Jumaat, 25 Oktober 2013

BOHONG ATAU TIPU KE

Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank

Harakahdaily, 25 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin.

“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.

Antaranya, kata beliau bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, Rabu lalu.

Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen.

Banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu, antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.

Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini – ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.

Kedua, bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu?

Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?

Ketiga, yang paling membimbangkan ialah orang yang memiliki IC palsu ini diberikan kuasa dan kebenaran untuk memegang senjata api. Ini satu kejutan bagi rakyat Malaysia tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.

Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Katanya, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit.

Persoalannya apakah audit ini dilakukan berkala atau selepas kejadian berlaku.

Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan.

KDN juga harus menyemak apakah ada senjata api yang hilang daripada syarikat-syarikat keselamatan ini sebagaimana anggota polis hilang senjatanya di dalam tandas dan di dalam kereta kerana terlupa dan dirompak.

Sebagai langkah permulaan untuk menunjukkan KDN serius menangani masalah ini, PAS mengesyorkan agar KDN mendedahkan nama syarikat terbabit sebagai amaran kepada syarikat-syarikat keselamatan yang lain untuk mematuhi peraturan yang sedia ada.

Ayah Menteri JPM doakan Ustaz Azam menang

Muhammad Faizal, 25 Okt 2013
JERAI: Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.

Beliau yang gembira dengan kedatangan rombongan PAS itu turut berharap agar PAS terus menguasai Dun Sungai Limau dan meneruskan apa yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.

Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Jelas Mahfuz, Baharom merupakan ahli PAS yang setia dengan perjuangan parti dan banyak bantuan diberikan bagi memastikan PAS Kawasan Jerai dapat bergerak dengan lancar.

"Sehingga sekarang beliu masih menjadi ahli PAS dan setiap tahun sentiasa membayar yuran.

"Dan sewaktu berbual dengannya, beliau turut mendoakan agar calon kita, Ustaz Azam dapat memenangi kerusi Dun Sungai Limau agar apa yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Azizan dapat diteruskan," jelasnya.

Mahfuz memberitahu, walaupun Jamil Khir ahli Umno namun Baharom tetap bersama PAS dan sentiasa mengikuti setiap perkembangan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Katanya lagi, kunjungan itu bukan untuk mengambil kesempatan atas suasana pilihan raya, tetapi atas dasar sahabat lama.

Bajet 2014: Jangan berniaga dengan rakyat

Harakahdaily, 25 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan untuk mengemukakan agenda berkebajikan yang lebih berkesan di dalam pembentangan Bajet 2014, hari ini.

Bendaharinya, Ir. Khairil Nizam berkata, mengambilkira tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kadar pertumbuhan pendapatan sebenar yang mendatar, kerajaan perlu meluaskan insentif-insentif percukaian bagi meringankan beban belanja yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Antaranya, kata beliau menyambung perlaksanaan pelepasan cukai untuk faedah pinjaman perumahan sebanyak RM10,000 untuk 3 tahun taksiran berturut-turut yang akan berakhir pada tahun ini.

“Mengambilkira kos pembelian rumah merupakan komponen terbesar hutang isirumah, pelepasan cukai baru yang lebih besar wajar diperkenalkan bagi mengurangkan belanja sebenar pembiayaan rumah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, program pelepasan cukai juga wajar diperluaskan untuk kos saraan ibu bapa dan anak-anak yang kini terhad sehingga RM6,000 di dalam skop perbelanjaan tertentu.

Menruutnya, dengan kos penjagaan kesihatan yang meningkat 10% setiap tahun, had pelepasan cukai yang disenaraikan kerajaan perlu ditingkatkan bagi menjadikan ianya lebih berkesan di dalam menangani kenaikan kos.

Beliau menambah, bagi ibu bapa yang bekerja berdepan kesukaran mendapatkan  perkhidmatan penjagaan anak pada harga berpatutan khususnya bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai, pelepasan cukai yang bersesuaian mesti diperkenalkan bagi pasangan yang menghantar anak-anak ke taska penjagaan.

Kata beliau, ianya akan menjadi insentif untuk pasangan membina keluarga yang lebih besar serta menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke taska berdaftar. 

“Kami juga menggesa kerajaan untuk memperkenalkan pelepasan cukai RM9,000 sehingga RM12,000 bagi individu yang menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD sebagai galakan meningkatkan kemahiran diri,” ujarnya.

Tambahnya, turut wajar dipertimbangkan ialah pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi pembelian kereta pertama yang diharap menjadikan pemilikan kereta lebih mudah bagi golongan anak muda.

Pada masa yang sama, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut agar kerajaan tidak menjadikan Bajet 2014 sebagai agenda untuk memperniagakan kebajikan awam menerusi pengenalan cukai baru seperti GST dan memotong subsidi barangan penting seperti tepung dan gula yang akan meningkatkan kos sara hidup rakyat.
Anwar: Belanjawan hukum rakyat
7:55PM Okt 25 2013  
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
Najib: Cukup-cukuplah bohong, pembangkang
7:10PM Okt 25 2013  
Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang berbohong apabila mendakwa terdapat puluhan ribu warganegara Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

"Walhal, hinggalah hari ini, tiada siapapun yang pernah melihat kelibat, apatah lagi bayang mereka itu.

NONE"Cukup-cukuplah pembohongan, beristighfarlah banyak-banyak, Astaghfirullah-hal azim," kata perdana menteri yang merujuk mereka sebagai "Mat Bangla".

Menteri kewangan berkata demikian ketika menyatakan jumlah rakyat Malaysia kini seramai 27.4 juta, "tidaklah termasuk 40,000 orang Bangladesh yang didakwa oleh pembangkang".

Ketika pembentangan Belanjawan 2014 hari ini, Najib berkata, menurut bancian, anggaran penduduk 2013 menunjukkan jumlah warganegara Malaysia lebih 27.4 juta orang.

Ia terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sama ada Islam mahupun bukan Islam adalah sebanyak 18.6 juta (67.9 peratus), Cina 6.6 juta (24 peratus), India 2 juta (7.2 peratus) dan lain-lain kaum 259,000 (0.9 peratus).

"Pendek kata, setiap kaum atau suku tidak kira peratusannya adalah mustahak dan penting dalam perjalanan negara menuju kejayaan," katanya.

Tak apa BN kalah di Sg Limau

http://manjongmari.blogspot.com, 25 Okt 2013
Segarkan ingatan anda...

Tiada ulasan: