di S'wak biar pada tempatnya

ULASAN Bajet 2014 yang amat dinanti-nantikan itu sudah pun dibentangkan.

Ramai menggelar belanjawan kali ini sebagai ‘Bajet GST' dan ‘Bajet Gula', merujuk kepada cadangan perlaksanaan sistem GST bermula pada tahun 2015 dan pemansuhan subsidi gula mulai Sabtu lepas.

Dari sudut ini, Bajet 2014 jelas belanjawan yang berani kerana cuba untuk tidak populis.

Mungkin ini cerminan ‘keyakinan' perdana menteri dengan mandat baru beliau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, khususnya daripada Malaysia Timur.
Sekilas pandang, Bajet 2014 tampak lebih mesra Sarawak dan Sabah.

Berikut projek-projek utama yang dikhususkan untuk Malaysia Timur dalam pembentangan Bajet 2014 yang lepas:
  1. RM850 juta untuk kabel dasar laut bagi peningkatan capaian Internet di Sarawak dan Sabah.
  2. RM500 juta untuk Lebuh Raya Pan-Borneo
  3. RM331 juta untuk penyeragaman harga barangan di Sarawak dan Sabah.
  4. RM312 juta untuk menaik taraf beberapa lapangan terbang termasuk di Sarawak dan Sabah.
  5. RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah.
  6. RM75 juta untuk bantuan tangki air di Sarawak.
  7. RM50 juta untuk kerja pengukuran dan pengesahan tanah adat bumiputera Sarawak dan Sabah.
  8. RM30 juta untuk 60 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sarawak dan Sabah.
  9. Dua buah RTC untuk Sarawak dan Sabah.
  10. Sebuah UTC di Sarawak
Secara keseluruhan, projek-projek di atas berjumlah sekurang-kurangnya RM 2.3 bilion. Jelas ia peruntukan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tentunya rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama bersyukur kepada Allah atas peruntukan sebesar ini.

Namun adakah cadangan-cadangan perdana menteri ini menepati keperluan sebenar rakyat di sana?
Sebagai contoh, peruntukan RM850 juta untuk kabel dasar laut walaupun baik tetapi saya kira agak besar dan tidak menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak, khususnya di luar bandar.

55% capaian Internet, 57% air

Berdasarkan maklumat terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), capaian Internet di Sarawak sudah pun mencapai tahap 55 peratus - melepasi sasaran 50 peratus kerajaan.

Ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding Kedah, Kelantan dan Perak, walhal capaian bekalan air paip terawat di luar bandar Sarawak hanyalah 57.4 peratus.

Dalam masa yang sama, Sarawak negeri ketiga tertinggi insiden kemiskinannya, berdasar Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012.
Peruntukan RM500 juta untuk membaiki Lebuhraya Pan-Borneo pula sebenarnya terlalu rendah berbanding keperluan untuk menaiktaraf jalan raya tulang belakang sistem pengangkutan darat Borneo kepada ‘dual-carriage way'.

Ia dianggarkan berjumlah RM22.0 bilion, berdasarkan Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya 2010.

Berdasarkan ulasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin, sebahagian besar daripada peruntukan ini hanya akan digunakan untuk pembinaan 95 buah laluan memotong sepanjang lebuh raya sejauh 2,239km ini.

Jelas, komitmen kerajaan pusat untuk menyediakan lebuh raya yang baik dan selesa untuk rakyat Sarawak dan Sabah setanding dengan yang dinikmati oleh rakan-rakan di Malaysia Barat masih diragui.
Masalah dasar kabotaj
Selain itu, strategi pemberian subsidi bagi menyeragamkan harga barangan pengguna di Sarawak dan Sabah berjumlah RM 331 juta pula dilihat tidak lestari secara ekonominya.

Ini kerana pendekatan yang jauh lebih efektif melalui semakan semula dasar kabotaj sedia-ada yang menghalang pemunggahan dan pengangkutan barangan secara langsung ke pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah.

Dasar kabotaj ini diakui oleh ramai penganalis sebagai punca utama perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, di samping ketidakcekapan sistem pengangkutan darat yang berpunca oleh keadaan Lebuh Raya Pan-Borneo yang kurang memuaskan tadi.

Dengan dasar yang lebih tepat, RM331 juta ini mungkin lebih strategik digunakan untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bumiputera Sarawak.

Ia khususnya di luar bandar yang mengikut banyak kajian tokoh pendidik di Sarawak menghadapi masalah pencapaian akademik dan disiplin yang serius.

Reformasi tanah adat
Isu tanah adat bumiputera atau NCR di Sarawak isu besar yang menunjangi perasaan tidak puas hati sebahagian besar rakyat Sarawak, khususnya Dayak, terhadap kerajaan negeri.

Isu dasarnya bukanlah semata-mata tentang mempercepatkan pengukuran dan pengesahan status tanah NCR, tetapi jauh lebih penting ialah pengiktirafan kerajaan negeri terhadap hak bumiputera ke atas tanah adat turun-temurun mengikut hukum adat mereka sendiri.

Mempercepatkan proses pengesahan tanah NCR atau ‘perimeter survey' ini pada asasnya mempercepatkan proses pengambilalihan tanah itu oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan, tanpa perlu mengiktiraf status ‘pulau galau' (hutan simpanan komunal) dan ‘pemakai menoa' (domain wilayah rumah panjang) tanah-tanah rakyat ini sebagai tanah NCR.

Isu definisi tanah adat ini sebenarnya sudah pun diakui oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nor Nyawai pada tahun 2001.

Kes itu menjelaskan bahawa tanah NCR bukanlah hanya ‘temuda' (kawasan terdekat dengan rumah panjang yang juga digunakan untuk bercucuk-tanam dan lain-lain) sepertimana yang difahami oleh kerajaan negeri.

Tanah NCR tetapi juga termasuk ‘pulau galau' dan ‘pemakai menoa'.

Ini adalah isu penghakisan hak rakyat bumiputera Sarawak oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya ke atas tanah-tanah adat mereka.

Sebenarnya bukanlah RM50 juta ini yang diperlukan, tetapi yang rakyat mahukan ialah reformasi undang-undang berkaitan tanah adat secara komprehesif.

Ini agar tanah NCR mereka tidak terus dirampas oleh pihak-pihak berkepentingan.
Ya, benar rakyat Sarawak juga akan menerima manfaat daripada inisiatif BR1M, i-BR1M dan peruntukan-peruntukan untuk sistem kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar yang lain.

Namun demikian, persoalannya setakat manakah peruntukan-peruntukan besar untuk Sarawak ini benar-benar menepati keperluan rakyat Sarawak itu sendiri?

Atau adakah ia akan direbut dan dinikmati oleh kelompok elit tertentu di negeri ini sahaja?

Berbelanja besar biarlah kena pada tempatnya dan beramanah sentiasa.

Moga-moga igauan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak berulang lagi.

MOHD AIZAN MOHD NOR pengarah Sarawak Centre for Policy Studies (Sarawak Centre).
MP persoal dana misteri RM7bil untuk JPM

Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong mendakwa, sekurang-kurangnya RM6.8 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2014 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijadikan dana politik dan tidak jelas butirannya.

NONEIni termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion untuk program pembangunan dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.

Perbelanjaan lain termasuk projek khas lebih RM200 juta dan projek mesra rakyat (RM665 juta).

Tiada perincian diberikan untuk projek itu bawah peruntukan perbelanjaan persekutuan itu, dedah wakil rakyat DAP itu.

INILAH WAJAH BLOGGER PRO UMNO PADI JANTAN YANG DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM130,000 KEPADA BEKAS SU MB KEDAH KERANA FITNAH JAHAT!!!



Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.

Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.


Setem Besi shared Nasoruddin Shah Mat's photo.
Setem Besi shared Bilalmuda Azmi's photo.
Perbezaan hasil didikan pemimpin mereka..

Abu Hashim Jalal added a new photo.
Like · · · 12 hours ago ·

KAMERA AES (KAMERA 1M'SIA) SATU SKIM CEPAT KAYA DIJALANRAYA UNTUK KRONI UMNO/BN!!!!!


Setakat pelaksanaan kamera AES  Malaysia @ Kamera 1M'sia untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya dikesan  sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan” kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd

Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik) @ Kamera 1M'sia.

Rakyat tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk diletakkan kamera AES Malaysia @ Kamera 1M'sia ini.

Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?
Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor

Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”

Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.

Terdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd

Terus-terang kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, admin kurang bersetuju.

Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha tetapi admin sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan amatlah kecil.


Kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang mungkin kita sama-sama perhatikan perhatikan beberapa senario di jalan raya di depan mata kita seperti berikut …..

       1)  Kereta masing-masing membawa laju....Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala.  Kereta BMV yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta, Sudah pasti akan hampir-hampir berlaku kemalangan.
       
       2) Jumpa kamera AES Malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut..masing-masing menekan pedal minyak. Kesudahannya?

.
Janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan dengan meletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli, bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan. Jaja nama keselamatan sebab mudah rakyat diperdaya dan ditipu sedangkan hakikatnya demi keuntungan segera dengan memerah wang rakyat menjual nama alasan 'KESELAMATAN JALANRAYA"
Hanya di Malaysia, seperti biasa kerajaan sedia ada akan buat kajian secara  secara serius apabila sesuatu projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan seketika atas alasan nak kaji balik.

Walaubagaimanapun setakat Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara dari Dewan Rakyat….

KALAU SUARA RAKYAT, UMNO ENGGAN DAN DEGIL MAU MENDENGAR MAKA TUNGGU SAJA BALA YANG BAKAL UMNO TERIMA PADA PRU 13 NANTI.

SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH DENGAN MENGGUNA PAKAI APA YANG KERAJAAN BUAT SEMUANYA BETUL BELAKA DAN RAKYAT DIPAKSA AKUR SEGALA-SEGALANYA AKAN MENGUNDANG PADAH.

BELAJARLAH DARI SEJARAH KEJATUHAN BEBERAPA REJIM DINEGARA-NEGARA LUAR BARU-BARU INI. JANGAN INGAT KERAJAAN UMNO YANG SEKADAR KEKUATAN HIDUP SEGAN MATI DAH HAMPIR ITU AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.. NAK LEPASI PRU 13 PUN BELUM TENTU.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

KERAJAAN UMNO JAUH LEBIH ZALIM DARI PENJAJAH BRITISH!!



Akta Kerja tidak peduli hak pekerja


Akta Kerja tidak peduli hak pekerja
SHAH ALAM - Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.
Akta yang telah diluluskan di parlimen pada 6 Oktober yang lepas menyaksikan kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British sewaktu Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dulu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir memberi sokongan kepada tuntutan hak pekerja itu berkata, akta tersebut dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak pekerja di negara ini.
"Sambutan amat baik sekali kita lihat pada hari ini begitu juga sokongan pekerja-pekerja yang balik dari kerja dan mereka singgah bagi memberi sokongan agar kerajaan menarik balik akta yang zalim itu.
"Saya melihat akta ini dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak seorang pekerja, yang mana kita lihat kelulusan yang diperolehi oleh akta tersebut maka pekerja kontrak akan terus menjadi pilihan kepada setiap majikan dan ini kerana majikan tidak akan menanggung kos yang tinggi jika mereka mengambil pekerja kontrak.
"Kita tahu setiap pekerja kontrak tidak mempunyai potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga SOCSO, jadi tiada lagi kos tambahan ditanggung oleh majikan," jelasnya.
Beliau memberitahu risiko yang paling besar akan dihadapi oleh pekerja adalah mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang akan menimbulkan kesulitan yang besar kepada pekerja dan juga keluarga mereka jika sesuatu terjadi ke atas diri mereka sewaktu menjalankan tugas.
Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga turut serta piket tersebut memberitahu piket hari ini merupakan satu isyarat jelas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
"Kerajaan perlu memandang serius apa yang berlaku hari ini kerana ia baru permulaan dan kita akan pastikan perhimpunan bantahan ini akan terus diadakan selagi kerajaan mengambil sikap berdiam diri.
"Kita tidak pasti kesan yang akan kita perolehi melalui apa yang berlaku hari ini tapi saya pasti kerajaan akan buka mata bahawa pekerja di negara ini tidak lagi boleh ditindas sesuka hati mereka," katanya.
Sebelum itu piket yang berlangsung hampir sejam setengah itu dihadiri seramai 250 orang pekerja dari pelbagai kilang dan juga agensi.
Perhimpunan itu berlangsung secara aman dan pihak polis telah bertindak mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan...Harakah Daily

PANDANGAN OMAK:-
KERAJAAN UMNO YANG DIPIMPIN NAJIB RAZAK ADALAH KERAJAAN YANG LEBIH ZALIM DARI PENJAJAH BRITISH....BRTISH HAPUS NAJIB NAK HIDUPKAN SEMULA... INI SEMATA-MATA NAK JAGA KEPENTINGAN TOWKEY-TOWKEY BESAR DAN MAJIKAN YANG BANYAK MENYUMBANG KAPADA KELANGSUNGAN HAYAT UMNO/BN...FALFASAH PERJUANGAN UMNO ADALAH DEMI NAK HIDUP AKAN LAKUKAN APA SAJA WAIMA MENINDAS DAN BERLAKU ZALIM KAPADA RAKYAT DAN PEKERJA...GOLONGAN PEKERJA ADALAH KELOMPOK MAJORITI DALAM NEGARA KITA SEDANGAN MAJIKAN DAN TOWKEY-TOWKEY ADALAH PUAK MINORITI TETAPI KAYA RAYA...BILA TIBA PRU 13 NANTI SUARA MAJORITILAH YANG AKAN MENGUASAI NEGARA....RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.
MP: Klinik 1Malaysia jangan hanya beri panadol
 
MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kerajaan perlu menaiktaraf klinik 1Malaysia dengan perkhidmatan lain agar tidak hanya dianggap sebagai “klinik panadol” semata-mata.

Menurutnya klinik 1Malaysia hanya mempunyai seorang pegawai penolong pegawai perubatan yang hanya memeriksa demam dan selsema.

Sepatutnya, klinik berkenaan dilengkapi kemudahan untuk mengesan wabak berbahaya seperti demam denggi.

Beliau memberi alasan, ramai pengidap demam denggi di kawasannya yang terpaksa berulang-alik ke klinik tersebut tetapi wabak denggi itu tidak dikesan – sehinggalah pesakit tersebut meninggal dunia.

"Klinik 1 Malaysia pada saya, saya boleh panggil klinik panadol. Kalau sakit, pergi klinik 1Malaysia, dapat panadol... Tetapi (bagaimana untuk) kes lain?

"Di kawasan saya, ada (pengidap) wabak denggi ramai yang telah mati. Ada klinik satu Malaysia. Demam pergi klinik, dapat panadol, pergi lagi dapat panadol. Hari ketiga tak datang dah, sebab dah meninggal... Kesannya besar.

"Klinik pada nama sahaja, (selepas ini) nak tambah lagi 50 klinik. Tapi tidak ada kelengkapan mencukupi apatah lagi klinik ini bagi (kumpulan) miskin bandar yang tidak mampu nak pergi kesihatan yang jauh, tak mampu," katanya.

Katanya, klinik 1Malaysia yang terletak dalam kawasan berisiko tinggi penularan wabak denggi perlu dinaiktaraf untuk mengesannya.

"Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya ada ujian (kesan) denggi segera di kawasan ada wabak... Kalau itu perkara yang baik, apa salahnya, untuk rakyat," katanya

Shamsul Iskandar yang juga ketua Pemuda PKR (AMK) berkata demikian bagi membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat petang ini.
Khairy pertahan gaji besar bos agensi k'jaan
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempertahankan pembayaran gaji yang tinggi kepada para pegawai agensi kerajaan dengan alasan, langkah itu perlu bagi menarik minat bakat dari kalangan pegawai tinggi.

Khairy dalam tulisan di Twitter berkata, pihak yang berhujah sebaliknya tidak berpandangan jauh.

“Jelas sekali anda tidak bersetuju dengan (usaha) membawa masuk individu penting yang berpengalaman dalam sektor swasta ke dalam perkhidmatan awam,” katanya menjawab tulisan MP Serdang, Ong Kian Ming.

Tambahnya, secara realistik kerajaan perlu membayar untuk mendapatkan bakat yang terbaik.

Malah, ramai di antaranya yang menerima gaji lebih rendah apabila menyertai perkhidmatan awam, katanya lagi.

Beliau memberi contoh bekas CEO Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang kini menjadi menteri di jabatan perdana menteri.

Khairy berkata CEO TalentCorp Johan Merican juga mengambil langkah sama apabila menyertai Jabatan Perbendaharaan sebagai seorang pegawai.

Ong bagaimanapun membangkitkan bahawa Johan tentunya mendapat peningkatan gaji apabila dilantik untuk mengetuai TalentCorp, berbanding pendapatan ketika menjadi pembantu khas kepada seorang menteri.

MP DAP itu semalam mempersoalkan pembentukan agensi kerajaan didakwa berlebihan, dengan bayaran gaji yang besar.

Beliau memberi contoh, CEO Agensi Inovasi Malaysia yang menerima gaji hampir tiga kali ganda berbanding penjawat awam paling kanan – ketua setiausaha negara.

Beliau yang memetik satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pula dibayar RM622,000 setahun, termasuk bonus dan elaun.

Mengulas tulisan Khairy, Ong seterusnya berkata agensi berkenaan harus menunjukkan alasan untuk memberi bayaran gaji sebesar itu.

Katanya, individu berkenaan seharusnya hanya mendapat gaji setara dengan penjawat awam lain memandangkan ia adalah khidmat untuk rakyat.

Tambahnya, bayaran gaji yang tinggi kepada pegawai agensi kerajaan juga melibatkan isu penyumberan luar fungsi kerajaan.

Beliau seterusnya memberi contoh skandal firma Amerika Syarikat, Enron Corporation yang melibatkan CEO dan pengerusi syarikat tersebut, Kenneth Lay.

“Lihat bayaran kepada Kenneth Lay dari Enron sebelum ia gulung tikar.

"Pengerusi SYABAS mendapat ganjaran yang bagus, tetapi ia tidak mewakili mutu (perkhidmatan),” katanya yang menambah, syarikat itu masih juga mengharapkan pakej penyelamatan oleh kerajaan.
Rasuah: Bekas KP imigresen dipenjara 6 tahun
3:05PM Okt 30 2013  
Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don hari ini dihukum penjara enam tahun dan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 berhubung kelulusan permohonan visa pekerja Bangladesh.
  
Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Wahid, 59, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
  
Rosbiahanin memerintahkan Wahid yang kelihatan tenang itu menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan turut memerintahkan dia dipenjara 12 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
  
Wahid yang ditemani isterinya di mahkamah, kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang selepas hakim itu menolak permohonannya yang diwakili peguam Datuk V Sithambaran untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan.
  
Mahkamah juga menolak permohonan Sithambaran supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin sementara menunggu rayuan.
  
Peguam itu kemudiannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi hari ini berhubung keputusan Mahkamah Sesyen itu yang menolak permohonan ikat jaminnya.
  
Sebelum ini, Wahid dibenarkan diikat jamin sebanyak RM50,000 sementara perbicaraan kesnya selesai.
  
Dalam penghakimannya, Rosbiahanin berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa keterangan pembelaan Wahid adalah difikirkan kemudian dan bersifat rekaan dan penafian semata-mata.
  
"Selepas meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan itu," katanya.

Terdahulu dalam rayuan, Sithambaran berkata mahkamah perlu mengambil kira bahawa ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain wang pencennya akan terjejas serta keadaan dua anaknya sedang belajar.
  
Ketua bahagian pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, berhujah bahawa tertuduh sepatutnya berfikir mengenai anak-anaknya dan keluarga sebelum melakukan kesalahan itu.
  
Wahid didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah mempercepat kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.
  
Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta pada 10 Julai 2008.
  
Pada 15 Oktober 2010, Rosbiahanin melepas dan membebaskan Wahid tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan rasuah itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan pada 31 Mei 2012, Hakim Mahkamah Tinggi turut mengekalkan pembebasan itu.
  
Bagaimanapun, pada 2 April lalu, Wahid diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Rayuan terhadap pertuduhan berkenaan selepas membenarkan rayuan SPRM sebelum dia mula memberi keterangan di Mahkamah Sesyen pada 15 Julai lepas.

- Bernama

Tiada ulasan: