Sabtu, 19 Oktober 2013

JANGAN DITUTUP KES....KES2 YANG DITUTUP AKAN DIBUKA DIAKHIRAT....TAK YAKIN TANYA MUFTI2 ATAU ULMAK2 BESAR

Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar

Ahmad Tajdid, 18 Okt 2013
SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (atas, gambar hiasan).

"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.

Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.

"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.

Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya.

Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid.

Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu.

"Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.

"Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung.

"Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari 'dari pintu ke pintu'," tegasnya.

Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa 'turun ke bawah' bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

Simbol R4BIA dari jamaah haji di Makkah

http://greenboc.blogspot.com, 18 Okt 2013

Simbol R4BIA Dari Jama'ah Haji Di Makkah



Ketika ini di alam siber, terutama jejaring sosial seperti FB banyak beredar foto jamaah haji yang membuat posing dengan menunjukkan simbol keteguhan R4BIA.

Pihak kerajaan sebenarnya melarang hal tersebut, tapi tidak dapat mencegahnya dan di antara jamaah tersebut terdapat jamaah haji dari Indonesia (dan GB pasti ada dari Malaysia juga).

Bahkan di antara jamaah haji Mesir ada yang membadalkan haji untuk Syahidah Asmaa’ Beltagi.

Berikut foto tersebut yang dikutip dari dakwatuna, Rabu (16/10/2013) -islamedia



Ada arahan supaya Naib Presiden Umno kekal?

Harakahdaily, 18 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dengan tempoh kempen yang semakin singkat dan detik membuang undi hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sudah mula bertaburan di sana-sini cai atau senarai calon yang harus dipilih oleh para perwakilan dalam pengundian Sabtu ini.

Walaupun cai itu melibatkan calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, tetapi dipercayai fokusnya ialah bagi jawatan Naib Presiden Umno, tulis Shahbudin Husin.

Menurutnya, beredarnya cai atau senarai calon ini mengukuhkan lagi tanggapan yang tersebar luas selama ini bahawa usaha yang agresif akan dilakukan di saat-saat akhir untuk memastikan ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden dapat mengekalkan jawatan masing-masing.

“Meskipun ternampak adanya arahan dan usaha tersusun di banyak bahagian untuk memastikan ketiga-tiga Naib Presiden ini dikekalkan, persoalannya cuma sejauh mana perwakilan benar-benar akur kepada arahan dan mengikut sepenuhnya cai yang diberikan itu?” tulis beliau di dalam blognya.

Baca lagi

Masalah CF akan diatasi segera - Exco

Saidah Hairan, 18 Okt 2013

SHAH ALAM: Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan di bawah Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor untuk menyelesaikan masalah kelewatan mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dihadapi penduduk kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar A Samad (gambar) telah mengarahkan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor supaya mempercepatkan proses CF tersebut.

"Saya sudah minta Lembaga Perumahan dan saya kena letakkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan masalah perumahan yang tidak mempunyai CF," katanya ketika diwawancara Harakahdaily.

Menurut beliau, sebenarnya kerajaan negeri sudah memulakan usaha menyelesaikan masalah CF sejak penggal lalu sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Katanya, masalah CF berpunca daripada pemaju perumahan yang tidak mematuhi syarat pelan bangunan.

Iskandar juga berkata,  kerajaan negeri mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik di setiap kawasan perumahan bagi mengatasi masalah rakyat berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah.

Antara projek rumah mampu milik kerajaan negeri membabitkan tanah seluas 12 ekar di Bangi yang bakal menempatkan 500 unit rumah mampu milik.

Kerajaan negeri juga, tambah beliau akan menyediakan tanah bagi pembinaan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

Kerajaan negeri jelasnya, mensasarkan pembinaan 35,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima  tahun bagi memenuhi keperluan rakyat tidak berumah.

Wawancara penuh Harakahdaily dengan Iskandar bakal menyusul.

NGO lapor SPRM isu RM1.6 juta K-Pop

Selangorku, 18 Okt 2013
PUTRAJAYA: Jingga 13 membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek membabitkan kementerian itu ekoran yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata laporan berkenaan membabitkan isu pembiayaan RM1.6 juta untuk Konsert K-Pop Himpunan Jutaan Belia dan akaun Majlis Sukan Negara berjumlah RM20 juta bagi wang tajaan syarikat swasta.

Fariz berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini mengesahkan bahawa KBS terpaksa membayar kos pembiayaan artis K-Pop berjumlah RM1.6 juta kerana banyak penaja gagal menyalurkan bantuan.

Shabeery sebagai menteri bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert terbabit dibiayai penaja melalui akaun Majlis Sukan Negara (MSN) dan beliau turut bertindak memperlecehkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sebagai ‘culas’ dalam menyediakan laporan berkenaan.

“Apa yang menimbulkan persoalan ialah percanggahan fakta antara Khairy dan Shabery berkenaan isu terbabit. Sehingga kini, kami masih menantikan jawapan siapa yang benar dan bohong?,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kata Fariz, beliau turut mempertikaikan perbelanjaan melampau membabitkan RM67.61 juta bagi acara Hari Belia Negara 2012 yang memerlukan satu siasatan oleh SPRM.

“SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu menggunakan peruntukan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Jingga 13 turut mendesak Perdana Menteri menggantung tugas Shabery dengan segera,” katanya.

Tiada ulasan: