Ahad, 20 Oktober 2013

KITA TAK KAN SENTIASA DIATAS...TIADA KEMANA POPULAR DAN DIKENALI DIDUNIA....KALAU TIDAK POPULAR DIKALANGAN MALAIKAT2 DILANGIT...DIPADANG MAHSYAR LAGILAH

Politik wang: Apa di sebalik kenyataan Saifuddin?

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno.

Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu.

Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.

Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.

Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan.

"Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.

Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan.

Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan.

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Mashitah, Zed Zaidi masuk senarai tewas, terhangat

Harakahdaily, 20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Artikel blog bertajuk “Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas” menjadi artikel yang paling diminati para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 41, 2013.

Artikel itu mengulas mengenai pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu yang lalu di mana Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang bertanding untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia antara nama yang tewas.

Selain itu, Bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff dan calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman juga termasuk senarai tewas.

Artikel Ekeleh.com itu menewaskan artikel bertajuk “Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar” dan “Tidak perlu tunggu PRU14 untuk tumbangkan BN” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 13.10-19.10.

1

Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas
2

Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar
3

Tidak perlu tunggu PRU14 untuk tumbangkan BN
4

Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Adnan
5

Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide
6

Menusuk kalbu, MP PAS agih daging korban di rumah penyokong Umno
7

Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib
8

Kambing guna helah elak jadi korban (gambar)
9

Apa lagi Dr. Mahathir mahu?
10

Berbelanja mewah ketika aliran tunai negara nazak

Pakcik selalu memancing kat sini ke?

Timmy Say, 20 Okt 2013
Di Program High-Tea Ameerah Fan Club semalam, ada seorang “pakcik nelayan” dari Marang menyatakan kegembiraannya yang amat sangat jika orang tidak mengenalinya menegurnya.

“Apa yang buat saya gelak, saya menjala di tepi laut... kanak-kanak tak kenal saya. Apabila memancing,  ada pelancong datang tanya, ‘Pakcik, ini selalu memancing kat sini ke? Dapat ikan?’

"Selepas itu, mereka kembali dan bertanya, pakcik ini, presiden PAS ke? Nak ambil gambar,” kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara berseloroh ketika menjawab soalan daripada hadirin yang menghadiri dialog tersebut.

Di dalam program yang dihadiri hampir 200 orang di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam, Abdul Hadi turut ditanya mengenai pemikiran politik beliau serta perkara yang paling diminatinya dan pengalaman manis dan pahit sepanjang terlibat dalam politik.

Bagi Tuan Guru Abdul Hadi, yang lebih senang dipanggil Ayah Chik sepanjang forum itu berkata perkara yang paling penting dalam berpolitik ialah “mesti berilmu dan faham (mengenai ilmu)”.

“Kita mesti berilmu dan faham untuk jadi pemimpin politik. Ilmu ada tapi tak faham tak berguna. Faham tapi tak ada ilmu pun tak boleh juga,” katanya.

Ketika ditanya prinsipnya dalam beramal beliau berkata, segala kerja perlu dilakukan  dengan ikhlas.

“Buat semua benda dengan ikhlas. Apabila kita buat untuk orang lain, kena guna hati ikhlas baru dapat puaskan hati orang lain,” ujar beliau.

Bagi Abdul Hadi, pengalaman paling manis di dalam karier politiknya ialah apabila musuh datang memohon maaf padanya.

“Contohnya SB (polis cawangan khas) dan tentera datang minta maaf selepas baca buku saya dan memerhatikan saya sekian lama (atas tanggapan dan tuduhan silap pada beliau),” katanya.

Perkara paling pahit bagi Abdul Hadi pula ialah ketika PAS memerintah kerajaan Terengganu sebelum ini.

“Royalti dirampas. Terengganu tewas kerana pengundi luar dibawa masuk. Undi rakyat Terengganu (pada PAS) meningkat tapi tetap tewas,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut diajukan dengan solan "Apakah beliau seorang yang garang"?

“Saya hanya garang pada musuh. Pada anak-anak, ada masa garang ada masa lembut. Tak boleh garang sentiasa dan tak boleh lembut sentiasa,” katanya dengan berseloroh.

Program dialog anjuran Ameerah Fan Club bersama Abdul Hadi semalam dilihat lebih bersifat santai mirip perbincangan anak beranak yang jarang berlaku dalam program lain.

Tuan Guru sepanjang sesi tersebut dilihat sangat ceria dan teruja melayani setiap soalan yang dilontarkan padanya termasuk persoalan berkait peribadi.

Selamat Hari Jadi ke 66 buat Ayah Chik!

Kekalahan Mukhriz beri kesan di Sg Limau

Muhammad Faeez Azahar, 20 Okt 2013
JERAI: Kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Nazri Din berkata, penyokong dan jentera BN dilihat telah menyandarkan harapan yang begitu tinggi kepada Mukhriz bagi merebut jawatan Naib Presiden Umno bagi menaikkan semangat jentera dan ahli parti untuk berkempen memenangkan calon BN.

Mukhriz bgaimanapun gagal setelah ketiga-tiga penyandang berjaya mengekalkan jawatannya, kata Nazri.

Namun begitu katanya, PAS tidak memandang rendah perkara itu dan akan bergerak dengan strategi tersendiri untuk meraih sokongan pengundi bagi memastikan kerusi tersebut kekal milik PAS.

"Di saat jentera BN khususnya Umno terganggu dalam suasana pemilihan, PAS hadir dalam keadaan bersedia tanpa sebarang permasalahan timbul.

"PAS akan mengambil peluang ini untuk menyusun gerak kerja yang kuat bagi menyaingi gerak kerja BN untuk meraih sokongan rakyat," katanya.

Beliau berketa demikian ketika ditemui Harakahdaily di rumah petugas PAS Perak di Simpang Tiga, Sungai Limau, dekat sini malam tadi.

Pengarah kontinjen petugas PAS Perak itu menjelaskan, PAS Perak telah diamanahkan untuk bertugas di dua Unit Peti Undi (UPU) iaitu Simpang Tiga, dan Selengkoh.

Kedua-dua UPU itu katanya masing-masing tewas ketika PRU13 yang lalu.

Namun kata Nazri, pihaknya melahirkan keyakinan untuk meraih sokongan dan mendapatkan undi yang lebih tinggi berbanding PRU13 lalu.

Beliau menyatakan, jentera PAS Perak telah mula berkampung di Sungai Limau secara berperingkat hingga hari pengundian untuk membantu menyusun gerak kerja kempen.

Jelas Nazri, PAS telah mengenalpasti pendekatan, strategi, cara berkempen yang paling sesuai untuk dipraktikkan oleh jenteranya sewaktu berkempen.

"Kami akan berusaha sedaya mampu untuk memastikan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau dapat dikekalkan," tegasnya.

Anak muda perlu serius 'terjun' dalam masyarakat

Salmiyah Harun, 20 Okt 2013
PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama.

Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambahnya, penglibatan melalui agensi ini merupakan permulaan yang terbaik untuk terjun ke dalam masyarakat sebagai tanggungjawab dan bukannya satu bebenan.

"Jika dahulu kita dapat lihat anak muda seawal usia dua puluhan telah cukup bersemangat melaungkan ucapan keramat dan bersungguh-sungguh membela anak bangsa.

"Kesedaran ini kerana mereka sendiri melihat dan merasa segala perit jerih anak pertiwi menongkah badai kemelut kehidupan," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sini semalam.

Malangnya kata beliau, sebahagian anak muda hari ini lebih cenderung terlibat dengan budaya nagatif sehingga menggelapkan peranan besar mereka dalam proses pembinaan dan kepimpinan negara.

Apatah lagi katanya, terjebak dalam dunia yang nembantutkan perkembangan minda muda yang masih segar, merosakkan jiwa dan melemahkan jasad yang  sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat dan negara.

Kelompangan golongan muda yang gagal mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan negara, bagi Fareedah ia dilihat akan menjadi barah yang membawa kepada krisis kepimpinan negara yang berkualiti.

Justeru katanya, pendidikan politik dan kecintaan kepada negara akan langkap melalui penglibatan generasi ini di dalam kelompok masyarakat secara optima.

Tiada ulasan: