Jumaat, 25 Oktober 2013

JANGAN RAGU KEKUASAAN ALLAH....JANGAN RAGU ALLAH ITU ADALAH TUHAN UNTUK SELURUH MAKHLUK BAIK DILANGGIT ATAU DIBUMI@SEKELIAN ALAM SEMESTA....YANG KITA KETAHUI MAHU PUN TIDAK

Amaran Dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Posted on Friday, October 25 @ 02:44:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Omakkau

Adalah menjadi kesalahan menyebarkan gambar dan video pegawai bank wanita yang mati kena tembak oleh pengawal keselamatan semalam!!!!

Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera,

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp

Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.

Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera.

Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sekian, terima kasih.-Omakkau.



Suami Minta Henti Sebar Gambar Kematian Norazita
Posted on Friday, October 25 @ 02:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.

Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya.

Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya.

Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan.

Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan adiknya ke sekolah namun semalam, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang, di sini.

"Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya.

Sementara itu, pengurus bank berkenaan Lyonel Tan berkata kejadian ini pertama kali berlaku di bank berkenaan.

"Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita.

"Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota keluarga Allahyarham.

Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam ini.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.

Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.

"Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak.

Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini.

Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya. - Bernama/SH 


 Bapa Menteri Umno Pun Turut Sama Mendoakan Kemenangan Calon PAS
Posted on Friday, October 25 @ 02:02:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Manjongmari

Memang benar kata-kata lirik lagu kumpulan Raihan kut, Iman tak dapat diwarisi dari ayah yang bertakwa... Nak buat macam mana...

Kisah menteri ni memang aku dengar dah lama dah... waktu aku duk dalam servis lagi, dah tau dah kerenah dia ni... namun alhamdulillah, bapanya yang masih sehat,, tetap istiqamah dengan parti Pas....

Layan...



Moga-moga pengundi Dun Sungai Limau dapat petunjuk sama dengan bapa menteri ni,, Insya Allah.

manjongmari.blogspot.com


 (Video) PRK Sungai Limau : Nilai Kenyataan Orang Bukan Islam dengan Orang Islam
Posted on Friday, October 25 @ 00:43:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





(Video) PRK Sungai Limau : Nilai sendiri Kenyataan Orang Bukan Islam dengan Orang Islam Berkenaan Kelulusan Agama

Lu orang dah tengok ke Video kat atas tu... apa macam atau macam-macam beb... nampak tak siapa yang MENGHINA siapa... kalau yang dikatakan SIKAFIR HARBI tersebut mengatakan bahawa Berkelulusan Agama hanya layak menjadi GURU AGAMA dan IMAM MASJID rasanya TAK JANGGAL jugak beb... kerana nama nya pun SIKAFIR HARBI yang sudah semestinya ENGGAN untuk Megiktiraf bahawa yang Berkelulusan Agama adalah LAYAK bagi menjadi Pemimpin dalam Berbagai Bidang selain dari IMAM MASJID dan GURU AGAMA.

Tetapi bila Orang Islam yang duduk konon nya didalam Parti yang Memperjuangkan AGAMA ISLAM rasanya ada sesuatu yang TAK KENA sama ada PENDIRIAN SESAT dia orang atau pun KEPALA OTAK dia orang sudah TAK BETUL... mana mungkin Orang yang TAK SESAT dan TAK GILA sanggup berkata begitu beb... namun sudah menjadi RESAM DUNIA mana ada Orang Sesat yang mengaku Sesat dan Orang Tak Betul mengaku Tak Betul... maka hasilnya sekejap kata yang mempertikaikan Keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Kalimah ALLAH adalah MURTAD...

...sekejap kata Kalimah ALLAH boleh digunakan oleh Orang Kristian tetapi hanya dalam BERDOA... sekejap kata Orang Kristian 1 SABAH dan 1 SERAWAK boleh menggunakan Kalimah ALLAH bukan setakat BERDOA sahaja malahan KESELURUHAN nya pun boleh... mungkin kerana 1 SABAH dan 1 SERAWAK tidak termasuk didalam Kalimah ALLAH yang menjadi PERTIKAIAN... itu sebab nya gua cakap hanya Orang Sesat dan Orang Tak Betul aje yang boleh mengeluar kenyataan sedemikian beb... kah kah kah !.

Berbalik kepada Video diatas kalau jenis yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah dari golongan Pemuda Umno seperti Khairy Jamaluddin atau pun Naib Ketua Pemuda Umno yang dipanggil Azwanbro tidak jugak gua HERANNN... dah nama nya pun Pemuda Umno beb... ini tidak yang bercakap tu adalah jenis TUA-TUA yang menghampiri Umur SUBSIDI... tapi bila bercakap langsung tak menggunakan KEPALA OTAK sebalik nya KEPALA LUTUT... macam mana hendak Orang Bukan Islam lebih-lebih lagi yang dikatakan SIKAFIR HARBI diminta untuk Menghormati AGAMA ISLAM.

Pada waktu yang sama Berkelulusan Agama Islam DIHINA sebegitu rupa... kalau sudah yang Berkelulusan Agama Islam atau Berpengetahuan Agama dikatakan tidak boleh menjadi Pemimpin apa LAYAK ke yang JAHIL tentang Agama Islam menjadi Pemimpin beb... mungkin lah boleh menjadi Pemimpin namun alangkah ELOK nya kalau yang menjadi Pemimpin tersebut Berpengetahuan dalam Agama Islam... setidak-tidak nya tahu HUKAM HAKAM tentang Agama Islam dan tak keluar lah dari MULUT LONGKANG seperti Orang Islam TAK PRODUKTIF lagi kerana banyak DIPOTONG TANGAN disebabkan Hukum Hudud... kah kah kah !.

http://inderasipejuang.blogspot.com/

hemmmmm..... masih lagi mengatakan yang pertandingan dalam umno adalah perkara biasa... kononya umno sudah ada pertandingan sejak sebelum merdeka... cuba tanya kat mangkuk ayun ni apa jadi dengan pertandingan umno pada tahun 1987... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Friday, October 25 @ 00:43:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Video Ketika Pegawai Bank, Norazita Ditembak
Posted on Friday, October 25 @ 00:36:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Pegawai-Bank-DitembakVideo ketika pegawai operasi bank Ambank Norazita Abu Talib ditembak. Kejamnya pembunuh Ardi Hamza kerana tamakkan wang.

Teringat pula bagaimana pengawal bank yang ditembak pengawal bank di dalam van keselamatan juga kerana duit di Taiping sebelum ini.

Visual rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa sedang mungkin menyimpan wang untuk hari itu ke dalam bilik kebal sebelum tiba-tiba rebah dengan kesan tembakan pada kepalanya.

Dengan tidak menghiraukan mangsa sudah tidak bernyawa, pengawal keselamatan itu menarik seorang staf jauh dari lokasi tembakan.

Selepas itu suspek secara rakus mengaut semua wang dalam beg yang dibawa sebelum melarikan diri dikatakan dengan motosikal tanpa diketahui.

Takziah untuk ahli keluarga mangsa, berat dugaan yang diterima mereka. Semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya. -

LIHAT VIDEO

Baca juga:
Video dan gambar, Dua mati ditikam lelaki mengamuk di Gombak"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Friday, October 25 @ 00:36:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 PRK Sg Limau : Tuduh Ustaz Azam Syiah Tetapi Bukti Tak Ada
Posted on Thursday, October 24 @ 23:17:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh PRK N20 Sungai Limau

Gambar: Haahaha..Blogger UMno/BN tembak tak kena!!sistem talaqqi pon depa tak faham..lepas tu tuduh Syiah pulak sebab mengaji kat Syria!!!Mukhriz mengaji kat US takkan dia Kristian kot??Harapan kami agar UMno/BN kempenlah cara betul dan gunakan otak!!
Blogger UMno/BN tembak tak kena!!sistem talaqqi pon depa tak faham..lepas tu tuduh Syiah pulak sebab mengaji kat Syria!!!Mukhriz mengaji kat US takkan dia Kristian kot??Harapan kami agar UMno/BN kempenlah cara betul dan gunakan otak.





Allah Turunkan Rezeki Dengan Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza
Posted on Thursday, October 24 @ 22:27:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



RATUSAN Ikan pari terdampar di Gaza Palestin.
Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.

Eyad Almadoun bersyukur dengan rezeki tak terduga

Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.

Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.



Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.


"Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia.

Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.


Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato," kata Almadoun.
"Ia daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. -Surah Ali Imran Ayat 37-



Sumber Link

Tiada ulasan: