Ceramah Ezam di Petrajaya tak sehangat 'Gambir Sarawak'
http://pisaukarat.wordpress.com, | 14 Jun 2012 |
Sekitar ceramah Senatak Ezam Nor di Parlimen Petrajaya Kuching Sarawak yang tak sehangat “Gambir Sarawak”
Tangguh haji: Merumitkan sesuatu yang mud
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 14 Jun 2012 |
Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya” telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.
Namun begitu, ia tidak hairan – selepas kelakaran kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013 yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada 28 September. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada bayangan pilihan raya umum 1986 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya tiada yang tahu.
Apakah mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya ialah mungkin.
Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13 diadakan di musim haji.
Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihan raya akan terus juga dengan niat menunai haji.
Tiada yang bertanya.
Walhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihan raya di musim haji?
Jawapannya jelas tidak.
Apakah jaminan ia tidak berlaku?
Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA” Umno demi menang mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya” disarankan tangguh haji.
Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.
Isu ini adalah mudah.
Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihan raya.
Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang risau ingin menunai haji.
Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihan raya.
Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihan raya diketahui.
Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.
Betulla juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri.
So, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Senyum.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Jun 2012
Lebuh raya Rakyat wajar disokong, bukan sebaliknya
Harakahdaily, | 14 Jun 2012 |
Justeru, Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (Persada) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan amat mengalu-alukan inisiatif dan langkah proaktif kerajaan negeri sebagai usaha yang amat murni demi melihat kepentingan dan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan lain.
"Persada menyokong penuh inisiatif ini dan bersedia sebagai ‘duta kecil Kelantan’ untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan usaha murni ini berjalan lancar dan semoga Lebuh raya Rakyat tanpa tol ini dapat direalisasikan di Kelantan dengan jayanya," ujar Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohamed dalam satu kenyataan.
Katanya, berdasarkan pengalaman Persada sebagai anak Kelantan perantauan, kesesakan jalan raya merupakan satu isu yang seringkali ditimbulkan oleh para pelancong yang melawat Kelantan dan sering kali menjadi rungutan warga Kelantan perantauan apabila pulang ke kampung.
Tambahnya, kemudahan rangkaian jalan raya yang baik juga antara faktor utama yang menentukan para pelabur untuk membuat pelaburan di Kelantan.
Justeru, ujar beliau pembinaan lebuh raya ini sudah tentu amat menggembirakan kami sebagai anak Kelantan perantauan dan akan memberi imej yang baik kepada kami sebagai ‘duta kecil Kelantan’ dalam kehidupan bermasyarakat di perantauan.
Menurutnya lagi, ia juga akan merungkai ‘kekusutan’ utama para pelabur sejak sekian lama, mudahan dengan terbina lebuhraya ini negeri Kelantan akan menjadi tumpuan para pelabur dan para pelancong dari dalam dan luar negara.
"Idea mengusahakan pembinaan secara waqaf dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat amat meruntun jiwa kami dan kami percaya bahawa masyarakat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang percayakan konsep amal jariah akan menyokong dan bersedia mengambil bahagian dalam hal ini," ujarnya.
Ini, tegasnya membuktikan kebijaksanaan dan kehebatan sebuah kerajaan yang diurus berpaksikan Islam.
"Kami menyeru pihak-pihak yang mempertikaikan serta memperkecilkan hasrat murni kerajaan negeri supaya insaf dan bersedia memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka," katanya lagi.
Beliau menambah, seharusnya usaha yang baik ini perlu disokong bahkan seharusnya bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan negeri untuk merealisasikanya bukan sebaliknya.
"Kami juga menyeru kepada warga Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya supaya mengambil peluang ini dan bersama-sama memberi sumbangan bagi merealisasikan lebuh raya tanpa tol ini terbina dengan jayanya.
"Insya Allah, keberkatan daripada sumbangan rakyat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. usaha pembinaannya dan semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berkekalan," katanya.
Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan upacara pecah tanah merasmikan pembinaan Lebuhraya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73 Kilometer untuk manfaat rakyat dengan anggaran kos RM1.8 bilion.
Mengapa pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuh?
Harakahdaily, | 14 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR:
PAS meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapakah pinjaman
PTPTN tidak boleh dimansuhkan sedangkan ia merupakan jumlah yang kecil
berbanding Belanjawan Negara.
Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS.
Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesyen Guaman 1976 atau menggubal suatu undang-undang baru bagi menubuhkan sebuah badan yang turut menjalankan peranan yang sama seperti Bar Council Malaysia.
Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada Politeknik untuk pelajar menghadiri program Rural Tranformation Centre di Kota Bharu pada 4 Mei 2012 di seluruh
Kelantan.
Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkan sedangkan ia merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara.
Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rezab tunai FELDA berakhir 31 Disember 2011.
Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah sumbangan minyak dan gas kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berapa tong sehari yang dikeluarkan, apakah sasaran pengeluaran bagi tahun 2015 dan berapa banyak telaga minyak lama (brown fields) yang disasarkan untuk dimajukan.
Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ura-ura penubuhan Akademi Peguam dan bagaimanakah hubungan nya dengan Majlis Peguam Malaysia dalam konteks kewujudan dua "badan atau persatuan guaman" yang masing-masing tentutnya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi wujud secara berasingan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik rasmi dan terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jumlah masyarakat Islam yang memohon untuk menukar agama atau murtad.
Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah garis panduan aktiviti hiburan supaya dapat mengukuhkan pembinaan jatidiri generasi muda melalui aktiviti hiburan
dan kesenian.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menentukan kadar keperluan kursus yang ditawarkan supaya sesuai dengan tuntutan pasaran buruh.
Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan per kapita yang rendah yang telah dibuat beberapa tahun yang lalu menyebabkan pentadbir sekolah amat tertekan dalam menyediakan keperluan yang cukup untuk proses P&P sekolah. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.
Datuk Taib Azamudden Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 walhal ia baru dipersetujui dan diluluskan oleh Wakil BN di Dewan ini.
Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini siswazah menganggur mengikut bangsa dan bidang pengajian.
Mohd. Abdul Wahid Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai jenis-jenis pelaburan dalam ECER di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan berapakah nilai setiap satu pelaburan tersebut.
Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbandingan jualan produk pertanian tempatan berbanding yang diimport di RTC Wakaf Che Yeh yang dirasmikan YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.
IPOH: Setelah berjaya mengadakan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat pusat 1 Jun lalu, himpunan ini akan diadakan di peringkat negeri-negeri pula.
Himpunan peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Jun ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, himpunan ini akan diadakan di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam.
Menurutnya, program itu akan dihadiri oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.
“Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Katanya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.
“Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini,” ujarnya.
Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.
“Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.
“Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya,” jelasnya.
Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.
“Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu

Himpunan Hijau ke negeri pula, Perak 16 Jun
Muhammad Faeez, | 14 Jun 2012 |

UiTM: Forum tak mahu berpolitik konon...
Si Jurang, |
UiTM terus menjadi tapak untuk menyebarkan fikrah UMNO kepada pelajar
dibawahnya.Terbaru, forum Ideologi Mahasiswa Melayu pada 12 Jun lepas
menjadi medan untuk mengutuk dan mengecam parti-parti pembangkang serta
membuka keaiban pimpinannya.
Program yang dianjurkan persatuan Waris Warisan berkolaborasi dengan persatuan proksi NGO pendesak Melayu yang tidak diketahui asal-usul penubuhannya iaitu Mahasiswa Perkasa. Forum bersama 3 panelis, Dato’ Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Dr. Mohd Fairuz Khairudin.
Tentatif forum yang dijadualkan bermula seawal 2.30 telah bermula lewat disebabkan kehadiran audien yang sangat tidak memuaskan. Ada perbincangan antara pihak penganjur dan panelis ingin batalkan kuliah pelajar dan mewajibkan untuk pergi ke forum tersebut.
Walaupun telah dijanjikan dengan makanan percuma, kupon aktiviti untuk jaminan penempatan kolej semester hadapan ditambah ada pengecualian kuliah,namun ia tetap tidak menyelerakan mahasiswa UiTM.
Forum bermula selewat jam hampir pukul 3.00 petang dengan dimulakan Alumni UiTM Dato’ Ibrahim Ali (DIA). Ucapan semangatnya dimulakandengan kisah perjuangan awal nya berdemonstrasi semasa menjadi mahasiswa UiTM dalam menuntut taraf universiti buat ITM ketika itu mendorong tepukan lewat oleh audien.
Semangatnya bertambah apabila berbicara mengenai nasib Melayu yang dikatakan berpecah belah, mahasiwa melayu sanggup dipergunakan oleh parti politik pembangkang serta tanggungjawab sepatutnya mahasiwa melayu ketika ini.
Pentas forum terus bertukar menjadi pentas pidato oleh beliau bila mula berdiri diatas pentas serta diakhiri dengan mengucapkan sesuatu yg tidak patut diungkapkan di Dewan Sri Budiman itu, iaitu perlunya mahasiswa bersumpah untuk terus mengundi UMNO dalam PRU -13 nanti demi menjaga kepentingan melayu.
Panelis kedua diteruskan oleh Sdr. Ezam yang gaya pidatonya persis idolanya ketika dulu. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ezam kelihatan lebih berhati-hati dalam berbicara sesuai dengan statusnya bergelar senator.
Laungan ketiga-tiga panelis diawal forum tidak menyelitkan agenda politik dalam forum jelas kelihatan retorik sehingga ucapan Panelis ketiga.
Dr. Fairuz bekas TKM1 Pulau Pinang yang datang dengan status pendidikan yang tercetak dalam buku program menunjukkan status Dr. yang dipakainya boleh dibanggakan.
Namun agak terkejut bila mula berbicara, Dr. Fairuz sering mengecam atau mengutuk parti-parti pembangkang serta pimpinannya walaupun dalam awal perbicaraanya dikatakan tidak mahu diselitkan agenda politik.
PKR dikatakan Parti kelentong rakyat, PAS adalah parti ajaran sesat dan syiah serta acap kali membuka keaiban yang tidak pasti mengenai DSAI dan Azmin Ali dalam keadaan yg sinis.
Kesimpulannya, hanya satu yang boleh diambil sebagai asas Ideologi Mahasiswa Melayu yang diungkapkan oleh Dr. Fairuz yang mana kebanyakan mahasiswa Melayu sekarang tidak peduli pada politik semasa,tapi bila mana sudah ambil tahu, ia kelihatan pelik dan ekstrim memihak pada pihak pembangkang, jadi menuntut ilmu lah dan bersedia untuk hadapi perjuangan dan pengorbanan nanti.
Selebihnya tidak ubah seperti forum menghentam bekas rakan dan idola perjuangan mereka iaitu DSAI.
Kepada ahli2 UMNO UiTM yang terdiri pada staf-staf dan mahasiswa Perkasa seramai hampir 50 orang..SYABAS!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan