Jumaat, 25 Oktober 2013

KADANG2 LAUNGAN SERTA SLOGAN HANYA SEBAGAI MENUNJUK2 SAJA...HAKIKATNYA TAK SAMA PERBUATAN DENGAN SLOGAN TERSEBUT...SEBALIKNYA HANYA TIPU DAYA DUNIA SAJA

GMUKM menang bergaya Pilihan raya Kampus UKM

Harakahdaily, 24 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menang besar pada pilihan raya kampus kali ini.

Kerusi yang dimenangi adalah sebanyak 22 kerusi, manakala  4 Aspirasi dan 1 Bebas.

Pengumuman ini telah dibuat secara rasmi oleh TNC HEPA UKM, Prof Othman Karim selaku ketua jawatankuasa pemilihan pelajar di Pusat Teknologi Maklumat di UKM.

Walaubagaimanapun, peratus pelajar yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus kali ini sedikit merudum, iaitu sebanyak 60% berbanding sebelum pada ini melebihi 80%.

“Hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan pelajar UKM dalam menghadapi suasana pilihanraya kampus dalam keadaan terkejut, kerana selepas cuti hari raya  Aidiladha,” ujar Pengerusi GMUKM, Abdullah Sani Hashim.

Katanya, antara faktor kekuatan GMUKM adalah dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum Chinese di UKM.

Selain itu, ujarnya ruang media social facebook juga antara penyumbang terbesar kemenanangan GMUKM .

Katanya, video ‘UKM & Darah’ dan ‘video stylo calon-calon fakulti’ antara cetusan menarik kempen GMUKM kerana mencapai sehinggga ribuan ‘like’ hanya dengan beberapa hari.

Selain itu, kata beliau antara kekuatan lain adalah  slogan ‘Moving Forward’ sebagai tagline GMUKM pada kali ini.

“Selain memberi impak besar kepada mahasiwa slogan ini diterjemahkan lagi dengan dengan perspektus ‘Moving Forward‘ iaitu tawaran manifesto GMUKM kepada mahasiswa andai PMUKM dimenangi sekali lagi,” ujarnya.

Katanya, walaupun GMUKM terpaksa menghadapi musibah rumah penginapan calon wanita dilempar sejenis bom buatan yang hampir membakar rumah, termasuklah disertakan ugutan ‘Tarik diri atau mati‘ sehari sebelum pengundian.

“Namun, ini bukan kali pertama kita diugut bunuh, hal ini berlaku dari tahun sebelum pada ini lagi. Calon-calon GMUKM tetap mengorak langkah walaupun diugut bunuh.

“Akhir, Alhamdulillah kemenangan besar Pro Mahasiswa di UKM kali ini, saya harapkan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada seluruh Pro Mahasiswa yang berada di Malaysia, bahawa kita mampu menewaskan aspirasi seteru utama kita,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh universiti di Malaysia, memulakan politik mahasiswa kelas pertama.

“Di UKM kita semai politik matang dan nilai, ‘debat presiden’, ‘debat manifesto calon’, ‘kreativiti kempen’ antara yang diutamakan , semuanya adalah suasana baru politik kampus yang diadakan di UKM.

“Saya sarankan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi Pilihan raya Kampus, wujudkan suasana ini dan kita mestilah bersedia mengubah suasana politik keji yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Kekalahan Mukhriz beri kelebihan kepada PAS

Muhammad Faizal, 24 Okt 2013
JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno lalu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Katanya, peluang itui harus diambil oleh PAS untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut beliau, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan ekoran kekalahan itu pada PRK kali ini, namun usaha tersebut agak lewat kerana kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

"Saya melihat pada PRK kali ini PAS perlu mengambil peluang atas kekalahan Menteri Besar Kedah pada pemilihan Umno yang lalu,” ujarnya.


Salahuddin turut yakin dengan kepimpinan yang dimiliki Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam menyusun strategi kempen yang pastinya akan memberi motivasi serta kekuatan kepada jentera parti.

"Dengan faktor-faktor sedemikian, di samping kita memang mempunyai kekuatan di sini dan juga peringkat negeri mahu pun induk kita pasti dapat mempertahankan kemenangan," katanya.

Salahuddin juga melihat cabaran yang cukup besar dihadapi oleh jentera PAS adalah ingin menguasai lima kubu kuat Umno.

Katanya, PAS akan memberi fokus dan tumpuan kepada strategi gerak kerja bagi mengekalkan sokongan sedia ada dan mendapatkan sokongan semaksimum mungkin di kawasan kubu kuat Umno.

Jentera Muslimat PAS susun ‘gelombang’ UPU

Muhammad Faizal, 24 Okt 2013
JERAI: Muslimat PAS Pusat telah memperkemaskan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Jelas ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff selain memperkemaskan jentera, pihaknya turut menyusun gelombang PRK Sungai Limau yang akan dilaksanakan oleh muslimat dari negeri-negeri yang turun membantu di setiap Unit Peti Undi (UPU).

"Kita telah susun strategi serta memperkemaskan jentera dan telah mengatur beberapa program terutama peringkat negeri dan UPU,” katanya.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu dengan sambutan baik telah diberikan di semua peringkat, gabungan jentera peringkat pusat, negeri, kawasan dan UPU, PAS mampu mengekalkan kemenangan.

Katanya, Dun Sungai Limau mempunyai keistimewaannya sendiri apabila PAS telah menguasai lebih lima penggal dan ia merupakan kawasan yang dimenangi ulama.

"Kita yakin dengan masyarakat yang cintakan ilmu agama dan calon yang kita kemukakan, PAS akan terus kekal berada di sini," sambung beliau.

Menurut beliau lagi, Muslimat menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Katanya, keperibadian beliau bukan sahaja menggambarkan sifat seorang ilmuan tetapi turut menarik golongan muda.

PRK Sungai Limau penting, medan protes rakyat

Muhammad Faeez Azahar, 24 Okt 2013
JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengajak para pengundi Dun Sungai Limau menjadikan pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai medan protes rakyat.

Menurutnya, selepas PRU13 lalu, rakyat telah menghadapi pelbagai tekanan antaranya kenaikan harga minyak, harga barang, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.

Kata beliau, walaupun dapat dilihat rasa tidak puas hati rakyat di seluruh negara, namun medan pilihanraya adalah ruang yang paling berautoriti untuk menzahirkan protes tersebut.

"Pengundi Dun Sungai Limau harus mengambil kesempatan ini mewakili rakyat Malaysia untuk menzahirkan protes rakyat kepada kerajaan dengan menolak BN pada 4 November ini.

"Jadikan undi ataupun mandat rakyat ini sebagai satu proses pendidikan politik yang boleh kita ajar kepada BN," katanya ketika ditemui di Markas Induk Petugas PAS Perak, Selengkoh, semalam.


Salahuddin berkata, BN cuba menggambarkan pilihanraya kecil kali ini bukanlah suatu perkara yang penting sebaliknya ianya adalah sekadar mempertahankan kemenangan PAS di situ.

Kata beliau, ianya adalah satu perang psikologi dan saraf BN khususnya kepada pengundi PAS untuk mengganggu pemikiran serta emosi mereka.

"BN cuba kacau pemikiran dan emosi rakyat dengan menggambarkan pilihanraya ini bukanlah penting dan tidak salah jika cuba-cuba untuk tukar kepada dacing (BN) manakala pengundi luar tidak balik pun tidak mengapalah.

"Ini adalah taktik yang biasa digunapakai oleh BN dalam setiap pilihanraya khususnya kepada pengundi yang menyokong PAS," ujar beliau.

Jelas Salahuddin, keputusan pilihanraya ini sangat penting dan boleh merubah landskap masa depan politik khususnya di negeri Kedah di bawah kepimpinan baru yang diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Pilihanraya inilah katanya menjadi satu peluang untuk memberikan mesej kepada kerajaan BN Kedah bahawasanya rakyat di negeri ini masih teguh memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada PRK Sungai Limau ini.

Pemilihan Umno: Pro-M minta penjelasan UMS

Khairuddin Daud, 24 Okt 2013


KOTA KINABALU: Seramai 15 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada Pro-Mahasiswa, semalam menghantar memorandum menuntut penjelasan pihak universiti berhubung isu kebenaran yang diberikan kepada Umno untuk menggunakan kemudahan universiti untuk kepentingan parti tersebut.

Memorandum tersebut ditujukan kepada Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Harun Abdullah.

Pada 12 Oktober lalu Umno telah mengadakan Mesyuarat Wanita Umno dan pada 19 Oktober, sekali lagi Umno mengadakan program di UMS iaitu Majlis Perwakilan dan Pemilihan Umno Sepanggar. Kedua-dua program tersebut diadakan di Dewan Resital UMS KK.

Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS KK, Kamal Abdul Rahim kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Sharil Yusof berikutan ketiadaan Naib Canselor.

Menurut Kamal, penyerahan memorandum itu berjalan lancar meskipun hanya 3 orang mahasiswa sahaja dibenarkan masuk untuk menghantar memorandum dan mengadakan perbincangan.

"Semua berjalan lancar, hanya kami bertiga dibenarkan masuk dan berbincang. Rakan-rakan lain, hanya dibenarkan menunggu di foyer bangunan canselori,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Pro-Mahasiswa UMS KK tidak menghadapi sebarang masalah dengan penganjuran kedua-dua program tersebut kerana menghormati parti politik adalah pertubuhan yang berdaftar di Malaysia.

"Kita tiada masalah Umno atau mana-mana parti, masuk dan guna universiti kita. Mereka pertubuhan berdaftar yang harus kita hormati. Cuma kita minta, mereka masuk bukan atas kapasiti kepentingan parti, tetapi atas dasar keilmuan," ujarnya.

Menurutnya lagi, Pro-Mahasiswa turut menggesa agar tidak wujud 'double standard' dalam membenarkan parti politik menggunakan kemudahan di universiti.

"Dalam kerangka negara demokrasi, kita berharap dalam isu ini UMS tidak double standard. Benarkan Umno, maka benarkan juga parti yang lain agar mahasiswa matang dalam membuat pemilihan pada masa akan datang. Dan jangan ada agenda tersembunyi untuk mahasiswa," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pro-Mahasiswa UMS KK memberikan tempoh masa 7 hari kepada pihak pentadbiran universiti memberi respons terhadap memorandum tersebut.


Bajet 2014: Aktivis Kelantan kemuka resolusi khas

Rizal Tahir, 24 Okt 2013

KOTA BHARU: Aktivis Kelantan mengemukakan resolusi khas desakan terhadap Bajet 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini berhubung pendidikan khususnya berkaitan pinjaman PTPTN.

Resolusi 5 perkara itu dicatatkan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu, semalam yang dihadiri mahasiswa bagi mengemukakan hasrat masing-masing kepada pihak kerajaan.

Lima resolusi tersebut antaranya melaksanakan semua projek untuk Kelantan yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia terdahulu.

Selain itu kerajaan juga diminta membayar royalti petroliam mengikut perjanjian yang telah ditandatangani pada 1975 disamping melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara.

Antara resolusi Aktivis Kelantan lagi ialah melakukan transformasi pendidikan tinggi negara bagi memastikan peminjam PTPTN, membayar jumlah pinjaman tanpa caj-caj tambahan atau kawalan kerajaan terhadap yuran IPTS berdasarkan kualiti yang ditawarkan.

Pada masa yang sama kerajaan diminta mengkaji semula kriteria kemasukan IPTA bagi mengurangkan jurang antara pelajar keluarga miskin dengan pelajar keluarga kaya, untuk semua kaum di samping mengkaji semula kriteria pemilihan jawatan awam bagi mengurangkan jurang antara graduan IPTA dengan graduan IPTS.

Pada masa yang sama kerajaan diminta menyediakan dan menaiktaraf infrastruktur sukan negeri Kelantan supaya setanding dengan negeri-negeri lain

Nik Aziz Kias, 20, berharap Bajet 2014 memastikan tiada caj tambahan kepada peminjam PTPTN, kawalan kerajaan terhadap yuran, mengkaji kriteria kemasukan ke IPTA dan mengkaji sistem pemilihan jawatan awam.

Penyelaras Mahasiswa AK03, Wan Muhiddin Asyrafi, 22, berkata desakan itu mengutamakan projek untuk Kelantan yang tidak dilaksanakan dalam beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini.

"Kami mendesak Bajet 2014 melaksanakan janji dalam Rancangan Malaysia sebelum ini, bayar royalti petroliam mengikut perjanjian, melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara dan mengiktiraf kehendak sukan negeri Kelantan melalui penyediaan infrastruktur sukan."ujarnya.

Simbolik pada resolusi ini, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar melepaskan dua ekor merpati putih sebagai gimik pembebasan yang turut dihadiri Presiden R, Nazri Deraman dan Penyelaras SAMM, Chegu Bard dan Penyelaras Program, Aduka Taruna.

Dua orang anggota Parlimen menerima resolusi itu iaitu Anggota Parlimen Bachok dan Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan Ustaz Ahmad Baihaki Atikullah untuk membawa suara (resolusi) itu ke parlimen.

Polis, Felda beri ruang rakyat bergerak - Mazlan

Khairil Abdul Rahim, 23 Okt 2013


Mazlan dan rakan-rakan di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.

TEMERLOH: “Saya pun tak sangka diberi kemenangan hari ini, tetapi saya banyak serahkan urusan ini kepada Allah. Maka dengan keputusan ini harapan saya supaya polis dan Felda berilah rakyat ruang bergerak demi transformasi dan keadilan,” kata Mazlan Aliman.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata demikian dalam sidang media sebaik diumumkan menang dalam kesnya menyaman polis dan Kerajaan Malaysia oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini.

Berikutan keputusan berkenaan, hakim mengarahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi kepada Mazlan  sebanyak RM300,000 akibat polis tersalah tahan, RM50,000 sebagai ganti rugi tauladan, RM20,000 kos mahkamah dan faedah 8% dari tarikh saman sehingga tarikh melunaskan semua pembayaran.

Saman tersebut difailkan Mazlan pada 18 Ogos 2010 berikutan tangkapan berniat jahat oleh polis di Felda Lembah Klau pada 9 Mac 2010.

Mazlan berkata, hari ini merupakan detik-detik gembira baginya serta rakan-rakan setelah terlibat memperjuangkan isu-isu Felda sejak tahun 1989.

“Keputusan hari ini sangat menggembirakan saya, sebab sebagai rakyat Malaysia saya terasa hak asasi saya  disekat termasuk ketika Kembara Oren.

“Terima kasih saya juga kepada pasukan peguam dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya.

“Bagaimanapun saya masih ada beberapa kes mahkamah lagi. Saya menyaman Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap yang memfitnah saya makan duit peneroka Kemahang.

“Saya juga berhadapan dengan saman Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dalam kes Rapid dan saman Felda dalam isu penjualan minyak sawit ke Israel,” jelasnya.

Tiada ulasan: