Perang bendera Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata "tidak mustahil" Pakatan Rakyat akan memenangi lebih banyak kerusi di negeri Johor dalam pilihan raya akan datang.

perang bendera sungai terap johor 170612Keyakinannya itu diperkuat lagi dengan ketegasannya bahawa beliau tidak pulang untuk bertanding di negeri itu untuk "membunuh diri."

"Tiada kerajaan yang kekal selamanya di muka bumi. Ia adalah urusan Allah. Kita yakin dan percaya untuk berdepan dengan mereka (BN).

"Kita tengok nanti, siapa yang terbunuh dan siapa yang dibunuh. Saya mahu mencipta sejarah baru di negeri Johor," kata MP Kubang Kerian itu lagi dalam ceramah dihadiri 1,000 orang di Ledang pada malam tadi.
Ceramah berkenaan merupakan antara program utama selama dua minggu yang diatur PAS di Johor sempena program Himpunan Hijau peringkat negeri.
Perang bendera

Dua lagi program yang berlangsung semalam ialah majlis jamuan rakat di Tongkang Pechah di Batu Pahat dan di kawasan DUN Jorak di Pagoh.
perang bendera sungai terap johor 170612Kawasan itu merupakan antara 28 hingga 31 kerusi DUN yang dijangka menjadi rebutan PAS di Johor, selain lapan kerusi parlimen.

Kemuncak bagi acara ini ialah perhimpunan besar-besaran yang dijangka berlangsung di sebuah stadium di Johor Baharu pada 29 Jun.
Tarikan utama yang disebut-sebut ialah pengisytiharan rasmi oleh dua orang tokoh yang dikatakan rapat dengan menteri besar Johor untuk menyertai PAS dalam perhimpunan berkenaan.
Keghairahan pemimpin PAS itu dapat difahami apabila meninjau keadaan sekitar kawasan yang didampinginya kali ini.Perang bendera antara BN dan PAS di sepanjang jalan menuju ke kawasan ceramah di Parit 2 di Sagil dan juga lokasi jamuan menggambarkan seolah-olah kempen pilihan raya sudahpun berjalan.
Tawaran Pakatan Rakyat
Dalam ucapannya di ceramah tersebut, Salahuddin membandingkan pengurusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat.
PAS crowd in batu pahat johor 1Ia sebagai menjawab tohmahan pemimpin BN yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negara sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Amalan di negeri tersebut turut dipadankan dengan tawaran Pakatan dalam manifesto mereka untuk negeri Johor, antaranya bekalan air percuma 20 meter padu seluruh rakyat dan mempercepatkan proses pemberian hak milik tanah.

Selain itu, Pakatan turut menawarkan hadiah RM1,000 kepada golongan yang diterima memasuki universiti dan pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada waris untuk menguruskan warga emas yang meninggal dunia.
Tambah kerusi

"Kita akui sejak merdeka Umno menjadi pemerintah dan mereka ada pengalaman. Kita tidak ada pengalaman, (tetapi) kita (juga) tidak ada pengalaman rasuah dan penyalahgunaan rasuah," kata Salahuddin lagi dengan mengemukakan contoh dalam Laporan Audit Negara.

perang bendera sungai terap johor 170612Beliau berkata pertambahan kerusi Pakatan tidak mustahil berlaku memandangkan kini Pakatan Rakyat menguasai enam kerusi DUN - dua daripadanya dikuasai PAS iaitu Sungai Abong dan Maharani.
Di Pagoh, parti itu merancang untuk mendekati masyarakat Tiong Hua dan kini berjaya meraih 80 peratus sokongan daripada golongan itu, menurut ahli jawatankuasa PAS kawasan, Azmi Nor.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di kerusi tersebut dengan majoriti lebih 4,000 undi di mana komposisi pengundi Melayu sebanyak 58 peratus, Cina (36 peratus) dan India 6 peratus.

Begitu juga pandangan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang menegaskan PAS negeri berpeluang menguasai beberapa kerusi khususnya di DUN Jorak dalam parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dengan sokongan kaum Tiong Hua dan kawasan ini tiada talian hayat iaitu Felda dan Felcra, maka jentera perlu bekerja keras turun padang.

"Kalau Muslimat boleh menang di tempat Umno, di tempat lain, insya-Allah akan menang juga," katanya sewaktu menyampaikan ucapan ringkas dalam satu majlis jamuan.
Bekas timbalan Syeikh Al-Azhar sokong p'raya di musim haji
11:52AM Jun 17 2012  
Bekas timbalan syeikh Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya di musim haji.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini sebagai berkata, hanya sejumlah kecil rakyat beragama Islam yang menunaikan ibadat tersebut.

Umat Islam juga tidak perlu menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya kerana rukun Islam itu perlu diutamakan, katanya lagi seperti dilaporkan akhbar tersebut.

"Mengerjakan haji sudah menjadi wajib ke atas sesiapa yang mampu maka, dia perlu pergi haji.

"Perjalanan pilihan raya tidak akan terhalang hanya kerana sejumlah kecil yang pergi haji, jadi tidak perlu tangguh atas alasan untuk menyertai pilihan raya.

"Dalam hal ini orang Islam perlu membuat pertimbangan sewajarnya," katanya lagi dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu.

Malaysia pada 2011 memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi yang membolehkan 28,000 jemaah negara ini menunaikan haji.

Menteri hal ehwal agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akhir bulan lalu dilaporkan berkata, keputusan sama ada kuota itu akan dikekalkan hanya akan diketahui pada Julai.
Beliau mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang menimbangkan untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Beliau mendakwa, kerajaan Arab Saudi bertindak demikian ekoran tindakan sekumpulan individu yang mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.
Sehubungan itu juga, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany juga dilaporkan berkata, "Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi jalanan sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara, sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman."

Kenyataan Syeikh Mahmoud Abdel Ghany itu timbul ketika pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya dari PAS, menyatakan kebimbangan sekiranya pilihan raya akan diadakan ketika musim haji.
Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata isu yang dipertikaikan PAS bukan isu menangguhkan haji tetapi isu mengadakan pilihan raya ketika musim haji kerana akan menyukarkan rakyat.