Rabu, 27 Jun 2012

PAYAH NAK JAWAB DIPADANG MAHSYAR NANTI...NI BUKAN SIKIT....HAK RAKYAT....TAK BERBALOI YANG DIDAPAT DIDUNIA DENGAN SEKSAAN YANG AKAN DITERIMA...JIKA SABIT...CAKAP MASIH BERLAPIK TU....

Scorpene: Jawapan Zahid timbul banyak soalan

Harakahdaily, 27 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen mengenai isu jualan rahsia Scorpene di Dewan Rakyat malam tadi menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya mengungkit banyak soalan yang perlu dijelaskan kerajaan.

Pada 26 Jun 2012, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan Nurul Izzah di Parlimen.

Ia mengenai kehilangan atau penjualan dokumen rahsia pertahanan berkaitan pembelian kapal selam Scorpene seperti didakwa Saram di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman (judicial inquiry) di Perancis.

Beliau menyatakan bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.

Namun, kata Nurul, jawapan beliau menimbulkan seribu satu pertanyaan, yang perlu beliau jawab terutamanya berkaitan isu-isu berikut:

1) Menteri mengakui bahawa satu 'siasatan' ke atas isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan negara dikeluarkan dari Malaysia.

Persoalannya adalah: apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Di-Raja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan? tanya Nurul.

Nurul juga bertanya, adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen 'rasmi' yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan 'Rahsia Kerajaan', dan oleh itu adalah dokumen-dokumen palsu?

Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut? soal beliau.

Beliau juga bertanya, adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini suatu usaha antara kerajaan (Government-to-Government)?

Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk 'perkhidmatan sokongan dan koordinasi' dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin? tanyanya lagi.

Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu, katanya.

Beliau juha bertanya, adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan?

Bagi beliau, menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut (proof of capability) yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara.

"Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?" katanya lagi.

Azan ditawar RM5 juta untuk lompat

Hazayani Zakaria, 27 Jun 2012

(Azan [kiri] dalam sidang medianya bersama Khalid Samad)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini tampil membuat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke parti BN pada tahun 2010.

Azan dari PKR berkata, beliau ditawarkan jumlah tersebut dalam satu pertemuan di hotel lima bintang di ibu negara pada 27 Januari 2010.

"Ia berlaku di siang hari, di hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Siri-siri tawaran ini sudah berlaku sejak 2010 lagi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Azan juga mendakwa lebih "setengah dozen" ahli Parlimen PKR diberi tawaran sama malah sudah ada yang menerimanya dan lompat parti.

"Siri perundingan diatur dengan kemas dan orang yang terlibat yang mewakili pemimpin yang berjawatan tinggi," katanya lagi.

Menurutnya juga, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya perundingan itu dan akan didedahkan untuk pengetahuan masyarakat.

"Saya rasa ini perlu dijadikan iktibar lebih-lebih lagi pilihan raya makin dekat. Rakyat pun semakin minat  dengan integriti," katanya yang ditemani Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Khalid sebelum ini membuat dua siri pendedahan video dan audio berhubung pembelian ahli Parlimen PKR.

"Saya akan terus buat pendedahan demi pendedahan tentan pertemuan dan perundingan pembelian MP ini dan kita tengok siapa yang akan respons," katanya.

Jangan dolak dalih, tutup terus kem Kemunting

Harakahdaily, 27 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta kerajaan tidak berdolak dalik lagi tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan terus menutup kem tahanan di Kamunting dengan segera dan membebaskan kesemua tahanan di dalamnya serta merta.

Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam kenyataannya berkata, tidak ada gunanya kerajaan ‘bermain politik’ dengan rakyat dengan pengumuman menghapuskan ISA tetapi Kem Kamunting masih beroperasi seperti biasa manakala tahanan di dalamnya tidak dibebaskan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), kata Riduan, memandang serius kes mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan ISA bagi menuntut pembebasan mereka.

Setakat ini seramai 9 orang tahanan telah melancarkan mogok lapar bagi mendesak kerajaan membebaskan mereka dari tahanan itu.

Bagi DPPM, isu ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan implikasinya amat berat terhadap imej negara ini.

Ia membabitkan hak asasi dan kerajaan bertanggungjawab mendengar segala keluhan dan permintaan tahanan terbabit.

Menurut beliau, sejak bocornya maklumat dari dalam kem bahawa ada tahanan yang diseksa ala Guantamo secara luar perikemanusiaan,  ISA semakin dipertikaikan banyak pihak.

"DPPM bimbang kemungkinan tahanan ISA sekarang diseksa dengan modus operandi yang sama sehingga mereka terpaksa melakukan mogok lapar kerana tidak tahan lagi dengan seksaan yang mereka terima," katanya.

ISA sudah diterima oleh rakyat di negara ini sebagai akta zalim yang meragut hak tahanan.

Mereka dinafikan untuk perbicaraan yang adil di samping seksaan mental dan fizikal yang keterlaluan, kata Riduan (gambar).

Bahkan, kata beliau, kerajaan telah mengumumkan untuk memansuhkan ISA dengan digantikan dengan dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Justeru, amat wajar bagi kerajaan membebaskan tahanan itu sekarang tanpa ada apa-apa syarat dan tekanan.

Apa yang dibimbangi sekiranya ada tahanan yang melancarkan mogok lapar ini menderita sakit atau mati semasa dalam tahanan.

Sudah tentu kes ini nanti akan lebih rumit dan sukar bagi kerajaan menjawab isu ini diperingkat antarabangsa, katanya.

Elok MTRK intai ketua lebih berwibawa

Aslani M, 27 Jun 2012
KOTA BHARU: Dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kononnya ada jenazah tidak dapat dimandikan kerana tiada bekalan air menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ramai melihat NGO Umno itu seperti hilang arah perjuangan, tanpa mampu mempamerkan kekuatan sebenar kuasa ketiga yang diuar-uarkan kebelakangan ini.

Malah sebelum ini dalam beberapa kenyataan diulang-ulang MTRK yang diketuai adik Presiden Perkasa, Azmi Ali mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan bekalan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sedangkan SPAN hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan air dengan mengeluarkan lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan.

“Jadi MTRK mahu Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada SPAN yang hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen.

“Mereka perlu belajar sikit untuk mengetahui apa perbezaan dengan SPAN dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang menjadi pemegang lesen untuk sistem bekalan air di Semenanjung Malaysia.

“Eloknya MTRK melantik Presiden yang lebih berwibawa dan bukan bercakap sembrono sehingga diketawakan orang ramai,” kata seorang guru pencen yang menyertai pra himpunan menyokong tuntutan royalti di hadapan Kota Darulnaim semalam.

Pada perhimpunan anjuran MTRK yang diketuai Azmi semalam, mereka melaungkan kononnya keadaan bekalan air bersih di Kelantan begitu kritikal sehingga jenazah pun tidak dapat dimandikan.

Malah mereka mendakwa Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyeleweng dan mahu kerajaan negeri menyenaraikan semua kontraktor yang mendapat projek meningkatkan bekalan air bersih.

Biar pun deretan senarai nama kontraktor dan projek dikeluarkan AKSB melalui siaran akhbar, namun MTRK masih membangkitkan isu sama.

Lebih memalukan lagi apabila AKSB menjelaskan semua kontraktor ditentukan kerajaan pusat, di mana sebahagian besar difahamkan merupakan syarikat kroni pemimpin Umno.

“MTRK tuduh kononnya wujud penyelewengan dalam peruntukan RM600 juta yang diluluskan kerajaan pusat, sedangkan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan pusat.

“Peruntukan melalui pinjaman mudah yang diluluskan melalui RMK-8 hingga RMK-10 sebanyak RM547 juta, di mana semua pinjaman itu perlu dibayar kembali,” kata AKSB dalam risalah yang diedar pada perhimpunan tersebut.

Lebih melucukan lagi apabila ramai peserta himpunan MTRK meminum air berjenama Darul Naim yang dikilang oleh AKSB di Pengkalan Chepa, diedar percuma semalam.
Baju kuning tetap sertai sambutan PM di TARC
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:45PM Jun 27 2012
 
Sebilangan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) tidak gentar dengan 'galakan' pengurusan kolej agar pelajarnya memakai baju merah menyambut perdana menteri sempena lawatannya petang ini.

Sebaliknya, kira-kira 20 pelajar tahun pertama lanjutan (advanced first year) tetap berbaju kuning dan hanya muncul 'menyambut' Datuk Seri Najib Razak di tepi jalan sekitar jam 4.15 petang.

NONEMereka malah bergaya santai, antaranya dengan berseluar pendek dan bergambar sesama sendiri.

Sebahagian besar pelajar lain pula membentuk 'lautan merah' manusia menyambut Najib di kiri dan kanan jalan menuju ke Dewan Utama Kolej TAR di ibu negara kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Pelajar-pelajar yang berbaju-T merah kelihatan begitu gembira seolah-olah berpesta dan bersorak-sorak menyambut hadirin yang tiba untuk majlis Agensi Inovasi Malaysia di situ.

Malah, wartawan Malaysiakini juga turut disapa dengan meriah apabila disalam dan dicium tangan oleh salah seorang pelajar yang berdiri di tepi jalan menunggu Najib.

'Ah Jib Gor we love you'
Ada antara mereka memegang kain rentang memuji Najib bertulis "Ah Jib Gor You are Our Inspiration" (Ah Jib Gor kamu inspirasi kami) dan "Ah Jib Gor We Love You" (Ah Jib Gor kami sayang kamu).

'Ah Jib Gor' atau 'Abang Najib' mula popular selepas Najib mewujudkan laman sosial dengan nama sama untuk mendekati 'rakan-rakan' Facebook berbangsa Tionghua beliau.

NONEKehadiran sebahagian kecil pelajar berbaju kuning bagaimana pun dilihat tidak mampu menyaingi sambutan meriah yang diberikan kepada Najib.

Sebelum ini terdapat khabar angin di Internet bahawa terdapat pengharaman pemakaian baju kuning oleh pelajar kolej milik MCA itu.

Pegawai Perhubungan Awam TARC Richard Liau semalam bagaimanapun menafikan mengenakan kod etika pakaian sebaliknya hanya menggalakkan pemakaian pakaian rasmi berwarna merah.

Kuning warna rasmi gerakan pro-reformasi sistem pilihan raya BERSIH dan digunakan pelbagai kumpulan yang kritikal terhadap kerajaan di negara ini.
PKR: Murad diugut, mohon maaf pada Anwar
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:41PM Jun 27 2012
 
PKR mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

NONE"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut (supaya dia) menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad "bukan sasaran" memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

"Jangan memandang rendah kedudukan PKR... Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

"Kita tampil baru sekelumit," tegasnya yang juga ahli parlimen Machang.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Akaun bersumpah 'innuendo'

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, akuan bersumpah itu bersifat innuendo - "tidak memberi fakta dan senarai semua harta" yang didakwa dimiliki Anwar.

Sebaliknya, kata Rafizi, akuan itu hanya dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengesahkan dakwaan Abdul Murad sama ada benar atau tidak dengan menyelidiki latar belakangnya.

NONEHasil siasatan beliau, Rafizi mendakwa rekod Abdul Murad "tercalar dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa" sewaktu berkhidmat di Bank Negara.

Perkara itu antaranya berkaitan dakwaan menerima habuan dalam pembayaran keahlian kelab Golf dan insurans kediaman dibayar pihak ketiga dengan jumlah tertentu.

Rafizi mendakwa pihaknya mempunyai bukti berhubung dakwaan yang dibuatnya hari ini.

"Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan master account yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata Rafizi.

Beliau berkata berdasarkan siasatannya juga, Abdul Murad didakwa mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan negara ini.

"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dengan pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau (Anwar)," kata Rafizi.

Rafizi: Umno jangan galak sangat
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan kepada Abdul Murad supaya kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan keadaan dengan berterus terang.

"Beliau perlu tampil ke hadapan memohon maaf secara umum kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia," katanya sambil menambah PKR tidak mahu memperbesarkan isu ini.

azlanRafizi turut mendakwa pihaknya juga mempunyai salinan surat asal beliau kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya "membawa implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno".

"Jadi, saya beri amaran kepada pemimpin Umno, jangan galak sangat... (Ada yang) mengaibkan lebih daripada dakwaan (Abdul Murad)... Kita tidak berminat nak meneruskan (pendedahan ini). Mari kita cakap soal polisi," kata Rafizi.

Ditanya sama ada pendedahan dakwaan itu sebagai "ugutan" kepada Abdul Murad, Rafizi berkata beliau tidak fikir ia sebagai ugutan kerana sebahagiannya termasuk dalam dokumen kes mahkamah.

"Kalau dia rasa ia ugutan, terserah kepadanya. Kita tengok apa reaksinya terlebih dahulu," katanya.
VIDEO l  13.59 mins


Rafizi dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:26PM Jun 27 2012
 
PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

NONEPengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

NONE"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.

"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000," kata Rafizi.

Rafizi berkata keputusan itu ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Rafizi juga turut mengedarkan keputusan mesyuarat JPMK tersebut kepada media.

Bawa pada polis, SPRM pada 29 Jun
Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkannya mengubah fikiran sehingga didakwa campur tangan untuk "menolak keputusan" awal yang dipersetujuinya sendiri.

"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.

Turut hadir dalam sidang itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
azlan
Rafizi berkata keputusan JPMK itu juga disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasaran Datuk Shahril Mokhtar pada 26 Januari - sehari selepas keputusan JPMK dibuat.

Rafizi turut mendesak Najib supaya meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dakwaan campur tangan dalam anugerah projek itu "langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan".

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menafikan bahawa beliau menandatangani kertas keputusan JPMK jika dokumen yang saya tunjukkan hari ini adalah palsu," katanya sambil yang menunggu maklum balas perdana menteri.

Sementara itu, Rafizi turut memaklumkan, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Jun berhubung pendedahan hari ini.

Masa dan tempat akan dimaklumkan kepada media kelak, tambah Rafizi.
VIDEO l  8.14 mins

  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 162 subscribers
    Dulu kita dengar jutaan ringgit sahaja yang di SONGLAPKAN, sekarang dah main billion billion. Makin tinggi nilainya.

    Sebab itu kewangan Islam menumpukan Dirham & Dinar bagi proses jual beli. Duit kertas ini hanya PROPAGANDA puak Kapitalis.

    Jangan terkejut, antara strategi orang2 berpengaruh dalam Sistem Kewangan Dunia, bila duit tak cukup, mereka akan cetak duit itu lagi tanpa pengetahuan UMUM.

    Sebab itu, setakat billion billion nie, apa ada hal bagi puak2 nie. Yang penting DUIT aku BOLEH CETAK!!! Rugi tak ada masalah, untung adalah KEUTAMAAN.

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!
  • Kahsi Liamsi · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    Dedahla apa saja rafizi ooii... beruk2 yang menyokong UMNO x kan pernah sedar.. diaorang seronok tgk pemimpin2 negara kaut duit negara masuk poket sendiri.. biar diri sendiri makan bangkai pun xpa.. asalkan 1malaysia..
    • Abrahim Abdan · Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah Melaka
      1Malaysia..sekarang no 1 jadi kebangaan kerajaan Malaysia..kita lihat semua projek atau sambutan atau apa2 je lah semua guna 1!
    • Mia Mymamamia · Pengulas Tertinggi · "Class"
      nasib baik la rosmah spesis cmtu ade 1 je :)
    • Faisal Himura · · Pengulas Tertinggi
      Rafizi tahu apa????? kencing berdiri boleh lah!!!! debat dgn KJ pun x cukup tanah bila lari....
  • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Scorpène class submarine
    Apabila tangan2 ghaib muncul, maka segala boleh berubah sekelip mata. Dia pengerusi, dia t/tangan dan dia pulak nak tukar.. waras ke PM aku nie ???..
  • Cengkih Hitam · · Ipoh, Perak
    dedah jgn xdedah...kita kasi A.B.U....HAHAHA
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Muhiyideen akan cakap 'No Komen'.. Khaled Noordin cakap "Apa saya nak komen'?.. SPRM cakap 'Kami akan siasat setelah mendapat cukup bukti.. biarkan SPRM buat kerja'.. RAKYAT cakap.. 'It's Enough!!..bubarkan Parlimen, adakan PRU sekarang..
    • Mustafa Yusof · · Pengulas Tertinggi · Secondary
      Raja Mohd Shahrim,
      Nak wat camner RMS dah Gomen... alasan, cakap pun macam tak pijak simen, soalan baik jawapan hancing, dah tentu berpusing.
  • Alzara Daniel · University of Ontohdimano
    bagi jadi pengerusi ombudsman la cam ni..
  • Mohd Firdaus Madzlan · Top Commenter · Universiti Al-Azhar Mansurah
    kenapa semua nama JPMK bermasalah.huhu
  • Gin Marvel · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Maka akan wujudlah satu siasatan bebas untuk mendakwa Rafizi dengan berdiri di belakang Akta Rahsia Rasmi. Di Malaysia, orang yg buat report akan di tangkap manakala yg membuat onar dalam negara akan terlepas.

    Rafizi, teruskan saja rancangan yg ada. Rakyat ingin tahu kemana hasil negara dibelanjakan & berapa banyak ketirisan yg berlaku.

    Kemunculan seterusnya : Hari Jumaat ini, nantikan peluang ke emasan ini!!
  • Seri Mersing · Top Commenter
    Tan Seri Kadir Syeikh Fazil telah menerangkan bahwa UMNO/BN million million tak main dah kini billion billion raayat rm500 empat tayer.
    Scrip ini dah lapok sabuah lagi film arwah Tan Seri P.Ramlee 'LABU LABI'budak budak tak boleh pigang duit banyak banyak scrip UMNO/BN raayat mesti berjimat.
    HaramJadah..........Natang........
  • Taufek Suut · Top Commenter
    Rafizi tolang lah, jangan bongkar rahsia kami, jika kami kalah, apa terjadi kepada kami nanti, nak makan apa, nasi lemak kami tak pandai, nak makan nasi kerabu tak standard, makan sambal petai oi... mak...makan orang hutan.
    • Taufek Suut · Top Commenter
      Hai marah kah, ada perasaan nampak, aku bukan alim, aku pakai songkok ikut ala Pakistan atau India bukan pakaian Melayu, kalau tak faham saya nasehat kan awak pakai baju bukan nak dedah aurat saperti dlm gambar tu.
    • Hussin Mohd Rejab · Top Commenter · UKM
      Taufek, Jangan cakap macam tu laa,,, sedih saya,,,, teringat masa kecil sebelum perang dulu.. cari iakan air tawar.. cari pucuk kayu apa boleh makan....aduh.. sampai hati duk bungkar semua yang tersembunyi tu....
    • Taufek Suut · Top Commenter
      I like give more information to our friend Atas Pagar>Songkok' does not symbolise Islam
      I don't think 'songkok' symbolises a religion. Its more of a traditional patch in the Nusantara. The 'jalabiyah' among the Arabs does not reflect Islam as the non-Muslim such as the Jews and the Erithrean Christians also wear it. The origin of the songkok , which was adopted by the Ottomans in 1830 and subsequently spread to South Asia, from where it was introduced to the Malay Archipelago, present day Indonesia, Malaysia and Brunei.
    • Taufek Suut · Top Commenter
      En. Hussin the words i mention symbolic, mungkin En. Hussin tak pernah apa yg saya makan saperti LINUT/TEBALOI/UMAI/SEAAT/TAMBILOK/SAGU/PANSOH? Kalau nak jelas lagi kita boleh cit cat dlm FB, assalamulaikum.
    • Cakap Politik · · Top Commenter · 43 years old
      Taufek: Setuju komen awak. Najib dengan labu-labunya akan terbang tumbang PRU nanti, hanya tinggal kesan hutang rakyat yang menanggung.
    • Cakap Politik · · Top Commenter · 43 years old
      Atas Pagar> Badan bertato adakah kamu Islam atau Yahudi atau Nasrani?

Tiada ulasan: