Rabu, 30 Oktober 2013

ISLAM ITU BENAR@HAQ....JANGAN DIRAGUI...RAGUI ROSAK IMAN...MAHKAMAH DUNIA....KITA ADA SATU MAHKMAH....PENENTU SERTA PENAMAT IAITU MAHKAMAH ALLAH SWT

Banjir Madinah 2013 – Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah
Posted on Monday, October 28 @ 16:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



banjir-madinah-2013
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir.  jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan  masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.


Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.
Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.
Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.
Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.
Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.
Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )
Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
Keadaan banjir di madinah 2013



amekaw.com
http://amekaw.com

KETUA KIMMA DI HADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MENCABUL KEHORMATAN MENANTU SENDIRI!!!! ... ADAKAH INI AKIBAT KURANG PENGAMBILAN GULA DALAM MINUMAN DAN MAKANAN?


Adakah ini akibat kurang ambil gula dalam minuman dan makanan? .... Ketua parti yang cukup sokong padu lagi jitu UMNO/BN Kongers India Muslim Malaysia (KIMMA) Tampin, Negeri Sembilan diheret ke Mahkamah kerana mencabul menantu sendiri.

TAMPIN –  Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya.

PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA .... AKHIRNYA KUMPULAN ASPIRASI KECUNDANG DI TANGAN PRO-MAHASISWA.



KUBU KUAT "ASPIRASI" SELAMA 22 TAHUN DI UUM TUMBANG DITANGAN "PRO-MAHASISWA", MALAM TADI ..... BERANI BERUBAH.

LISTEN, LISTEN, LISTEN!!! Kejutan Berlaku Di PRK UUM Yang Terkenal Dengan Kubu Kuat "Aspirasinya" Apabila "Kalah Banyak Kerusi" Malam Tadi Setelah Tranformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA) Memenangi 14 Kerusi (Termasuk 5 Kerusi Umum Dari 8 Kerusi,). Dan Yang Paling Menggembirakan, Tokoh Pelajar "LISTEN" Yang Pernah Menciptakan Fenomena Tempohari, Miss BAWANi Turut Memenangi Kerusi Umum Yang Dipertandingkan... Tahniah Buat Siswa UUM Yang Berani Membuat "Perubahan"

BERIKUT KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2013/2014

KERUSI UMUM

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 5 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 2 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI

KERUSI PUSAT PENGAJIAN

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 7 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 3 KERUSI

KESELURUHAN :

TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 12 KERUSI
PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 5 KERUSI
BEBAS : 1 KERUSI.

PENGERUSI TABUNG HAJI YANG BARU AZEEZ RAHIM, KATA SUSU PEKAT LUPUT TARIKH SUMBANGAN DARI BELIAU SEBENARNYA ADALAH UNTUK KEGUNAAN PARA PETUGAS BN PRK DUN N20 SG LIMAU!!!!!!



Begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina?

YAN: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan.

Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."

Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN)  kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut.

“Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam,” kata Mahfuz

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu.

“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan,” kata beliau.

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung.

BEKAS KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIE TERENGGANU DI HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH KERANA MEMPERTIKAIKAN ARAHAN SULTAN TERENGGANU DAN MENGHINA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU.(MAIDAM) TERENGGANU.



Kuala Terengganu: “Saya tidak takut kerana saya menegakkan kebenaran mengikut hukum syarak. Saya hanya takut pada Allah. Maruah saya cuba dijatuhkan kerana menegakkan kebenaran. Tunggu sajalah, kes pun baru berjalan dan belum diputuskan bersalah atau tidak,” kata bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya, 57, yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Ismail yang juga bekas Mufti Negeri berdepan dua pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan mempertikai arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula MAIDAM tahun lalu.


Bagaimanapun, Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina MAIDAM melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, di sini.

Beliau didakwa melakukan penghinaan itu dengan kata-kata “Oleh yang demikian jelas kelihatan usaha MAIDAM mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian.” Bagi pertuduhan kedua pula, Ismail pada tarikh dan tempat sama didakwa mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baru Institut Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu dengan kata-kata “Soalnya adakah hasrat MAIDAM pada masa ini yang mahukan pentadbiran Mahkamah Syariah diletakkan sebagai sebuah jabatan di bawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak seseorang tertentu? “Jika hasrat itu diputuskan atas pandangan seseorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai mana kehendak firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu? Jika musyawarah diadakan, berapa ramaikah ahli yang berkepakaran dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah khususnya dijemput sama? “Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan MAIDAM itu bermaksud mahu mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut hukum syarak mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? “Soalnya, adakah tindakan MAIDAM yang sedang berusaha bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun pada peringkat negeri”.

Kamalruazmi kemudian membenarkan Ismail diikat jamin RM800 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang Ismail melantik peguam.

PENGUNDI DUN N20 SG LIMAU SUDAH BERANI BERHIJRAH!!!!! ... CERAMAH UMNO/BN PENUH SESAK SETIAP MALAM!!!!


"Berani berhijrah" adalah slogan UMNO/BN di PRK DUN N20 Sg Limau yang menuntut keberanian untuk berubah ...

Nampak gayanya .. amatlah jelas lagi terang berderang para pengundi DUN Sg Limau sudah mau berhijrah dari mendakap perjuangan PAS ke terus memeluk erat tubuh badan UMNO/BN kali ini.

Manaya tidak ... ceramah anjuran UMNO/BN setiap malam penuh sesak dengan sambutan yang amat luar biasa dan hebat sekali.

Jika dilihat pada sambutan ceramah-ceramah UMNO/BN maka ramalan Presiden dan Pengasas NGO terhebat Melayu seantaro dunia PERKASA, Ibrahim Ali bahawa PAS akan kalah teruk ditangan UMNO/BN pada 4hb November 2013 ini bakal menjadi kenyataan.

Mengapa? .. Tidak percaya? ... lihat saja rakaman gambar diatas ... bukan saja manusia yang datang berpusu-pusu dan berduyun-duyun datang mau mendengar ceramah isu semasa yang disampaikan oleh para ceramah UMNO/BN tetapi orang bunian dan makhluk halus pun turut serta.

Oleh itu nasihat ikhlas Omak Kau .. Jangan pandang UMNO/BN tak de mata tau!!!!!

BERANI BERHIJRAH!!!!  .. HIDUP UMNO!!!!  HIDUP MUKHRIZ!!!! .. HIDUP NAJIB!!!!

Tiada ulasan: