Jumaat, 22 Jun 2012

BILA TIADA BEZA KECELARUAN...PEREBUTAN...KURANG BERALAH...SEBAB DARI SANGKAR YANG SAMA...RAKYAT AKAN PILIH YANG LEBIH BERSIH...TAKWA...KERJA UNTUK ALLAH....

MAS selesai saman dengan Tajudin Ramli

  • Hafiz Yatim
  • 11:35AM Jun 22 2012
Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mencapai penyelesaian dengan bekas pengerusinya Tan Sri Tajudin Ramli dalam tiga kes samannya.

Difahamkan, MAS akan memperolehi tanah di Langkawi yang menempatkan hotel Four Seasons sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur difahamkan membenarkan MAS dan Tajudin menarik balik saman dan tuntutan balas masing-masing.

Penyelesaian itu dibuat di hadapan hakim Rosilah Yop.

Satu pengumuman dijangka akan dibuat di Bursa Malaysia hari ini.
Guan Eng menang satu lagi saman ke atas Utusan
12:01PM Jun 22 2012
Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.

Ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.
SPRM akan panggil Anwar, 3 individu lain
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
22 Jun 2012
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

“Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Namun, sekiranya terdapat maklumat baru yang signifikan terhadap kes tersebut, kertas siasatan akan dibuka semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada SPRM mempunyai maklumat baru untuk membuka semula siasatan tersebut, Mustafar menjawab: “Buka kes atau pantau kes, saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM meminta SPRM membuka semula kes siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai serta cek.

Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.

Raja Petra melalui portalnya, mendakwa Anwar kemudiannya mengarahkan BPR pada masa itu, menutup siasatan tersebut.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.

Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.

Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit.
Pro-Rakyat pertahan Faekah, gesa henti spekulasi
Wartawan Sinar Harian
22 Jun 2012
Mohd Naquib (tengah) bersama Abdul Halim (kanan) dan Ahmad Tarmizi pada sidang media, semalam.
Mohd Naquib (tengah) bersama Abdul Halim (kanan) dan Ahmad Tarmizi pada sidang media, semalam.
SHAH ALAM – Tiga individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) semalam, tampil menggesa ahli Pakatan Rakyat (PR) menghentikan spekulasi berhubung isu desakan memecat Faekah Husin daripada jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau menyokong sepenuhnya Faekah yang memegang jawatan tersebut dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkannya.

Katanya, beliau difahamkan kempen mendesak Faekah dipecat adalah gerakan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi ahli parti PKR sendiri.

“Kami menolak sekeraskerasnya sebarang usaha untuk menyingkirkan Faekah kerana dia adalah seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugasnya.

“Kami menyokong sepenuhnya Faekah dan ia (kempen pecat Faekah) mungkin berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya,” katanya yang menjelaskan kenyataannya pada sidang media di kafetaria bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Penerangan Pro-Rakyat, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli Exco, Abdul Halim Abdullah.

Mohd Naquib berkata, Faekah layak memegang jawatan tersebut dan percaya dia tidak pernah melangkaui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kerap mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.

Menurutnya, kenyataan dibuat Faekah membuktikan beliau individu berani.

“Jadi kami minta semua pihak untuk menghentikan spekulasi berhubung isu ini.

“Mungkin ada komplot pihak-pihak tertentu sama ada dari dalam atau pun musuhnya yang tidak berpuas hati dengannya,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah bermula di Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat diperkatakan.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan itu.
Rafizi Ramli: 'Saya bukan Superman'
G MANIMARAN
22 Jun 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.
Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.
"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam  beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.

Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.

"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.

Sinar Harian Online difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Rafizi: Isu Faekah bukan senjata sasar MB Selangor
G MANIMARAN
22 Jun 2012
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
SHAH ALAM - Kontroversi melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin tidak pernah dijadikan sebagai 'senjata' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan itu, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sebaliknya menurut beliau, kontroversi terbaru itu hanya "satu isu pentadbiran" dan bukannya soal nasional sehingga dilihat akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya tidak lihat begitu, tidak... tidak. Langsung tiada kaitan dengan Menteri Besar, bukan usaha mahu menjatuhkan Mentei Besar.

"Ini hanya satu isu, satu soal pentadbiran sahaja. Tiada persoalan sama sekali mengenai kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Rafizi, yang semalam mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai hanya "ribut di cawan."
Kemelut dalaman PR semakin teruk
Wartawan Sinar Harian
22 Jun 2012
Datuk Sohaimi Shahadan
Datuk Sohaimi Shahadan
SHAH ALAM - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor membuktikan krisis dalaman dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor semakin memburuk.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, realitinya PKR dilihat bukannya bertunjangkan perjuangan rakyat tetapi untuk mengejar jawatan masing-masing.

“Apakah ini ada kaitan dengan Azmin? Biarlah mereka yang mengulas panjang lebar krisis terbaru itu dan apakah ini juga mempunyai kaitan dengan krisis yang melibatkan antara Azmin dan (Tan Sri) Abdul Khalid serta Faekah?

“Saya tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka namun kepada rakyat amat jelas pergolakan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR semakin kronik dan seolah-olah hilang hala tuju.

“Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku dalam kepimpinan Kerajaan Negeri, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor,“ katanya.

Rafizi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam selepas menyandang jawatan itu sejak 2009.

Tiada ulasan: