Khamis, 24 Oktober 2013

JANGAN LIBATKAN DIRI DENGAN RASUAH...AKAN BINASA DIAKHIRAT KELAK

Kanun Syariah: Kelantan ucap tahniah kepada Brunei

Rizal Tahir, 24 Okt 2013
KOTA BHARU: Kelantan mengucapkan tahniah pada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah tampil sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kesungguhan Brunei dalam melaksanakan perlaksanaan itu sewajarnya menjadi contoh oleh negara lain, termasuk Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Teratai di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada masa yang sama Ahmad mengharapkan kerajaan Pusat turut melaksanakan langkah yang sama bersesuaian dengan negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah pada kerajaan Brunei telah menjadi negara contoh di Asia Tenggara apabila telah menjalankan tanggungjawab itu di negaranya.

“Sebagai sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam, kita begitu berbangga sekali,” ujarnya.

Sambungnya lagi, amat wajar Malaysia juga turut mengikut jejak langkah negara berkenaan bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin di negara ini.

Kerajaan negeri, katanya telah memperuntukkan RM1 juta 2014 ke arah perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll.

“Ertinya komitmen kita untuk menjayakan perlaksanaan hukum syariah itu sentiasa ke hadapan dengan pelbagai pendekatan baru untuk menjayakannya  dan diperkemaskan lagi,” ujarnya.

Tuntutan COMANGO sentuh sensitiviti umat Islam

., 24 Okt 2013

1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

3. Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;

a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

4. Kritikan kami:

a] COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

b] COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.

c] COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

5. Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.

Nasrudin bin Hassan
Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia

Sg Limau: PAS Kedah rayu sumbangan

Izwan Abdul Halim, 24 Okt 2013
ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah merayu penyokong dan pendukung di seluruh negara khususnya para dermawan dan korporat untuk membantu memenuhi keperluan gerak kerja sepanjang PRK N.20 Sungai Limau menerusi sumbangan dana.

“Inilah peluang dan masa paling afdal meletakkan sumbangan derma kita. Mungkin kita tidak punya kesempatan masa dan tenaga untuk turut serta di medan jihad PRK Sungai Limau. Tetapi sumbangan dana wang ringgit itulah jihad kita pada masa ini.

“Tempoh ini sangat terhad dan penentu menang kalah. Jadi sumbangan yang diberikan sangat membantu usaha jentera kita mempertahankan maruah dan suara Islam untuk mengekalkan kemenangan kita di Dun Sungai Limau,” Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, kesempatan ini tidak akan berulang lagi.

“Jadi, sampaikan sumbangan itu sebagai pelaburan saham terbaik dan pengorbanan kita untuk agama Allah SWT,” ujarnya.

Bagi pihak PAS Kedah, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas sumbangan yang akan diberikan.

Ujarnya, sebagai tuan rumah, PAS Kedah berhasrat sedaya upaya memenuhi keperluan rutin petugas PRK Sungai Limau agar segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Selain itu katanya, dana tersebut juga bagi memastikan semua strategi untuk kempen dan menghadapi tindak balas BN yang dimaklumi memperkudakan kekuatan seluruh jentera kerajaan juga akan terlaksana mengikut perancangan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) nombor 02011010006747 atas nama Perhubungan PAS Negeri Kedah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di talian 013-4481030.

Tragedi banjir lumpur mungkin boleh dielak

Khairil Abdul Rahim, 24 Okt 2013
KUANTAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa tragedi banjir lumpur yang melanda Ringlet, Cameron Highlands semalam mungkin boleh dielakkan jika Kerajaan Negeri Pahang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) prihatin dengan aduan yang dikemukakan penduduk.

Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat Pahang (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (gambar) berkata, sebelum ini sudah ada Orang Asli Cameron Highlands dan Orang Asli Perak menyerahkan memorandum bantahan berikutan kehidupan mereka terjejas akibat pembinaan projek pencawang antara Tapah ke Ringlet di Cameron Hihglands.

"Saya difahamkan mereka telah menyerahkan memorandum berkenaan beberapa kali kepada Menteri Besar (MB) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sebelum ini.

“Memo berkenaan telah diserahkan kepada TNB dan MB Pahang pada 17 November 2012 dan 25 Januari 2013 kepada TNB dan SUK Pahang. Sebelum itu pada 19 Februari 2013, 75 Orang Asli di bawah Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada TNB berhubung projek berkenaan.

“Namun kesemua memo tersebut seperti dipandang sepi oleh pihak berkuasa, hak rakyat dinafikan dan akhirnya inilah jadinya seperti apa yang kita saksikan," katanya dalam kenyataan media.

Dalam tragedi semalam, seramai tiga orang disahkan maut manakala beberapa orang lagi hilang berikutan satu empangan hidroelektrik dilepaskan menyebabkan banjir kilat akibat limpahan air dan turut memusnahkan kira-kira 80 buah rumah dan juga kenderaan di kawasan Lembah Bertam.

Menurut kenyataan media, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Mohd Shukri hairan berdasarkan laporan media pihak TNB yang menjadi pemilik empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Ujarnya, tidak munasabah dalam tempoh 20 minit dan ketika manusia sedang tidur lena mereka boleh bersiap sedia begitu pantas untuk menyelamatkan diri.

“Sepatutnya siren dibunyikan dua atau tiga jam sebelum itu kerana melibatkan nyawa manusia, kenapa bila sudah kritikal baru TNB mahu bertindak?" tambah beliau lagi.

Justeru beliau berharap agar pihak berkuasa mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana sebuah kerajaan yang baik harus cakna dan mendengar suara rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek yang berisiko tinggi seperti itu pada masa akan datang.

“Kerajaan sepatutnya bertindak tegas apabila mendapat aduan daripada rakyat. Sebelum ini sudah banyak isu pencerobohan hutan dan penggondolan berlaku di Cameron Hinghlands dibongkar tetapi tiada tindakan diambil,” tegasnya.

Dalam pada itu, PAS Pahang turut mengeluarkan kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkoban dan mahu tragedi tersebut disiasat secara terperinci dan hasilnya didedahkan kepada umum.

Ustaz Azam ziarah ayah Jamil Khir (gambar)

http://sedakasejahtera.blogspot.com, 24 Okt 2013

PANAS!!! (Gambar2) Ayah Menteri JPM Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom Yang Juga Veteran PAS Diziarahi.. Jom Terjah!!!


Calon Pas bagi PRK N.20 Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd. Samat  dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato' Mahfuz Omar sempat menziarahi veteran Pas di Ulu Sedaka iaitu Tuan Haji Baharom.

Di kampung kami beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah Baharum. Pak Ngah Baharum merupakan ayah kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Pak Ngah Baharum mengalami penyakit 'stroke'.



Dato' Seri Jamil Khir baru sahaja memenangi jawatan Ketua Bahagian Jerai pada 19 Oktober baru-baru ini dengan mengalahkan penyandang jawatan itu, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dengan kelebihan  220 undi.




Dato' Mahfuz ditemu ramah selepas selesai ziarah Pak Ngah Baharom yang merupakan veteran PAS yang begitu aktif walaupun dalam keadaan sakit.

Kempen beli undi cemari PRK Sg Limau

Mohd Sabri Said, 24 Okt 2013
JERAI: BN dikesan menawarkan habuan kewangan kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dengan mensyaratkan pengundi menunjukkan rakaman gambar kertas undi yang telah dipangkah sebagai bukti telah mengundi parti itu.

Sehubungan itu Pengarah PRK Sungai Limau, Dato'  Mahfuz Omar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis bertindak segera menghalang tindakan tidak beretika BN itu dan menyifatkannya sebagai budaya politik  kotor yang perlu dicegah.

Tindakan membeli undi ini, jelas beliau melanggari hak asasi pengundi untuk memilih secara bebas serta melanggari prinsip-prinsip asas demokrasi.

"Saya mengingatkan semua pihak khasnya Umno-BN bahawa kami mahukan suasana  damai, harmoni dan sejahtera agar semua pengundi diberikan ketenangan membuat pilihan yang bermaklumat, " ujarnya dalam sidang akhbar di Markaz Besar PRK Sungai Limau, dekat sini, pagi tadi.

PAS juga jelas Mahfuz, telah bergerak bersama panel peguamnya untuk memantau secara terperinci perkara tersebut dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama.

Mengulas tentang prestasi Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat Kedah belum melihat perancangan kerajaan baru untuk membangunkan negeri sebaliknya masa banyak dihabiskan bagi menangani urusan pemilihan parti.

"Sebagai Menteri Besar, Dato' Mukhriz perlu memberikan fokus kepada hal rakyat teramai bukan menghabiskan masa menangani urusan pertandingan dalam parti, " jelasnya.

Kerajaan BN negeri juga, ujar beliau tidak menghargai usaha kerajaan negeri penggal lalu yang telah mewujudkan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang serba lengkap dan moden.

Malah beliau menyifatkan pemimpin Umno negeri sebagai tidak menghormati Yang di-Pertua Agong yang telah merasmikan kampus tetap Kuin apabila mengarahkan para pelajar dan kakitangan Kuin berpindah ke kampus asal di Alor Setar yang serba kekurangan.

Tiada ulasan: