Sabtu, 23 Jun 2012

KALAU ULAR MENYUSUP AKAR TAK KAN HILANG BISA NYA....KALAU PERMATA TERCAMPAK DILUMPUR TETAP BERKILAU....HUDUD KENA LAKSANAKAN KALAU TAK...ZINA BERTAMBAH BANYAK...YANG TAK MAHU HUDUD ...ORANG TELAH BERZINA...MASIH MENGAMAL ZINA...ATAU BERCITA2 NAK BERZINA....

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Posted on Friday, June 22 @ 09:34:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: solihinzubir

"Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya.

Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir. Beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah Illahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir Illahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu. Beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.

.........................................................

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Rasulullah menyebut dalam hadisnya : "Golongan mudalah yang membantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Russia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.
AL-FATIHAH
SZ : Sebak
 
Friday, 22 June 2012

Pilot Peluk Islam - Pesawat Bawa Jenazah Ustaz Fadzil Dilindungi Awan

Artikel ini pernah disiarkan di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian itu juga disaksikan oleh krew penerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta-fakta yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta-fakta yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. 
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keikhlasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah...
sumber : halaqah.net
 
Pengalaman Menyaksikan Saat Pengebumian Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Tanggal 23 Jun 2012, genaplah 10 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Yang mana jarak rumah aku dengan pusara Ustaz Fadzil hanya memakan masa 30 saat jika menaiki motosikal.

Masih segar lagi dalam ingatanku peristiwa 10 tahun lepas. Ketika itu, aku masih di tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star dan menetap di asrama. (Almarhum Ustaz Fadzil juga merupakan seorang bekas pelajar Maktab Mahmud dan pernah menjadi tenaga pengajar di situ pada tahun 1967). Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian Ustaz Fadzil, kami bergegas menaiki bas awam ke Pokok Sena. Sepanjang perjalanan kami menaiki bas, jalanraya sangat sesak. Penuh dengan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir.

Setibanya di sana, aku tergamam melihat lautan manusia memenuhi jalanraya antara Pokok Sena dan Kuala Nerang. Ramai juga yang berebut-rebut mahu mengambil bahagian mengusung keranda Almarhum untuk disolatkan. Solat jenazah yang diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara berulangkali kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Sehinggakan ada yang berjemaah di bumbung terbuka banglo seorang hamba Allah.

Jangan salah faham. Ni bukan solat jenazah. Ini solat maghrib ke asar ntah. Aku pun dah lupa.

Subhanallah.. Jika di dunia Allah dah tunjuk bagaimana jutaan umat manusia mengiringi pemergian beliau, apatah lagi di akhirat kelak. Terasa meremang bulu roma aku setiap kali melihat gambar-gambar dalam akhbar sisipan khas sempena pemergian beliau yang masih tersimpan rapi sehingga sekarang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama dan terakhir aku menyaksikan fenomena sebegitu.

Semasa hayatnya, Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah. Dan doanya supaya mantan Perdana Menteri Tun M dipanjangkan umur supaya sempat melihat kebangkitan umat Islam di bumi Malaysia. Alangkah indahnya jika Almarhum Ustaz Fadzil masih ada untuk sama-sama melihat kebangkitan anak muda dan revolusi yang berlaku pada masa kini. Secara peribadi, aku lebih suka jika dapat ber'PerdanaMenteri'kan Almarhum Ustaz Fadzil. Seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan.
Aku juga membesar dengan mengikuti ayah aku menghadiri ceramah-ceramah beliau di Muassasah Darul Ulum. Setiap kali hari raya, aku dan keluarga tidak akan melepaskan peluang  menunaikan solat sunat hari raya berimamkan Ustaz Fadzil di Muassasah dan mengambil peluang bersalaman dengan beliau. Suasana di Muassasah ketika itu sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari ini. Pemergian Ustaz Fadzil memang sangat dirasai.

AL-FATIHAH~~
 
Siapakah Umat Islam Rohingya?

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayah Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar serta merta ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

i) Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama. Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan 'orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka. Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.
Pelarian Rohingya di Acheh

Kenapakah mereka dilupakan?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Keceriaan mereka, kegembiraan kita.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” Hadith riwayat Muslim.
sumber : zainurrasyid
 
 Tindakan Kerajaan Negeri Terhadap Kes Tang Hak Ju
Posted on Friday, June 22 @ 06:24:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dato' Farizan bin Darus

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang keputusannya berpihak kepada Kerajaan Negeri bersabit kes tanah Tang Hak Ju, Kerajaan Negeri melalui YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri sedang menguruskan tuntutan untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta secara professional melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Adalah tidak wajar untuk mendedahkan strategi perundangan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta kerana ianya hanya akan memberikan peluang kepada pihak defendan untuk menentang.

Tindakan YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri telah bermula dan akan diteruskan bagi mendapatkan semula wang tersebut. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri memberikan jaminan akan bertindak dengan penuh professional dan dengan segera demi mendapatkan balik RM14.7 juta wang awam.

Dato' Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri 
 
 Terhot : Jom Tengok Gambar Himpunan Artis Masuk PAS
Posted on Friday, June 22 @ 06:21:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Hairie Othman

Dayangku Intan

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia  hadir dalam Himpunan Bersih 3.0   untuk memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemar dengan kerja kotor UMNO dan SPR.

"Rakyat Malaysia harus membuat perubahan pentadbiran negara bagi memastikan negara Malaysia selamat daripada diurus pentadbiran kerajaan UMNO-BN yang korup. ..Harakahdaily 27/4/12

aisyah

Saya masuk PAS adalah atas kerelaan saya sendiri, Saya mahukan negara Kita Malaysia bebas dari segala gejala rasuah dan gejala sosial yang meruncing.. Saya juga berharap semoga PAS dapat membimbing artis kejalan yang di redai ilahi..Hanya PAS sahaja dapat membimbing umat Islam kejalan yang benar.

EKSKLUSIF – KUALA LUMPUR, 21 Feb: “Saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka,” kata Bob Lokman.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.
Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.
Ringgo Arrow

ITO Blus gang
 
 Akil Hayy
 
 Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dihormati...
Posted on Friday, June 22 @ 06:19:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lensahandphone

"

Suatu hari di Medan Ilmu, Kelantan. Melambangkan sahsiah pemimpin Islam sejati yang hidup sama seperti rakyat marhaien. Apa yang penting makanan hendaklah halal ,baik dan berkhasiat. Bukan status yang perlu ditunjuk dan dimegahkan.

Terima kasih kepada tuan punya gambar Pejuang Muda Masakini dari facebooknya http://www.facebook.com/pejuangmuda.masakini.3

Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com "
 
 KWSP: BN berjaya menjadikan PR LEMBAB dan Rakyat DUNGU
Posted on Friday, June 22 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: MERONG

"Sungguh halus permainan BN.

Dimulai dgn kajian umur rakyat Malaysia yg meningkat (macamlah mereka tu Tuhan) mereka berjaya membawa usul melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun.

Dan kini desas-desus menyatakan mereka mahu melanjutkan pengeluaran KWSP kepada 60tahun.

Belum lagi desas desus ini tamat timbul lagi desas desus baru wang KWSP hendak ditukarkan pula kepada pencen.

10 tahun lalu sewaktu kerajaan meluluskan skim anuiti pencen, wang KWSP surut mendadak kerana pakej yg ditawarkan menarik iaitu sekitar RM5000KWSP untuk RM100ANNUITI.

Akibatnya kerajaan menghentikan skim tersebut dan menggantikan dgn skim yg di anjurkan oleh KWSP sendiri iaitu RM25000KWSP untuk RM100PENCEN.

Saya tidak pernah berfikir kerajaan BN akan membuat perkara yg baik buat rakyatnya DAN SAYA YAKIN option yg lama yakni RM25000 untuk RM100PENCEN pasti menjadi pilihan mereka untuk dibawa usul nanti.

Bermakna penyimpan yg mempunyai simpanan RM250RIBU hanya layak mendapat RM1000 pencen sebulan.

Saya dapati tiada ada org yg sensitive dgn isu ini, masyarakat Malaysia dan juga pimpinan PR dgn membiarkan sahaja BN dgn mainan mereka. Siapa yg bakal menjaga kebajikan sektor swasta ini kalau bukan “kerajaan berkebajikan”.

Jikalau harta FELDA kerajaan kebajikan mampu menunjukkan usaha yg bersunguh-sungguh menentangnya bagaimana dgn harta pekerja sektor swasta yg bernilai RM149 BILLION INI?

Apakah pekerja sector swasta hanya dipandang sebagai masyarakat kelas ketiga di Malaysia atau pekerja sector swasta ini hanya sebagai penyumbang keewangan kpd sector kerajaan.

Percayalah dgn dana 149billion ini jika berjaya dikuasai BN……. PR jangnnlah bermimpi untuk menewaskan BN sampai bila-bila.

Buanglah sikap SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH.

Tak ada guna melawan dan mencari publisiti melawan apabila usul tersebut sudah diluluskan."
Biaq Najib pun tak lena sama...
Posted on Thursday, June 21 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...

Pak Long menyeru semua anak muda...
Jom bersama Islam untuk semua...
Malaysia bukan untuk kita saja...
Tapi untuk anak cucu semua bangsa...

Jangan ghairah ngan bodo sombong saja...
Bangkit kita membuat jasa...
Biaq Mahathir menggigau senja...
Mai pastikan Najib pun tidoq tak lena...

Dengaq pesanan Imam Hassan al-Banna...
Fikirkan sama masaalah ummah semasa...
Yang kian hanyut dengan ketuanan bangsa...
Agar sama merasa indahnya beragama...

Kalau Tuhan nak muliakan kita...
Satu dunia tak kosa untuk menghina...

Insyaallah...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/"
 
 Islam Wasatiyyah UMNO Vs PAS Ajaran Sesat
Posted on Thursday, June 21 @ 20:32:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lensahandphone

"

Menteri Besar Terengganu antara yang mempopulari "PAS Ajaran Sesat" atas beberapa faktor. Dalam masa yang sama MB Terengganu mewarwarkan "Islam Wasatiyyah UMNO".

Adakah ini antara ajaran Wasitiyyah UMNO?

Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com/"
 
 Rahsia pokok ALOEVERA yang ramai tak tahu......
Posted on Thursday, June 21 @ 20:12:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: 5ambal

"lidah buaya 300x240 Kebaikan Daun Lidah BuayaDaun lidah buaya memang selalu kita dengar tetapi kini sudah jarang-jarang benar dapat kita lihat tanaman ini.

Nama saintifiknya ialah ‘aloe vera’ dan selalu pula disebut-sebut punya khasiat yang berbagai-bagai dan sering didakwa digunakan dalam alat solek untuk memelihara kecantikan.

Orang Red Indian menggelar daun ini ‘kuasa dari syurga’, Marco Polo pula dikatakan pernah rnelihat ia digunakan oleh orang-orang Cina sebagai ubat dan bahan kecantikan dan ia juga dikatakan pernah digunakan oleh Cleopatra, permaisuri Mesir tua yang termasyhur. Sementara itu Iskandar Zulkarnain pula dikatakan terpaksa menakluk sebuah pulau semata-mata untuk mendapatkan tanaman ini bagi merawati tentera-tenteranya yang cedera. Begitulah legenda daun lidah buaya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang dikatakan telah digunakan sejak 3500 tahun yang lalu.
Kira-kira 2000 tahun lalu, seorang ahli perubatan Greek, Doscorides telah mencatatkan daun lidah buaya ini boleh digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit termasuklah sakit perut, sembelit, sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, sakit gusi dan mulut, buah pinggang, kudis, jerawat dan kulit.Hari ini, bahan dari tanaman yang menjadi legenda ini telah digunakan dalam bahan-bahan untuk merawat kecantikan dan juga lotion untuk merawat seperti sakit sengal-sengal tulang dan gatal-gatal, begitu juga dengan jerawat dan ulcer (luka tali perut).
Tanaman daun lidah buaya ini adalah dari keluarga bebawang (yang ada hubungan dengan tanaman seperti bawang, sengkuang dan asparagus) yang berlendir dan menyerupai kektas. Adalah dipercayai tanaman daun lidah buaya ini berasal dari Afrika Selatan dan dalam awal tahun 1500 ia telah dibawa keluar oleh orang-orang Sepanyol yang percaya bahawa bahan ini dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit.
Sebenarnya terdapat 200 jenis tanaman daun lidah buaya, ada di antaranya memang berkesan bila digunakan untuk merawat setengah jenis penyakit. Daun lidah buaya ini mempunyai daun yang panjang dan tajam seakan-akan lidah dan berduri di tepi. Warnanya di antara kelabu dan hijau. Bahagian permukaan daun ini licin bila dipegang dan di dalamnya tergandung sejenis lendir yang amat disanjung.
Tanaman daun lidah buaya ini juga mempunyai bunga yang berkembang pada pertengahan tahun. Bunganya berwarna merah atau pun kuning. Memandangkan bunganya yang sama cantik seperti bunga tulip dan mawar, ramai juga peminat yang telah menanamnya dan turut disertakan dalam beberapa pameran bunga antarabangsa.
Hari ini, bahan-bahan yang dikatakan mengandungi bahan dari daun lidah buaya ini dikatakan begitu laris dijual di seluruh dunia dan banyak syarikat-syarikat pembuat alat solek juga dikatakan telah mula mengeluarkan aneka jenis bahan alat solek yang mengandungi lendir daun lidah buaya yang dipercayai banyak khasiat.
Sebut sahaja anda boleh buat lotion pencuci muka, pelembab, krim muka dan jerawat, syampu, alat solek, minyak untuk merawat sakit-sakit seperti sengal-sengal tulang, gatal-gatal dan entah apalagi.
Berdasarkan kepada dakwaan-dakwaan inilah maka pihak berkuasa ‘Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika” (FDA) telah memberikan perhatian untuk menjalankan kajian secara saintifik ke atas daun lidah buaya yang dikatakan boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Menurut Annabel Hecht, jurucakap FDA memberitahu pihak berkuasa begitu mengambil berat terhadap setengah dakwaan yang melampau dan tidak benar yang dibuat oleh setengah pihak berhubung dengan daun lidah buaya ini.
Sebenarnya tidak ada bukti dari segi sains yang dapat menyokong dakwaan yang mengatakan lendir daun lidah buaya ini dapat merawat penyakit-penyakit seperti barah, kencing manis dan lain-lain lagi penyakit yang teruk. Ini adalah kerana kajian yang telah dijalankan belum lagi dapat diuji keatas manusia.
Hasil dari kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa tanaman daun lidah buaya ini mengandungi berbagai-bagai bahan termasuk antibiotik (bahan pemusnah kuman), bahan pembeku, bahan untuk mengecut, bahan perangsang untuk pertumbuhan dan pereda sakit.
Daun lidah buaya juga mengandungi ‘hormon luka’ yang dapat mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka. Bahan-bahan penyembuh yang terdapat dalam daun lidah buaya ini banyak bergantung kepada kandungan airnya yang sebanyak 96 peratus yang dapat membekalkan air kepada tisu yang luka tanpa menutupi angin yang amat perlu dalam proses penyembuhan.
Sementara 4 peratus lagi terdiri daripada molikul karbohidrat yang dipercayai merupakan bahan penting untuk menjadi pelembab kepada daun lidah buaya.Lain-lain komponen yang terdapat dalam daun ini ialah glukos, galaktos, bahan pemusnah kuman, vitamin, enzim, bahan galian, kalsium dan banyak lagi.
Bahan-bahan aktif yang terkandung dalam daun lidah buaya inilah yang bertanggungjawab menyembuhkan setengah jenis penyakit.
Daun lidah buaya, khususnya lendirnya memang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu memelihara pembuluh darah serta perjalanan darah dengan baik.Bahan ‘potassium’ yang terdapat dalam daun ini membantu rentak denyut jantung dan memberangsang buah pinggang untuk membuang bahan lebihan dalam tubuh dan kerana itulah ia dikatakan boleh menjadi bahan ‘pencuci yang asli’.
Walaupun kebanyakan kulit yang terbakar.oleh pancaran matahari tidak merbahaya, tetapi tetap menyakitkan. Kerana itu sapukan pada kulit yang terbakar itu dengan lendir atau perahan daun lidah buaya mahupun minyaknya supaya sakitnya tidak merebak.
Jika kulit yang terbakar itu dibiarkan lembab dengan lendir ataupun perahan daun lidah buaya ini, ia bukan sahaja mengurangkan kesakitan malah mempercepatkan penyembuhan. Ataupun bahan ini boleh digunakan sebagai lotion untuk mencegah kulit dari terbakar.
‘Arthritis’ ataupun penyakit sengal-sengal sendi juga didapati ‘mujarab’ dengan daun lidah buaya ini. Ramai pesakit melaporkan sakit mereka semakin berkurangan apabila mereka menggunakan bahan ini tiap-tiap hari. Bagaimanapun sebilangan besar pesakit hanya mendapati sakit mereka mula beransur pulih setelah dua bulan menggunakan bahan dari daun lidah buaya ini.
Teknik x-ray yang dulunya digunakan pada tahun 1930 selalunya menyebabkan pesakit rasa sakit dan kawasan yang terkena pancaran bukan sahaja terbakar malah meninggalkan parut yang hodoh. Apabila parut ini dirawat dengan daun lidah buaya ternyata kulit yang rosak dapat disembuhkan dalam masa dua bulan.
Kalsium yang terdapat dalam daun lidah buaya ini menyertai dalam pembekuan darah dan juga dalam berbagai fungsi lain yang penting. Kerana bahan ini dapat menembusi jauh hingga ke dalam permukaan kulit, ia berupaya mengurangkan pendarahan kerana mempunyai kuasa untuk membekukan darah.
Dalam masa yang sama ia dapat pula memberangsangkan perjalanan darah di bahagian sekelilingnya.
Sementara itu, sejak dulu lagi orang-orang Red Indian, di Amerika percaya dengan menyapukan bahan dari daun lidah buaya ini setiap malam di kulit kepala dan dibilas bersih-bersih pada keesokan paginya – rambut akan menjadi lebih bermaya.
Kuasa bahan pembunuh kuman yang terdapat dalam daun lidah buaya ini juga boleh merawat jangkitan kuman pada liang bulu roma, khasnya bila berlaku jerawat pada kulit muka. Di samping membunuh kuman-kuman yang tersumbat dalam liang bulu roma, bahan khas dari daun lidah buaya ini juga boleh memberangsangkan tisu-tisu di sekelilingnya di samping merawatnya dengan hanya meninggalkan sedikit sahaja kesan parut.
Daun lidah buaya mempunyai faktor pH yang sama dengan kulit manusia dan dalam masa yang sama tidak pula terlalu sensitif. Jika ia digunakan bersama emolien dan bahan pelembab, keadaan kulit akan bertambah baik.
Bahan dari daun lidah buaya ini juga pernah digunakan untuk merawat hidung tersumbat. Pesakit kemudian dapat bernafas dan menghidu dengan lebih mudah. Hingus pesakit yang lazimnya keluar tidak menentu didapati semakin berkurangan.
Bahan daun lidah buaya juga dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan. Bagaimanapun daun lidah buaya ini bukanlah ‘penawar’ kepada semua jenis sakit. Tetapi usaha masih tagi terus dijalankan untuk mengkaji ‘khasiat’ daun lidah buaya ini sepenuhnya. Sehingga jawapan yang muktamat diperolehi oleh para saintis, sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.

http://homefamilysite.com/blog/kebaikan-daun-lidah-buaya/

 Remaja di Kulim,Kedah makin 'parah'..........
Posted on Thursday, June 21 @ 20:10:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: _laut

"

 Terdapat tinggalan kondom di lokasi pasangan remaja terbabit melakukan hubungan seks.

KULIM - Gara-gara takut dicekup, sepasang kekasih berusia antara 17 dan 18 tahun yang sedang melakukan hubungan seks melarikan diri ketika didekati kumpulan penduduk kira-kira jam 3.45 pagi, di pondok rehat sebuah taman perumahan, di sini semalam.

Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Kulim, Mohd Rashdan Yaakob, 30, berkata, dia menerima maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran motosikal diletakkan di dalam pondok rehat di situ. Menurutnya, ketika dia bersama tiga penduduk lain mendekati lokasi pasangan terlibat, si perempuan menyedari kehadiran mereka.

“Mulanya disangka motosikal Honda yang ada dalam pondok rehat itu mungkin dicuri memandangkan terdapat beberapa laporan kehilanganmotosikal hari ini, jadi kami membuat intipan. “Memang kami nampak motosikal, tetapi suspek terlibat tidak ada. Setelah kami berada kira-kira 10 meter dari pondok itu, baru kami terdengar suara perempuan. Kami buat rancangan menahan kedua-dua mereka, namun pasangan perempuan yang memakai baju kurung tiba-tiba bangun dan melarikan diri dengan motosikal,” katanya. Mohd Rashdan berkata, pasangan lelaki yang ada di pondok itu tidak dapat melarikan diri lebih jauh kerana tidak berseluar, tetapi masih berbaju.

Menurutnya, setelah ditahan pihaknya menasihati remaja lelaki terbabit berhubung perbuatannya bersama pasangan yang tidak baik dan berdosa sebelum dia dilepaskan. Katanya lagi, perlakuan maksiat melibatkan remaja semakin membimbangkan dan kebanyakan mereka melakukannya terdiri kalangan remaja dan pelajar sekolah. “Selain padang permainan, pasangan terlibat akan melakukan hubungan seks bersama kekasih di bangunan tinggal.

Sepanjang minggu ini, tiga pasangan kekasih berjaya ditahan dalam keadaan mengaibkan. “Mereka ditahan selalunya beri alasan, keluarga telah mengetahui hubungan mereka atau sudah bertunang atau akan bernikah tidak lama lagi,” katanya. Menurutnya, hukuman denda mahupun penjara terhadap pasangan remaja yang kebanyakannya tidak mempunyai duit poket sendiri bukan cara positif mendidik masyarakat. Menurutnya, antara cara adalah dengan mengadakan dialog bersama penduduk atau menasihati golongan berkenaan dan memberi tumpuan kepada pelajar bermasalah.

“Kalau hendak berkeras pun biar kena pada tempatnya. Sebagai orang awam yang sering berhadapan masalah seperti ini, saya dan rakan lain lebih selesa sekiranya pasangan terlibat dinasihati. “Lagipun yang ditahan, didenda dan penjarakan adalah orang Islam dan bukan beragama lain yang boleh tersenyum kerana tidak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-separuh-bogel-gagal-lari-1.58640"
Apakah berdosa rakyat menegur Sultan, jika Sultan melakukan kesilapan?
Posted on Thursday, June 21 @ 20:08:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Kepada Mufti Johor:
Kerajaan Rakyat mohon Dato' Mufti tolong berikan satu Nas atau Hadith sahih yang mengatakan berdosa jika rakyat menegur Sultan.

... dan sila jelaskan, apakah hukumnya Mufti yang diamanahkan untuk menegur kesilapan umat Islam, termasuk Sultan Johor, (jika Sultan melakukan kesilapan) tetapi membiarkan kesilapan atau kealpaan itu terus berlaku?

... dan perlu diingat, Sultan atau Raja bukannya maksum.

... juga perlu diingat, tiada satu nas atau hadithpun yang mengatakan Sultan atau Raja itu terlepas daripada soalan kubur...!!!

~ Saya, Mohd Sofi Yassin, bertanggungjawab penuh terhadap soalan yang saya titipkan di atas.
Kerajaan Rakyat ~

Sultan Johor Wajib Baca!!! AnakDerhaka. - I'm still virgin "

Tiada ulasan: