Jumaat, 18 Oktober 2013

RASUAH ADALAH HARAM...NI JELAS DALAM HUKUM ISLAM

UMNO Lembah Pantai Dan Pasir Salak Dakwa Wujud Politik Wang
Posted on Thursday, October 17 @ 14:51:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Lembah Pantai, Mohyiddin Mohamad dan calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak, Mohd Nazari Sabran mendakwa wujudnya unsur penyelewengan dan politik wang ketika mesyuarat cawangan dan pemilihan tiga sayap parti pada Sabtu lalu.

Mohyiddin berkata, sogokan wang tersebut dipercayai membabitkan bukan saja ketua bahagian namun turut melibatkan timbalan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya, ini bukan kali pertama calon tersebut melanggar etika dan perlembagaan parti kerana ia  berlaku sejak empat tahun lalu dan pihak berkenaan juga tidak mengikut beberapa peraturan mesyuarat Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, katanya, pentadbiran bahagian menyediakan sidang video untuk penyandang jawatan merasmikan mesyuarat tiga sayap walaupun tiada ucapan ketua bahagian sebelum ini.

"Sekurang-kurangnya empat aduan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan, Lembaga Displin dan Ibu Pejabat Umno kerana wujudnya politik wang dalam kempen.

“Ia dipercayai dilakukan oleh ejen calon bagi memastikan barisan kepimpinan tertentu menjadi pilihan perwakilan pada pemilihan Umno," katanya kepada akhbar Berita Harian.

Sementara itu, di Ipoh, pencabar jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak mendakwa lawannya Dr Faizal Tajuddin mengedarkan beberapa barangan kepada perwakilan ketika tempoh berkempen.

Katanya, ia termasuk sebuah buku tertulis "Direktori Untuk Kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Cawangan yang memaparkan segala aktiviti Ketua Pemuda Bahagian tersebut.

"Di dalam buku tersebut menunjukkan gambar individu terbabit mengagihkan barangan pertanian dan sukan kepada perwakilan, maka kita persoalkan apa locus standi dia mengagihkan barangan itu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Faizal menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Pada pemilihan Umno Bahagian Sabtu lalu, Dr Faizal menewaskan Mohd Nazari dengan 243 undi berbanding 163 yang diperolehi pencabarnya. – 17 Oktober, 2013.-tmi


 Nooh Gadut Oh Nooh Gadut Kenapa Lah Mulut Lu Gatal Sangat Beb ?
Posted on Thursday, October 17 @ 14:11:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Terus terang gua katakan yang gua ni bukan nya Pandai dalam Bab-Bab Hukum dalam Agama Islam atau lebih terang lagi boleh dikatakan yang gua ni tergolong dalam JAHIL lah beb... tak apa gua mengaku yang gua Jahil sebab Bab-Bab Hukum dalam Islam ni rasanya lagi TAK CERDIK atau pun BODOH MACAM UMNO kalau TAK PANDAI tapi mengaku Pandai beb... sebab kalau Tak Pandai tapi masih nak bercakap Bab-Bab Hukum Islam... nanti ianya seperti keluar dari MULUT LONGKANG beb.

Antara nya seperti Al-QURAN kena DITAFSIRKAN SEMULA kerana Zaman Unta dan Zaman Proton Saga adalah Berbeza lah... Nabi Muhammad SAW menyimpan Janggut kerana TAK ADA PISAU CUKUR lah... tidak seperti Zaman Proton Saga yang ada bermacam-macam jenama Pisau Cukur ada... kemudian kalau HUDUD DILAKASANAKAN nanti MAKAN SUP TANGAN lah... macam mana nak PRODAKTIF lah kalau Tangan Orang Islam sudah DIPOTONG.

Jadi gua Tak Nak lah macam yang kat atas tu beb yang Bodoh Berlagak Pandai atau BODOH MACAM UMNO... tapi yang membuatkan benda ni jadi LAWAK ialah bila ada jugak Penulis-Penulis Blog Lucah nak menulis pulak tentang Hukum dalam Islam beb... kalau dah jadi Penulis Blog Lucah tulis aje lah Benda Lucah jangan lah lu orang GATAL-GATAL nak menulis pulak Bab-Bab Hukum dalam Islam demi menyokong pandangan Ustad-Ustad... Ulama' Tua dan Ulama' Muda.

Berbalik kepada Tajuk diatas gua teringat lah sebelum ini dimana AMANAT HADI yang dikatakan MENGKAFIR AHLI-AHLI UMNO oleh Ahli-Ahli Umno itu sendiri... sedangkan AMANAT HADI tak ada pun mengatakan yang Ahli-Ahli Umno adalah KAFIR... yang ada ialah SESIAPA SAHAJA yang MENOLAK HUKUM ALLAH boleh menjadi KAFIR... tapi ialah Siapa Yang Makan Cili Pasti Terasa Pedasnya dan kena minum air bagi mengurangkan rasa PEDAS tersebut beb.

Bila Keluar saja cerita berkenaan AMANAT HADI tersebut yang biasa nya Keluar dan DISENGSASIKAN apabila ianya menghampiri Pilihan Raya Umum (PRU) atau pun Pilihan Raya Kecil (PRK)... maka dikala itu SIBUK lah pulak Ustad-Ustad... Ulama' Tua dan Ulama' Muda memberikan Pandangan dia orang betapa SALAH dan boleh TERBALIK SEMULA kepada orang yang mengatakan AMANAT HADI adalah Betul walaupun sendiri yang keluar kan seolah-olah SUKA SANGAT jadi Kafir.

Dalam banyak-banyak Ustad-Ustad... Ulama' Tua dan Ulama' Muda rasanya termasuk lah sekali si Nooh Gadut ni beb... ialah PUNASIHAT Majlis Agama Islam Johor DT lah kata kan... lu orang tahu aje lah macam mana GAYA CAKAP beliau semasa Kemera dan Microfon dah ada depan mata beliau... kah kah kah... cakap pun dah tentu lah bunyi macam Orang Meneran bagi Menegakan Hujah yang orang lain tak dapat nak menjawap kerana hanya beliau dan Kemera serta Microfon sahaja dikala itu.

Dikala itu berkata lah beliau bahawa TIDAK BOLEH Orang Islam mengatakan yang Orang Islam yang sebagai Kafir... ditakuti Perkara tersebut akan Berbalik kepada yang Menuduh... tapi hari macam gua Tak Percaya yang beliau berkata boleh menjadi Kafir dan Murtad kalau Mempertikaikan Keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan ISU KALIMAH ALLAH... apa beliau ni SAKIT atau MABUK DAUN KETUM beb... atau pun beliau dah BUANG TEBIAT ke... kah kah kah !.

Apa pasal lah lu GATAL MULUT nak bercakap Nooh Gadut oiiii... kan lebih baik lu diam aje... sekarang siapa yang MALU beb... tak pasal-pasal lu dah jadi BAHAN JANAKA SIBER... kalau lu DIAM aje kan elok... orang pun tak ingat lu dan lu pun tak kena Umpat... ini tidak bila orang tak ingat lu... lu tak senang duduk dan GATAL MULUT supaya orang ingat... jangka-jangka sebelum ini lu LENA TIDUR sekarang dah jadi sebalik nya... habis lah KITAB-KITAB LAMA lu SELONGKAR untuk mencari DALIL... kah kah kah !.

Jangan nanti bila Dr. Asri mengajak lu BERDEBAT lu bermacam-macam ALASAN yang lu bagi... itu lah ini lah... gua tak Pasti TELOR Pemimpin Umno mana yang lu nak AMPU ni... nak kata Telor Ulul Amri Umno lu sendiri mahu ingat lah beliau ada Telor ke tidak... atau lu ni Lupa dan tersalah Ampu Telor kot Nooh Gadut... gua takut yang lu Ampu tu hanya Sarung Telor aje kerana Telor nya dah TAK ADA beb... lu baik pastikan betul ada atau tidak Telor Pemimpin Umno yang lu Ampu tu... kah kah kah !.


Gua cuma nak mengigatkan aje supaya lu jangan lupakan Sejarah 13 Mei 1969 dimana sebelum itu dikatakan yang Pemimpin Umno sebagai Pejuang Kemerdekaan... kalau dah nama nya Pejuang lu sendiri mahu ingat lah Nooh Gadut... tapi baru-bari ini sebuah Filem telah MEMECAHKAN TEMBELANG sebenar Pejuang-Pejuang yang ada didalam Umno... bila mengatakan yang Lim Kit Siang telah MENGENCINGKAN TIANG BENDERA UMNO yang bergambarkan KERIS TELANJANG tu... boleh Lim Kit Siang Mengencingkan Tiang Bendera Umno ya beb... kah kah kah !.

Mat Indera Sipejuang

hemmmmm..... yang gua dengar menyokong kenyataan nooh gadut ni hanyalah dari penulis-penulis blog lucah... suara-suara merdu dari harussani... hassan ali jati belum lagi gua dengar beb... apa dia orang tengah cari dalil yang cukup kuat tapi tak jumpa-jumpa lagi kot... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, October 17 @ 14:11:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Senarai MT yang diedar supaya diundi oleh ahli Umno
Posted on Thursday, October 17 @ 08:39:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever



"

ListMajlisTertinggiPemilihan Umno yang katanya mengalami transformasi. Kini telah beredar senarai Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi supaya diundi ahli-ahli Umno. Risalah yang diedar untuk mempengaruhi ahli-ahli Umno yang akan mengundi supaya ikut senarai di atas.
Eloklah, hangpa dah buat sistem pencalonan selepas itu hangpa minta undi calon-calon tertentu. Tak kisahlah, pasal parti hangpa. Ahli-ahli Umno bolehlah undi ikut senarai tersebut, lain senang Umno lingkup.
Calon-calon yang tak tersenarai bolehlah memprotes sekiranya tak menang.
Baca juga :Nooh Gadut jangan tunjuk bodoh kamu – Dr Asri
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Thursday, October 17 @ 08:39:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever



Niat murni bawa padah
  • Niat murni bawa padah Anggota bomba mengusung seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit
1 / 2
BAGAN SERAI - Niat murni tiga individu untuk membantu seorang pemandu bas ekspres yang tersepit akibat kemalangan berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka dirempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 190.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dua kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 5.15 pagi itu melibatkan bas ekspres dan treler.

Menurutnya, kemalangan pertama berlaku setelah bas ekspres melanggar belakang treler terbabit ketika ingin memotong sebuah kenderaan di laluan laju.

Katanya, kesan rempuhan itu, pemandu bas berkenaan, Habdul Ghani Jantan, 46, tersepit dan cedera parah di bahagian kaki kirinya.

Mat Fauzi berkata, menyedari kemalangan itu, dua pemandu bas ekspres lain dan seorang pemandu lori cuba membantu mengeluarkan mangsa.

“Bagaimanapun, sebuah kereta Nissan Grand Livina merempuh mereka yang ketika itu berada di lorong laju.

“Dua mangsa tercampak ke bahagian kiri jalan, manakala seorang lagi tercampak ke lorong laju dari arah bertentangan sebelum digilis beberapa kenderaan lain,” katanya.

Mangsa yang merupakan pemandu bas ekspres yang berasal dari Pokok Sena, Kedah,  Mat Dan Mat, 61, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah.

Mayat mangsa dihantar dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Mat Fauzi berkata, tujuh penumpang bas yang cedera ringan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, isteri Mat Dan, Zurina Ismail, 45, berkata, tiga hari sebelum kejadian, dia sempat berjumpa suaminya sebelum arwah mula bekerja.

“Saya sempat meminta izin untuk pergi bekerja dan sewaktu tiba di tempat kerja, saya hubungi telefon bimbitnya dan sempat berbual panjang. Tak sangka itu perbualan terakhir kami” katanya.

Sementara itu, pemandu treler, M Kunalan, 52, berkata, dia dalam perjalanan menghantar barang ke sebuah kilang di Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum lori dipandunya dirempuh dari belakang.

“Saya menghentikan kenderaan 50 meter dari lokasi kejadian dan turun melihat apa yang berlaku. Saya terkejut melihat sebuah bas ekspres remuk,

“Saya bergegas membantu mangsa terlibat, namun tergamam melihat tiga mangsa yang cuba membantu pemandu lori yang tersepit tercampak dirempuh sebuah kereta,” katanya.
Diperdaya 'Haji Anuar'
  • Diperdaya 'Haji Anuar' Laporan polis yang dibuat mangsa.
1 / 1
TEMERLOH – Seorang lelaki berusia sekitar 50an tergamak menipu pada pagi Aidiladha ketika umat Islam sibuk mengerjakan ibadah korban semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara membekalkan lembu subsidi kerajaan dengan harga murah.

Lelaki yang menggelar dirinya Haji Anuar itu menggunakan nama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Kadi Daerah Temerloh untuk menipu seorang ketua kampung di daerah ini dengan melarikan wang RM1,980 pada pagi raya.

Ketua Kampung yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau didatangi lelaki tersebut pagi semalam ketika beliau bersama kira-kira 100 penduduk kampung sedang melapah enam lembu di perkarangan surau.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri sebagai Haji Anuar, lelaki itu bersalaman dengan penduduk kampung dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari LTH.

“Dia cakap, Datuk Azeez (Pengerusi LTH) beri empat lembu korban kepada penduduk kampung kami dan lori membawa empat lembu itu dalam perjalanan, lebih kurang lima minit kemudian lelaki itu berlalu pergi.

“20 minit kemudian, saya terima SMS dari seorang individu yang mengaku dirinya kadi Temerloh, ‘kadi’ itu kemudian hubungi saya dan maklumkan pejabat agama Temerloh beli dua lembu lagi dari Haji Anuar dan akan diberikan kepada penduduk kampung,” katanya.

Bagaimanapun ketua kampung itu berkata, ‘kadi’ yang menghubunginya ada urusan kematian di Kuala Lumpur dan tidak sempat membayar duit lembu subsidi dua ekor sebanyak RM940.

Menurutnya, ‘kadi’ mahu beliau membayar dahulu kepada tuan lembu dan duit itu akan dibayar semula selepas urusan kematian selesai.

“Saya terus ke bandar dan masukkan RM940 ke akaun Syed Anuar, selang beberapa minit kemudian lelaki yang mengaku Haji Anuar tadi meminta bayaran tambahan sebanyak RM1,040 kerana dia tersilap kira.

“Saya sekali lagi masukkan jumlah yang dimahukan dan sampai ke petang lembu yang dijanjikan tidak sampai, selepas merasa tertipu saya membuat laporan polis dan menggesa siasatan dilakukan ke atas pemilik akaun dan Haji Anuar.

“Lelaki tersebut sanggup menipu pada pagi raya dan menjual nama beberapa individu untuk mendapatkan duit dengan cara mudah,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian yang mendapat maklumat berkenaan dimaklumkan beberapa individu lain di daerah ini pernah tertipu dengan lelaki tersebut dengan cara yang berlainan.

Lebih mengejutkan lelaki yang sama juga memperdaya beberapa individu dengan ‘menjual’ nama Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Wanita hamil maut nahas
  • Wanita hamil maut nahas Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit, semalam.
1 / 1
PORT DICKSON - Seorang wanita yang mengandung lima bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 Jalan Sua Betung - Air Kuning, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa, Norma Loman, 33, yang juga kakitangan Hospital Port Dickson memandu kereta jenis Proton Saga Aeroback secara bersendirian dari Air Kuning untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal mendapati, kereta mangsa bertembung sebuah van jenis Nissan Venette di laluan bertentangan akibat jalan licin kerana hujan lebat.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa selepas menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa tersepit di tempat duduknya dan mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman," katanya.

Menurutnya,pemandu van terbabit, Ariffin Jantan, 42, bagaimanapun patah peha kiri dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Awin di talian 019-3803462,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, jenazah mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, tengah hari semalam.

Empat parah nahas tiga kenderaan

Oleh Amran Yahya
KUALA PILAH: Empat orang termasuk pemandu dan penumpang tiga kenderaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat parah selepas terbabit nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu, Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.
Sumber berkata, akibat pertembungan yang kuat, Perodua Myvi dinaiki Mazira Ishak, 25, dan tunangnya, Izwan Yusof, 27, terbalik beberapa kali lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan orang ramai," katanya.
Foto

Sementara itu, sebuah kereta Naza Citra dipandu, Khairul Izhar Razali, 21, yang mengekori Perodua Myvi turut terbabas ke dalam parit kerana cuba mengelak dari bertembung.

Dalam perkembangan sama, sepasukan dua pegawai dan 12 anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.

Cara ajar pelumba haram

Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
FotoMAYAT Lung dibiarkan di tepi jalan.

Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.

Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.

Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP

Tiada ulasan: