Sabtu, 23 Jun 2012

TIADA KHIANATKE MENIDAK HUKUM2 ALLAH@HUDUD... SELAMBA MENGANJUR MAJLIS MAKSIAT....SELAMBA LANGGAR HUKUM ALLAH...DAN BANYAK YANG SELAMBA LAGI....TAK TAKUTKE SEKSAAN ALLAH SERTA HARI DIBANGKITKAN SEMULA....

Budaya fitnah paling teruk di era Najib

Aslani M, 23 Jun 2012

KETEREH: Biar pun Datuk Seri Najib Razak dianggap pewaris akhir kuasa Umno, namun budaya fitnah yang berlaku di bawah kepemimpinannya paling teruk dalam sejarah kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) berkata, berbanding perdana menteri sebelumnya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad, budaya fitnah di era Najib paling ketara sekali.

“Budaya fitnah paling teruk berlaku sekarang berbanding di era perdana menteri sebelum ini,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu, Kedai Peringat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,  Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir,  Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan pegawai penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani.

Azmin berkata, beliau dan keluarga diserang dengan dakwaan fitnah selama dua bulan secara berterusan melalui media Umno.

Menurutnya, Utusan Malaysia dan TV3 mencerca isteri dan anaknya dengan begitu mengaibkan sekali apabila mengungkitkan isu lama kira-kira 14 tahun lalu.

“Sedangkan laporan DNA daripada pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur dan Singapura mengesahkan anak saya bersama isteri, Shamsidar.

“Anak saya ketika itu berusia tiga tahun dan sekarang sudah berumur 17 tahun. Tetapi pemimpin Umno tidak mohon maaf kepada saya dan keluarga sehingga sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan Umno tidak reti masalah dosa dan pahala sehingga isu seks serta moral menjadi mainan bagi mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga anggota parlimen Gombak berkata, pemimpin Umno boleh melakukan apa sahaja sekarang selagi ada sisa-sisa kuasa, biar pun melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimanapun dalam masa yang sama kerisauan Umno nampak semakin jelas sekarang apabila Dr Mahathir membuat kenyataan supaya Pakatan Rakyat tidak memfitnahnya sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Azmin berkata, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersilih ganti menjadi mangsa fitnah secara rakus oleh pemimpin Umno  tanpa menghiraukan fakta dan kedudukan sebenar.

Sementara itu Husam mengesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar menguasai 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Katanya, sekiranya Suruhanjaya Diraja itu diwujudkan beliau akan menyerahkan bukti bertulis daripada tulisan tangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad mengenai salah laku pemimpin Umno.

“Tulisan tangan itu ada dalam simpanan saya dan beberapa hari  lepas saya telah serahkan kepada Anwar. Tulisan itu ada menyebut bekas perdana menteri membawa banyak duit ke luar negara,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan perjumpaan anak-anak perantau dengan pimpinan kerajaan negeri pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini diadakan di tapak pembinaan lebuh raya rakyat bagi membolehkan mereka melihat sendiri projek dilaksanakan.

Saja nak sakitkan hati macai Umno

http://shalehudin.blogspot.com, 23 Jun 2012

Saja aku nak SAKITKAN HATI macai2 Umno... kahkahkah...

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Datuk Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS

Penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Wasatiyyah Umno Mad Said? (gambar)

http://lensahandphone.blogspot.com/, 23 Jun 2012

Islam Wasatiyyah UMNO Vs PAS Ajaran Sesat


Menteri Besar Terengganu antara yang mempopulari "PAS Ajaran Sesat" atas beberapa faktor. Dalam masa yang sama MB Terengganu mewarwarkan "Islam Wasatiyyah UMNO".

Adakah ini antara ajaran Wasitiyyah UMNO?

Doa dikabul oleh Allah, bukan makhluk

Zuriah Majid,
Dalam berita media pro-BN kelmarin, terdapat satu slot mengenai sebuah keluarga miskin yang menerima bantuan pembinaan rumah oleh TNB.

Yang menjadi persoalannya adalah wartawan yang membuat laporan berita itu berkata, “Akhirnya, doa pasangan terbabit dikabulkan oleh TNB.”

Kenyataan tersebut amat mengejutkan.

Doa dikabulkan oleh Tuhan, bukannya TNB atau mana-mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan rezeki.

Rezeki dikurniakan oleh Allah dan bukannya individu tertentu yang diberikan amanah oleh Allah untuk memimpin umat manusia.

Runtuh patut buka mata rakyat Terengganu

Anis Nazri, 22 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Insiden bangunan runtuh berulang-kali di Terengganu diharap dapat membuka mata rakyat negeri itu untuk me'runtuh'kan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata kes terbaru membabitkan bangunan astaka di Jertih, yang masih dalam pembinaan itu amat dikesali dan memerlukan tindakan lanjut dari kerajaan negeri.

"Sudah sampai masanya BN diruntuhkan di Terengganu ini.  Banyak projek-projek yang dijalankan menghadapi masalah seumpama ini.  Kita harapkan rakyat sedar keadaan ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengatakan insiden ini mungkin sebagai satu petunjuk daripada Allah terhadap kepimpinan BN Terengganu yang sebelum ini bertindak meruntuhkan beberapa bangunan rakyat.

"Sebelum ini, pada tahun 1991, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar bertindak merobohkan sekolah swasta, Institut Berakan, pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Masjid Bujal, Kemaman dirobohkan, dan beberapa siri perobohan membabitkan rumah rakyat.  Mungkin insiden kali ini petunjuk dari Allah," tegas beliau lagi.

Dalam kejadian semalam, sekitar jam 2.15 petang, bangunan astaka (gambar atas) yang masih dalam pembinaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu menyebabkan enam pekerja warga asing terperangkap dan cedera.

Mangsa pertama hanya berjaya dikeluarkan tiga jam selepas binaan tersebut runtuh memandangkan sebahagian tubuh mereka iaitu dari paras pinggang ke bawah tertimbus dalam timbunan simen yang semakin mengeras.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
PAS: Najib khianat umat Islam jika PRU musim haji

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:28PM Jun 23 2012
PAS terus menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji, dengan menyifatkan tindakan itu, jika dilakukan, adalah pengkhianatan" kepada Islam.

"Kalau Najib putuskan buat piihan raya masa musim haji, Najib adalah pengkhianat kepada Islam dan umat Islam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurutnya, tindakan itu jika dilaksanakan adalah penafian hak mengundi buat lebih 30,000 umat Islam yang dijangka menunaikan ibadah tersebut pada masa itu.

"Kalau 30,000 kita ambil purata (daripada) 100 kerusi Parlimen, sudah ada kira-kira 300 pengundi yang boleh memberikan 'warna' berlainan (bagi setiap kerusi)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib semalam tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
Tahanan ISA mulakan mogok lapar kedua

  • S Pathmawathy
  • 12:36PM Jun 23 2012
Penat menunggu pembebasan mereka, dua daripada 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memulakan pusingan kedua mogok lapar mereka pada Khamis lepas.

Jurucakap kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri berkata, dua rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi menunggu sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memastikan pembebasan mereka.

"Mereka berdua tidakNONE mahu menunggu lagi sehingga akhir bulan ini," katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada Fadzullah Abdul Razak dan lelaki dikenali sebagai "Razali".

Fadiah berkata, tahanan lain juga bersetuju sebulat suara untuk menyertai mogok lapar itu selepas 30 Jun - tarikh akhir ditetapkan supaya Suhakam kembali dengan keputusan positif.

Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam awal bulan ini berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk meyakinkan Kementerian Dalam Negeri bagi membebaskan atau mendakwa tahanan itu.

Seramai 20 rakyat Malaysia dan 25 warga asing masih ditahan di Kamunting atas dakwaan terlibat dalam gerakan Darul Islam dan penyeludupan manusia.

Sebahagiannya dijangka terus ditahan sehingga 2014, walaupun akta itu sudah dimansuhkan di Dewan Rakyat pada April lalu dan digantikan dengan undang-undang baru.

Bagaimanapun, undang-undang baru tidak menjamin pembebasan tahanan sedia ada.

Seksyen 30 dalam akta baru itu menyebut sebarang arahan dikeluarkan bawah ISA tidak terjejas dengan pemansuhannya, kecuali ditarik balik oleh menteri dalam negeri.

Bulan lalu, seramai 12 daripada 45 tahanan sudah mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan mereka. Mogok itu berakhir selepas lawatan oleh pesuruhjaya Suhakam.

Tiada ulasan: