Ahad, 20 Oktober 2013

KUASA YANG PATUT DIGUNAKAN....DAH TIADA KUASA...TIDAK LAGI BOLEH BUAT APA2 LAGI

Abai laporan Bersih 3.0, k'jaan nak sembunyi apa?

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menyelar sikap kerajaan yang tidak menyertakan laporan himpunan Bersih 3.0 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, kerajaan Pusat seharusnya berani mengaku salah dan bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku ke atas wartawan dan orang awam dalam himpunan tersebut selain berusaha memperbaiki hak asasi manusia.

Lebih-lebih lagi, laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sendiri telah merumuskan bahawa berlaku keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 itu.

“Kita merasa kecewa kerana memang berlaku keganasan semasa perhimpunan itu apabila polis bertindak memukul wartawan dan orang ramai yang berhimpun secara aman.

“Kalau hendak hantar laporan, Kerajaan mesti ambil tanggungjawab dan mengaku sekiranya membuat kesalahan,” katanya dipetik Selangorku.

Dalam laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada Julai, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di Geneva, Kerajaan didapati hanya mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu hak asasi manusia.

Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.

Maria turut menyifatkan pembentangan laporan dari pihak Kerajaan Pusat itu sebagai sesuatu yang ‘ringkas’ dan kosong kerana ia tidak menyentuh isu hak asasi manusia secara menyeluruh.

Katanya, Kerajaan tidak pernah mengendahkan sebarang cadangan mahupun saranan daripada Suhakam berhubung perkara ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif.

Cermin kereta MP Seremban dipecah

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menjadi mangsa terbaru kes pecah kereta miliknya dalam kejadian di Seremban malam tadi.

Dalam kejadian itu, kereta  jenis Honda CRV miliknya pecah cermin belakang dan komputer riba yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang hilang dipercayai dicuri.

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP, hanya menyedari kejadian itu kira-kira 9.15 malam ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri mesyuarat di sebuah firma guaman di Jalan Temiang, Seremban.

"Ketika dalam perjalanan, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta saya menyebabkan saya berhenti di tepi jalan untuk periksa," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Ekoran kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.

Beliau berkata, kejadian kecurian membabitkan dirinya merupakan kali ketiga berlaku.

"Komputer riba itu saya beli beberapa bulan lalu. Kejadian itu menyebabkan saya rugi dalam RM2,500," katanya.

Pilihan Najib berjaya tapi transformasi Umno gagal

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden Umno menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap ‘lembik’ dan tidak tegas sebagai pemimpin.

Keputusan setakat jam 1.40 pagi tadi memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal (174), Hishammuddin (100), Mukhriz (91), manakala Isa dan Mohd Ali masing-masing 7 undi.

Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.

Bagi penulis Shahbudin Husin, untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.

“Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan Umno beserta harapan wajah Umno yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.


Baca lagi

Agong ada kuasa sekat PCA – Pakar Perlembagaan

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana rang undang-undang  termasuk pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang  diluluskan oleh parlimen dan dewan negara baru-baru ini.

Menurut Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata, ruang kuasa itu terkandung di bawah Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan RUU pindaan PCA itu adalah betul.

Ini kerana, masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan dalam perkara itu.

“Oleh kerana Rang Undang-undang PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini  kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara,”

“Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen,” ujarnya dipetik Keadilandaily.

Sebelum ini Abdul Aziz juga dilapor berkata, peruntukan perlembagaan di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk memintas Agong, adalah tidak sah dan baginda masih mempunyai kuasa untuk campur tangan.

Perkara 66 (4A) menetapkan rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetap akan menjadi undang-undang selepas 30 hari meskipun tanpa perkenan Agong.

Pengundi wanita tentukan keputusan pilihan raya

Salmiyah Harun, 19 Okt 2013
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebahagian besar pengundi yang akan menentukan satu-satunya keputusan pilihan raya adalah wanita.

Oleh itu, katanya undi wanita adalah sama dengan nilai undi lelaki dan tidak ada perbezaan undi siapa yang bernilai.

"Jadi, wanita ini kita kena jaga mereka. Kita kalah di saluran satu dan dua tetapi kita menang di saluran tujuh dan lapan, bermakna kita dapat sokongan pengundi muda. Ameerah sangat penting untuk menangkan undi wanita," katanya ketika berdialog bersama anak muda Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu, Ameerah sangat penting malah setiap kegiatan mereka perlu dikawal supaya mereka tidak diganggu oleh Umno yang menggunakan politik tidak bermoral.

Beliau mengakui keadaan sudah berubah, jika tahun 1980 kurangnya calon wanita kerana rakyat kurang faham dan beranggapan calon akan buat apa sahaja termasuk mengangkat barang.

"Itu bukan tugas yang sesuai untuk wanita, sekarang kita lantik wanita jadi senator dan lebih ke depan lagi kita lantik mereka mereka jadi wakil rakyat seterusnya buat polisi di peringkat negeri dan negara," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli Fan Club Ameerah.

Bagaimanapun beliau mengingatkan setiap wanita yang bertanding ada syarat iaitu lelaki bukan sahaja suami tetapi di peringkat kawasan harus mendukung mereka.

"Saya orang yang pertama mendukung Ameerah ditubuhkan. Sebab itu saya hadir dalam dialog hari ini. Ameerah sangat penting didukung," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Naibnya Mumtaz Mohd Nawi dan isteri Presiden PAS.

Misteri kematian Puteri Diana terjawab?

dayaSELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang  mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.
Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.
“Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).
“Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul,” kata sumber tersebut.
Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.
Tinggal momen
Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.
Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.
Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.
Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara, menurut sumber Sinar Harian.
“Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.
“Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry,” kata sumber.

Tiada ulasan: